Friday, January 6, 2012

Untuk sahabat saya yang bertanya-- Haji Bung Johar

Apabila saya mengungkapkan raga saya ini adalah wujud Allah, ini bukanlah bermakna raga saya telah bertukar menjadi Allah atau sebaliknya. Saya menolak konsep hulul dan reinkarnasi. Wujud Allah tidak pernah berubah-ubah atau berpindah-randah ke berbagai tempat. Dia yang sekarang adalah Dia yang dahulu, bahwa sesungguhnya tidak ada selainNya yang mengetahui kesejatian hakikatNya dalam Kanzun Makhfiyyan atau Ahadiyyat. Raga saya hanyalah cerminNya, sebagaimana alam semesta ini adalah bayanganNya. Maka raga saya adalah sekadar menjadi wadah penampakan wujudNya untuk Dia melihat DiriNya di luar diri. Raga saya tidak mempunyai hakikat tersendiri maka hakikat saya adalah hakikatNya. Kepada siapa atau ke mana lagi untuk Dia mentajallilan wujudNya jika tidak kep...ada al Insan Al Kamil? Umpama cahaya dan matahari, tentu saja cahaya itu tidak kita katakan matahari. Cahaya adalah bahagian daripada matahari. Justru jika demikian difahamkan, mana mungkin dikatakan ada dua matahari, jika antara Sifat dan Zat itu berasingan wujud (dualisme)? Keistimewaan raga manusia kerana ia mempunyai permukaan yang gelap dan terang, dengan itulah raga manusia dapat menampung seluruh alam semesta ini dan di dalam raga itu pula ada hati, ruh, nur dan sirr yang dapat menampung keberadaan Zat Allah. Kesimpulannya saya adalah bahagian dariNya dan penampakan wujudNya di alam semesta. Jika tidak demikian, atau jika Dia tidak menampakkan wujud tajalliNya, mana mungkin Dia dapat dikenali dan kerana itulah Dia menjadikan manusia menurut citraNya. Perbandingan dengan kefahaman ahli salaf, mereka menyatakan Zat Allah hanya bersemayam di atas ‘Arasy, manakala sifat-sifatNya sahaja yang berada (bertugas) di alam semesta. Dengan ertikata lain, Zat dan Sifat Allah itu tidak bersama dan berpisah. Kefahaman ini ditolak oleh mazhab Asyaariyyah dan menegaskan Zat dan Sifat Allah itu tidak berpisah serta bercerai tanggal atas dalil, di mana adanya Sifat di situ adanya Zat. “ke mana pun kamu berpaling, di situlah ada Wajah Allah” - QS al Baqarah: 115. Dalam Asyaariyyah menegaskan juga bahwa Sifat Allah Ta’ala itu Qadim dan tidak pernah berubah. Ini ada perbedaan sedikit dengan kalangan fahaman sufi yang menegaskan bahwa Sifat Allah itu adalah Mumkinul Wujud dan hakikatnya terpendam di dalam konsep yang disebut sebagai ‘Ayan Thabitah. Dengan ertikata lain, Sifat Allah itu boleh juga dikatakan Qadim dan boleh juga Muhaddas. Allah Ta’ala tidak terpaksa atau terdesak sama ada ingin menzahirkan SifatNya itu atau pun tidak.See more
LikeUnlike • •Follow postUnfollow post • 3 hours ago near Singapore, Singapore
o
o 2 people like this.
o
o




Omar Abdullah: Ya TM..macam je atau umpama je..pinang tak terbelah pun...
3 hours ago • LikeUnlike



Haji Bung Johar: macam ni kenalah balik ke pulau pinang
3 hours ago • LikeUnlike



Dyah Mika: Dlm Tasauf ni umpama SUFI meminang Kekasih NYA, Abg Omar.
3 hours ago • LikeUnlike



Epie Running hehehe..
3 hours ago • LikeUnlike



Rafee Ailiah: hampir 90% Teori tentang ketuhanan yg kita bahaskan 5% betul ke ( andaian ) 5% kadang kadang bicarakan tentang cara dan teknik....SAMPAI BILA ....
2 hours ago • LikeUnlike • 1



Dyah Mika Apa kata Ustad sahaja yg bentangkan. Biar kami jadi murid, Ok tak. Hee...Hee...
2 hours ago • LikeUnlike



Rafee Ailiah
Untuk sahabat saya yang bertanya | Apabila saya mengungkapkan raga saya ini adalah wujud Allah, ini bukanlah bermakna raga saya telah bertukar menjadi Allah atau sebaliknya. Saya menolak konsep hulul dan reinkarnasi. Wujud Allah tidak perna...h berubah-ubah atau berpindah-randah ke berbagai tempat. Dia yang sekarang adalah Dia yang dahulu, bahwa sesungguhnya tidak ada selainNya yang mengetahui kesejatian hakikatNya dalam Kanzun Makhfiyyan atau Ahadiyyat. Raga saya hanyalah cerminNya, sebagaimana alam semesta ini adalah bayanganNya. Maka raga saya adalah sekadar menjadi wadah penampakan wujudNya untuk Dia melihat DiriNya di luar diri. Raga saya tidak mempunyai hakikat tersendiri maka hakikat saya adalah hakikatNya. Kepada siapa atau ke mana lagi untuk Dia mentajallilan wujudNya jika tidak kep...>>>>> DAN DAN LAGI DAN LAGI KITA NAK TAU CARA mengungkapkan raga saya ini adalah wujud AllaH....See more
2 hours ago • LikeUnlike



Rafee Ailiah bagai mana cara nya > RAGA ITU WUJUD ALLAH <<<<
2 hours ago • LikeUnlike



Rafee Ailiah Sepanjang pengalaman saya berbual tentang wujud Allah banyak kaedah dan teknik .... Tapi yang paling bekesan ... MENYERU ASMAQ ALLAH YANG KE 100...
2 hours ago • LikeUnlike • 1



Epie Running apakah asmak allah yg ke 100 itu?..
2 hours ago • LikeUnlike

Rafee Ailiah konfirm he he he sy kena bantai dengan TM dan AO he he he
2 hours ago • LikeUnlike

Epie Running hehehehe..
2 hours ago • LikeUnlike

Dyah Mika Umpama Badan tanpa badan kerana ia-terhad dan ada badan tanpa tanpa badan kerana ia-nya tiada Hakikat. So dimana hendak kita applykan diri ini.
2 hours ago • LikeUnlike

Rafee Ailiah kan sy dah kata ........... itu sebuah kenyataan menempelaq dengan cara yg sangat halus he he he ( belum sampaipun 1 min ... pancing dah di sambar ikan )
2 hours ago • LikeUnlike

Epie Running MUHAMMAD..:)
2 hours ago • LikeUnlike

Rafee Ailiah hanya nama mu sendiri > epie.........
2 hours ago • LikeUnlike

Dyah Mika Hello Bro minta maaf lah, Kah Kah Kah...
2 hours ago • LikeUnlike

Epie Running hehehehe.. :) pnjng lebar..
2 hours ago • LikeUnlike
o

No comments:

Post a Comment