Friday, January 6, 2012

MANUSIA itu ADALAH KETERPADUAN DUA MUHAMMAD MENJADI SATU.

• MANUSIA ITU ADALAH UMAT / KETURUNAN MUHAMMAD.

Kita tahu tentang perkara ini kerana Nabi Muhammad SAW memberitahu kita melalui
Hadith baginda. Jika junjungan kita dari Cahaya Zat Allah dan kita pula dari Cahaya atau Nurnya, maka bolihlah kita katakan bahawa kita ini sebenarnya adalah NUR MUHAMMAD. Apakah yang dikatakan Nur Muhammad itu ?

... Ilmu Hakikat membicarakan hal ini dan ini dijelaskan dalam bahagian lain Risalah ini. Teruskanlah membaca.

MANUSIA itu ADALAH KETERPADUAN DUA MUHAMMAD MENJADI SATU.

Allah menjelaskan perkara ini didalam Al-quran malalui Surah … Ayat …. Bunyinya
semacam perumpamaan sahaja. Maka perlulah kita mentafsirkan dan memahamkannya.

Allah membiarkan dua lautan mengalir dan bertemu, diantara keduanya ada batas,
masing masing tidak melampaui masing masing.

Lautan pertama ialah Lautan Batin. Ini dinamakan sebagai Muhammad Awal atau
Muhammad Batin. Lautan kedua ialah Lautan Zahir atau Lautan Jasad. Ini dinamakan
Muhammad Zahir atau Muhammad Akhir. Keduanya bertemu dalam bentuk kita sebagai manusia. Diantara zahir dan batin ini ada pemisah atau batas atau sempadan. Apakah batas itu ?

Bolehkah batas itu dipecahkan hingga dua lautan itu menjadi satu ? Pelajarilah Ilmu
Hakikat untuk mencari jawapan. Walaupun ada jawapan Risalah ini tidak akan menjawab semua soalan anda.

No comments:

Post a Comment