Friday, January 6, 2012

MANUSIA itu MENANGGUNG AMANAH ALLAH.


Yang memberitahu kita bahawa manusia itu menanggung AMANAH ALLAH kepada kita
ialah Allah sendiri melalui FirmanNYA didalam Al-Quran. Amanah ini diberikan kepada
kita sebagai manusia oleh Allah tanpa kita memintanya. Allah juga mengatakan bahawa makhluk lain seperti gunung, lautan bulan bintang dan sebagainya tidak sanggup menerimanya kerana takut akan mengkhianatinya. Apakah manusia itu tidak akan mengkhianati Allah berkaitan amanah itu ? Kenapakah Allah terlalu yakin bahawa
... manusia itu boleh menjaga Amanahnya ? Hanya Allah Yang Maha Tahu.

Apakah yang dikatakan amanah itu ?

Adakah amanah itu ialah Allah telah melantik kita sebagai KhalifahNya dimuka bumi ini ? Atau amanah itu bukan berkaitan Khalifah tetapi berkaitan RUHKU. Pada Jasad, yang diamanahkan kepadanya ialah Nyawa. Pada Nyawa yang diamanahkan
kepadanya ialah Jasad. Pada manusia yang diamanahkan kepadanya ialah RAHSIA
ALLAH yaitu RUHKU.

Tanggungjawab semuanya adalah menyedari bahawa Amanah itu bukan miliknya. Ianya hanya diamanahkan sahaja. Amanah itu milik Pemilik Hakiki yaitu Allah. Tanggngjawab yang memegang Amanah ialah mengembalikan Amanah itu kepada Pemiliknya.

Pada saya jasad itu mati dan dihidupkan. Maka kita katakanlah jasad itu tidak hidup pada hakikatnya. Yang hidup dan menghidupkan jasad ialah Nyawa. Maka tidaklah munasabah jasad kena nak jaga nyawa. Nyawalah yang menjaga jasad. Jaga disini bermaksud membahagiakan dan memberi apa juga yang jasad perlukan.See more
LikeUnlike • •Follow postUnfollow post • 3 hours ago

No comments:

Post a Comment