Friday, January 6, 2012

BALUTAN BALUTAN CAHAYA / PECAHAN RUH

Kekuatan Rahsia Allah ini hanya Allah sahaja yang mengetahui sepenuhnya. Oleh kerana itu RUHKU ini telah dibalut oleh Allah dengan pelbagai balutan agar ianya tidak
membakar Jasad dan agar kekuatan dan Keagungannya dibataskan sesuai dengan cara kehidupan manusia itu sendiri. Dari segi ilmunya balutan balutan ini dikatakan sebagai BALUTAN CAHAYA mengikut kedudukan alamnya.

... Butirannya adalah seperti berikut :-

a. Lapisan Balutan pertama dirujuk sebagai BALUTAN CAHAYA LAHUT dan ia
dikenali sebagai RUH AL- QUDSI

b. Lapisan Kedua ialah BALUTAN CAHAYA JABARUT dan ia dikenali sebagai RUH
SULTANI

c. Lapisan Balutan Ketiga ialah BALUTAN CAHAYA MALAKUT dan ia dikenali
sebagai RUH RUHANI

d. Manakala Lapisan Keempat dan terakhir ialah BALUTAN CAHAYA MULKI dan ia
dikenali sebagai RUH JASMANI.

Seperti anggota anggota Jasad juga BALUTAN BALUTAN CAHAYA ini merupakan Zat
Serba Zat yang seni seni yang hanya diketahui Allah. Ia merupakan SUMBER HIDUP
manusia itu sendiri.

No comments:

Post a Comment