Thursday, January 5, 2012

GAS

BUKU PANDUAN MENGAMALKAN ILMU BBM
Pengarang : Rosmaidi Abdullah
Penyusun : Omar Abdullah
Penerbit : GAS Negeri Kelantan.

SEDUTAN ARTIKEL dari BUKU PANDUAN...

TENAGA@KUASA YANG MENGERAKKAN.

Tenaga ataupun Kuasa Kudratullah lah yang mengaliri dan mendatangkan GERAK serta menghidupkan segala organ-organ badan kita ini .

Ia berasal dari Zat Yang Mutlak. Segala kelengkapan badaniah yang ada didalam badan diri ini seperti jantung, paru-paru, buah pinggang, darah, otak, limpa, saraf-saraf serta usus-usus dll semuanya itu digerakkan atau dihidupkan dengan pengaliran Tenaga Zat HAYAT.

Ini untuk memberi kehidupan pada badan diri ini. Didalam Ilmu Tharikat kita di didik dengan jalan zikir dan antara zikir-zikir itu ada yang berpandukan kepada pedoman nafas dan nadi atau dibangsakan ia dengan zikir daim (zikir yang tiada berputusan)
Kajian demi kajian yang dibuat oleh Ahli-Ahli Tharikat ataupun Ahli Metafizik untuk menemukan punca dan tenaga asal yang bertitik awal dari mana asal usulnya mula datangnya dan dari mana pula ia.

Maka disini saya menemukan nya dengan nama Tenaga @ Kuasa Zat Hayatullah darinyalah segala sesuatu itu datang.

Ilmu pengetahuan kita ini pula memfokuskan pada tenaga @ kuasa yang awal iaitu punca segala punca dari tenaga-tenaga yang ada. Kalau kita selidiki dalam dalam adakah nafas dan nadi atau lain2nya dapat bergerak sendiri ?..pasti tidak munkin ianya berlaku kerana setiap yang berlaku itu pasti ada keteraturan nya yang tersendiri .
Maka Tuhan yang bernama Allah lah yang mengaturkannya didalam sifat al-mudarbir ( yang mentadbi r) pada sekalian kejadian. Tenaga-tenaga itu merupakan elektron, proton,ion, baion, nitron dan atom-atom kesemuanya ini merupakan sumber tenaga ghaib ( meta energy) Didalam badan diri kita yang asal dibalik asal …berasal dari Kekuasaan Qudrat ALLAH.

Kajian demi kajian dan renungan yang mendalam dapat menemukan akan punca itu maka kini saya menemukan RAHSIA PUNCA TENAGA itu iaitu TENAGA ZAT HAYATULLAH ataupun RAHASIA ILAHI ( SIRR )

Rahasia inilah yang menjadi punca segala gerak yang ada samada gerak nadi, nafas, darah dan minda oleh itu saya medifinasikan segala gerak itu adalah gerak yang baru dan ianya bersifat mahaddist walaupun ia datang dari dalam jua namun ia tetap berwasitah ( perantara) akan kehadirannya.

Oleh itu saya mendapat penjelasan dan kejelasan bahawa ada sesuatu tenaga yang tidak ada awal dan akhirnya iaitu tenaga yang menggerakkan segala sesuatu dan tenaga yang mendatangkan sesuatu itu adalah Tenaga Quratullah dan kini ia menjad rahasiaku jauhnya tiada antara dan dekatnya tiada berbatas,

Inilah induknya...ketahuilah RUH itu atau NUR MUHAMMAD itu adalah titik yang pertama merupakan kenyataan nya dan padanyalah tenaga-tenaga itu ujud....

DAN SETERUSNYA dan SETERUSNYA............

Nota :-

Kami di GAS ( Gerak Abadi Sejati - Perjalanan Cahaya NURILAHI ) melihat dan mengkaji Ilmu Bapak Dr Bagindo Muchtar dari segi Ilmu Ketuhanan khasnya Ilmu Hakikat. Ini bersesuaian dengan kenyataan Bapak sendiri bahawa Ilmu beliau ialah ILMU SYAHADAH.
LikeUnlike · ·Unfollow postFollow post · 10 hours ago
Pak Din Oden, Mohd Affendi Aripin and 6 others like this..

Napsiah Ismail Buku ni sama ke dgn yg Hadi kirimkan kat saya
9 hours ago via Mobile · LikeUnlike.Omar Abdullah ya cik puan buku baru sedang ditulis..belum lagi diterbitkan...
9 hours ago · LikeUnlike.Adnan Dahalan Assalamu'alaikum Abg Omar macam mana nak sertai GAS tu abg omar
7 hours ago via Mobile · LikeUnlike.Awang Zakaria Nat tau juga macam mana nak sertai GAS
7 hours ago · LikeUnlike.Omar Abdullah GAS adalah SURAU kami anak anak BBM yg telah dibuka jalan dan melihat Ilmu BBM dari segi Ilmu Ketuhanan..bagi yg melihat ilmu BBM dr segi Metafizik..surau ni tak sesuai..bagi yg belum buka jalan..jika minat kenalah buka jalan dulu. Laman GA...S ini bukanlah laman perbincangan ..ianya laman dimana guru mengajar dan murid belajar..kami ada juga chatbox dimana murid bertanya guru dan guru menyoal murid utk pastikan murid faham.See more
7 hours ago · LikeUnlike · 1.Epie Running penjelasannya..mudah utk difahami.. :)
7 hours ago · LikeUnlike.Pak Din Oden Sangat serasi dengan Ilmu Sains.
5 hours ago · LikeUnlike.Omar Abdullah Tq Pak Din Ilmu Tafakur Gerak Bapak Dr Bagindo Muchtar adalah berlandaskan Metafizik dimana Alam Fikiran & Gelombang Alam Alam Diberi Perhatian.
2 hours ago · LikeUnlike · 1.

No comments:

Post a Comment