Monday, January 16, 2012

JALAN DIRI...

Ada jalan syariat
Ada jalan tharikat
Ada jalan hakikat
... Ada jalan makrifat

HURAIAN.....

Bagiku itu semuanya jalan untuk menjalani bagi menyampaikan Aku kepada AKU jua. Jalanku adalah jalan mengikuti aliranNya iaitu Aliran Tuhan secara langsung yang berada padaku ini jua.

Maka Aku ini seumpama kereta yang di pandu oleh tuannya mengikuti arah tujuan dan kemahuan tuannya hanya menuruti pada jalanNya.

Jalan ku ini Jalan Penyerahan
Mengikuti Kemahuan dan Kuasanya ( Kudrat & Irodhat )
Itulah jalan yang tiada bantahan
Hanya mengikut arahan tuannya.

Jalan ini jalan tersembunyi
Jarang orang yang menemui
Hanya bagi yang di izini
JALAN DIRI nama diberi

Jalan terang bagiku mungkin gelap bagi orang lain tetapi itu semua tidak menjadi soal bagiku kerana Aku telah yakin dan telah menemui si-DIA yang bernama AKU.

Dengan jalan ini. Aku melakukan perjalananku menuju ke hadhiratNya dengan melakukan penyerahan kepadaNya.

Gerak ghaib dari Yang Maha Ghaib.

Inilah satu hal yang terjadi pada jalanku ini iaitu jalan yang telah ku terima dari guruku ianya merupakan jalan yang dibawa bergerak oleh Tuhan dengan kekuasaan Kudrat dan Irodhatnya.

Jalan berserah dan menyerah kepadaNya dengan sepenuh-penuhnya atau secara total yang pasti akan mendatangkan nikmat yang amat berkesan sama ada di dunia mahu pun di akhirat..

inilah Tawakkal namanya menyerahkan segala sesuatu yang ada pada kita ini kepada Nya.

No comments:

Post a Comment