Friday, January 6, 2012

MANUSIA SEBAGAI MAKHLUK SEMPURNA


Yang mengatakan bahawa manusia itu adalah makhluk paling sempurna ialah Allah
sendiri.

... Paling sempurna hendaklah dilihat dari segi perbandingan. Maksudnya dibandingkan
dengan makhluk makhluk yang lain, maka manusialah yang paling sempurna. Tiada yang dapat menandinginya dari segi kesempurnaan itu. Ini bermakna manusia itu lebih
sempurna dari Malaikat, Iblis, Bulan, Matahari , Bintang Bintang malah dari kesemua
makhluk yang ada.

Berdasarkan kehidupan kita sendiri dan apa yang kita lihat di-sekeliling kita berkaitan
manusia lain, kenyataan Allah Tuhan kita ini amat pelik bagi kita. Betapa tidak. Hidup kita didunia ini, penuh dengan kesusahan dan kepayahan. Dalam hal mencari rezeki sahaja kita terkial-kial. Sempurna apakah kita ini ? Dunia pula menjadi haru biru kerana manusia itu atas sifat tamak halobanya sentiasa berbunuh-bunuhan. Kehidupan anak anak muda kita, penuh kekayalan dengan penyalahgunaan dadah dan mengamalkan seks bebas ?

Maka adalah jelas pada pandangan zahir kita bahawa hidup dan kehidupan manusia itu penuh dengan kelemahan dan kekecewaan, tidak sempurna dan tidak bahagia.
Bertentangan dengan kenyataan diatas Allah pula menegaskan bahawa manusia itu ialah makhluk paling sempurnaNYA. Berdasarkan Iman dan Tauhid kita, mustahil Firman Allah itu tidak benar. Maka percayalah kita bahawa manusia itu paling sempurna tanpa faham sedikitpun maksud sebenar kenyataan Allah itu.

Jadi apakah jawapannya ? Hanya Ilmu Allah sahaja yang mengetahui dan dapat memberi jawapan. Dan ilmu itu ialah Ilmu Hakikat Allah. Dari segi akal kita manusia itu lebih sempurna dari Malaikat, Jin, Syaitan dan Iblis kerana manusia itu ada Jasadnya, yang tersebut terdahulu tiada berjasad.

Manusia itu lebih sempurna kerana Malaikat hanya dapat berbuat kebaikan manakala
Iblis hanya dapat berbuat jahat. Manusia pula boleh melakukan kedua-duanya yaitu baik dan jahat.

Ilmu Hakikat menjelaskan bahawa Kesempurnaan manusia itu terletak pada Hakikatnya atau Diri Hakikinya bukan manusia yang berbadan dan bernyawa. Kita berikanlah nama baru untuk menunjukkan perbezaan. Perkataan kita ialah INSAN. Pada Insanlah letaknya Kesempurnaan itu. Manusia itu jadi susah, haru biru, sesat dan tidak bahagia kerana SALAH MENJALANI KEHIDUPAN. Ini adalah kerana KEJAHILAN manusia itu sendiri kerana tidak mengenal Dirinya. Maka bergantunglah ia kepada Benda Mati dan bukan kepada Benda Hidup. Hidupnya dengan menggunakan tenaga yang sedikit sedangkan tenaga yang membuatkan dirinya SEMPURNA itu tidak diketahuinya.

Hanya Ilmu Hakikat yang ada jawapan dalam perkara ini. Tidak ada dalam Ilmu Feqah dan Ilmu Syariat.See more
LikeUnlike • •Follow postUnfollow post • 4 hours ago
o
o
o
o



Pak Din Oden
‎" Pada Insanlah letaknya Kesempurnaan itu." Setuju manusia adalah yang paling sempuran berbanding makhluk lain kerana diberikan anugrerah tertinggi bernama akal. Dan akal memberikan kita membuat banyak pilihan. Malangnya kebebasan itu di d...atangkan dengan tanggungjawab berat. Maka sebagai insan kita diberikan potensi terbaik, yang perlu dicungkil dan tidak diperolehi secara automatik. Malah berkemungkinan diturunkan ke tahap lebih terus dari mahkluk lain, seper peringatan Surah At TinSee more
3 hours ago • LikeUnlike

No comments:

Post a Comment