Thursday, January 5, 2012

Badanku

AKU yang hidup ini menggunakan Amanah Tuhan untuk menghambakan diriku padanya....1. BADANKU yangku gunakan untuk mengabdikan padanya2. DIRIKU yangku gunakan untuk menyempurnakan badanku dan ibadatku3. AKU yangku duduki untuk Mengenali Tuhanku ... Badanlah yangku gunakan untuk menzahirkan pengabdianku pada Tuhanku. Tanpa badan ini maka tidaklah aku dapat menzahirkan sesuatu itu. Inilah zahirnya ibadahku pada Tuhanku. Segala perbuatan yang berlaku ini akan terzahir pada badan diri ini. Oleh itu jagalah dan perbaikilah akan keadaan badanmu itu supaya ia tetap terpelihara akan kemuliannya nya pada kita dan disisi Tuhan,,Janganlah kita berfahaman bahawa badan ini tiada penting dan tiada apa-apa padanya . Yang perlu kita ingati adalah suatu hal iaitu tanpa badan apakah engkau dapat tahu dan sedar akan kau ini ada Bertuhan dan kau itu bergelar hamba. Persoalan nya adalah....apakah ada kezahiran amalmu jika kau tiada berbadan?...Memanglah badan tidak berkuasa apa-apa akan tetapi kalau badan tiada dapatkah kau tahu yang engkau berkuasa dan Tuhan Maha Kuasa,maka tidak munkin bukan!! Segala hakikat itu adalah dari Allah jua namun Rahsia Penciptaan Jasad inilah untuk Tuhan menzahirkan akan segala hakikat itu. Ada orang berkata....1 Buat apa kita cakap pasal jasad2 Apa benda yang ada pada jasad3 Jasad hanyalah belulang kering4 Jasad hanyalah tong kosong dll Namun bagi saya jasad adalah dalil bagi kewujudan Tuhan dan padanya ada bukti-bukti ke-. Esaan nya. Dengan jasadlah kita dapat jumpa apa yang kita mahu,,,Jasad itu adalah Sifat Yang Mulia bagi orang yang tahu. Cuma kita belajar Ilmu Hakikat ini perlu kita nafikan sahaja akan kewujudan yang tidak ada kesannya sahaja kecuali Kewujudan Tuhan dan ia bersifat binasa itu saja...Namun kita perlu akui akan keadaannya... Berkata Tuhan.... Hai Nur Muhammad wajiblah engkau menyembah AKU...Maka Nur Muhammad berkata mana munkin aku dapat menyembahmu kerana aku pun bersifat suci dan aku adalah kenyataanmu. Atas dasar Kebesaran Tuhan maka Nur Muhammad akur akan keputusan itu, lalu ia berkata...Wahai Tuhan jika engkau ingin aku menyembahmu maka ciptakanlah untukku jasad (sekadar riwayat al-ibyat) Inilah Kelebihan Tuhan Yang Maha Besar pada menjadikan jasad untuk menyatakan Af'alNya atau Gerak Kudrat Irodhatnya kepada Nya jua. KESIMPULANKU. Pada mereka yang membuang jasad (tidak ambil tahu soal jasad) maka orang itu jahil dalam Ilmu Allah ini. Kalau kita tidak ambil tahu dan malas menitik beratkan pada jasad maka jika kita buang najis maka janganlah kita basuh kerana ianya adalah hal jasad maka anda katalah begini "buat apa basuh ini hal jasad" cuba tengok macam mana jadinnya. Inilah yang perlu kita jaga dan ianya dinamakan Syariat atau Kezahiran Agama (ilmu fiqah). mata dalilnya-basar allahtelinga dalilnya-sama' allahmulut dalilnya-kalam allahtangan dan kaki dalilnya-kudrat allahotak dalilnya-ilmu allahjangtung dalilnya-hayat allahhati dalilnya-irodhat allah Maka inilah rahsia yang ada pada Jasad dan Sifatullah. Saling liput meliputi, perlu memerlukan, sebab itulah Bapak Baginda Muchtar berkata..perbaikilah keadaan badan dirimu. Maknanya disini ada hal yang kita tidak tahu pada badan dan kita akan dapat tahu bila badan menjadi sempurna bila dibaiki dengan sempurna. AKU ADALAH HAMBA KERANA BERJASAD. Diriku yangku gunakan untuk menyempurnakan badanku dan ibadahku. Hal ini tidaklah perlu dihuraikan kerana telah banyak artikal tentang diri dan AKU. Maka saya huraikan tentang jasad dan apa yang perlu kita titik beratkan sahaja. Dewasa ini ramai anak2 muda yang minat dan suka mempelajari ilmu hakikat( roh) dan tasauf (soal hati) sehingga lupa akan soal hukum agama yang mengsyaratkan oleh Tuhan kepada Nabi kita untuk kita demi menjaga keharmonian insan sesama insan dan insan dengan Tuhannya...hablum minan nass dan hablum minallah. Pesanku......KALAU BADAN TIDAK DIJAGA DAN DIPERBAIKI DAN TIDAK DIISI MAKA TENAGA QUDRATULLAH TIDAK AKAN BERFUNGSI 100% PADA KITA, KERANA TENAGA ITU AKAN BERCAMPUR DAN TERPALIT DENGAN DOSA DAN NODA SERTA TITIK2 HITAM PADA NYA,

Atas dasar Kebesaran Tuhan maka Nur Muhammad akur akan keputusan itu, lalu ia berkata...Wahai Tuhan jika engkau ingin aku menyembahmu maka ciptakanlah untukku jasad (sekadar riwayat al-ibyat)Inilah Kelebihan Tuhan Yang Maha Besar pada menjadikan jasad untuk menyatakan Af'alNya atau Gerak Kudrat Irodhatnya kepada Nya jua." Terima kasih ... patinya.

No comments:

Post a Comment