Sunday, August 29, 2010

Hijab

Hijab adalah semua tanya yang mengemuka.

Hijab adalah semua ragu yang membayang.

Hijab adalah semua gundah yang menggulana.

Hijab adalah semua rupa yang terpandang mata.

Hijab adalah semua gaung yang terdengar telinga.

Hijab adalah semua kata yang terucap.

Hijab adalah semua huruf yang terangkai.

Hujab adalah semua angka yang terbilang.

Hijab adalah semua rasa yang tercipta.

Hijab adalah semua suka dan duka yang terasa.

Namun...

Saat semua tanya tak lagi terucap...

Saat semua ragu telah tersapu angin.

Saat semua gundah telah pergi.

Saat semua rupa telah sirna.

Saat semua gaung telah senyap.

Saat lidah tak lagi berucap kata dan bilangan.

Saat semua galau telah lenyap.

Saat itu sirnalah hijab...

Saat hijab telah sirna, anda akan terdiam.

Saat anda terdiam, anda akan dikuasai-Nya

Saat anda telah Dikuasai-Nya, barulah IMAN anda bisa MEMBENIH subur.

Nafsu

Dimanakah "aku"

1. Amarah

2. Lawammah
3. Mulhammah
4. Mutmainah
5. Radhiah
6. Mardhiah
7. Kamaliah

1. Amarah

Amarah adalah martabat nafsu yang paling rendah dan kotor di sisi Allah. Segala yang lahir darinya adalah tindakan kejahatan yang penuh dengan perlakuan mazmumah (kejahatan/keburukan). Pada tahap ini hati nurani tidak akan mampu untuk memancarkan sinarnya kerana hijab-hijab dosa yang melekat tebal, lapisan lampu makrifat benar-benar terkunci. Dan tidak ada usaha untuk mencari jalan menyucikannya. Kerana itulah hatinya terus kotor dan diselaputi oleh pelbagai penyakit.

2. NAFSU LAWWAMAH

Antara sifat nafsu lawwamah adalah:

1. Mencela diri sendiri
2. Bertafakur dan berfikir
3. Membuat kebajikan kerana ria
4. Kagim pada diri sendiri yakni 'ujub
5. Membuat sesuatu dengan sum'ah -agar dipuji
6. Takjub pada diri sendiri

3. MULHAMAH

Antara sifat-sifat yang bernafsu mulhamah:
1. Sifat-sifat ketenangan,lapang dada dan tidak putus asa.
2. Tak sayangkan harta
3. Qanaah.
4. Berilmu laduni
5. Merendah diri/ tawwadu'
6. Taubat hakiki
7. Sabar hakiki
8. Tahan ujian dan menanggung kesusahan

4. NAFSU MUTMAINAH

Antara sifat-sifat maqam ini adalah:
1. Taqwa yang benar.
2. Arif
3. Syukur yang benar
4. Tawakkal yang hakiki
5. Kuat beribadat
6. Redha dengan ketentuan Allah
7. Murah hati dan seronok bersedekah.
8. Dan lain-lain sifat mulia yang tidak dibuat-buat.

5. NAFSU RADHIAH

Sifat-sifatnya:

1. Ikhlas
2. Warak
3. Zahid

6. NAFSU MARDIAH

Sifat-sifatnya:

1. Redha dan rela dengan apa-apa pemberian Allah
2. Lemah lembut pergaulannya
3. Elok dan tingginya budi
4. Lain-lain sifat terpuji maqam sebelum ini.
4. Dan lain-lain lagi yang baik yang ada pada maqam sebelum ini.

7. KAMALIAH

Maqam ini adalah tertinggi. Maqam ini digelar sebagai "baqa billah", Kamil Mukamil", Al Insan kamil kerana ia dapat menghimpunkan antara zahir dan batin, yakni ruh dan hatinya kekal kepada Allah tetapi zahir tubuh kasarnya tetap dengan manusia. Hati mereka kekal dengan Allah tak kira masa dan tempat, tidur atau jaga sentiasa mereka bermusyahadah kepada Allah. Ini adalah maqam khawas al khawas. Semua gerak geri mereka sudah jadi ibadat. Hatta berak kencing mereka, tidur mereka dan sebagainya.

Rujukan:

Al-Hikam
Ihya Ulumudin
Rahsia Mengenal Diri
Mengenal Diri Dan Wali Allah
Awarif al Ma'arif
Mengenal Ilmu Tasauf
Siapa Wali
Risalatul Qusyairiah
Sirrul Asrar
Perkembangan Tasauf dari Abab ke Abab
Al-Quran dan Al Hadis
Dan lain-lain

Dipetik dari karangan
Oleh Nur Anwar

Friday, August 27, 2010

Hijab

Banyak cara yang boleh dilakukan untuk membuka hijab, terutama bagi setiap orang yang berjalan menuju Allah (salik). Sebab ketika seseorang tidak mampu membuka hijab, berarti selama itu pula dia tidak boleh lepas dari jeratan syirik, baik syirik jali (nyata) maupun syirik khafi (tersembunyi).

Syarat utama untuk berjumpa dengan Allah tidak boleh syirik sama sekali, teristimewa dalam menjalankan ibadah. Perjuangan yang harus terus dilakukan ialah mencari cara agar mampu membuka hijab itu sendiri.

Sebagaimana diketahui, yang selalu mengajak orang berpaling dari Allah adalah nafsu yang ada di dalam diri, terutama nafsu ammarah, lawwamah dan sawwiyah dstnya.

Nafsu, meski di satu sisi berfungsi menggairahkan hidup, namun jika tidak dikawal dan tidak dikembalikan kepada Allah, dapat mengheret seseorang pada tipu daya kehidupan dunia. Nafsu dapat membuat batin terombang-ambing, karena desakan beragam peristiwa, keadaan, keinginan dan cita-cita.

Dalam situasi demikian, pandangan seseorang akan mudah terhijab (terdindingi) dan berpaling kepada selain Allah. Untuk itu perlu kemampuan bagi mengendalikan nafsu agar tidak terhalang dalam memandang Allah.

Karena ketika nafsu tidak mampu dikendalikan, maka nafsu tersebut akan menguasai diri sepenuhnya, bahkan dapat menjadi tuhan selain Allah. Sebagaimana dijelaskan dalam firman-Nya: "Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?" (Al Jaatsiyah: 23).

Pada saat nafsu telah menguasai diri, itu menandakan hijab telah menutupi pandangan hati, juga tidak menutup kemungkinan akan merebak ke pendengaran, penglihatan dan akal. Pada akhirnya, penglihatan tidak mampu menyaksikan keindahan sifat Allah, pendengaran tidak mampu merasakan dahsyatnya ayat-ayat Allah dan akalnya tidak mampu menerima percikan cahaya Ilahi.

Itu semua adalah tanda dari orang yang sedang disesatkan Allah. "Barangsiapa yang dikehendaki Allah (kesesatannya), niscaya disesatkan-Nya. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah (untuk diberi-Nya petunjuk), niscaya Dia menjadikan-Nya berada di atas jalan yang lurus" (Al An'aam: 39).

Salah satu cara untuk menyingkap hijab adalah dengan jalan mengendalikan nafsu dan mematikannya. Dalam hadis Nabi saw. menganjurkan: >i?"Matikan nafsumu sebelum kamu mati." (rujuk pada Kitab Addurun Nafis).

Orang yang sudah mampu mengendalikan hawa nafsunya, akan memiliki pandangan yang jernih dalam menatap Wujudul Haq (wujud Allah). Diumpamakan bagai telaga yang airnya jernih, tampak jelas keindahan semua isinya.

Sebaliknya, telaga yang airnya kotor tidak terlihat apapun, kecuali hanya kekeruhan. Orang yang dapat menahan diri dari keinginan hawa nafsunya dan takut Tuhannya, akan memetik keindahan syurga.

"Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurga sebagai tempatnya." (An Naajiyat: 40).

Orang-orang seperti itulah yang akan dapat menikmati keindahan syurga, yaitu terbukanya tirai Ilahi. Barangsiapa rindu berjumpa dengan Allah, hendaklah menahan diri dari mengikuti hawa nafsu. Berbahagialah orang-orang yang telah membersihkan jiwanya dari keterikatan hawa nafsu.

Diriku

Saya, Si NAFS ini boleh merasa;




  • Hidup…, lalu saya sedari sepenuhnya…: “Ooo…, hidup ini milik Allah…”

  • Bergerak…, lalu saya sedari sepenuhnya…: “Mmm…, Bergerak ini milik Allah…”

  • Melihat…, lalu saya sedari sepenuhnya…: “Nggg…, melihat ini milik Allah…”

  • Mendengar…, lalu saya sedari sepenuhnya…: “Ooo…, mendengar ini milik Allah…”

  • Tahu…, Mengerti…, saya sedari sepenuhnya…: “Tahu dan Mengerti ini milik Allah…”

Monday, August 23, 2010

Tanda-tanda kematian

Adapun tanda-tanda kematian ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya
sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke ahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali Kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Allahualam.

Dipetik dari blog Jalan Akhirat

Tuesday, August 17, 2010

Masihkah kita ingat



“Maka sembah Demang Lebar Daun. ‘Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Dipertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhihatkan, dinista dengan kata kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum Syarak.’

Maka titah Sang Sapurba, ‘Akan pinta bapa itu hamba kabulkanlah, tetapi hamba minta satu janji pada bapa hamba. ‘Maka sembah Dernang Lebar Daun, ‘Janji yang mana itu, Tuanku?’

Maka titah Sang Sapurba, ‘Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun.’

Maka sembah Demang Lebar Daun, ‘Baiklah, Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun rnengubahkanlah’ Maka titah Sang Sapurba, ‘Baiklah, kabullah hamba akan waadat itu.’

Maka baginda pun bersumpah-sumpahan barang siapa mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah bumbungannya ke bawah, kaki tiangnya ke atas. Itulah sebabnya dianugerahkan Allah subhanahu wataala pada segala raja-raja Melayu, tiada pernah memberi aib pada segala hamba Melayu; jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya, tiada diikat dan digantung dan difadhihatkan dengan kata-kata yang jahat.

Jikalau ada seorang raja memberi aib scorang hamba Melayu, alamat negerinya akan binasa. Syahdan, segala anak Melayu pun dianugerahkan Allah subhanahu wataala tiada pernah durhaka dan memalingkan muka pada rajanya, jikalau jahat pekerti sekalipun serta aniaya.”

Sulatus Salatin

Puasa

Dari: IMAM SARJONO
Judul: Untuk apa kita puasa?


Ass.wr.wb



Sebuah tulisan dari renungan pribadi menjelang puasa:


Ada pertanyaan dalam diri saya sejak kecil yaitu, untuk apa sebenarnya saya berpuasa?.
Jawabannya bisa sederhana, yaitu agar kita bertakwa, atau jawaban yang rumit berbelit-belit, ditinjau dari banyak sudut dan segi, misalnya kedokteran atau lainnya. Namun jawaban itu masih belum memuaskan saya, belum membumi, belum menjadi realitas dalam kehidupan saya. Maka puasa tetap saja menjadi sebuah "dogma". Berpuasa mendapat pahala dan meninggalkannya akan berdosa.

Pemahaman tentang hakekat puasa bagi saya mulai tersingkap, sejak melakukan sholat khusuk. Tidak berbelit-belit, tidak teoritis, namun membumi, dalam realitas.
Puasa adalah sholat dalam realitas kehidupan. Atau lebih jelasnya Puasa adalah melatih kesadaran. Kesadaran berpuasa. Kesadaran bahwa ada yang mengamati, yaitu Allah. Kalau sholat dimulai dengan takbir dan diakhir dengan salam, maka puasa dimulai dengan niat saat fajar dan diakhiri dengan berbuka. Maka selama berpuasa yang dilatih adalah kesadaran dari jiwa kita. Sadar untuk mengikuti petunjukNYA dan menjauhi laranganNYA. Puasa melatih kedisiplinan dalam kesadaran. waktu berpuasa harus benar-benar tepat dihitung, tidak boleh kurang, dan harus serius dan sungguh-sungguh.

Maka benarlah kalau puasa adalah ajang pelatihan, ajang peperangan dalam diri sendiri, dari kesadaran sendiri. Mengapa kita mau melakukan ini, anda bisa makan secara sembunyi-sembunyi dan memastikan tidak ada yang tahu. Namun ada kesadaran bahwa ada yang tahu yaitu anda sendiri tahu. Artinya ada kesadaran yang tahu, bahwa anda puasa atau tidak. Kesadaran ini memberi tahu bahwa ada sesuatu yang mengamati dan tahu apa yang sedang kita lakukan. Artinya walaupun kita tidak melihat, namun kita sadar bahwa kita tidak boleh makan karena Allah tahu kita sedang makan. Itulah makna ihsan. Maka puasa adalah melatih kesadaran kita ber-ihsan kepada Allah.

Sebuah contoh sederhana mengenai ihsan: Anda masuk ke ruangan yang dilarang merokok, di seluruh bagian dari ruangan itu dipasang kamera. Anda diberi tahu ada kamera yang memantau seluruh kegiatan anda setiap detik. Walaupun anda tidak melihat kameranya, namun anda yakin bahwa anda sedang diamati. Seseorang sedang melihat anda.


Yang berpuasa adalah jiwa (emosi, nafsu, keinginan, dsb) kita, bukan sekedar tubuh yang hanya akan mendapatkan lapar dan dahaga. Maka kesadaran menjadi titik tolak terpenting, itulah sebabnya kalau kita tidak sadar makan dan minum atau terlupa tidak membatalkan puasa kita. Karena yang dituntut adalah kesadaran kita berpuasa, yaitu menjalankan perintahNYA. Kesadaran dalam berbuat, berfikir dan beribadah. Kesadaran bahwa kita sedang berpuasa.
(Contoh ekstrem: Bayangkan kalau anda tidur sejak sahur dan bangun saat buka, atau anda hanya membaca buku cerita, menonton tv, mancing atau apapun itu sejak sahur dan selesai saat magrib, apakah ada kesadaran disini?).

Berlatih kesadaran ber-ihsan kepada Allah secara serius, sungguh-sungguh dalam realitas kehidupan kita sehari-hari. Berlatih selama sebulan penuh akan menempatkan kesadaran pada puncak tertinggi melihat wujud Allah dalam realitas kehidupan kita sehari-hari.
Ketika berbicara akan berhati-hati karena Allah Maha Mendengar
Ketika berfikir akan positif karena Allah akan membimbing
Ketika bertingkah laku dan berakhlak akan mengikuti aturan dan petunjukNYA
....
Itulah Iman atau keyakinan kita kepada Allah
Buahnya nanti adalah Takwa setelah kita lulus dalam gemblengan selama sebulan ini.
(Ya Takwa: itulah jawaban dari ustad atau guru-guru saya sejak kecil, namun tidak mampu saya jabarkan dalam realitas hidup saya selama ini).


Maka marilah kita berpuasa untuk melatih kesadaran kita, berpuasa dengan ber-ihsan atau melihat Allah. Biarlah kita serahkan pahala atau penilain kepada Allah saja. Kita hanyalah melatih kesadaran kita mendekat kepada Allah.
Semakin dekat dan semakin dekat, sampai tak terasa ada jarak lagi. Kita merasakan Allah ada dalam kesadaran kita.



Selamat menjalankan ibadah puasa.

Friday, August 13, 2010

Sedikit Peringatan

Some people have so much respect for their superiors they have none left for themselves."
Peter McArthur