Thursday, January 5, 2012

SLOGAN KAMI di GERAK ABADI & SEJATI...Ilmu BBM

...

Lahirkanlah kandunganmu
Masukilah kedalam hakikatmu
Jumpailah rahsiamu
... Bersatulah dengan tuhanmu
Keluarlah menyempurnakan badanmu
Sucikanlah diri lahir batinmu
Bebaskanlah burung didalam sangkar
Moga burung dapat membawa sarangnya pula
Datang bersama pulang pun bersama.

Inilah slogan jalan kami. Pasti BERBEZA

Dalam Ilmu BBM kita menggunakan gerak dari Allah dan gerak ini langsung dariNya. Maka cara dan kaedah kami mendapatkan gerak ini bukanlah dengan cara menyeru, bangkitan arwah, olahan tenaga atau dengan kaedah mengamali doa2 atau ayat-ayat tertentu untuk mendatangkan gerak.

Kami mengunakan kaedah TAFAKUR dan membuat PENGAKUAN serta KESAKSIAN dan juga PENYERAHAN secara total kepada Yang Maha Kuasa. Disini kami dapat mengenali akan DIRI kami dan Tuhan dengan RASA dan PERASAAN yang terasa kami mengorak langkah menuju ke-hadirat Ilahiah bak kata Bapak Baginda Muchtar....

“ melakukan perjalanan dari ADA kepada TIADA dan TIADA ADA sampai ke TIDAK ADA dan MENJADI ADA KEMBALIi dengan keadaan nya. Perjalanan dari luar kedalam sampai mendalam sehingga si GHAIB bersatu dengan yang MAHA GHAIB. “

Nah inilah perbezaan antara jalan kami dan jalan lainnya walaupun gerak sama gerak tapi PUNCA-nya- lain hulunya. Jalan ini menggunakan Gerak Kudratullah dan tujuannya bukan sekadar untuk bersilat atau perubatan namun tujuan kami lebih dari itu.

Jalan ini juga tidak menggantungkan peramalannya kepada ayat-ayat khususiah untuk bergerak cukup dengan Syahadah dan lainnya sahaja..Terkadang ada orang keliru akan perjalanan ini ada yang mengatakan...aku lihat caramu itu sama dengan apa yang aku amali dan pelajari" dan bila kita tanya dari mana asal ilmu itu siapa guru asalnya maka lainlah asal gurunya maka aku mengatakan lainlah pula tujuannya.

10 comments:

  1. ini ilmu gerak abadi sejati ye..
    sekadar bertanya.. jika ya, sy mahu tahu dimana pengijazahannya...

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum....kepada ahli gerak abadi dimana saja.Saya mohon bantuan.Saya juga salah seorang penuntut.saya terputus hubungan dengan guru saya.dan saya hilang nota-nota amalan pengasahan.bolehkah bantu saya.mrizan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya saudara Mrizan, Sila hubungi Abah Wan Ludin untuk urusan tersebut ditalian 0139019286.

      Delete
    2. Assalammualaikum...terima kasih atas maklumat yg. Diberikan.maaf, lambat update.master shukree..

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. Salam ini ilmu bapak bagindo muchtar kan? Juga d panggil c10 .....salam dari ank bapak d pulau pinang

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Salam boleh saya tau kat mana saya nak belajar ilmu BBM. Sy sekarang berada di Serdang Selangor

    ReplyDelete
  6. Al fatehah...Bapak Baginda Muchtar

    ReplyDelete