Friday, January 6, 2012
Solat
Saturday, September 11, 2010
Solat lagi
Meneliti Solat
Petikan dari: sini
Petang idilfitri ke 2, kerana terlapang sedikit masa, tetamu juga makin mengurang saya sempatlah berbual sekejap dengan pak cik google. Bukan banyak sangat yang ditanya kepada pakcik google, cuma hakikat sembahyang dan pak cik google beri beberapa cadangan dan terserempak dengan blog di atas. Cantik bahasanya dalam mengolah erti solat.Lemah lembut dan bertatasusila.
Kekadang dalam kita membicarakan perkara yang halus seperti pengertian hakikat dan makrifat, jika penulisnya menulis tanpa menggunakan simbol yang selayaknya terasa seperti melihat orang telanjang.Tidak manis dan tidak sopan.Hakikat jika ditelanjangi kelihatan amat tidak bernilai seumpama meletkkan berlian di ekor kaldai. Jika diletakkan ditempat yang sepatutnya dengan menggunakan bahasa yang indah, istilah yang baik dan analogi yang sesuai, waduh indahnya.
Semasa di alam persekolahan dulu, fakir ini ada juga belajar tentang ilmu filologi, iaitu ilmu untuk meneliti teks sastra lama, dan banyak ditemui kitab-kitab lama menyelitkan ilmu hakikat lewat tulisan mereka.Tapi sayangnya tulisan mereka terlalu ambigenous hingga sukar difahami.Mungkin cara itu sesuai dengan zaman mereka.
Sepanjang perbualan dengan pak cik google, rasanya tulisan dari blog ini elok disimpan untuk tatapan anak cucu dikemudian hari.Fakir telah memohon kepada penulis blog ini untuk dicopy paste dan dilinkkan kepada blog beliau.
Bermulanya usul ma’rifat ini ialah untuk mentakrifkan hal keadaan kita di dalam masa kita beramal. Sesudah kita faham di atas segala- gala rukun dan jalan-jalan di dalam hal keadaan agama Islam, barulah kita memulakan segala amalan.Seperti sabda Rasulullah SAW, ertinya :”Bermula sembahyang (solat) itu ada tiga bahagian :
1. Sembahyang orang-orang Mubtadi Yakni semata-mata ia untuk menutupkan fitnah dunia. Dan sekadar mengetahui akan segala rukun-rukun dan waktu serta berpakaian bersih dan mengetahui wajib dan sunat semata-mata ia untuk mendapat pahala. Maka amalan ini syirik semata-mata.
2. Sembahyang orang Mutawasit Menyempurnakan perintah Allah semata-mata hatinya berhadapkan Allah. Tiada ia mengira dosa dan pahala. Semata-mata ia berserah kepada Allah. Maka di atas amalan ini adalah lebih baik daripada yang pertama itu, tidaklah ia terkena syirik.
3. Sembahyang orang Mumtahi Tiada ia sembahyang dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, kerana ditilik pada dirinya adalah golongan dhoif, fakir, hina dan lemah.Semata-mata pandangan di dalam sembahyang itu tiada dengan kehendaknya melainkan Kehendak Allah.La’ maujud bila’ hakikat ilallah : “Tiada maujud bagi hakikatku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah”.La’ haiyyun bila’ hakikat ilallah : “Tiada yang hidup bagi hakikatku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah”.La’ ‘alimun bila’ hakikat ilallah : “Tiada yang mengetahui bagi hakikatku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah”.La’ qadirun bila’ hakikat ialallah : “Tiada yang berkuasa bagi hakikat ku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah”.La’ iradatun bila’ hakikat ilallah : “Tiada yang berkehendak bagi hakikatku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah”.La’ sami’un bila’ hakikat ilallah : “Tiada yang mendengar bagi hakikatku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah”.La’ basirun bila’ hakikat ilallah : “Tiada yang melihat bagi hakikat ku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah”.Wa la’ mutakallimun bila’ hakikat ilallah :”Tiada yang berkata-kata bagi hakikatku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah.Maka inilah yang sebenar-benarnya sembahyang seperti sabda Abu Hurairah r.a. :
“Sembahyanglah kamu seperti Rasulullah SAW sembahyang katanya :Takbirlah kamu seperti Rasulullah SAW takbir.Qiyamlah kamu seperti Rasulullah SAW qiyam.Ruku’lah kamu seperti Rasulullah SAW ruku’.Sujudlah kamu seperti Rasulullah SAW sujud.Tahiyyatlah kamu seperti Rasulullah SAW tahiyyat.Salamlah kamu seperti Rasulullah SAW salam.
“Begitulah seterusnya di dalam amalan. Janganlah sekali-kali kita buat tanpa mempelajari, nanti sia-sia sahaja amalan kita itu. Bak kata pepatah “Kalau berdayung biarlah di air. Lambat laun kita akan sampai jua”.Maka sesudah kita ketahui akan segala rukunnya, maka wajiblah kita mengetahui akan segala bermula niat terlebih dahulu. Sebabnya niat itu bukannya mudah untuk kita memahaminya. Kerana yang dikatakan niat itu ialah tiada berhuruf, tiada berupa dan tiada bersuara.Mana yang dinamakan niat, jikalau ada huruf boleh dibaca. Jikalau ada suara boleh didengar. Jikalau ada rupa boleh dipandang. Jikalau dapat nyata ia di atas huruf, rupa dan ada suara, maka ini bukannya niat lagi.Seperti sabda Rasulullah SAW :
“Qasdu syai-in muktarinan bi fiklihi”Ertinya : “Menyehaja sesuatu hal keadaan dipersertakan dengan perbuatan.”Dan satu lagi Hadis mengatakan :”An niatu bilqalbi bila’ sautin wala’ harfin”Ertinya : “Bahawasanya niat itu di dalam hati, tiada suara dan tiada berhuruf.”Jikalau niat itu kita kata di dalam hati, umpamanya tatkala mengata “Allahu Akbar” : Aku sembahyang fardhu Zohor atau fardhu Asar umpamanya di dalam huruf yang lapan itu. Maka ini dinamakan dia niat ‘arfiah. Inilah niat bagi kedudukan orang-orang awam yakni di atas mereka baru menuntut ilmu.Adapun yang dikatakan niat itu terbahagi ia kepada tiga :
1 – Qasad : Menyatakan pada “usalli fardhu” menandakan ada waktu pada hamba yang taat.
2 – Ta’rad : Menyatakan pada “arba’a raka’at” menandakan ada rukun, yakni bersedia hamba untuk menunaikan.
3 – Ta’yin : menyatakan pada “Lillah Ta’ala” menandakan suruhan Allah yakni menghadapi kiblat hati.
Maka sesudah nyata Qasad, Ta’rad, Ta’yin bererti telah nyatalahkiblat dada kepada Baitullah.Kiblat hati kepada nyawazat memandang zat.Sifat memandang sifat.Baharulah kita mengatakan “Allahu Akbar”.Serta hadir mata hati musyahadah kepada Zat Allah Ta’ala semata-mata. Maka inilah dinamakan niat. Seperti yang dinyatakan di dalam Hadis Imam al-Gahazali r.a. katanya,”Adapun kedudukan usalli, fardhu, rakaat, lillah ta’ala, Allahu Akbar.” ialah seperti berikut;
1. Usalli – maksudnya amanah Tuhan terhadap hamba, maka tatkala hambaNya telah menerima syariatNya, maka wajiblah kembalikan kepadaNya dengan keadaan yang sempurna.
2. Rakaat – menyatakan hal kelakuanNya. Maka hilangkanlah kehendakmu di dalam halNya dan hapuskanlah fe’el mu di dalam kelakuanNya baharulah sah amalannya.
3. Lillahi ta’ala – Menyatakan sirNya (rahsia). Maka fana’lah sir iktikad cinta rasa dan berahi mu di dalam sir Allah. Baharulah nyata ada kiblat bagi kamu.
4. Allahu Akbar – menyatakan kaya Tuhan terhadap hamba. Kerana hamba sampai kepada seruan Allah Ta’ala kerananya Allah Ta’ala esa, Muhammad yatim, hamba dhoif. Tiap-tiap yang datang mesti akan kembali. Maka kembali sekalian hamba-hamba itu di dalam seruan Allahu Akbar. Maka bergemalah suara-suara hambamu yang taat itu mengatakan dan memuji akan nama Allahu Akbar dan terlintaslah suara mu’minnya terus tujuh petala langit dan terus tujuh petala bumi. Maka bersahut-sahut akan roh-roh Anbia’ dan Aulia’ serta Malaikat dengan katanya, “Sejahteralah umat-umat mu ya Muhammad!”.5. Fardhu – sah dan nyata. Bersifat di atasnya hamba. Maka tiap-tiap yang bersifat hamba mestilah ada yang empunya hak. Maka kembalilah sifat-sifat mu kepada yang berhak.
Cara-cara hendak kembalikan kepada yang berhak, itulah sebabnya diwajibkan kepada fardhu. Tiap-tiap perbuatan ataupun amalan adalah dengan fardhu. Tanpa dengan niat fardhu perbuatan itu sia-sia sahaja. Maka tidak berertilah kamu beramal. Kerana fardhu itu berpandukan kepada sifat Wahdaniah. Umpamanya kita mesti ketahui mana dia yang dikatakan fardhu sebelum fardhu dan mana yang dinamai fardhu di dalam fardhu dan di mana terletaknya fardhu di akhir fardhu. Oleh itu kita seharusnya mencari kesimpulan ini jika kita mahu sempurnakan amalan kita.Jalan sudah ada. Kepada saudara ku maka sayugialah mencari maksud pengajaran ini.Umpamanya kita mesti ketahui mana dia yang dikatakan fardhu sebelum fardhu dan mana yang dinamai fardhu di dalam fardhu dan di mana terletaknya fardhu di akhir fardhu. Oleh itu kita seharusnya mencari kesimpulan ini jika kita mahu sempurnakan amalan kita.
Penerangan lanjut kepada perkara yang berkaitan dengan Fardu.Seperti yang sudah diketahui, “Fardhu” membawa maksud kepada “sah dan nyata”.Dan fardhu itu berpandukan kepada sifat Wahdaniah. Seperti yang diketahui pula, sifat Wahdaniah itu ertinya Esa zat Allah Ta’ala, mustahil berbilang-bilang.Inilah yang wajib kita fahami mengapa sesuatu perbuatan yang wajib itu difardhukan.MAKSUD “Umpamanya kita mesti mengetahui mana dia yang dikatakan fardhu sebelum fardhu dan mana yang dikatakan fardhu di dalam fardhu dan di mana terletaknya fardhu diakhir fardhu?”Aku sebenarnya ingin mengajak saudara berdua kepada teori dan praktikal di dalam sesutau amal perbuatan itu mesti disahkan dan nyata ilmu tersebut oleh guru dan ada kebenarannya di sisi Allah Ta’ala.
Sebagai satu contoh. Umpamanya di dalam solat, rata-rata kita mengetahui hukum-hakamnya daripada berdiri betul sehingga diakhiri dengan memberi salam. Semua orang yang beragama Islam pasti tahu aturannya, hatta budak-budak sekolah tadika pun tahu bagaimana melakukan solat.Sebelum solat pula, adalah terlebih dahulu kita wajib berwudhu’. Bagaimana pula dengan kifiat berwudhu’??? Timbul lagi persoalan!TETAPI apa yang aku maksudkan, sudahkah kita dapat petua-petua yang sebenar di dalam fardhu-fardhu tersebut??? Bagimana yang dikatakan berdiri betul, bagaimana yang dikatakan niat, seterusnya sehingga memberi salam. Ini yang aku nak saudara-saudara ku fahami.Perbuatan solat tersebutlah yang wajib disahkan dan nyata! Aku sering menekankan persoalan berilmu dan beramal, yakni ilmu yang wajib disertakan dengan amal perbuatan. Kalau tidak amalan kita akan menjadi sia-sia.Bagi ku persoalan solat itu adalah begitu penting. Dengan sebab itu, mendirikan solat itu dikatakan sebagai tiang agama. Tapi bagi aku mendirikan solat itu sebagai “Tiang Arash”!Sebab apa aku berkata demikian, kerana seperti yang sudah aku perkatakan pada saudara Habib bahawa “di dalam solatlah kita boleh di-ISRA’ dan di-MI’RAJ-kan.
Kita boleh merasai pengalaman-pengalaman tersebut. Inilah yang dikatakan hakikat di dalam perbuatan solat.Pengalaman yang bagaimana??? Hanya diri saudara-saudara ku sendiri yang boleh menjawabnya. Bukan diri aku, aku hanya sekadar “MERIWAYATKAN” amanah Allah SWT!Sabda Rasulullah SAW :LA TASIHHU’L-SALATU ILLA BI’L-MA’RIFAHBermaksud : “Tiada sah solat melainkan dengan ma’rifat.”AL-MA’RIFATU SIRRIBermaksud : “Yang ma’rifat itu rahsiaku.”Sebagai “Talib” yakni orang yang menuntut ilmu itu, kita akan melalui dua kategori iaitu :
1. SALIK2. SALIK MAJZUB Dengan sebab itu aku mengatakan, “setiap individu itu mempunyai satu Tuhan”.Membawa maksud ” ma’rifat di antara kita (setiap individu) di dalam meng-ESA-kan Allah Ta’ala itu adalah berbeza.”Perkara ini aku berpegang kepada pertanyaan yang diajukan oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq kepada Rasulullah SAW semasa baginda turun daripada Mi’raj bertemu Allah Ta’ala.Tanya Saidina Abu Bakar kepada Rasulullah SAW, “Bagaimana engkau melihat dan kenal Allah Ta’ala, ya Muhammad???Jawab Rasulullah SAW, “‘Araftu rabbi bi rabbi!” yakni “Aku kenal Tuhan ku dengan Tuhan ku!”Sungguh simbolik, tetapi itulah jawapan yang paling mampu Rasulullah SAW gambarkan.Apabila lain daripada Allah tiada dilihatnya, maka fana’ hukumnya pada ibarat ini. Perkataan ini terlalu mushkil. Oleh itu saudara-saudaraku hendaklah benar-benar tahkik mengetahuinya.Saudara Suluk dan Habib sendiri aku pasti sedia maklum apa yang dikatakan atau bagaimana yang dikatakan “Kalam Allah” – “Tiada berhuruf dan tiada bersuara.” Dengan sebab itulah Rasulullah SAW ditajallikan sebagai seorang hamba yang “Tiada tahu menulis dan tiada tahu membaca!”Di dalam konsep penerimaan wahyu oleh Rasulullah SAW sendiri, baginda “gementar” untuk menerimanya apatah lagi bagaimana untuk menyampaikan kepada ummat yang lain agar ummat-ummat ketika itu faham, tahkik dan boleh menerima setiap rahsia dan perkhabaran dari wahyu yang “Tiada berhuruf dan tiada bersuara.”Itu ummat Islam generasi Rasulullah SAW! Berhadapan (berhadap terus) dengan Rasulullah SAW! Tiada hijab dengan Rasulullah SAW!Bagaimana pula dengan “Ummat Muhammad Akhir Zaman”??? Bertimpa-timpa hijabnya. Langsung tidak dapat “membayangi” kelibat Rasulullah SAW!!!Saudara-saudara Ku,Sedikit hendak menambah, sekadar mencari kesesuaian.Tetakala seseorang itu mengangkat takbir dengan lafas “Allahu Akbar” maka telah ada 3 ilmu padanya iaitu:
1. Usuluddin
2. Fekah
3. Tasauf
Adapun had ilmu yang tiga itu ialah:Usuludin – mengetahui yang wajib, mustahil dan harus Fekah – mengetahui segala rukun, syarat dan yang membatalkan
Tasauf – mengetahui segala yang membatalkan amalan pahala seperti riak, taksud dll.Manakah yang dinamakan Syariat, Tarikat, Hakikat & Makrifat di dalam sholat?.Syariat – adalah tubuh iaitu segala gerakan dan perbuatan yang dilakunkan.Tarikat – adalah hati iaitu mengingatkan kerja-kerjanya satu persatu.Hakikat – hanya kepada Allah sahaja.Makrifat – adalah Rahsia seiring dengan Hakikat
Martabat orang sembahyang itu ada 3.
1. Martabat syariat
2. Martabat sembahyang orang tarikat
3. Sembahyang orang Hakikat
Rupa sembahyang orang syariat dan hukumnya. Adapun sembahyang orang syariat itu, ialah orang yang memandang daripadanya kepada Allah serta suci daripada riak dan seumpamanya. Semata-mata kerana harap dapat pahala dan takut akan azab. Diketahuinya akan segala syarat dan rukun serta yang membatalkan dia. Hukumnya orang ini syirik semata-mata. Bermula amal syariat tiada sekali-kali diterima amalnya walaupun sebesar bukit. Wallahualam.Rupa sembahyang orang tarikat dan hukumnya.Adapun sembahyang orang tarikat itu, iktikatnya hadir Allah Taala pada hadapannya. Melihat akan segala perbuatan dan mendengar akan segala bacaannya. Maka terdorong ia kepada kusyuk kerana Allah Taala hadir pada hadapannya. Suci daripada riak dan tiada harap akan pahala dan tiada takut akan siksa. Hanya memandang dirinya hamba. Mengerjakan yang disuruh dan meninggalkan yang ditegah. Orang ini hanya diterima amalnya daripada sekadar hadir hatinya kepada Allah Taala dalam sembahyang. Orang ini memandang daripada Allah kepadanya. Hukumnya syirik juga akan tetapi alas (kecil) syiriknya.
Rupa sembahyang orang hakikat dan hukumnya.Adapun sembahyang orang hakikat itu ialah orang yang tiada memandang bagi dirinya amal. Hanya memandang feel kelakuan Allah Taala yang berlakun pada dirinya yang ditakdirkan pada azali sebelum dijadikan dia. Yang dipandangnya ialah segala amalnya daripada Allah dengan Allah bagi Allah. Inilah orang yang lepas daripada syirik. Inilah yang sebenarnya sembahyang.Jadi sembahyang yang dikehendaki di sini ialah sembahyang yang meliputi tubuh dan nyawa atau jasad dan roh. Sekiranya seorang itu tiada nyawa, bukan manusia namanya dan sudah pasti tiada ia dapat beramal. Sedangkan, sebenarnya dia tiada dapat pandang yang beramal dan yang empunya amal. Kerana dengan adanya roh baru jasad dapat beramal. Sedangkan roh itu Sifatullah atau Sirrullah dan roh itu tiada akan dapat beramal sekiranya tiada serta dengan Zatullah. Maka barulah benar yang beramal itu Sifat bagi Dzat dan yang empunya amal itu adalah Dzat. Oleh kerana itulah sembahyang orang syariat dihukumkan syirik. Wallahualam.Setelah nyata kezahiran kalimah tersebut, barulah didatangkan nyawa. Maka bersuaralah Ia dengan nama kebesaran Zat tuhannya – “Allahu Akbar”. Tetakala ini karamlah aku didalam kebesarannya. Kemudian diikuti dengan tujuh kesempurnaan Takbir iaitu;La Hayun,La Alimun,La Samiun,La Kadirun,La Basirun,LaMuridun,La Mutakalimun bilhaqi Ilallah.Maka bersuaralah Ia dengan nama kebesaran Zat tuhannya – “Allahu Akbar”. Mengeletarlah diri ini, karam didalam kebesarannya. Sungguh cantik dan indah bagi mereka yang mengetahui rahsia dan perbuatan sholat itu. Segala-galanya tersirat disebalik firman Allah yang bermaksud:”Jika Engkau mengasihi Allah, Ikutilah Aku. Nescaya Allah akan mengasihi dan mengampuni dosa-dosa mu”.Wednesday, September 8, 2010
Solat/Sembahyang
Ini pula petikan dari blog: hajirikhusyuk
Rahsia Solat
Solat adalah jalan bagi seseorang hamba untuk menemui Penciptanya.
Dalam satu rakaat solat yang kita lakukan itu terdiri daripada tujuh gerakan atau perbuatan iaitu:
Takbir Berdiri Rukuk Iktidal Sujud pertama Duduk iftirasi (antara dua sujud) Sujud kedua.Tahapan-tahapan gerakan di dalam solat itu sebenarnya adalah tahapan pengembaraan ruh menuju langit yang ketuju. Apakah yang dikatakan langit ketujuh itu?
Dalam pengajian martabat tujuh dan kajian sufi, terdapat tujuh peringkat tajalli Tuhan, bermula dari Ahdah hinggalah ke Alam Insan. Jadi langit ketujuh mengikut sufi adalah Alam Lahut atau Ahdah.
Semasa solat berlaku dua kefanaan, fana yang pertama adalah fana kepada Rasul, iaitu semasa sujud yang pertama, dan fana yang kedua adalah fana kepada Dzat Allah, semasa sujud kedua.
Dalam fana Rasul kefanaan tidaklah total, kerana hamba mungkin masih sadar tentang hal-hal dunia semasa solat.
Fana Rasul atau Nur Muhammad ini adalah perjalanan menuju langit keenam (Wahdah), manakala pada langit ketujuh (Ahdah), gerakan sujud kedua itu, adalah puncaknya seorang hamba menghamba diri kepada Allah, iaitu dengan kefanaan yang luar biasa (tidak satupun yang tinggal hanya Allah).
Bagaimanapun, tidak mungkin hamba dapat bertemu Allah tanpa menzakatkan diri (mati sebelum mati). QS Al Baqarah 2: 110: Kerjakanlah solat dan berzakatlah.
Bagi kaum sufi hakikat zakat adalah mengorbankan diri (mati sebelum mati).
Qs An Nisa 4:66: Korbankanlah dirimu dan keluarlah dari kampungmu.
Nah,,
Pasti solat adalah alat yang dapat menemukan hamba dengan Penciptanya, jadi sangat hairan, seseorang yang telah makrifatullah, tetapi masih tidak solat, tidak mungkin orang makrifatullah tidak solat.
Cuba fikirkan,
MasyaAllah.
Sembahyang/Solat
SEMBAHYANG ialah SOLAT. Perkataan sembahyang tidak ada digunakan didalam Al-Quran. Yang digunakan ialah perkataan solat.
Pengertian Solat mengikut Hakikat ada sedikit perbezaan dengan pengertian Syariat.
Pada Ilmu Syariat pengertian kalimah Sembahyang dan Solat adalah sama. Sembahyang ialah satu ibadah wajib yang bermula dari niat dan berakhir dengan salam dengan mengikut rukun ( Rukun 13 ) dan lain lain syarat, dimana manusia sebagai hamba menyembah Allah sebagai Tuhan yang menciptakannya.
Dari segi Ilmu Hakikat , solat tidak sekali-kali boleh diertikan sebagai SEMBAHYANG. Adapun hakikat solat itu ialah berdiri menyaksikan diri sendiri iaitu bersaksikan diri kita sendiri bahawa Tiada Nyata Pada Diri Kita Hanya Allah iaitu Diri Batin ( Muhammad Mustaffa ) dan Diri Zahir kita itu menanggung Rahsia Allah.
Pengertian SOLAT HAKIKI terhurai dalam kalimah ALHAMDU ( eja jawi = alif – lam – ha – mim - dal ) yang bermaksud SEGALA PUJI MILIK ALLAH. Inilah perkataan yang mula mula dilafazkan oleh manusia iaitu Nabi Allah Adam a.s
ALIF Melambangkan NIAT kerana niat itu ialah menzahirkan DIRI BATIN. Diri inilah IMAM yang kita ikuti iaitu ULIL AMRI atau pemerentah / pemimpin.
LAM Bila telah nyata Diri Batin, maka kita lafazkan TAKBIR RATUL IHRAM. Maka bermula dari sini bukanlah manusia yang berkehendak tetapi segala-galanya adalah digerakkan oleh Allah.
HA Apabila telah nyata Allah menguasai diri kita, maka kita pun rukuk menandakan kita tunduk patuh akan Kebesaran Allah dan sedia patuh menerima segala PerintahNya.
MIM Maka diri kita mengakui bahawa Zat Allah itulah Tuhan Sekalian Alam yang meliputi seluruh diri kita mengwujudkan dan menghidupkan kita. Kita pun sujud menandakan kesyukuran kita.
DAL Satelah kita tahu Zat telah mengurniakan kepada diri kita menjadi KhalifahNya dibumi ini , maka kita pun merendah diri atas Kurniaan itu ( yang tidak dikurniakan Allah kepada makhluk lain selain manusia )
Solat/Sembahyang
Saya cuba mencari ilmu tentang hakikat sembahyang. Tulisan dibawah dipetik dari blog http://syamzahsembahyang.blogspot.com/ yang dikemaskini tiga tahun yang lalu.Agak sukar juga mengambil faham dari tulisan ini. Dan lebih sukar bagimana nak dijelaskan kepda anak-anak sendiri.
Ketahui olehmu yang dikehendakki dengan kata menghadhirkan Zat Sembahyang itu ialah Niat. Manakala Niat itu adalah bekas Nur Sir Kalam Allah yang tiada berhuruf dan bersuara ya'ni rahsia qalam qadimNya. Yang demikian itulah dibilangkan berkata kata kita dengannya.
Maka hendaklah kamu ketahui sesungguhnya tatkala mengangkat Takbiratul Ikhram itu hal keadaannya mati sebagaimana sabda Nabi s.a.w. pada mengisyaratkan dengan katanya:
"Mutu Qabla Anta Mutu" Matikanlah diri kamu sebelum kamu mati. Maka adalah maksudnya itu fana'kan dirimu yang kasar, fana'kan panca inderamu yang bangsa zahir. Maka tatkala itu disuruh tilik atau pandang dirimu yang halus atau batin dengan menggunakan panca indera yang batin, kerana adalah yang batin itu berpakaian dengan Sifat Maani, manakala Sifat Maani itu adalah sifat yang lazim atau tetap bagi Zat Allah yang Wajibal wujud lagi Baqa'. Maka jika telah tetaplah bahawa Sifat Maani itu adalah Sifat Zat Allah wajiblah baginya dihukumkan Maanawiyah.
Maka untuk mendapatkan kata putus atau putus bicara mengena'i ta'arif pada Sifat Maani dan Maanawiyah perlu dibicarakan dengan teliti dan halus, bagi memahami Sifat Maani dan Maanawiyah.
Adapun dikatakan dalam pembicaraan taarif Sifat Maani itu demikian:-
"Hiya kullu sifatin maujudatin qa'inatin bimaujudin aujabat lahu hukman."
Tiap tiap sifat yang sedia ada yang berdiri dengan Zat Yang Sedia Ada diwajibkan yakni ditetapkan baginya satu hukum. Maka dalam perkara ini Sifat Maani itu wajib dihukumkan Maanawiyah.
Manakala hakikat Sifat Maani itu adalah "La hiya huwa hiya ghairuhu" Sifat itu bukan Zat, tetapi tiada lain dari Zat.(Kelakuan Sifat ini tidak berdiri dengan sendirinya tetapi lazim dia berdiri dengan Zat sebab antara zat dan sifat tidak boleh berpisah).
Adalah taarif Sifat Maanawiyah pula dikatakan:- "Hiyyal khaluth thabitu lizzati mada matizzatu mu'allalatin bi illatin" Hal yang sabit yakni tetap bagi Zat selama kekal Zat itu dikeranakan dengan satu kerana yakni Sifat Maani. Maka hakikat Sifat Maanawiyah itu " La hiya ghairuhu" Tiada lain dari Zat. Yang demikian nyatalah atau jelaslah sudah bahawa yang dihukum Maanawiyah itu adalah Sifat Maani atau Sifat Maani itulah Sifat Maanawiyah.
Maka hendaklah kamu ketahui dengan sempurna pengetahuan penegenalan bahawasanya Hakikat dirimu yang batin itu dipakaikan dengan rahsia Sifat MaaniNya. Rahsia Sifat Maani itulah Ruh Latifurrabaniah yang jadi hakikat bagi dirimu yang sebenar benar diri. Manakala adalah hakikat diri yang sebenar diri itu sebagai dzil yakni bayang bayang bagi kelakuan atau Sifat wujud Zat Allah yang mutlaq lagi tiada seumpama dengan sesuatu.
Maka ketahuilah bahawa tatkala mengangkat Takbiratul Ikhram itu dengan berkata Allahu Akbar kamu berada didalam Maqam Tauhid. Yang mana dituntut atas kita mentauhidkan akan ZatNya, SifatNya, Asma'Nya dan Af'alNya. Oleh kerana itulah bahawa tempat atau Maqam Tauhid kepada Allah itu didalam Takbiratul Ikhram pada lima waktu Solat Fardhu.
Maka untuk mendapatkan jalan Tauhid yang sebenar benarnya itu hendaklah kita ketahui dengan sempurna pengetahuan didalam bicara berkenaan Nafi dan Isbat. Oleh kerana didalam Nafi dan Isbat itulah duduknya Tauhid dan Ma'rifat.