Sunday, January 8, 2012

Guru Mursyid

INI JUGA AKAN MENDATANGKAN KEMARAHAN...Aku buat dek je..GURU MURSHID

Didalam Ilmu Hakikat pengamal pengamalnya tidak berapa suka menggunakan istilah murid dan guru. Sasaorang yang didatangi oleh orang lain bagi maksud mempelajari Ilmu Hakikat jarang sekali suka dipanggil guru walaupun tiada keberatan untuk menyampaikan ilmunya kepada yang datang kepadanya itu. Apatah lagi jika ada yang menganggap atau memanggilnya sebagai Guru Murshid.

Bagi mereka tiada istilah yang mengajar dan yang diajar sebab mereka berkeyakinan bahawa GURU HAKIKI yang mengajar itu ialah Allah sendiri atas hujah bahawa semua ilmu ialah milik Allah dan yang demikian Allah-lah yang berhak menyampaikannya.
... Ini sesuai dengan Firman Allah didalam IQRA’ dimana Allah mengistiharkan DiriNya sebagai YANG MENGAJAR DENGAN KALAM.

Proses pencarian dan penyampaian ilmu dirujuk sebagai MUZAKARAH atau perbincangan sesama sendiri dikalangan peminat peminat Ilmu Hakikat dimana Kalam Allah akan menyampaikan ilmu melalui lidah lidah makhluknya. Ini bersesuaian dengan pegangan Tauhid orang Ilmu Hakikat bahawa Yang Wujud Hanya Allah dan yang berkata-kata itu ialah Yang Bersuara itu. Lidah lidah hanya sandaran atau peralatan Allah semata-mata.

Dalam muzakarah taraf atau status ahli ahli muzakarah itu adalah sama..tiada yang dianggap tinggi daripada yang lain walaupun kita akan dapati dalam yang ramai ramai itu ada yang unggul ilmu pengetahuannya. Janganlah panggil orang itu sebagai Tuan Guru..panggil sahaja MODERATOR atau pengerusi majlis muzakarah.

Rumusannya ialah guru yang hakiki ialah Allah. Yang disarankan ialah Bergurulah Kepada Allah. Serulah Allah dan mintalah ajarannya. Anda percaya ? Jika percaya lakukanlah, jika tidak teruslah berguru dengan manusia.

Ramai berpendapat menuntut Ilmu Agama hendaklah dengan berguru. Dalam hal ini maksudnya ialah berguru dengan manusia. Jika berguru dengan buku sahaja maka dikatakan berguru dengan Syaitan. Oleh kerana tugas syaitan ialah menyesatkan manusia jadi waalupun isi buku yang dibaca itu mengenai Allah tanpa sedikitpun menyebut perkataan syaitan..maka ilmu yang diperolehi dari membca buku itu dianggap sesat kerana gurunya syaitan. Jadi dipanggillah ianya sebagai Ilmu Syaitan . Alangkah peliknya syaitan menjadi guru dan ilmu Allah bila menjadi buku menjadi milik syaitan.

Anda percaya ? Jika percaya , anda memang saorang yang JUMUD dan hiprokrit. Kenapa tidak, disekolah dahulu hingga ke universiti bukulah yang menjadi guru anda sebab orang yang mencatatkan ilmu ilmu diatas kertas kertas itu tidak mungkin berada dihadapan anda setiap waktu dan tidak mungkin berada dipelbagai tempat pada satu waktu yang sama.

No comments:

Post a Comment