Friday, January 6, 2012

Bicara Kosong tapiu berisi penuh

Ini adalah kutipan ngobrol kosong saya bersama seorang sahabat, selepas solat jumaat dan duduk-duduk sambil minum kopi | Mungkin ada yang pernah menanggapi bahwa difinisi Wujud dan Zat itu sama sahaja dari segi permaknaannya walaupun berlainan kosa kata. Aku tidak memikirkan begitu. Wujud adalah penzahiran (penurunan yang disebut ahli sufi Tanazzul) Zat Mutlak pada peringkat Ta’yun Awal, dimana belum ada penzahiran yang lain atau sebagai wadah pertama yang menjadi penampungan alam semesta seperti apa yang diungkapkan oleh Syekh Ibnu Arabi, Haqiqatul Muhammadiyyah. Justru itu, Wujud adalah Sifat dan bukanlah Zat, yakni Wujud Yang Maha Esa Allah Ta’ala. Dengan ertikata lain, kesejatian sifat Allah Ta’ala itu hanya satu sahaja dan bukan berbilang-bilang. Namun dalam Wujud yang Esa itulah mera...ngkumi penzahiran sifat-sifat ma’ani; hayat, qudrat, iradat, ilmu, sama’, bashar dan kalam. Manakala Zat adalah Kunhi Zat, semata-matanya Zat – tanpa nama, tanpa rupa dan tanpa sifat. Ibarat hakikat sebji benih yang tidak diketahui, Zat adalah ghaibul ghaib. Zat hanya akan dikenal apabila dinisbahkan seperti kejadian pohon yang sudah pun cukup sempurna. Apakah tidak terfikir olehmu wahai sahabat, engkaulah pohon yang bernama Sidrahtul Muntaha (Pohon Yang Tinggi) itu, hanya ada satu-satunya pohon di alam semesta ini yang boleh berkata-kata dengan Tuhan, pohon yang boleh bergerak dari satu masa ke satu masa, kerana engkaulah pohon yang tumbuh tidak di timur tidak di barat, tapi di tengah-tengah lengkaran alam semesta ini, ke mana sahaja engkau memandang, di situlah titik CahayaNya, kemudian engkau bernama Zaitun setelah seluruh hakikatmu turun di alam ajsam ini dilitupi kulit bernama jasad , ada di dalam dirimu minyak yang sangat berkah, jernih dan memancarkan kilauan bintang-bintang di langit walau pun tidak disentuh nyala api. Engkau harus menyalakan pelita di dalam relung kaca itu agar wujudmu tersingkap, terang-benderang cahaya di atas cahaya. “dan pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memerhatikan?”- QS. Adz-Zariyaat: 21. Sebagai Sidratul Muntaha, engkau sebenarnya sudah pun hampir kepada ZatNya. Hanya ada hijab yang memisahkan, berlapisan 70 ribu antara gelap dan terang. Jangan engkau cuba menyingkap hijab terakhir itu, engkau tidak boleh melihat Dia tanpa alam ini. Dia tidak di dalam alam dan tidak di luar alam. Alam akan hancur berantakan, takdir yang tercatat di Lauh Mahfudz akan terpadam, hukum-hakam tidak akan lagi terpakai, rahsia para ulama akan terbongkar, kitab-kitab tidak akan terbaca lagi jika engkau ingin menyaksikan ZatNya semata-mata! Pakailah jubahmu, peliharalah jasadmu dengan sihat wal afiat, cukuplah engkau memandang Dia dalam Wahdatus-Syuhud, bahwa sesungguhnya Dia adalah haqiqat segala makhluqat, “ Dan Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada.” – QS. Al Hadid: 4.See more
LikeUnlike · ·Follow postUnfollow post · 41 minutes ago near Singapore, Singapore
Pak Din Oden and Raja Abdul Rashid like this..

Pak Din Oden ‎"Wujud adalah Sifat dan bukanlah Zat" Sebab itu dipanggil Sifat 20 walaupun Sifat maani itu semuanya merujuk lebih kepada perbuatan. Saya bersetuju sangat dengan kenyataan itu. Tetapi sifat itu menerangkan sesuatu tentang zat dan perbuatan....

Saya cuba menserasikan Sifat 20 dengan kejian ilmu sains dan metasains. Saya lebih cenderung kepada wujud sifat tanpa zat, kerana adanya sifat yang berdiri pada zat, menandakan adanya keperluan sifat bersandar kepada zat, seperti semua makhluk (contoh pokok di atas).

Pada masa yang sama bagi menyebut tajjali tenaganya yang membentuk Alam ini, hampir cenderung kepada adanya wujud zat (walaupun ia ghaibul ghaib).

Dan juga penjelasan tasybih dan tanzih merujuk kepada ada atau tidak ada tajjali berlaku.See more
17 minutes ago · LikeUnlike · 1.

No comments:

Post a Comment