Friday, January 6, 2012

MAKNA MENGENAL

Ilmu Hakikat juga mendefinasikan makna MENGENAL itu. Apakah maksud sebenar MENGENAL itu. Mengenal yang bagaimana ? Adakah mengenal itu bermaksud mengetahui atau mengenal dalam ertikata tahu, atau mengenal dalam ertikata telah bertemu atau mengenal dalam ertikata telah bertemu dan sentiasa bertemu atau sentiasa boleh bertemu atau sentiasa bersama kerana telah menjadi ESA ?

Jika mengenal ditafsir dari segi TAHU maka cukuplah mendapat ilmu pengetahuan
... sahaja, yaitu kita tahu apa yang dikatakan Ruh dan Diri Hakiki itu. Umpamanya bagi kita Diri Hakiki itulah ialah Allah Tuhan yang meliputi seluruh DIRI dan Jasad kita. Tuhan yang dekat. Bagi kita ia tidak pula bermakna Allah itu bertempat kerana
Allah itu meliputi sekaliannya yaitu semuanya, tiada yang berkecuali. Oleh kerana Allah
itu MAHA MELIPUTI maka Tuhan itu ada dimana-mana. Oleh kerana Dia ada dimana
mana maka tidaklah Dia bertempat.

Bagi kita, Ruh Al-Qudsi yang meliputi sekalian manusia itu adalah Ruh Al-Qudsi Yang
Esa , Ruh Yang Tunggal Tetapi Maha Meliputi, terlalu luas dan terlalu Agung, Besar dan Maha Ghaib. Walaupun Jasad kelihatan seperti sempadan , sempadan itu umpama
sarung sahaja kerana MELIPUTI itu bukanlah didalam dan bukanlah diluar. MELIPUTI
SEMUANYA.

Jika Mengenal itu ditafsir sebagai tahu, telah bertemu dan sentiasa ada bersama, maka kita perlu menyoal dan ilmu perlulah memberi jawapan jika ilmu itu dikatakan benar. Soalnya ialah bolehkah kita sebagai manusia yang terdiri dari Jasad Yang Mati ( tetapi dihidupkan oleh Nyawa ) dan Nyawa Yang Hidup itu mengenal sebahagian dari kita yaitu NYAWA itu ?

Soalan kedua ialah jika dikatakan boleh BERTEMU dalam ertikata BERJUMPA
bagaimanakah caranya yang ditunjukkann oleh ilmu. Adakah dalil dalil Naqli dan Aqlinya dan adakah wujud manusia yang telah bertemu dirinya itu pada zaman kita ini atau pada zaman dahulu ?

Inilah persoalan persoalan yang hanya dapat dijawab oleh Ilmu Hakikat kerana tiada
jawapan yang memuaskan boleh diberikan oleh Ilmu Syariat dan Ilmu Feqah.See more
LikeUnlike • •Follow postUnfollow post • 4 hours ago
o
o Pak Din Oden and 2 others like this.
o
o



Pak Din Oden ‎" Ilmu Hakikat kerana tiada jawapan yang memuaskan boleh diberikan oleh Ilmu Syariat dan Ilmu Feqah." Dan juga sebaliknya juga benar juga, kerana ilmu-ilmu ini, sepatutnya disatukan untuk mencapai tujuan mengenal Dia.
4 hours ago • LikeUnlike

No comments:

Post a Comment