Monday, January 16, 2012

Jalan Aku

JALAN YANG LURUS....

EHDINAS SIROTOL MUSTAQIM - SIROTOL LAZI NA AN’AMTA ALAIHIM - GHOIRIL MARGDUBI ALAIHIM -WALADDHOO LIN.

(Tunjukan jalan yang benar jalan yang engkau kurniakan nikmat kepada mereka itu, jalan yang tidak sesat dan tidak dimurkai )
...
Bagiku Jalan Yang LURUS itu ialah : ialah JALAN AKU...bukan jalan A-ku kerana :-

Jalan badan ( A-ku ) jalan hawa nafsu
Jalan AKU jalan yang penyerahan

HURAIAN :-

Jalanku adalah JALAN DIRI ataupun JALAN DALAM yang mengikuti aliran dari kemahuan dan kekuasaanNya. Setiap langkah kekanan dan kekiri kedepan atau kebelakang katas atau kebawah namun itu semua adalah Jalan Kemahuan.

Aku yang menuruti jalanNya berada pada landasan dan juga pimpinanNya. Oleh yang demikian itu Aku hanya dapat menuruti akan kemahuanNya dan tidak dapat berbuat mengikut apa yang Aku mahu. Inilah jalanku. “Jalan yang lurus dan benar jalan yang dikurniakan nikmat tidak sesat dan tidak dimurkai”

Penyerahan secara total padanya sahaja yang dapat membawa kita ke jalan itu. Jalanku ini adalah jalan sepi, jarang orang yang mengikuti jalan ini kerana jarang orang yang menemui akan lorongnya dan Aku yang dibukakan oleh Nya serta hasil dari didikan guru dan juga pengalamanku dapatlah Aku menemukan akan jalan ini.

3 comments:

  1. Bagaimana caranya utk membezakan antara jln aku dgn jln AKU?
    Kalau direnung,jln aku pun mengikut kehendak jln AKU juga.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Sesungguhnya segala gerak dan langkahku ini ataupun apa-apa yang datang dan mendatang kepada badan diriku serta kepadaku ini itu semua adalah UrusanNya . Yang pasti Aku menyerahkan padaNya. Hanya yangku tahu adalah "menuruti perintahNya dengan rasa taat dan berserah."(copy kat atas).

    Pertanyaan:
    "Menuruti perintahnya dgn rasa taat Dan berserah".
    1- Apakah Kira yg melakukan amal makruf nahi mungkar?
    @
    2-Apakah kita mengikut kehendak Qada Dan Qadar tanpa mengira ianya makruf atau mungkar?

    ReplyDelete