Sunday, January 8, 2012

SOLAT HAKIKI.

Memandangkan solat 5 waktu ini merupakan ibadah harian utama umat Islam dan hukum Allah berkaitannya amatlah jelas, maka sewajarnyalah sasaorang muslim itu berusaha pertamanya mendalami ilmu berkaitannya dan keduanya berusaha sedaya mungkin untuk mencari dan menemui khusu’ dalam solatnya.

Istilah penyatuan, berpisah, bercerai, lekat , bercantum dan lain lain adalah istilah atau jargon para sufi yang merupakan istilah istilah ganjil kepada orang awam.

Apatah lagi bila para sufi mengwujudkan pula satu lagi kaabah yang disebut sebagai Kaabah Batin atau Baitillah Mukmin. Maka bertambah kelirulah orang awam yang hanya biasa dengan Kaabah yang satu di Makkah itu.

Ungkapan Syaikh Muhd Ibrahim Gazur – i – Ilahi yang berkata : wudu' itu perceraian, solah itu penyatuan."Man lam yanfasil lam yattasil" - siapa yang tidak bercerai tidak bersatu-inilah sembahyang berkekalan “ pada pandangan fakir, merujuk kepada perkara Nafi & Isbat berkaitan Tauhid Peringkat Tertinggi yang kita akui dan saksikan dalam kedua –dua solat yang dilakukan yakni solat 5 waktu dan solat yang berkekalan.

Pada peringkat awalnya, kita melakukan Nafi dan Isbat yang kemudiannya bertukar kepada apa yang dikatakan sebagai Tiada Nafi Tiada Isbat. Sebabnya ialah yang dinafikan itu DIA dan yang menafikan itu pun DIA. ( ini pun jargon sufi yang pelik )

Untuk faham kita perlulah dulu memahami makna istilah istilah itu, terlebih dahulu atau kita sebut sebagai definasi. Pertama apakah yang dimkasudkan dengan solat yang berkekalan, kedua maksud Nafi & Isbat dan yang ketiga maksud Tiada Nafi Tiada Isbat.

Seterusnya definasi atau maksud perkataan penyatuan dan penceraian. Kemudian perlu juga dijelaskan apakah yang dimaksudkan dengan Baitillahmukmin itu sendiri.

Jika ini difahami barulah permasaalahan INI BUKAN SENANG OOI itu dapat terungkai.

Solat Yang Berkekalan

Pada fakir, solat yang berkekalan itu ialah MENG-ESA-KAN ALLAH dengan bertauhidkan Tiada Yang Wujud Hanya Allah. Sememangnya senang disebut tetapi susah hendak dilakukan. Ianya saperti yang dijelaskan didalam Kitab Darun-Nafis bermula dengan Tauhid Af’al dan sterusnya kepada Tauhid Zat , Sifat & Asma’.

Nafi & Isbat

Nafi maksudnya menidakkan sementara Isbat pula maksudnya mengiyakan atau mensabitkan kepada Allah.

Pada peringkat pertama yang dinafikan ialah Jasad dan yang di-iyakan ialah nyawa. Saperti dinafikan badan yang hidup diiyakan atau diakui yang hidup ialah nyawa, bermaksud nyawalah yang menghidupkan badan

Pada peringkat kedua yang dinafikan ialah Nyawa dan diiyakan ialah Zat Allah SWT. Saperti walaupun nyawa yang menghidupkan badan yang mati itu, nyawa itu sendiri mendapat punca hidupnya dari Sifat Hayyun Zat Allah sendiri.

Nafi & Isbat Dalam Wudhu.

Yang menyucikan ialah air. Yang suci lagi menyucikan kerana sifat Maha SuciNya ialah Allah SWT

Pertama hendaklah difahami objektif berwudhu itu. Jika dikatakan untuk membersehkan anggota badan yang fizikal, maka yang lebih baik ialah mandi bersabun atau berlangir limau setiap kali hendak bersembahyang.

Jika dikatakan membersehkan batin atau qalbu , maka apakah yang hendak dibersihkan ?

Ini kita kena perhatikan proses pengenaan air kepada anggota badan secara tertib.

Pertama membasuh muka, maka yang terkena air ialah muka, mata dan mulut. Muka lambang hidup atau hayat, mata lambang melihat atau basar, mulut lambang bercakap atau kalam. Hayat, Basar & Kalam adalah Sifat Allah..milik Allah. Inilah yang kita nafikan bahawa sifat sifat itu bukan sifat sifat kita sebagai manusia tetapi SIFAT MAANI ALLAH SWT.

Seterusnya kita mengenakan air kepada tangan, kepala, telinga dan kaki. Tangan lambang bergerak atau kuasa yakni Kudrat, kepala lambang ilmu atau pengetahuan yakni Sifat Ilmu Allah, telinga mendengar yakni Sama’ manakala kaki melambangank hajat atau kehendak yakni iradat. Sifat siapakah ini. Ya Sifat Allah, maka kita nafikan ianya sebagai sifat sifat milik kita . Kita akui bahawa sifat sifat itu ialah Sifat Sifat Allah sendiri.

Proses dan perlakuan inilah yang disebut sebagai penceraian atau perpisahan. Bagi yang bertauhidkan Wahdaniatullah , mereka sentiasa memandang dbahawa hanya ada satu wujud yaitu Allah.

Untuk membuat pengakuan Tauhid melalui ibadah wudhu, maka perlu melupakan sekejap akan ke-esa-an itu dan mengwujudkan semula ke-ada-an dirinya menjadi dua kewujudan semula. Ini dikatakan sebagai PEMISAHAN

Bila dilakukan penafian wujud diri melalui proses wudhu itu , maka wujudlah semula kesedaran – ke-esa-an yang disatukan semula didalam solat. Maka jadilah yang berbuat atau melakukan solat itu Zat yang meliputi jasad manusia itu yakni Zat Allah. Maka solat itu ialah perbuatan Allah atau Af’al Allah dan bukan lagi perbuatan manusia yang kelihatan bersembahyang itu.

Maka dikatakanlah secara indah : Allah memuji DiriNya untuk DiriNya melalui pentajallianNya. INI DIKATAKAN SEBAGAI PENYATUAN.

Berkaitan wudhu itu perpisahan & solat itu penyatuanlah , fakir mengsyorkan agar wudhu itu dijadikan Rukun Solat yang pertama menjadikan Rukun Solat itu 14 dan bukan lagi 13 saperti lazimnya.

Berkaitan kiblat , kiblat kaabah dikatakan kiblat syariat. Oleh kerana syariat itu tidak boleh ditinggalkan , maka wajib menghadapkan wajah kearah Kaabah terlebih dahulu ketika solat.

Dan oleh kerena solat itu amalan zahir dan batin, maka wajib jugalah mengalihkan kiblat zahir kepada kiblat batin ( Baitillahmukmin ) ketika solat dengan memandang wajah Allah .

Dapatkah saudara memandang wajah Allah ? Bagaimanakah rupanya ? Sudahkah saudara melihat dan bertemu Allah ?

Jika belum maka bagaimana hendak menghadapkan kepada wajah Allah ? Jelaslah ianya tidak mungkin dapat dilakukan sebagaimana yang fakir kata hanya orang gila sahaja akan bertekad hendak mengenal Allah..sebab Allah itu memang tidak dapat dikenal apalagi hendak menatap wajahnya.

Maka kembalilah kepada sambungan hadith Awaluddin makrifatullah ..yakni Man Arafa Nafsahu Faqad Arafa Rabbahu. Wa man arafa rabbahu fasadl jasad.

Awal agama ialah mengenal Allah. Untuk kenal Allah kenalah kenal Sifat Allah yakni DIRI atau Nyawa. Bila sudah kenal binasalah jasad dan yang tinggal hanya nyawa.

Binasa bukan dari segi fizikal tetapi binasa dari segi tauhidnya atau imannya atau rasa dihatinya, yakni bukanlah jasad yang hidup dan berbuat tetapi nyawalah yang hidup dan yang berbuat.

Nyawa itu pula ialah kembar jasad. Yang kembar adalah serupa dalam segala hal. Maka wajah siapakah yang saudara pandang atau hadapkan muka ketika solat ?

Tentulah wajah sendiri yakni saperti mana rupa muka zahir dicermin , begitu jugalah rupa muka batin / nyawa Cuma ianya amat bercahaya sebab ianya NUR milik Allah.

Maka yang saudara wajar tilik atau pandang ialah wajah sendiri.

Sekian , pemahaman si-fakir . Pemahaman saudara bagaimana pula ???
LikeUnlike · ·Follow postUnfollow post · 5 minutes ago



Afiq Tedsuya mekasih =)
3 minutes ago · LikeUnlike.

2 comments:

  1. Pandang wajah zahir itu bukankah semasa Doa Iftitah

    ReplyDelete
  2. Pandang wajah zahir itu bukankah semasa Doa Iftitah

    ReplyDelete