Friday, January 6, 2012

MANUSIA Itu DARI ALLAH Dan AKAN KEMBALI KEPADA ALLAH

Manusia itu dari Allah dan kepada Allahlah dia akan kembali. Apakah maksud dari Allah itu ? Adakah ianya bermaksud bahawa manusia itu diciptakan oleh Allah atau manusia itu memang sebenarnya datang dari DIRI ALLAH sendiri kerana ia sentiasa ada bersama Allah ?

Terdapat perbezaan fahaman dan keimanan dalam perkara ini diantara Ahli Syariat dan Ahli Hakikat.
...
Ahli Syariat berpendapat bahawa manusia itu dijadikan Allah dari TIADA kepada ADA
dan oleh kerana ianya dijadikan maka manusia itu BERSIFAT BAHARU atau HAMBA.
Manusia dijadikan dengan Perintah JADI yaitu KUN. Maka wujud dan jadilah manusia itu sebagai manusia.

Pada pandangan Ilmu Hakikat, manusia itu tidak dijadikan dan manusia itu bukan bersifat baharu. Manusia itu telah ADA bersama Allah yaitu dialam Ilmu Allah. Bagaimanakah benda yang tidak ada boleh menerima Perintah KUN kerana KETIADAANnya itu membuatkan perintah KUN itu tidak ada yang menerimanya atau tidak akan ada kesannya.

Bagi Ilmu Hakikat manusia itu telah ada dan sentiasa ada bersama Allah yaitu didalam
ILMU ALLAH. Perintah KUN bukan membuatkan terjadinya manusia itu tetapi ianya MENYATAKAN manusia itu dari bentuk bakat bakat kepada bentuk bentuk terperinci. Bakat bakat terpendam dalam Ilmu Allah ini disebut sebagai SYAN atau Hakikat Muhammad atau A’YAN SABITAH, manakala Yang Zahir secara terperinci itu disebut sebagai syuyunat dalam bentuk Pentajallian Cinta Allah terhadap DiriNYA melalui manusia melalui

Pernyataan yang disebut sebagai TA’AYUN. Jadi ada Taayun Awal, ada Taayun Tsani dan sebagainya. Pentajallian Allah dan penzahiran manusia ini disebut juga berkaitan dengan KUNZA MAHFIYYAN atau PERBENDAHARAAN TERSEMBUNYI. Allah itu ISYKI / CINTA dan RINDU dengan DIRINYA sendiri dan terhadap DiriNYA. Allah mentajallikan manusia untuk melihat Keagungan, Keindahan dan Kesempurnaan DiriNYA sendiri. Allah tidak mencintai Yang Lain kerana Yang Lain atau Ghayr itu pada hakikatnya TIDAK ADA.See more
LikeUnlike • •Follow postUnfollow post • 3 hours ago
o
o 2 people like this.
o
o



Epie Running carilah kelebihannya..ia ada pd diri sendiri..setiap sifatnya..ade kelebihnnya sendiri..hnya pemahaman sy..kalau salah..perbetulkan la yup.. :)
3 hours ago • LikeUnlike

1 comment:

  1. Aku bukan aku..aku adalah dia..aku tengelam dlm dia..aku khianati allah dan rasul dahulu..
    Setelah terang aku hilang..yg tinggal hanya amanah yg berat..bodohnya diri selama ini kerana jahil..rahsianya terang buat hamba tidak mampu megangkat amanah menaikkan kepala melihat nikmat yg dikianati..dunia adalah ujian berat buat pemegang amanah..maka nikmat mana yg kau dustakan..allahuakbar.

    ReplyDelete