Tuesday, January 3, 2012

Tauhid Zat -Darul Nafis

الفصل الرابع فى بيان توحيد الذات)bermula fasal yang keempat pada menyatakan tauhid azzat ertinya mengesakan allah ta'ala pada zat dan maqam inilah yang setinggi2 maqam tiada lagi diatasnya daripada maqam ini yang sampai pengetahuan segala makhluk kepadanya dan kepadanya kesudah-sudahan musyahadah dan pandang segala orangyang 'arif dan kepadanyalah perhentian perjalanan merekaitu dan kepadanyalah diperolihi lazat yang terlintas pada hati manusia dan kepadanyalah sehingga2 dan sehabis2 sampai pengetahuan segala makhluk dan kepada maqam yang diatasnya daripada ini tiada siapa yang dapat pengetahuan akan dia hingga nabi mursal dan malaikat yang muqarrobin sekalipun tiada sampai kepadanya iaitu maqam kunnuhu zat allah ta'ala seperti firman allah ta'ala (ويحذركم الله نفسه) ya'ni dipertakuti allah ta'ala daripada sampai makrifat akan kunnuhu zatnya (dan lagi) sabda nabi saw (كلّكم فى ذات الله أحمق) ya'ani sekelian kamu mendapat akan kunnunhu zat allah ta'ala ahma' ertinya tiada mendapat kepada kunnunhu zatnya sekali2 (kata) syech abdul wahab assyarani qadassalahu sirrahu didalam kitab aljuahir waddhurur daripada menterjemahkan kata syechnya ali khawas rodhiallahu anhu (bermula) pengetahuan akan hanya hak allah ta'ala itu tiada merasai dan mendapat akandia olih seorang juapun daripada segala makhluknya kerana bahawasanya allah ta'ala itu bukan ia [b]'ain yang dihukumkan akandia olih akal dan bukan ia 'ain yang dihukumkan akandia olih syuhud hati dan mata[/b] tetapi adalah ia dibalik yang demikian itu maka bukan ia 'ain yang dikenal olih merekaitu akandia dan bukan ia 'ain yang dijahilkan olih merekaitu akandia (dan barangsiapa) mengetahui ia akan yang demikian itu maka wajib atasnya bahawa menyembah ia akan zat yang suci lagi ghoib iaitulah 'ain yang disyuhud dan iaitulah 'ibadat yang sempurna 'ibadat wallahu 'alam ah (shahadan) tiada yang sampai kepada maqam tauhid azzat ini melainkan nabi kita Muhammad saw jua dan barangyang ada daripada segala anbia' dan aulia' yang dibawah qidamnya kerana tiada yang dijadikan allah ta'ala dengan zatnya itu hanya nabi kita Muhammad saw jua seperti yang tersebut didalam hadis jabir rhodiallahu anhu yang lagi akan datang pada khotimah (shahadan) bermula kifiyat yang mengesakan allah ta'ala pada zat itu iaitu dipandang dengan mata kepala dan dengan mata hati bahawasanya tiada yang maujud didalam ujud ini hanya allah ta'ala jua iaitu 'ibarat daripada fana' segala zat kita dan segala zat yang lainnya daripada zat kita daripada segala makhluk dibawah zat allah ta'ala sekira2 tiada yang maujud melainkan allah ta'ala jua sendirian dan adalah ujud segala yang lain daripada segala makhluk itu menempati tiada kerana ujud yang lain daripada allah ta'ala itu bukan maujud sendirian hanya ia maujud dengan allah ta'ala jua ertinya ujud yang lain daripada allah ta'ala itu qhoim ia dengan ujud allah ta'ala tiada qoim dengan sendirinya tetapi adalah ujud yang lain daripada allah ta'ala itu khayal ertinya menempati akan ma'dum pada tempat yang maujud dan waham ertinya sangka dan bathil jua dengan dinisbahkan kepada ujud allah ta'ala (kata) syechuna al'arifi billah assyech siddiq bin umar khan rohimallah bermula segala ujud ghairrullah itu seperti ujud yang kita lihat akandia didalam mimpi jua tiada baginya haqiqat maka apabila jaga kita hilanglah ia seperti demikian itulah ujud ghairrullah apabila kita mati nescaya hilanglah ia maka baharulah pada ketika itu kita jaga dan kita lihat bahawasanya tiada baginya ujud yang sebenarnya (seperti) sabda nabi saw (الناس نيام فإذا ماتوا التبهوا) bermula segala manusia itu tidur maka apabila mati merekaitu baharulah jaga merekaitu (maka adapun) mati itu dua perkara pada istillah ahli attassawuf (pertamanya) mati khassi namanya iaitu iaitu 'ibarat bercerai ruh daripada jasad ( keduanya) mati ma'nawi namanya iaitu yang diisyaratkan olih rasullullah saw dengan sabdanya ( موتوا قبل أن تموتوا ومن أراد أن ينظر إلى ميت يمشى على وجه الأرض فلينظرإلى أبى بكر ) ya'ni matikan olihmu akan diri kamu ssebelum lagi mati kamu dan barangsiapa menghendak melihat kepada mayat yang berjalan ia diatas bumi maka hendaklah lihat olihmu kepada abu bakar iaitu 'ibarat daripada mati nafsu yang amarah dan 'ibarat daripada pandang akan bahawasanya segala ghairrullah itu fana' dan tiada pada haqiqatnya 'intaha' ahma' (أحمق) buta @ tidak mampu memahami @ sukar dicapai indera-rasa'ain (عين) materi @ kehadhiran @ fenomena @ fatasia ghairullah (غيرالله) bukan ketuhanan @ selain tuhankunnuhu (كنّه) keberadaannya @ keadaannya @ hal manifestasinyama'dum (معدوم) tidak ujud @ tidak dapat dikatakan ada kerana kepastian tiadanya @ tidak juga bolih dikatakan kosong kerana tidak pernah adanyama'nawi (معنوى) pengertian yang mendalam @ pengertian disebalik tabirmaujud (موجود) kelibat @ keberadaan @ dualisma zat(الفصل الرابع فى بيان توحيد الذات)bermula fasal yang keempat pada menyatakan tauhid azzat ertinya mengesakan allah ta'ala pada zat dan maqam inilah yang setinggi2 maqam tiada lagi diatasnya daripada maqam ini yang sampai pengetahuan segala makhluk kepadanya dan kepadanya kesudah-sudahan musyahadah dan pandang segala orangyang 'arif dan kepadanyalah perhentian perjalanan merekaitu dan kepadanyalah diperolihi lazat yang terlintas pada hati manusia dan kepadanyalah sehingga2 dan sehabis2 sampai pengetahuan segala makhluk dan kepada maqam yang diatasnya daripada ini tiada siapa yang dapat pengetahuan akan dia hingga nabi mursal dan malaikat yang muqarrobin sekalipun tiada sampai kepadanya iaitu maqam kunnuhu zat allah ta'ala seperti firman allah ta'la (ويحذركم الله نفسه) ya'ni dipertakuti allah ta'ala daripada sampai ma'arifat akan kunnuhu zatnya (dan lagi) sabda nabi saw (كلّكم فى ذات الله أحمق) ya'ani sekelian kamu mendapat akan kunnunhu zat allah ta'ala ahma' ertinya tiada mendapat kepada kunnunhu zatnya sekali2 (kata) syech abdul wahab assyarani qadassalahu sirrahu didalam kitab aljuahir waddhurur daripada menterjemahkan kata syechnya ali khawas rodhiallahu anhu (bermula) pengetahuan akan hanya hak allah ta'ala itu tiada merasai dan mendapat akandia olih seorang juapun daripada segala makhluknya kerana bahawasanya allah ta'ala itu bukan ia [b]'ain yang dihukumkan akandia olih akal dan bukan ia 'ain yang dihukumkan akandia olih syuhud hati dan mata[/b] tetapi adalah ia dibalik yang demikian itu maka bukan ia 'ain yang dikenal olih merekaitu akandia dan bukan ia 'ain yang dijahilkan olih merekaitu akandia (dan barangsiapa) mengetahui ia akan yang demikian itu maka wajib atasnya bahawa menyembah ia akan zat yang suci lagi ghoib iaitulah 'ain yang disyuhud dan iaitulah 'ibadat yang sempurna 'ibadat wallahu 'alam ah (shahadan) tiada yang sampai kepada maqam tauhid azzat ini melainkan nabi kita Muhammad saw jua dan barangyang ada daripada segala anbia' dan aulia' yang dibawah qidamnya kerana tiada yang dijadikan allah ta'ala dengan zatnya itu hanya nabi kita Muhammad saw jua seperti yang tersebut didalam hadis jabir rhodiallahu anhu yang lagi akan datang pada khotimah (shahadan) bermula kifiyat yang mengesakan allah ta'ala pada zat itu iaitu dipandang dengan mata kepala dan dengan mata hati bahawasanya tiada yang maujud didalam ujud ini hanya allah ta'ala jua iaitu 'ibarat daripada fana' segala zat kita dan segala zat yang lainnya daripada zat kita daripada segala makhluk dibawah zat allah ta'ala sekira2 tiada yang maujud melainkan allah ta'ala jua sendirian dan adalah ujud segala yang lain daripada segala makhluk itu menempati tiada kerana ujud yang lain daripada allah ta'ala itu bukan maujud sendirian hanya ia maujud dengan allah ta'ala jua ertinya ujud yang lain daripada allah ta'ala itu qhoim ia dengan ujud allah ta'ala tiada qoim dengan sendirinya tetapi adalah ujud yang lain daripada allah ta'ala itu khayal ertinya menempati akan ma'dum pada tempat yang maujud dan waham ertinya sangka dan bathil jua dengan dinisbahkan kepada ujud allah ta'ala (kata) syechuna al'arif billah assyech siddiq bin umar khan rohimallah bermula segala ujud ghairrullah itu seperti ujud yang kita lihat akandia didalam mimpi jua tiada baginya haqiqat maka apabila jaga kita hilanglah ia seperti demikian itulah ujud ghairrullah apabila kita mati nescaya hilanglah ia maka baharulah pada ketika itu kita jaga dan kita lihat bahawasanya tiada baginya ujud yang sebenarnya (seperti) sabda nabi saw (الناس نيام فإذا ماتوا التبهوا) bermula segala manusia itu tidur maka apabila mati merekaitu baharulah jaga merekaitu (maka adapun) mati itu dua perkara pada istillah ahli attassawuf (pertamanya) mati khassi namanya iaitu iaitu 'ibarat bercerai ruh daripada jasad ( keduanya) mati ma'nawi namanya iaitu yang diisyaratkan olih rasullullah saw dengan sabdanya ( موتوا قبل أن تموتوا ومن أراد أن ينظر إلى ميت يمشى على وجه الأرض فلينظرإلى أبى بكر ) ya'ni matikan olihmu akan diri kamu ssebelum lagi mati kamu dan barangsiapa menghendak melihat kepada mayat yang berjalan ia diatas bumi maka hendaklah lihat olihmu kepada abu bakar iaitu 'ibarat daripada mati nafsu yang amarah dan 'ibarat daripada pandang akan bahawasanya segala ghairrullah itu fana' dan tiada pada haqiqatnya 'intaha'ahma' (أحمق) buta @ tidak mampu memahami @ sukar dicapai indera-rasa'ain (عين) materi @ kehadhiran @ fenomena @ fatasia ghairullah (غيرالله) bukan ketuhanan @ selain tuhankunnuhu (كنّه) keberadaannya @ keadaannya @ hal manifestasinyama'dum (معدوم) tidak ujud @ tidak dapat dikatakan ada kerana kepastian tiadanya @ tidak juga bolih dikatakan kosong kerana tidak pernah adanyama'nawi (معنوى) pengertian yang mendalam @ pengertian disebalik tabirmaujud (موجود) kelibat @ keberadaan @ dualisma zat(kata) setengah 'arif bermula alam ini naskhah alhaq ta'ala (dan) dan kata setengah ini cermin haq ta'ala (kata) assyech alakbar walkibriyat alahmar qadassallahu sirrahu didalam fusus dan apabila adalah haq allah ta'ala itu waqayah bagi hamba pada suatu wajah iaitu keadaan haq ta'ala itu zhohir ia didalam cermin hamba dan jadilah hamba itu bathin dan apabila adalah hamba itu waqayah bagi haq ta'ala pada suatu wajah iaitu keadaan hamba itu zhohir ia didalam cermin haq ta'ala maka jadilah haq ta'ala itu bathin (maka engkau katalah) hai salik pada sekelian yang maujud yang dizhohirkan ini barangyang engkau kehendaki dengan segala 'itibar yang bersalah2an (jikalau) engkau kehendaki maka engkau kata iaitu makhluk yang zhohir ia didalam cermin haq ta'ala dengan 'itibar keadaan hamba itu waqayah akan ujud haq ta'ala iaitu (شهود الكثرة فى الوحدة ) ertinya pandang yang banyak didalam yang satu (kata) syech sahami qadassallah sirrahu sebab didahulukan 'itibar ini kerana terlebih sukar pada memfahamkan dia kepada segala akal orang awam (dan jika engkau) kehendaki maka engkau kata akandia itu haq ta'ala ertinya rupanya yang zhohir ia pada cermin makhluk dengan 'itibar keadaan haq ta'ala itu waqayah akan hambanya iaitu (شهود الوحدة فى الكثرة) ertinya pandang yang satu dalam yang banyak (dan jika engkau) kehendaki maka engkau kata akandia itu haq allah ta'ala pun ia dan makhluk pun ia dengan 'itibar zhohir tiap2 satu daripada keduanya didalam cermin yang lain serta ketiadaan tamyiz akan dua cermin itu kerana bahawanya segala 'itibar itu hanya thabit ia didalam ilmu haq ta'ala yang tiada mengubahkan dia olih cenderong pada segala wajah itu (dan jika engkau) kehendaki maka engkau kata akan dia itu bukan ia haq allah ta'ala pada tiap2 wajah dan bukan ia makhluk pada tiap2 wajah dengan 'itibar beza antara dua cermin itu pada satu wajah dan iaitu wajah yang membezakan ilmu itu daripada zat (kata) syech abdul ghoni an nablussi qadassallahu sirrahu (bermula) murad keadaannya itu bukan ia haq ta'ala pada tiap2 wajah itu tetapi adalah ia 'itibar haq ta'ala itu pada wajah keadaannya maujud faqad dan murad keadaannya bukan ia makhluk pada tiap2 wajah itu tetapi adalah ia itu dengan dengan 'itibar makhluk pada wajah keadaannya berupa jua intiha'(dan) jika engkau kehendaki maka engkau kata akan dia dengan hairan tercengang pada yang demikian itu iaitu seperti engkau kata tiada diketahui mana yang zhohir dan mana yang bathin kerana yang zhohir pada cermin itu menjadilah ia bathin dengan 'itibar keadaannya diri cermin dengan tilik yang lain (maka apabila) engkau kenal dan engkau ketahui akan segala perkara wajah ini maka sanya telah nyatalah bagimu hai salik yang dituntut olih tiap2 seorang daripada segala orangyang mutaqin akan mertabat ujud dengan 'itibar zatnya dan zhuhornya dan jika ada yaqin itu melazimkan bagi tahdid maka tiada mengapa yang demikian itu (dan) dalil yang menunjukan tahdid itu tiada mengapa atas haq ta'ala bahawasanya jikalau tiada tahdid harus bagi allah ta'ala nescaya tiada menkhabarkan segala rasul itu dengan tahwil ya'ani yang warid daripada allah ta'ala pada hadrat zhuhornya dengan bertahwil haq allah ta'ala itu pada segala rupa (kata) syech abdul ghoni alnablussi qadassallahu sirrahu bermula murad dengan tahdid yang harus bagi allah ta'ala itu iaitu pada zhuhornya jua pada haq ta'ala tiada berubah pada sekira2 bathinnya atas barangyang ada atasnya yang maha besar lagi maha mulia intiha'faqad (فقط) semata2 @ jua @ cuma @ hanyahaq (حق) milik @ haqiqat @ kebenaran'itibar (إعتبار) metafora @ kiasan @ gagasan kaedah @ jalan pertunjukmurad (مراد) tujuan @ bermaksud @ mendatangkan ma'ana dan ma'anitamyiz (تمييز) perbezaan @ mencerai2kan hingga mendatangkan desriminasi atau kelainantahdid (تحديد) menentukan @ mempuat keputusan @ menetapkan @ kata penghujungtahwil (تحويل) penukaran @ pelencungan @ pengobahan @ tidak telus dikaitkan dengan asal bicara thabit (ثابت) yg menetapkan @ memutuskan @ tidak berobahwaqayah (وقاية) penjelmaan @ tajalli @ keberadaan @ kehadiran @ penyataan diriiaitu barang seatu daripada ahadiyat bahawasanya allah ta'ala itu tajalli ia pada hari qiamat bagi segala makhluk rupa yang dimungkarkan maka firman ia (انا ربّكم الأعلى) ertinya akulah tuhanmu yang maha tinggi maka jawab mereka (نعوذ بالله منك) ertinya berrlidunglah kami dengan allah ta'ala daripadamu kemudian maka tajalli ia pada rupa segala 'itiqad merekaitu maka sujudlah merekaitu baginya (maka apabila) adalah sekelian yang ada itu daripada martabat haq allah ta'ala serta bahawasanya baginya itu tahwil pada segala rupa padahal tiada rupa itu bagi segala 'ayan daripada sekira2 'adam (maka) janganlah engkau pandang akan 'ain itu samaada didalam cermin haq ta'ala atau didalam cermin makahluk melainkan kepadanya jua dan tiada tertentu yang demikian itu dengan penglihatan tetapi tiada jatuh hukum itu melainkan atasnya samaada hukum itu dengan lihat atau lainnya kerana ma'dum itu daripada sekira2 ia ma'dum tiada tetap baginya hukum maka tiada hukum itu atas segala 'ayan dengan melihat dan lainnya itu melainkan 'itibar thubutnya dalam ilmunya yang tiada bolih mengubahkandia daripada segala perkara intiha'


LikeUnlike · ·Follow postUnfollow post · about an hour ago near Kampung Tanjung Agas, Johor

No comments:

Post a Comment