Tuesday, January 3, 2012

RAHSIA ILMU ROHANI, TEORI DAN PRAKTIK

RAHSIA ILMU ROHANI, TEORI DAN PRAKTIK

Alhamdulillah, di dalam risalah kecil ini diberikan sedikit panduan sebagai pengenalan ringkas kepada kursus yang berikut yang dituliskan oleh penajanya sendiri, Yang Berbahagia Bagindo Mokhtar, Palembang Indonesia.

Di dalamnya terjalin dan tersusun baik gambaran cerita-cerita Alam Rohani yang patut dapat dikupas oleh ahli-ahli Ilmu sejak zaman dahulu kala.

MENGENAL ILMU ROHANI TEORI DAN PRAKTIK

Sebelum saudara-saudara mempelajari, memahami dan mengikuti kursus berikut ini, terlebih dahulu perlulah saudara meneliti garis-garis kasar agar lebih cepat dapat mendekati dan memahami secara mendalam.

Jika dibaca dan diteliti akan terbayanglah cerita Ilmu Rohani, kiranya saudara bernasib baik ada bakat semulajadi diberi Allah, bersedia dan bersanggupan untuk turut masuk berenang dalam kolamnya dengan mengikut cara-cara latihan yang tertentu. Rasanya
akan terbongkar rahsia kekuatan Rohani yang diluar dugaan dan akan dapat dialami sendiri keanehan dan keajaiban yang luar biasa..

Bertambah didkawal, dijaga garis-garis kasarnya dengan penuh cermat akan aturannya dan dengan penuh hormatnya dan sungguh kuat akan ajaran-ajaran Allah, akan berjumpa betapa besarnya ilmu ini untuk hidup kita di dunia dan akhirat. Harga nilai hidup kita mengangkat naik sebagai hidup seorang yang berilmu dan beramal menuju ke darjat hidup sebagai seorang muslim, seorang mukmin lagi Aarif akan hakikat sesuatu yang ada di sebalik alam fizikal atau Alam Jasad dan Aalam Mental atau Alam Fikiran ini.

MENGENAL ALAM FIKIRAN DENGAN ALAM HATI ATAU ALAM ROHANI

Bila kita melihat tubuh kasar kita yang tersergam ini nyatalah bahawa tubuh kita ini adalah dibawa oleh kemahuan kita sendiri.

Kemahuan kita berpusat di dalam akal, dan akal bersemayam di dalam otak.Di dalamnya terdapat mahkota tempat berfikir, menapis, mengkaji segala sesuatu isi alam
hingga ke akar umbi kelapisan sains dan teknologi yang telah tiba ke puncak kemajuan Apollo yang termasyhur ini.

Bila difikirkan sejenak, walaubagaimana gagah perkasa otak berfikir, kemahuan,beranalisa bahawa kekuatan tersebut adalah terbatas selama alam kita berada di
alam jaga.

Apabila kita telah tertidur, setakat itulah sahaja batas kebolehannya, kekuatan
berfikir, kekuatan otak akan terhenti dan diberhentikan. Mari kita berfikir sejenak, seluruh anggota kita dikawal dan diperintah oleh otak. Adakah anggota di dalam badan kita yang
tidak dapat diperintah oleh fikiran ?.

Jawabnya, ada. Nafas, gerak paru-paru dan gerak jantung, tenaga otak tidak dapat memerintahnya. Malahan, fikiran dan tubuh kasar kita bergantung kepadanya.jantung dan paru-paru bergerak terus, walau kita tidur.

Ini bererti badan kita dikuasai oleh dua tenaga dan satu lagi tenaga yang kuat di masa kita sedar iaitu tenaga otak dan satu lagi tenaga yang lebih kuat,, tenaga yang menguasai disebalik tenaga sedar tersebut.

Tenaga sedar, tenaga alam fikiran, memang biasa dipelajari orang, tetapi jarang benar orang sanggup menyelam lebih mendalam, mengkaji dan mempelajari tenaga yang terpendam dan lebih kuat: daya tenaga yang berada disebalik tenaga lahir itu. Tenaga disebalik gerak jantung dan paru-paru itulah yang dinamakan TENAGA ROHANI.

LAPISAN ALAM

Lapisan alam terbahagi kepada dua. Pertama, Alam Lahir iaitu melalui otak dan yang kedua Alam Rohani yang melalui kekuatan hati.

Alam Lahir:
Segala ilmu yang tertulis di dalam kitab-kitab atau buku buatan manusia boleh dipelajari dengan kekuatan otak dan daya fikiran, melalui pendengaran dan penglihatan samada di dalam teori atau praktik. Alam ini berpusat dari otak kerana pelajaran-pelajaran
itu tersusun dari kekuatan otak manusia. Kekuatan belajar adalah bergantung kepada nilai tenaga yang telah ujud di dalam fitrah semulajadi otak seseorang itu di dalam fitrahnya.

Alam Rohani:
Alam yang diluar dari alam lahir tersebut di atas. Kepada manusia yang dianugerahi Allah mudah sangat mereka tertarik dan dapat mengenal secara arif. Sebagaimana cerita
Nabi Musa belajar dengan Nabi Haidir. Peringkat tingginya seperti cerita Asif Barkhaya dengan Nabi Sulaiman. Bilangan manusia di dalam lapangan ini adalah terhad dan terlalu sedikit. Mencari mempelajari rahsia yang menguasai, yang menggerakkan paru-paru dan
jantung inilah di mana mempelajari rahsia kekuatan tenaga hati, atau rahsia kekuatan tenaga rohani.

Sebagaimana Firman Allah:

Yang bermaksud: Mereka bertanya kepada engkau cerita rohani, katakanlah, roh itu dari
urusan Tuhanku, dan kamu tiada diberi ilmu kecuali sedikit.

Bererti terlalu sedikit orang yang dibukakan ke jalan Alam Rohani ini dan ada yang mengertikannya pula, kalaupun dapat mengetahui ia adalah terlalu sedikit jika dibandingkan
luasnya Alam Kerohanian itu. Asas ilmu ini berpusat kepada ajaran Allah di dalam surat An Nur ayat 35-38.

Antara lain yang bermaksud: Allah memberi cahaya kepada langit dan bumi, contoh cahayanya seperti satu lubang di dinding. Di dalamnya ada lampu dan lampu itu di dalam kaca.
Kaca itu seperti bintang-bintang yang berkilau-kilauan dan lampu itu dinyalakan dari minyak kayu yang berkat jenis kayu minyak zaiton yang tidak tumbuh di timur dan tidak di barat.

Minyak zaiton( minyak yang mneyalakan lampu) ini sendiri bercahaya-cahaya walaupun ia tidak
disentuh api.

Cahaya atas cahaya, Allah akan memberi hidayah kepada hambanya dengan cahayaNya. Allah mempunyai ilmu yang sangat luas.

Di dalam rumah-rumah yang Allah izinkan supaya dinaikkan dan disebut namaNya, dan di dalammya orang bertasbih pagi dan petang.

Demikian juga bagi sesetengah ahli tariqat yang menyeru sheikh mereka, pernah terdapat di dalam pengajaran mereka bahawa sebelum membuat amal perlulah berzikir dahulu menyeru nama sheikh-sheikh mereka dan menggambarkan rupa Tok guru sebagai Sheikhul Murabbi atau Imam Batin.

Apakah yang menggerakkan kedua-dua jenis manusia ini? Gerak yang berlaku ini adalah diibarat mencari cahaya dari tok-tok guru atau cahaya sandarannya dan yang diseru itu datang menyinarkan rumah orang menyeru.

Di dalam pelajaran ilmu ini, kita sendiri boleh melahirkan cahaya lampu kita sendiri,,melahirkan cahaya itu keluar melalui lubang dinding yang tertentu dari bahagian kita,
dengan latihan-latihan yang ditunjuk ajar oleh guru tanpa menyeru namanya. Kita harus
meminta izin Allah dan menyebut nama Allah supaya daya cahaya kita terus memancar keluar. Bagi Pelajar-pelajar ilmu dukun melayu atau dukun hindu, siam dan sebagainya, mereka memakai cahaya atau pancaran orang lain kerana tiada dapat memahami bagaimana cahayanya
sendiri boleh dipancarkan keluar. Dipakai hingga sesetengah ahli tariqat yang memakai amalan tersebut, serupa sahajalah mereka seperti mereka tersebut di dalam keadaan menyeru dan memakai cahaya orang lain, tetapi nilai cahaya roh-roh yang diseru adalah berlainan.

Ahli-ahli tariqat yang serupa itulah yang disangkal ( disanggah) oleh orang yang berpegang teguh kepada ajaran Sunnah dan Al Quran. Untuk meniliti ilmiah yang lebih jelas
dan lebih mendalam, bolehlah dibaca kursus berikut sesudah mendapat latihan praktik yang diajarkan kelak.

Latihan-latihan yang perlu diamalkan

Di antara latihan-latihan di dalam ilmu ini ialah:
a. melatih diri supaya sentiasa berada di bawah tenaga HATI.
b. Melatih diri melahirkan rasa pancaran hidup melalui saluran anggota tertentu.
c. Peringkat pertama dinamakan dapat merasakan diri lahir kedua-dua kalinya
d. Pendeknya melatih kuasa kekuatan akal, menyerahkan alam fikiran dan gerak badan tunduk di bawah kuasa yang mneggerakkan jantung dan paru-paru, dan terus menyerah diri kepada Allah, hingga lahirlah satu gerak yang disandari tetapi gerak itu bukan di bawah kuasa kemahuan akal, walaupun keadaan kita di dalam Alam Sedar.

Itulah latihan peringkat pertama dan dari tangga pertama itulah membawa naik sedikit demi sedikit sehingga ke alam yang tidak pernah kita alami dan di luar dugaan akal yang kita pelajari kelak.

Hasil yang akan diperolehi.

Peringkat rendah sekuirang-kurangnya boleh dirasakan Gerak Silat, sebagaimana yang disukai oleh anak-anak muda dan ahli-ahli seni silat hari ini.

Beberapa lelaki yang sentiasa menyebut Allah ( mengingati) walaupun ia berniaga atau berjual beli, namun perniagaan dan urusan jual belinya tidak mengganggunya dari mengingati Allah, mendirikan solat dan membayar zakat. Mereka bimbang pada suatu hari kelak` boleh mengubah atau memusingkan hati dan pandangan.

Diterangkan di dalam ayat yang tersebut bagaimana cerita cahaya yag lahir dari lubang dinding bilik sebuah rumah. Bagaimana cahaya berlapis-lapis, cahaya di dalam cahaya- cahaya lampu, cahaya kacanya, cahaya minyak zaiton yang sebelum kena api telah bercahaya.
Cahaya ini memancar keluar rumah. Cahaya kaca sahaja seperti cahaya bintang yang
bertaburan.

Terdapat pula perkataan tuan rumah yang sentiasa bertasbih di dalam rumah tersebut. Jelas cerita rumah dengan tuan rumah, jelas cerita cahaya yang lahir memancar
dari rumah tersebut, cahaya yang lahir dari lampu, yang memancar keluar bukanlah lampunya tetapi cahayanya. Lampu tetap di dalam rumah. Tersimpul di dalam dua cerita, cerita rumah dengan lelaki yang bertasbih dan cerita cahaya yang memancar dari lubang dinding sebuah
rumah.

Ayat yang kedua dari surah Al Imran.

Dari ayat tersebut diterangkan terdapat cerita siang dan malam, terang dan gelap,hidup dan mati,mati di dalam hidup, mengeluarkan hidup dari benda mati dan mengeluarkan mati dari benda hidup, mengeluarkan mati dari hidup.

Ada pula sesetengah ulama tafsir mengatakan cerita ini ialah cerita ayam dengan telur atau anak ayam dikeluarkan dari telurnya. Bagi pelajar ilmu rohani, kedua-dua ayat tersebut adalah menceritakan lapisan-lapisan Ilmu Rohani. Antara diri kita yang di dalam dengan badan jasmani yang di luar.

Siapa yang hidup siapa yang mati, siapa yang menjadi burung dan siapa yang menjadi sangkar, siapa yang menjadi tuan rumah dan siapa yang menjadi rumah, siapa yang menjadi
lampu dan siapa yang menjadi cahayanya, yang mana pula rumah dan bagaimana pula gaya dan
cara boleh melepaskan cahaya lampu itu lahir keluar.

Kesimpulannya, lampu adalah aku, lampulah yang boleh memancarkan cahaya, hanya sa-nya, samada kita boleh melahirkan cahaya menembusi lubang-lubang dinding yang
diceritakan oleh ayat tersebut. Boleh memancarkan cahaya tersebut keluar rumah itulah
punca rahsia pelajaran Ilmu Rohani itu.

Perbezaan Alam Ini Dengan Alam Dukun Melayu.
Apabila kita bertemu dengan pak dukun melayu yang memakai ilmu menurun, tidak sedarkan diri, selepas menyeru nama-nama sandaran mereka, hampir serupa dengan sesetengah ahli tariqat yang memakai wasilah atau tawasul dengan menyeru arwah-arwah sheikh mereka. Sesetengah ahli dukun yang memakai sandaran memakai ilmu seru, sebelum
memulakan perubatan, mereka terlebih dahulu membakar kemenyan dan kemudian menyeru supaya sandarannya datang. Si dukun terus mematikan dirinya, mematikan kemahuannya,
menyerahkan bulat-bulat gerak dan laku yang dilahirkan oleh sandarannya.

Kata Bermula.

Anak-anakku sekalian.
1. Ketahuilah olehmu, meresapkan ke dadamu, bahawa di bumi Tuhan engkau berpijak dan di bawah lindunganNya yang maha besar engkau berdiri. Adalah engkau hidup dan dihidupkan. Dari itu Sembahlah Dia, Allah yang maha Esa dan pohonkanlah segala-galanya kepada Nya.
2. Engkau menjadi orang melalui ibu bapamu. Kalau tiada ibu bapamu tentu kamu tidak menjadi manusia , kerana ibu bapamu manusia. Dari itu sujud dan patuhi, dan hormatilah sedalam-dalamya dan jangan engkau derhaka kepadanya.
3. Engkau dikandungkan oleh ibumu dan jadilah engkau anak kandung, kerana dia yang mengandungkan engkau. Tapi jangan dilupa seorang anak tak akan jadi jika tiada seorang bapa..
4. Di dalam bidang ilmu pengetahuanku, aku gurumu, engkau anak muridku walaupun kau memanggil bapak kepadaku.

Sebagai seorang manusia engkau dilahirkan oleh ibumu. Kelahiran kau mendatangkan bahagia pada Rasa Perasaan ibu bapamu dan kaum keluargamu. Dan…. Di manakah letaknya Bahagia mu itu? Engkau membawa bahagia dan bahagia itu ada padamu. Tetapi di mana
letaknya Bahagia itu? Letaknya bahagia itu padamu iaitu di tempatnya. Mungkin letaknya di
luarmu tetapi tidak mungkin kerana engkau yang membawanya.

Bahagia ku letaknya padaku dan bahagia mu letaknya padamu. Aaku mengandung bahagia dan engkau mengandung bahagia. Untuk merasakan dan mendapatkan itu bahagia tentu engkau harus melahirkan kandunganmu itu. Engkau tak tahu. Dalam hal ini maka aku
yang engkau anggap Gurumu yang menolong melahirkan kandunganmu itu.

Engkau akan merasa bahagia sepanjang masa, kalau engkau tahu dan mengerti dan dapat memahami bahagiamu yang telah dilahirkan itu.

Kesedaran dan pengertianmu yang mendalam dapat menilai dan menghargai Gurumu sebagai pembimbing dan pemecah Rahsia dirimu sendiri. Menuju hidup sepanjang masa, menjelang hidup yang kekal dan abadi.

Pelajarilah segala sesuatu nya dengan sesuatu yang ada padamu dan jagalah adabmu terhadap ibu bapamu dan gurumu. Terutama dan teristimewa sekali terhadap Allah, Tuhan
yang mengadakan segala yang ada, menjadikan segala yang dijadikan, yang mengetahui yang tidak mengetahui yang terkandung di badan dirimu, untuk mengenalnya dengan erti yang sebenar.

Rabbighfir warham waanta khairurrahimin……………………………………………………………………………..
Ya Allah ya Tuhanku, Ampunilah kesalahan ku, kasihanilah aku, Engkau sebaik-baik yang
mengasihani.

( 27.Nov 1965, Palembang, Baginda Muchtar)

LikeUnlike · ·Follow postUnfollow post · 51 minutes ago near Kampung Tanjung Agas, Johor.Nizzam Shahiibul-Karibb likes this..

Omar Abdullah Terima kasih sdra adnan..maaf saya terpadam posting yg satu lagi..adakah artikel yg sama atau berlainan jika yg sama ok-lah jika berlainan mhn sdra adnan post semula ya..
33 minutes ago · LikeUnlike

No comments:

Post a Comment