Friday, January 6, 2012

RUH / RUHANI

• Yang dikatakan RUH itu terdiri dari Lapisan Lapisan Balutan Cahaya Cahaya yang terdiri
dari Balutan Balutan yang akan diterangkan selepas ini.

... Ruhani Yang Batin itu tidak dapat dilihat tetapi terasa oleh kita akan wujudnya kerana
nyata pada kita akan kesan kesan kewujudannya. Hal sebegini dikatakan GHAIB.
Ada pelbagai nama yang digunakan didalam Ilmu Hakikat untuk merujuk apa yang
dikatakan RUH itu. Ada yang memanggilnya Muhammad Mustafa Rasullullah, Ruhani, Al- Latifah Rabbaniah dan lain lain lagi.

Tugas utama Ruhani ialah menghidupkan Jasad melalui Jantung. Ruhanilah yang
menyebabkan Jantung manusia itu berfungsi. Ruhani jugalah yang menyampaikan HAK
ALLAH kepada Jasad yaitu Sifat Sifat MaaniNYA yang tujuh itu. Jadi Ruhani juga dirujuk
sebagai RASUL . Maka sesuailah gelarannya sebagai Muhammad Mustafa Rasullullah.

No comments:

Post a Comment