Wednesday, September 8, 2010

Sembahyang/Solat

Ini pula pengertian solat yang dipetik dari blog Fakirabdillah


SEMBAHYANG ialah SOLAT. Perkataan sembahyang tidak ada digunakan didalam Al-Quran. Yang digunakan ialah perkataan solat.

Pengertian Solat mengikut Hakikat ada sedikit perbezaan dengan pengertian Syariat.

Pada Ilmu Syariat pengertian kalimah Sembahyang dan Solat adalah sama. Sembahyang ialah satu ibadah wajib yang bermula dari niat dan berakhir dengan salam dengan mengikut rukun ( Rukun 13 ) dan lain lain syarat, dimana manusia sebagai hamba menyembah Allah sebagai Tuhan yang menciptakannya.

Dari segi Ilmu Hakikat , solat tidak sekali-kali boleh diertikan sebagai SEMBAHYANG. Adapun hakikat solat itu ialah berdiri menyaksikan diri sendiri iaitu bersaksikan diri kita sendiri bahawa Tiada Nyata Pada Diri Kita Hanya Allah iaitu Diri Batin ( Muhammad Mustaffa ) dan Diri Zahir kita itu menanggung Rahsia Allah.

Pengertian SOLAT HAKIKI terhurai dalam kalimah ALHAMDU ( eja jawi = alif – lam – ha – mim - dal ) yang bermaksud SEGALA PUJI MILIK ALLAH. Inilah perkataan yang mula mula dilafazkan oleh manusia iaitu Nabi Allah Adam a.s

ALIF Melambangkan NIAT kerana niat itu ialah menzahirkan DIRI BATIN. Diri inilah IMAM yang kita ikuti iaitu ULIL AMRI atau pemerentah / pemimpin.

LAM Bila telah nyata Diri Batin, maka kita lafazkan TAKBIR RATUL IHRAM. Maka bermula dari sini bukanlah manusia yang berkehendak tetapi segala-galanya adalah digerakkan oleh Allah.

HA Apabila telah nyata Allah menguasai diri kita, maka kita pun rukuk menandakan kita tunduk patuh akan Kebesaran Allah dan sedia patuh menerima segala PerintahNya.

MIM Maka diri kita mengakui bahawa Zat Allah itulah Tuhan Sekalian Alam yang meliputi seluruh diri kita mengwujudkan dan menghidupkan kita. Kita pun sujud menandakan kesyukuran kita.

DAL Satelah kita tahu Zat telah mengurniakan kepada diri kita menjadi KhalifahNya dibumi ini , maka kita pun merendah diri atas Kurniaan itu ( yang tidak dikurniakan Allah kepada makhluk lain selain manusia )

No comments:

Post a Comment