Tuesday, January 3, 2012

GURUKU BERMAIN DGN HURUF-HURUF...aduhai guruku..

ALIF = Tuhan = Pangkat
LAM = Ketuhanan = Darjat
LAM = Kerasulan = Martabat...
KHO = Kehambaan = Pengakuan

R = Rahsia Ketuhanan
O = Otak@minda
H = Hidup menghidupkan

D = Deria
I = Ingatan
R = Rasa
I = Ittibar

Darun Nafis

DARUN NAFISDengan nama Allah Taala, yang amat murah pada menganugerahi nikmat yang besar2 lagi amat menanugerahi nikmat seni2 jua. Aku mulai risalah ini, الحمد لله الذى كرم بنى آدم واصطفى منهم العلماء Bermula segala jenis puji itu tertentu bagiAllah Taala, tuhan yang memuliakan anak adam dan memilih Ia daripada mereka itu akan ulama2 * واختار أيضا منهم الزهاد والحكماء والكرماء * Dan memilih Ia pula daripada mereka itu akan segala yang zahid dan yang hakim dan yang karim * واختار أيضا منهم الزهاد والحكماء والكرماء * Dan melebihkan Ia daripada merekaitu akan segala orang yang mengenal akan zat Allah Taala dan akan segala sifatNya dan segala asma'Nya.* واختار أيضا منهم الزهاد والحكماء والكرماء * Dan memerasakan Ia akan merekaitu akan lazat kasih akan Dia dan telah memperlihat Ia akan merekaitu akan haqiqat segala sesuatu daripada bumi dan langit. * والصلاة والسلام على سيدنا محمّد خاتم الأنبياء * Dan rahmat Allah dan salamNya atas Penghulu kita Nabi Muhammad, menyudahi Ia segala nabi. * الذى خلق من ذاته ومنه جميع الأسياء * Dan dijadikan ia dari nur zatNya, dan daripadanya lah dijadikan sekelian perkara. * وعلى آله وأصحابه السادة الأولياء * Dan atas segala keluarganya dan sahabatnya yang penghulu segala aulia'. * وعلى التابعين وتابعي التابعين لهم بإحسان الى يوم الجزاء * Dan atas segala yang mengikut bagi merekaitu, dan segala yang mengikut bagi segala yang mengikut bagi merekaitu dengan kebajikan hingga hari pembalasan.وبعد فلما كانت سنة ألف ومائتين من هجرة النبي الكريم على صاحبها ربّه أفضل الصلاة وأذكى التسليم Dan kemudian daripada itu maka adalah tatkala pada tahun seribu dua ratus tahun hijriyah nabi yang mulia atas mempunyai badi (permulaan) daripada Tuhannya, rahmat yang amat lebih dan haluan yang amat suci. * قد المس مني بعض الإفخوان فتح الله قلبي وقلبه بنور المشهادة والعرفان * Sanya telah meminta daripadaku setengah setengah daripada saudaraku membukakan kiranya Allah Taala akan hatiku dan hatinya, dengan cahaya musyahadah dan ma'rifah.* قد المس مني بعض الإفخوان فتح الله قلبي وقلبه بنور المشهادة والعرفان * ] Dan aku buatkan baginya satu resalah yang ringkas dalam bahasa rumi yang lemah lembut, supaya memberi munafa'at dengan dia akan orang yang tiada mengetahui bahasa Arab yang nyata. * في بيان وحدة الذات والصفت والأسماء والأفعال لتخلص السالكين من الشركالخفى والرياء والعجب للأعمال * Pada menyatakan wahdatul zat dan wahdatul sifat dan wahdatul asma' dan wahdatul af'al, supaya melepaskan ia akan segala orang2 salik itu dari syirik khofy dan daripada riya' dan 'ujub bagi segala amal.* وبيان بعض الحقائق ومقامات القوم الكرام ومشاهداتهم لذى الجلال واإكرام * Dan menyatakan setengah daripada segala ilmu haqiqat, dan menyatakan setengah daripada maqam kaum ahli tasauf yang mulia, dan menyatakan setengah daripada segala musyahadah merekaitu bagi Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemulian. * فأجبته إلى ذلك وإن لم أكن أهلا لذلك * maka aku perkenankan akan dia berbuat risalah yang demikian itu, dan jika tiada aku ahli bagi yang demikian sekalipun. * مستعينا بالله ومعتمدا عليه في تحقيق للطلوب والمقصود على حسب ما ظهرلي من أقوال أهل المنة والالشهود Padahal aku meminta tolong kepada AllahTaala dan berpegang atasnya pada mentahqiqkan yang dituntut dan yang dimaksudkan atas sekira2 barang yang zohir ia bagiku daripada perkataan orang yang mempunyai minat dan syuhud.*وسميتها الدر النفيس في بيان وحدة الأفعال والأسماء والصفات والذات ذات التقديس * Dan aku namai risalah ini DARUL NAFIS, ertinya MUTIARA INDAH * pada menyatakan wahdatu af'al dan asma' dan sifat dan zat yang suci. * راجيا من الله أن ينفع بها المريدين وأن يجعلها خالصة لوجهه وذخيرة لي ولهم يوم الدين * Padahal harap aku daripada Allah Ta'ala, bahawa memberi munafaat Dia dengan risaslah ini, akan segala orang yang murid, dan bahawa dijadikanNya kiranya akan dia tulus ikhlas bagi zat hak Allah Taala dan petaruhan bagiku dan bagi merekaitu pada hari qiamat. * ورتبتها على مقدمه وأربعة فصول وخاتمة وذكرت فيها المسائل السفية المأخوذ من كتب الصوفيه * Dan aku aturkan akan dia atas satu muqadimah dan empat fasal, satu khatimah dan aku sebutkan didalamnya beberapa masaalah yang tinggi2, yang diambil daripada beberapa kita ali tasauf.* مقدمة فى بيان الأشياء ألتى تبطل السالك وتمنعه من وصول إلى الله تعالى * Bermula ini satu muqadimah pada menyatakan segala perkara yang membatalkan ia akan orang yang salik dan yang menegahkan dia, daripada sampai kepada Allah Taala. Ketahui olihmu hai salik. bahawasanya wajib atasmu itu memelihara akan dirimu daripada segala maksiat, samaada maksiat itu bathin atau zahir, dan melepaskan dirimu daripada segala yang membatalkan sulukmu, dan daripada yang menegah dikau daripada sampai kepada Allah Taala. Bermula, segala yng membatalkan suluk itu amat banyak. Setengah daripadanya *كسل * ertinya segan daripada mengerjakan 'ibadat serta kuasa mengerjakan dia. Kata Abu Dzar: Jamhir barangsiapa berperangai 'kasal', maka tiada diperolih ia akan bahagia didalam dunia dan didalam akhirat. Dan setengah daripadanya *فتور* ertinya lemah daripada mendirikan 'ibadat sebab bimbang dengan dunia. Dan setengah daripadanya *ملل* ertinya jemu dan puas daripada memperbuat ia berulang2, padahal belum lagi hasil yang dikehendakinya. syahadan, adalah sebab yang demikian itu sekeliannya kerana kurang iman dan dhoif yaqin dan buta matahati, dan mengikutkan nafsu akan hawanya.Dan yang menegahkan sampai orang yang salik itu kepada Allah Taala itupun amat banyak jua dan adapun setengah daripadanya *شرك خفى * ertinya syirik yang tersembunyi, iaitu membangsakan segala perbuatan yang terbit daripada makhluk kepada makhluk jua, tiada kepada Allah Taala, kerana haqiqatnya segala perbuatan itu sekeliannya terbit dari Allah Taala jua, dan adalah segala makhluk itu seolah2 alat perbuatan AllahTaala, maha suci Allah Taala mengadakan sesuatu dengan alat. Dan setengah daripadanya *رياء* riya', ertinya memperlihatkan 'ibadatnya kepada orang yang lain atau menghendaki dengan 'ibadatnya itu akan sesuatu yang lain daripada Allah Taala, jikalau syurga sekalipun. Dan setengah daripadanya *سمعة *sum'ah ertinya mengkhabar2kan 'ibadatnya yang ikhlas kerana Allah Taala itu kepada orang supaya dibesar orang dan dimuliakan orang. Dan setengah daripadanya *عجب* 'ujub, ertinya membesarkan dan membanyak akan 'ibadatnya, padahal tiada dilihatnya akan dia itu nikmat daripada Allah Taala. Dan setengah daripadanya *سقط أوله وقوف مع العبادة * ertinya yang mendindingi iaitu memandang ia akan 'ibadatnya itu daripada dirinya, tiada dilihatnya akan dia nikmat daripada Allah Taala atasnya. Dan setengah daripadanya *حجب* hijab ertinya dinding iaitu dinding 'ibadatnya daripada segala cahayanya dan perhiasannya dan keelokannya, kerana tiap2 tiap2 satu amal 'ibadat itu baginya cahaya dan perhiasan dan keelokannya, maka berhentilah orang salik kepadanya daripada melihat akanperhiasannya dan keelokannya, maka sukacitalah ia dengannya dan lupalah ia akan Allah Taala, daripada sebab yang demikian itu. Syahadan, tiada yang melepaskan akan dikau salik daripada segala segala perkara bahaya yang tersebut itu, melainkan syuhudmu dan pandangmu akan bahawasanya segala perbuatan itu sekeliannya terbit daripada Allah Taala jua,seperti yang lagi akan datang kenyataannya pada fasal yang petama ini. Insyaa Allah Taala.


LikeUnlike · ·Follow postUnfollow post · 2 hours ago near Kampung Tanjung Agas, Johor

Tauhid Afaal

‎* الفصل الأول في بيان توحيد الأفعال *Bermula fasal pertama pada menyatakan tauhid Af'al, ertinya mengesakan Allah taala pada segala perbuatan. Ketahui olihmu hai salik, bahawasanya tiada yang melepaskan akan dikau daripada segala bahaya yang tersebut itu melainkan pandang dan syuhudmu akan bahawasanya segala perbuatan yang berlaku didalam alam ini, sekeliannya daripada Allah Taala/ Tuhan, sama ada perbuatan itu baik pada rupanya dan pada haqiqatnya, seperti iman dan taat, atau jahat pada rupanya tiada pada haqiqatnya. Seperti kafir dan ma'siat, kerana kafir dan ma'siat itu pada haqiqatnya baik jua, kerana terbit dari yang baik iaitu Allah Taala. Dan tiap2 yang terbit daripada Allah Taala itu baik jua pada haqiqatnya, tetapi jahat kedua pada rupanya, kerana syara' datang ia mencela akan dia.Bermulakifiat memandang segala pebuatan itu daripada Allah taala, iaitu seperti bahawa dipandangnya dan syuhudnya dan dilihatnya dengan mata kepalanya dan denga matahatinya, bahawasanya segala perbuatan terbit ia daripada Allah taala, dan mengbangsakan kepada yang lain dari Allah taala itu majazi jua, tiada pada haqiqatnya, kerana pada haqiqatnya, sekelian perbuatan itu daripada Allah taala jua,sama ada perbuatan itu daripada dirinya atau lainnya. Sama ada dengan * مباشرة* atau *تولّد * . Dan ertinya perbuatan dengan mubashirah itu iaitu yang berserta dengan qudrah yang baharu, seperti gerak qalam pada tangan orang yang menyuruh. Dan ertinya perbuatan dengan tawallud itu, iaitu yang jadi daripada perbuatan yang mubasyirah, iaitu seperti jatuh batu daripada tangan melempar.Bermula dalil yang menunjukan bahawasanya, segala perbuatan itu terbit daripada Allah taalajua, tiada daripada lainNya itu, firman Allah taala yang tersebut didalam Alquran * والله خلقكم وما تعملون * ertinya, bermula Allh taala jua menjadikan kamu dan barang perbuatan kamu. Kata syeih Muhammad ibnu Aljazuli rahimallah dalam syarah 'Dalail AlKhairat' 'tiada terbit daripada sesaorang daripadasegala hambanya, perkataan dan tiada perbuatan dan tiada gerak dan tiada diam, melainkan telah terdahulu pada ilmuNya dan qadhoNya dan qadarNya, 'intiha'.Dan firman Yang Maha Tinggi: * وما رميت إذ رميت ولكن الله رمى * ertinya tiada engkau melempar, ya Muhammad, tatkala berusaha engkau melempar, tetapi Allah Taala jua yang melempar tatkala itu. Dan lagi sabda Nabi s.a.w * لا حول ولاقوة إلا بالله العلى العظيم * ertinya tiada daya pada menjauhkan ma'siat, dan tiada upaya pada mengerjakan ta'at, melainkan dengan daya dan upaya Allah taala, Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha besar jua. Dan lagi sabda Nabi s.a.w * لا تتحرك ذرة إلا بإذن الله * ertinya, tiada bergerak didalam alam ini suatu zarah jua pun melainkan dengan dengan izin Allah taala.Syahadan, maka manakala sentiasa engkau memandang kepada yang demikian itu, dan tahqiqlah engkau dengan Dia, nescaya lepaslah engkau daripada segala bahaya yang tersebut itu, dan engkau lihat dengan mata kepalamu dan dengan matahatimu akan segala ujud majazi ini hapus ia dibawah nur ujud Allah yang sebenarnya.Syahadan, manakala engkau kekalkan akan syuhudmu dan pandangmu akan bahawasanya keadaan segala perkara perbuatan itu terbit daripada Allah taala, dengan membiasakan dia sedikit, kemudian sedikit hingga tahqiqlah dengan yang demikian itu. Maka apabila tahqiqlah engkau dengan dia dan jadilah kepadamu itu musyahadah, ertinya berpandangan dan tiada bercampurlah dengan pandanganmu zohirmu dan bathinmu, maka baharulah sampai engkau kepada maqam wahdatul Af'al, ertinya Esa Allah taala pada segala perbuatan, iaitu 'ibarat ia daripada fana' segala perbuatan makhluk ini, sama ada perbuatan dirinya atau perbuatan lainnya, Sekeliannya itu fana' dibawah perbuatan Allah taala, sekira2 tiada dilihat didalam akuan itu sesuatu, perbuatan Allah taala jua, sama ada perbuatan itu baik atau jahat.Dan dalil yang menunjukkan dan mentahqiqkan bahawasanya kejahatan itu daripada Allah taala, iaitu yang tersebut dalam hadis, yang warid dari doa Nabi s.a.w * اللهمّ إني أعوذ بك منك * ertinya, hai tuhanku berlindung aku kepadaMu daripada kejahatan daripadaMu. Maka jika tiada kejahatan daripada Allah taala, nescaya tidak minta berlindung Nabi s.a.w kepada Allah taala daripada kejahatan. Maka nyatalah daripada itu bahawasanya, segala perbuatan yang baik dan jahat itu daripada Allah taala jua datangnya, seperti yang telah terdahulu sebutnya itu.Dan lagi firman Allah taala * قل كلّ من عند الله * tafsirnya, katakan olihmu ya Muhammad, segala kebajikan dan kejahatan itu daripada Allah.Syahadan, dibuat mithal olih setengah daripada arifin billah kerana menghapirkan faham jua, tiada pada haqiqatnya. Maka adalah segala makhluk hamba itu seperti umpama wayang yang diperlakukan akan dia olih dalang, barang bagi jelas kelakuan. Maka seperti tiada bagi wayang itu punya perbuatansendirinya. Demikian itulah hamba dengan Tuhannya. WassalamTetap, sesungguhpun seperti demikian itu, ya'ni segala perbuatan itu perbuatan Allah taala jua. Maka jangan engkau melampaui akan syariat Muhammadiyah, iaitu wajib atasmu mengerjakan segala yang disuruhkan Allah taala dan rasulNya dan wajib atasmu menjauhkan segala yang dilarangNya, jangan sekali2 'itiqadkan gugur taqlif syara'. Maka jikalau engkau 'itiqadkan gugur taqlif syara' nescaya jadilah engkau kafir zindiq 'nauzubillah min zalik'. Dan berpeganglah engkau pada syariat Muhammadiyah serta engkau 'itiqadkan dan engkau pandang dengan matahatimu akan segala perbuatan itu daripada yang baik dan jahat sekeliannya perbuatan Allah taala. Dan lepaslah engkau pada ketika itu daripada syirik khofi dan lain2nya, daripada segala perkara bahaya yang tersebut itu. Kerana manakala engkau pandang kepada dirimu ada baginya sesuatu perbuatan, nescaya tiada sunyi engkau itu daripada syirik khofi, dan jikalau lepaslah engkau daripada syirik jalli sekalipun. Dan erti syirik jalli itu, menduakan Allah taala adaNya, tetapi tiada lepas dan keluar dari syirik. Seperti firman Allah taala * وما يؤمن اكشرهم إلا وهم مشركون * ertinya, dan tiada percaya kebanyakan daripada merekaitu akan Allah taala, melainkan padahal merekaitu menyengutukan akan Dia, dengan sebab memandang ujud yang lain daripadaNya dan dengan sebab mengatakan perbuatan itu kepadanya. Sebab itulah kata Sidi Umar Alfarish r.a* ولو خطرت لي في سوال إرادة - على خاطري سهوا قضيت بردتي * ertinya jikalau terlintas didalam hatiku suatu kehendak akan yang lain daripadaMu atas khatirku, jikalau dengan lupa sekalipun, necaya aku hukumkandiriku itu dangan murtad.Dan tetapi, engkau dikatakan didalam kitabNya musyrik, dikeluarkanNya daripada orang yang mu'min yang sebenarnya, sebab yang demikian itu. Dan tiada dibilangkanNya engkau daripada orang yang menjalani akan jalan mu'min yang sebenar, melainkan bahawa engkau pandang , tiada Yang berbuat, tiada Yang Hidup dan tiada Yang maujud didalam ujud ini, hanya Allah taala sendirianNya jua. Maka ketika itu baharu engkau dinamai mu'min yang sebenarnya, dan lepaslah engkau daripada syirik khofy, dan keluarlah engkau pada ketika itu daripada dinamai Allah taala didalam AlQuran dengan Musyrik. Dan jadilah engkau pada ketika itu daripada ahli Tauhid yang sebenarnya, daripada orang yang mempunyai syurga yang bersegera didalam dunia ini. Maka lazimlah olihmu atasnya kerana bahawasanya, ia sifat yang amat mulia, yang menetapkan akan dikau kepada yang lagi akan datang didalam akhirat. Maka engkau perolihi akan nikmat dua syurga, seperti firman Allah taala * ولمن خاف مقام ربّه جنّتان * ertinya, bermula dua syurga itu bagi barangsiapa yang takut ia akan maqam TuhanNya. Syurga yang pertama itulah syurga ma'rifah akan Allah taala diadalam dunia ini. Dan syurga yang kedua itulah syurga yang maklum, yang disebutkan Allah taala akan dia didalam AlQuran yang mulia, iaitu didalam akhirat, yang lagi akan datang.Kata Syehuna Alalimul Alamahtu Biharul 'Arik' Maulana as syeh Abdullah ibn Hijazi Lis syarkawi Al Masry rahimallah: Barangsiapa masuk kepada syurga ma'rifah didalam dunia ini, nescaya tiada rindu ia kepada syurga akhirat dengan nisbah daripada bidadarinya dan mahligainya, bukan dengan nisbah daripada barangyang hasil disana, ya'ni didalam akhirat, daripada ru'yah Allah taala dan damping kepada hadrat Allah taala dan ma'rifah akan Allah taala. Maka menjauh segala perbezaan antara dua hal itu. Ya'ni hal didalam dunia ini dan hal didalam akhirat, kerana bahawasanya barang yang dibukakan atas segala hati orang yang arif didalam dunia ini. Hanyasanya, iaitu baharu setengah daripada barang yang disediakan olih Allah taala kepada mereka didalam akhirat, kerana muliakan merekaitu didalam dunia ini. wallahu 'alam.(Maka hubaya2), takut olihmu daripada bahawasanya lupa engkau daripada memandang wahdatul af'al itu, yang ia menyampaikan akan dikau kepada memandang kepada memandang keelokan Yang wajib Ujud. Dan takut olihmu bahawa bangsakan dirimu pada mengadakan sesuatu perbuatan barang perbuatan ada ia.Tanbih ya ihwani. Ertinya ini suatu perkataan yang menjagakan hai sekelian saudaraku.bermula hasil kata syeh Abdul wahab as Syarani Qadasallah sirruhu didalam kitab Al Juahirud Durrur, Ia manqul (dididatangkan) dari perkataan syeh Muhaiyiddin ibn Arabi r.a: Bermula segala akuan itu sekelian dinding yang mendindingi daripada memandang haq Allah taala pada hal haq taala jua, Yang berbuat Ia, dibalik hijab akuan ini, tiada ia mendindingi akan kita daripada memandang Allah taala. Dan adalah mithalnya seperti bayang2 kayu yang dalam air itu, tiada ia menegahkan lalu perahu, hanyasanya yang mendinding itu sangka kita kepadanya jua dan pandang kita kepadanya jua. Maka barangsiapa terbuka daripadaNya hijab itu, nescaya dilihatnya yang memperbuatkan segala perbuatan itu Allah taala sendirinya. Dan barangsiapa tiada terbuka hijab itu, terdindinglah dengan akuan ini daripada memandang kepada fai'il yang haqiqi, ya'ni yang berbuat sebenarnya, iaitu Allah taala.Maka tiap2 adalah mazhab kaum pada segala perbuatan hamba itu empat mazhab:Pertama kaum yang tiada mengetahui merekaitu akan bahawasanya Allah taala itu yang berbuat Ia akan segala perbuatan ini dan hanya di'itqadkannya olih mereka itu bahawasanya yang merupakan segala perbuatan hamba yang baharu itu hamba jua. Dan adalah qudrah hamba itu baharu itu memberi bekas ia pada segala perbuatan hamba yang baharu. Maka iaitu mazhab mu'tazillah yang bi'daah lagi fasik.Kedua mazhab Jabariah; iaitu kaum yang mengetahui merekaitu dan memandang merekaitu akan bahawasanya segala perbuatan itu sekeliannya dari Allah taala sendiriNya. Dan keraslah atas merekaitu memandang segala perbuatan itu daripada Allah taala sendiriNya. Dan tiada sampai merekaitu kepada menyandar akan segala perbuatan itu bagi hamba, kerana kurang merekaitu daripada darjat kamal, maka tersalahlah merekaitu daripada jalan syariat dengan sebab tiada menyandarkan segala perbuatan hamba itu kepada merekaitu. Maka iaitu 'itiqad zindiq.Ketiga kaum yang mengetahui merekaitu akan bahawasanya, segala perbuatan itu sekeliannya daripada Allah taala, tetapi ada bagi hamba itu usaha dan ikhtiar. Dan dengan keduanya itulah hamba memperbuat segala perbuatannya dan keduanyalah tempat ta'lik hukum syara', tetapi kedua2nya itu tiada sekali2 memberi bekas pada perbuatan yang baharu, hanya memberi bekas itu Allah taala sendiriNya jua. Maka iaitu As'ariyah ialah 'itiqad yang maqbud (dipegang), yang selamat daripada bahaya dunia dan akhirat, tetapi tiada sampai merekaitu kepada martabat kasyaf kerana terdinding merekaitu dengan sebab mengata usaha dan ikhtiar itu dari hamba jua, tiada dipandang akan segala perbuatan itu daripada Allah taala sendiriNya.Maka tiap daripada segala thoif (gulongan) yang tiga itu adalah atas penglihatannya itu Ghisyawah (kabur/ keliru) , ya'ni dinding yang menutupi daripada sampai penglihatan merekaitu kepada memandang wahdatul Af'al selama2nya. Merekaitu didalam dinding tertutup, tiada sampai kepada maqam kasyaf dan musyahadah dan mukafahah.Keempat mazhab Ahli Kasyaf, ya'ni orang yang terbuka kepada merekaitu dinding, iaitu kaum yang memandang akan kejadian segala perbuatan itu daripada Allah taala dan keinderaannya itu daripada hamba. Mithalnya seperti qalam orang yang menyurat adalah menjadikan huruf itu orang yang menyurat jua. Dan qalam itu menjadi alat persandaran menyurat jua. Adalah hamba itu seperti qalam tiada baginya perbuatan, dan hanya yang berbuat, orang yang menyuruh jua. Wallahu 'alam. Ya'ni segala yang berlaku didalam segala alam ini, Allah taala jua yang menjadikan dia. Intiha'(Dan lagi kata) syech abdul wahab as sya'rani telah menyebutkan syech Muhaiyuddin ibnu Arabi r.a pada bab yang keempat ratus dua puluh daripada Futuhatul Makiyah akan barangyang menamakan ia akan bahawasanya segala amal itu daripada allah Ta'ala jua hanyasanya menyandarkan allah Ta'ala akan segala amal dan perbuatan itu kepada kita kerana keadaan kita tempat menanggong siksa dan pahala padahal perbuatan itu bagi allah Ta'ala jua pada haqiqatnya tetapi tatkala menda'wi kita pada ketika berhenti didalam hijab akan bahawasanya segala amal kita dan perbuatan kita itu bagi kita jua maka menyandarkan Allah Taala itu akandia kepada kita dengan sekira2 da'wi kita berbuat kerana cuba daripada allah ta'ala kepada kita maka apabila masuk kita kepada hadrat ihsan dan maka nipislah dinding hijab nescaya kita lihatlah akan segala amal itu terbit dari allah ta'ala pada kita tiada kita mengamalkan segala amal dan segala perbuatan itu.Kemudian apabila sampailah kita kepada musyahadah itu nescaya takut kita akan tergelincir kidam (kaki) kita pada barangyang telah menamakan allah ta'ala akan perbuatannya itu kepada kita kerana setengah daripada adab itu bahawa menyandarkan ia akan barangyang telah menamakan allah ta'ala akan sesuatu kepada kita serta pengetahuan kita dengan barangyang telah kita ketahui itu kerana mengamal akan firman allah ta'ala (ما أصابك من حسنه فمن الله وما أصابك من شيئة فمن نفسك ) ertinya barangyang mengenai akandikau daripada kebajikan itu makaiatu daripada allah ta'ala dan barangyang mengenai akandikau daripada kejahatan itu iaitu dari usaha dirimu.Shahadan kata syechuna alaalamah maulana assyech yusuf abu zharah almasry pada ketika tadarrisnya (mengajarnya) didalam masjidil Haram tiada harus mengatakan kejahatan itu daripada allah ta'ala melainkan pada maqam ta'alim jua intiha'.(Dan kata) syech ibnu hajar didalam syarah arbain pada sabda nabi saw. didalam setengah daripada segala doa iftitah (والشر ليس اليك) ertinya bermula kejahatan itu bukan ia daripadamu kerana mengajari bagi adab bahawasanya tiada harus disandarkan kepada allah ta'ala segala yang menghina akandia seperti tiada harus dikata allah ta'ala itu ia menjadikan anjing dan babi dan jika adaia menjadikan tiap2 sesuatu sekalipun kerana adab (maka tiap2) adalah menyandarkan perbuatan kepada kita itu kerana menghikayatkan akan firman allah ta'ala jua intiha'(dan lagi kata) syech abdul wahab assya'rani qadasallahu sirrahu kepada syechnya sidi ali alkhawas r.a (soal) apa haqiqat usahamengatakan iman as'ary itu (maka jawabnya) r.a (bermula) haqiqat usaha itu iaitu ta'lik irodat mumkin dengan memperbuat barang perbuatan adaia maka diperolihi taqdir ilahi pada ketika ta'lik irodat itu maka dinamai merekaitu akan yang demikian usaha bagi mumkin pada ma'ani bahawasanya mengusahakan munafaat dengan dia itu kemudian daripada sudah berkehendak kepadanya ya'ni berkehendak kepada taqdir ilahi itu(dan lagi) kata syech abdul wahab as sya'rani qadasallahu sirrahu telah aku dengar akan dia ya'ni sidi ali al khawas r.a segala yang lainnya berkata ia wajib atas hamba itu bahawa mengetahui akan bahawasanya tiada memberi bekas segala2 bagi makhluk pada memperbuat sesuatu daripada sekira2 taqwin hanyasanya baginya hukum jua faqad (=sahaja, cuma) maka fahamkan olihmu kerana bahawasanya kebanyakan manusia tiada dapat membezakan ia antara hukum dan atsar ayat (berkata) syech ia pula ya'ni sidi ali al khawas ra (bermula) kenyataan yang demikian itu bahawasanya haq allah ta'ala itu apabila menghendaki ia mengadakan akan harkat atau ma'ani daripada segala perkerjaan yang tiada sah ujudnya melainkan pada segala madahnya kerana mustahil bahawa berdiri ia dengan sendirinya maka tiada dapat tiada daripada unjudnya mahal (@ tempat @ wadah) yang menzahirkan ia akan taqwin (=keberadaan) perkerjaan ini ya'ni perkerjaan yang tiada berdiri ia dengan sendirinya maka mahal @ (tempat hinggap) iaitu hamba yang dihukumkan ia dengan mengadakan maka mumkin ini padahal tiada sekali2 baginya itu atsar dalamnya intiha' فأفهم فإنه دقيق وتحقيق“**nota**: adalah kitab darun nafis ini ditulis dalam bahasa melayu lama.. dan ayat2 tidak mempunyai permulaan dan perhentian@ noktah... tutur bahasanya pula dicampur aduk dengan bahasa arab pasar.. (arab loghat nusantara). Saya terpaksa menyalin kitab ini secara asal, untuk memelihara keasliannya(dan lagi kata) syech abdul wahab assyarani qadassalahu sirrahu telah aku dengar saudaraku afdaluddin rahimallah ta'ala berkata ia tiada sekali2 bagi mumkin itu qudrah hanyasanya baginya menerima aasar ilahi kepadanya jua kerana bahawasanya sifat itu ya'ni qudrah itu sifat daripada ketetuan tunggal ketuhanan iaitu keadaan yang berkuasa maka mengisbatkan qudrat bagi mumkin itu da'wi dengan tiada dalil(dan lagi berkata ia) ya'ni syech afdaluddin rahimallah ta'ala bermula kata kami ini muafakat serta asa'riyah yang mengisbatkat merekaitu bagi qudrat hamba serta menafikan perbuatan daripadanya intiha'(dan lagi kata) syech abdul wahab assya'rani qadassalahu sirrahu dan telah menyebutkan olih syech muhayiddin radiallau anhu pada bab seratus dua puloh daripada futuhuhul makiyah bahawasanya mengisbatkan qudrah bagi mumkin menafikan fa'il daripadanya itu setengah daripada segala masaalah yang amat sukar kerana membawa kepada keadaan fa'lun (dan lagi berkata ia) ya'ni syech muhayiddin r.a dan tiada membukakan allah ta'ala atasku dengan menghilangkan labisa ya'ni samar pada masaalah ini ya'ni hal keadaan fa'lun padahal bukan fail melainkan pada malam ketika aku menyurat akan tempat ini pada tahun hijrah enamratus tiga puloh tiga dan sanya sukar atas aku mentafsilkan antara yang usaha yang mengata akan dia kaum ahli sunah dan khalqhi (خلق) yang mengata akan dia kaum mu'tazillah maka mengurniakan taufik allah ta'ala akan daku dengan membukakan penglihatanku atas mula2 kejadian makhluk yang tiada mendahului akan dia makhluk kerana tiada ada ketika itu melainkan allah ta'ala juaAasar (اثار) @ kesan @ bekasFa'il (فاعل) @ perlaku @ pembuat @ perlakun Fa'lun (فعل @ buatan @ lakunan @ kelakuanMumkin (ممكن) @ yang diadakan @ yang dicipta @ yang dilembagakanTafsil (تفصيل) @ penjelasan @ penerangan @ kupasanQudrat ((قدره) @ kuasa @ daya @ energy @ force(maka firman allah ta'ala) bagiku didalam sirrku tilik olihmu akan dia disana mula2 kejadian makhluk adakah perkerjaan itu mewaris labisa dan hairan (maka) sembahku tiada ya rabb (maka) firmannya bagiku seperti demikianlah sekelian barangyang engkau lihat akandia daripada segala yang baharu tiada bagiku seorang didalamnya yang memberi bekas dan tiada suatu daripada makhluk maka akulah tuhan yang menjadikan segala asyia' pada sisi asyia' tiada dengan asbab maka adalah dengan perkerjaan ku jadikan nafhun pada isa dan kejadian taqwin pada thoir (maka) sembahku baginya ya rabb maka apabila adalah seperti demikian itu maka tiap2 adalah dirimu yang engkau khitob dengan katamu perbuat olihmu dan jangan engkau perbuat (maka firmannya) bagiku apabila aku perlihatkan akandikau dengan sesuatu daripada ilmuku maka lazimlah olihmu adab kerana bahawasanya hadrat ini tiada menerima ia akan saat menidak2ki akan perbuatan tuhan seperti firmannya لا يسئل عما يفعل وهم يسئلون ertinya jangan ditanya akan barangyang aku perbuat dan sekelian kamu itu akan ditanya intiha'(kata) syech abdul wahab assya'rani فتأمل فاله نفيس(syahadan) jikalau itu jua musyahadahkan insyaallah ta'ala sampai jua ia kepada allah ta'ala kerana maqam tauhidul af'al ini maqam yang dibawah segala2aripada sega maqam arifin maqam tauhidul af'al ini satu martabat daripada beberapa martabat orang yang sampai kepada allah ta'ala kerana jalan sampai kepada allah ta'ala itu empat martabat seperti lagi yang akan datang insyaalah ta'ala pada akhir khotimahasyia' (أشياء) Setiap sesuatu @ ada @ keberadaan... ('keseolahan ada' namun 'tiada' kerana setiap keujudan cuma besifat sementara @ khayalan @ maya materi (dualisma)labisa (لبس) kekaburan @ keracauan @ hijab @ kesamaran @ kurang faham @ kekalutlan dalam mengerti @ keteledoran fikirkhitob (خطاب) cerita @ lakatkan @ berita @ sifatkanNafhun (نفخ) @ tiupan ruh @ menjana pergerakanthoir (طائر) @ unggas terbang @ burung @ yang bisa terbang“**nota** Pemburu haqiqat tidak membiarkan fikirannya ditakluki larangan2 @ hijab2 @ kekaburan2. Dia sentiasa mencari jalan @ kaedah2 menembusi hijab2 untuk mara terus kembali kepada 'keesaan semata'”“"tiap2" adalah sifat2 dualisma tuhan. "TIAP" adalah sifat fungsi ketuhanan”(shahadan) maqam inilah yang mula2 ia anugerah akan allah ta'ala kepada orang yang salik atau kepada orang yang lainnya iaitu seperti orangyang majzub umpamanya dan erti majzub itu orangyang diambil allah ta'ala dengan terkejut serta dirinya tahu akan mengenal zatnya dan sifatnya dan asma'nya dan af'alnya daripada tiada mengerjakan 'ibadat dan tiada talqin daripada guru dan tiada ijazah masyaih (shahadan) bahawasanya maqam inilah natijahtus suluk dan samarahnya ertinya jadi daripada orangyang salik dan buahnya (dan) erti salik iaitu orangyang bersunggoh2 ia ijtihadnya berbuat 'ibadat kepada allah ta'ala dengan riadhoh ijazah akan dia olih syehnya kepadanya dengan tiada cedera ia pada mengerjakan akan dia dan tiada menyalahi ia akan barang disuruhkan akan dia olih gurunya daripada segala 'ibadat dan lainnya (dan) erti arif itu iaitu orangyang mengenal allah ta'ala dan mengenal hamba lagi dapat ia membezakan antara kholiq dan makhluk dan musyahadah segala yang tersebut ituijazah (إجازه) @ izin @ baiat @ menurunkanijtihad (إجتهاد) @ bersunggoh2 tampa erti penat lelahkholiq (خالق) @ penciptamajzub (مجذوب) @ medapat ilham2 tanpa tunjuk ajar dari sesiapapunmasyaih (مشائخ)@ guru yang mengajar dan pemberi pertunjuknatijahtus suluk (نتيجة السولوك) @ tujuan @ hasil pengembaraan rohaniyahriadhoh (رياضة) @ sentiasa melakukansamarah (ثمره) @ buah ato hasilnyatalqin (تلقين) @ tunjuk ajar atau arahan(dan maqam inilah) maqam yang pertama daripada maqam 'arifin yang meyampaikan ia kepada maqam yang diatasnya iaitu maqam tauhidul asma' iaitu maqam yang kedua daripada segala maqam 'ariffin----------------------------------------

Tauhid Asma'

الفصل الثانى فى بيان توحيد الاسماءBermula fasal yang kedua pada menyatakan tauhidul asma' ertinya mengesakan allah ta'ala pada segala nama yang iaitu mengesakan yang dinamakan (shahadan) bermula kifiyat mengesakan allah ta'ala pada segala asma'nya itu iaitu seperti bahawa engkau pandang dengan mata kepalamu dan engkau syuhud dengan matahatimu bahawasanya segala asma' itu kembali kepada ia kepada esa allah ta'ala ya'ni segala yang bernama didalam alam ini sekeliannya menzhohir asma' iaitu menuntut ia akan ujud musamma maka tiada yang maujud itu pada haqiqat hanya allah ta'ala sendirian jua dan ujud segala alam ini hanya khayal dan waham jua dengan dinisbahkan kepada allah ta'ala maka sebab itulah kembali segala asma' itu kepada yang maujud iaitu allah subhanahu wata'ala dan ujud allah itu qhoim ia pada segala asma' dan zhohir ia dengan dia itu satu jua ya'ni bahawasanya segala asyia' itu kezhohiran dan kenyataan bagi zat yang satu jua dan yang zhohir dengan segala asyia' itu satu jua daripada tiada itihad dan hullul maha tinggi allah ta'ala daripada yang demikian itu akan sebagai tinggi yang amat besar sebab pun dibuat mithal olih setengah daripada segala arif billah itu kerana menghampir kepada faham jua (ada pun) allah subhanahu wata'ala itu maha suci dan maha tinggi seperti yang dimithalkan itu iaitu seperti kaca yang bertulis setengah merah dan setengahnya kuning dan setengahnya hijau maka dihantarkan akan dia diantara bumi dan cahaya benderang matahari maka betapa engkau lihat kepada benderang cahaya matahari itu tertulis ia pada bumi itu dengan warna nama tiap2 sifat yang ada ia didalam kaca itu padahal benderang cahaya matahari itu tiada berpindah ia ia kepadanya dan tiada bercerai ia daripada zat matahari itu serta yang demikian itu zhohir ia dengan segala sifat sekeliannya itu padahal matahari itu satu jua (maka) bicarakan olihmu akan mithal ini dengan bicara yang sempurna mudah2an mengasihani allah ta'ala akan dikau pada barangyang engkau dapat akandia muafakat ia bagi barangyang kami mithalkan akan dia itu.(setelah itu) hai segala saudaraku yang arif jikalau sudah hasil bagimu maqam ini kemudian maka tajjali hak ta'ala atasmu menselak2 daripada dinding menzhohirnya dengan dua isim yang menunjukan keduanya itu akan dikau atas binasa segala menzhohirnya itu didalam diri ahadiyah allah ta'alaasma' (اسماء) @ nama2hullul (حلول) @ melingkupi @ mengandungi berlawanan kepada meliputi @ sebatianitihad (إتحاد) @ didalamkifiyat (كيفية) @ cara @ kaedah @ jalan2musamma (مسمى) @ yang dinamai(kata) syech al alim al'alammatus sarul alma'rifah maulana assyech abdullah ibn hijazis syarkhowy almasry rohimallah dalam syarah wirdus sahar apabila tajalli allah ta'ala dengan asma'nya zhohir atas hambanya nescaya melihat ia akan segala akuan ini sekeliannya diri haq ta'ala ertinya daripada sekira2 zhohir akuan itu dengan dia dan berdiri akuan itu dengan qhoyumnya dan kekalannya dan bahawasanya tiada bagi akuan itu ujud sendirian dan lagi tiada kuasa ia membezakan antara sesuatu daripada segala akuan ini ertinya daripada sekira2 bahawasanya [color=blue]akuan itu sekeliannya makhluk allah ta'ala ya'ni mazharnya dan tempatnya bersandar kepadanya dan lagi memandang ia akan allah ta'ala itu haqiqat bagi segala akuan itu seperti firman yang maha tinggi فَأَيْنَمَا تُوَلُّواْ فَثَمَّ وَجْهُ اللّهِ ertinya barangdimana ada kamu maka adalah disana ujud allah (ya'ni) barang kemana engkau hadapkan akan muka kamu atau hati kamu atau rohmu atau akalmu adalah disana ujud allah (shahadan) ketika itulah keluar satah daripada lidah hamba itu ya'ni mengeluarkan perkataan yang tiada diredhoi olih syara' maka iaitu bahaya musyahadah inilah kerana terdinding ia daripada memandang akuan ini dengan sebab memandang ujud allah yang mutlaq mazhar مظهر @ penzhohiran @ penyataan maya @ keseolahan ada/ ujudqhoyum قيوم @ berdiri @ sifat kedirian awalsatah سطح @ latah @ membebel dengan tuturkata yng tidak mampu difahami orang kebanyakan(seperti kata syech) abdul karim aljalili qadassallahu sirrahu bermula terdinding hamba daripada memandang makhluk dengan sebab memandang ia akan hak ta'ala maka iaitu menjadikan hamba itu mengata tiada yang maujud didalam ujud ini melainkan ujud allah ta'ala bermula yang demikian itu kerana adalah maboknya dan ghoibnya seperti barangyang jatuh bagi halaj maka perkataan orangyang mabok itu tiada bolih dipegang intiha' maka sebab itulah (kata) sultan auliya' maulana alsyech abdul qadir jailani qadassallahu sirrahu jikalau halaj itu ada masa aku nescaya akan aku ambil ia dengan tanganku ya'ni aku tegahkan akan orangyang hendak membunuh dia intiha' (bermula yang pertama) daripada dua isim seperti isimnya (jami') ertinya yang menghimpunkan iaitu menghimpunkan bagi sekelian mazhar ini iaitu syuhudul kasrah fil wahdah ya'ni pandang banyak yang banyak pada yang satu muradnya sekelian alam ini daripada zat allah ta'ala satu jua tiada daripada yang lainnya (dan yang kedua) daripada dua isim itu seperti isimnya (mani') ertinya menegahkan dengan zatnya itu bagi segala mazharnya iaitu zhohir ia daripada yang lainnya bermula muradnya itu daripada zat allah ta'ala jua terbitnya sekelian alam ini (maka)adalah hasilnya adalah dalallah dua isim itu terhimpun sekelian alam ini kepada allah ta'ala dan tertegah daripada lainnya ya'ni e]]permulaan daripada allah ta'ala jua dan kesudahannya pun kembali kepada allah ta'ala jua[/b] (seperti) firman allah ta'ala (ولله الأمر وإليه ترجعون) ertinya dan bagi allah ta'ala jua permulaan segala perkerjaan dan kepadanya kembali mereka itudalallah (دلاله) @ dalil @ bukti @ pertunjuk @ penyataanjami� (جامع) @ yang menghimpun @ yang mengumpul alkasrah (الكثرة) @ banyak @ berbilang2 @ beragam2mani' (مانع @ menegah @ melarang @ menghalang @ mendindingi maujud (موجود) @ yang seolah2 ada @ seakan gambaran bersifat dualisma murad (مرد) @ dikehendaki @ bererti @ kesimpulansyuhud (شهود) @ penyaksian @ pandang tembus @ melihat dengan daya ketajaman akalalwahdah (الوحده) @ ujud keesaan @ satu ujud(setelah itu) maka apabila engkau pandang bahawasanya yang murah itu daripada allah ta'ala jua dan yang zhohir pada hamba itu mazhar isimnya yang bernama karim jua dan demikian lagi apabila engkau lihat akan seseorang sabar ia daripada kesakitannya maka engkau syuhud dan engkau pandang bahawasanya yang sabar itu daripada allah ta'ala jua dan yang ada pada hamba itu mazhar isimnya yang bernama sawwirun kerana karim dan sawwirun itu keduanya isim allah ta'ala dan seperti demikian itulah tiap2 orangyang bernama dengan barang nama ada ia maka adalah sekelian itu engkau syuhud dan engkau pandang mazhar asma' allah ta'ala jua (shahadan) kata setengah daripada 'arif billah tiada bagi allah ta'ala itu sifat yang berdiri kepadanya dan yang bertambah ia atasnya seperti segala sifat ma'ani hanyasanya yang ada baginya itu asma' jua mengambil dalil mereka itu dengan dua dalil (suatu daripadanya) naqli iaitu quran dan hadith kerana tiada datang dalam quran dan hadith mengatakan bahawasanya allah ta'ala itu bersifat dan hanyasanya yang datang didalam quran dan hadith itu asma' jua (seperti) firman allah ta'ala. ( ولله الأسماء حسنى فاعوه بها) ertinya dan bagi allah ta'ala itu berberapa nama yang baik maka minta doalah kamu kepadanya dengannya (maka) menentukan allah ta'ala akan dirinya dengan nama jua tiada bersifat (dan lagi) sabda nabi saw (وإنما تدعون من هو سميع بصير متكلم وهو معكم أينما كنتم) ertinya dan hanyasanya yng kamu seru itu tuhan yng mendengar lagi amat melihat lagi yang berkata2 padahal serta kamu barang dimana kamu (dan keduanya daripadanya) 'aqali iaitu pada akal bahawasanya allah ta'ala itu jikalau ada ia bersifat nescaya adalah ia majhul kerana tiada yang disifatkan itu melainkan yang majhul (bermula allah ta'ala) itu terlebih ma'rifah daripada segala ma'rifah tiada berkehendak ia kepada sifat yang mengenal dia iaitu maha suci allah ta'ala itu daripada bersifat dengan sebab ma'ani yang demikian itu (dan lagi pula) betapa disifatkan allah ta'ala itu padahal ia menyucikan ia menyucikan dirinya daripada bersifat itu dengan nas quran dan hadith yang tersebut itu (shahadan) maqam inilah ya'ni maqam tauhidul asma' maqm yang kedua daripada segala maqam 'arifin yang dianugerahkan allah ta'ala kepada orang yang salik atau kepada lainnya seperti majzub umpamanya dan maqam inilah natijah ertinya faedah dan samarah maqam pertama yang pertama itu maqam orangyang sentiasa memandang wahdatul af'al dan ialah yang menyampaikan akan dikau kepada maqam yang diatas iaitu tauhidus sifat iaitu maqam yang ketiga daripada segala maqam 'ariffinkarim (كريم) @ permurah majhul (مجهول) @ yang dibodohkan @ diperbudak2kan @ tidak layak di didarjatkanmazhar (مظهر) @ tempat kezhohiranran @ wadah kenyataan @ wajah ujudnaqli (نقلي) @ ambil @ kutip @ istinbatsawwirun (صور) @ melakar @ menggambar @ membentuk @ menyerupa @ melembaga @ memberi susuk... dari khayal dan waham kepada seolah realiti“**nota**فَسُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَMaka Maha Suci Allah yang mempunyai 'Arsy daripada apa yang mereka sifatkan.سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يَصِفُونَMaha Suci Allah dari apa yang mereka sifatkan itu, نَحْنُ أَعْلَمُ بِمَا يَصِفُونَKami lebih mengetahui apa yang mereka sifatkan. سُبْحَانَ رَبِّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبِّ الْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَMaha Suci Tuhan Yang empunya langit dan bumi, Tuhan Yang empunya 'Arsy, dari apa yang mereka sifatkan itu.”


LikeUnlike · ·Follow postUnfollow post · about an hour ago near Kampung Tanjung Agas, Johor

Tauhid Sifat - Darun Nafis

الفصل الثالث فى بيان توهحيد الصفات)(bermula fasal) yang ketiga pada menyatakan tauhidus sifat (ya'ani) mengesakan allah ta'ala pada segala sifat berdiri ia pada zat allah itu iaitu 'ibarat daripada fana' segala sifat makhluk sama ada sifat dirinya atau lainnya sekeliannya fana' ia didalam sifat allah (bermula kifiyat) memandang dan musyahadahkan yang demikian itu iaitu seperti bahawa engkau pandang dan engkau musyahadahkan dengan matahatimu dan dengan �itiqadmu bahawasanya segala sifat yang berdiri ia kepada zatnya itu iaitu seperti qudrat dan irodat dan ilmu dan hayat dan sami� dan basar dan kalam sekeliannya itu sifat allah ta�ala kerana tiada tiada ada zat yang bersifat dengan segala sifat yang tersebut itu pada haqiqatnya melainkan allah zat allah ta�ala jua dan dibangsakan segala sifat ini kepada makhluk atas jalan majazi jua tiada pada haqiqatnya dan hanyasanya segala sifat yang tersebut itu ada ia berdiri pada segala makhluk itu iaitu mazharnya sifat allah ta�la jua (maka apabila) tahqiqlah memandangmu dengan yang demikian itu nescaya fana�lah segala sifat makhluk itu didalam sifat allah ta�ala ya�ni tiada mendengar ia melainkan dengan pendengaran allah dan tiada melihat ia melainkan dengan penglihat allah ta�ala dan tiada tahu ia melainkan dengan tahu allah ta�ala dan tiada hidup ia melainkan dengan hayat allah ta�ala dan tiada berkata2 ia melainkan dengan kalam allah ta�ala jua hingga yang lain daripada segala sifatnya sekeliannya itu dengan sifat allah ta�ala juafana' فماء @ binasa @ lenyap @ lupus @ tiada kelihatan kerana telah menjadi sebatian kedirianmajazi مجاز @ seakan2 @ seolah2 @ metaforiktahqiq تحقيق @ menetap dengan keyaqinan serta menyaksikan(bermula) dalil yang menunjukan atas bahawasanya tiada bagi hamba itu mempunyai sekelian sifat ini dan yang ada bagi hamba itu mazhar sifat allah ta�ala jua iaitu firman allah ta�ala didalam hadis qudsi (ما تقرب إلىّ المتقربون بمثل أداء ما إفترضت عليهم ولايزال الغبد يتقرب إلىّ بالنّوافل حتى أحبّه فإذا أحببته كنت سمعه الذى بسمع به وبصره الذى يبصر به ولسنه الذى ينطق به ويده التى يبطش بها ورجله التى يمشى بها وقلبه الذى يضمر به) ertinya tiada menghampirkan olih segala orangyang menghampirkan dirinya kepadaku itu dengan seumpama mengerjakan barangyang aku fardhukan atas mereka itu dan sentiasa hamba aku menghampirkan diarinya kepada aku itu dengan mengerjakan segala �ibadat yang sunat hingga aku kasih akan dia maka apabila aku kasih akan dia nescaya adalah aku pendengaranya yang mendengar ia dengan dia dan penglihatanya yang melihat ia dengan dia dan lidahnya berkata2 ia dengan dia dan yang memegang ia dengan dia dan kakinya yang berjalan ia dengan dia dan hatinya yang bercinta ia dengan ia“**nota** Hadis Ketigapuluh LapanDari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : " Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman : Barangsiapa yang memusuhi waliKu ( orang yang setia padaku ), maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seorang hambaku yang bertaqarrub ( beramal ) kepadaKu dengan sesuatu yang lebih Ku cintai hanya dari ia menunaikan semua yang ku fardhukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hambaKu sentiasa bertaqarrub dirinya kepadaKu dengan nawafil ( ibadat sunat ) sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penglihattannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan sekiranya ia meminta kepadaKu nescaya Aku berikan kepadanya, dan sekiranya ia memohon perlindungan kepadaKu nescaya Aku lindungi ia”(shahadan) bermula kifiyat tajjali sifat itu bahawa engkau pandang akan haq allah ta'ala itu bahawasanya hamba mendengar itu dengan allah maka fana'lah daripada segala keadaan mendengar ia dengan dirinya kemudian maka apabila tetaplah tajalli sifat yang satu itu daripada hatimu maka engkau pandang pula akan sifat yang lainnya hingga habis segala sifat itu dengan tadrij ertinya satu kemudian maka satu seperti bashar dan kalam dan ilmu dan irodat dan 'atho' dan mani' maka tiada dipandangnya dirinya yang bersifat dengan yang demikian itu hanya menerima daripada sifat allah ta'ala jua kemudaian daripada sudah hapus segala sifat yang lainnya itu maka tajalli pula atasmu maka engkau pandanglah akan dia bahawasanya ia jua yang bersifat haiyun maka fana'lah hayat itu daripada dirimu maka nyatalah bahawasanya tiada yang hidup hanya allah ta'ala jua maka apabila hasillah bagimu maqam fana' ini pada ketika itu maka jadilah engkau baqa' bi sifat illah maka berolih kemenanganlah engkau pada ketika itu dengan mengenal maka kenallah akan dia dengan pengenalan yang layak dengan sempurnanya dan jadilah engkau pada ketika itu fana' fi sifat illah dan baqa' bi sifat illah dan memberi tahu allah ta'ala akan dikau pada ketika itu akan segala rahsia sifatnya yang mulia itu.'tho' (عطاء) @ memberi @ menganugerah ( khayalan, fantasia, waham, maya, sangkaan, dualisma keberadaan)Bashar (بصر) @ penglihatan @ penyaksian @ pemerhatian @ pemusatan kearah imej2 avatarbaqa' bi sifat illah (بقاء) @ sebatian @ kekal Fana' (فناء) @ binasa @ lupus @ kelenyapan @ tanpa keberangkalian ujudbaqa' bi sifat illah (بقاء بصفات الله) @ sebatian @ kekal dengan sifat ketuhananhaiyun (حىّ) @ hidup @ berfungsiIlmu (علم) @ pengetahuan @ berkeadaan mengenal sesuatu Irodat (إرادة) @ berkehendak @ membutuhiKalam (كلم) @ berkata @ berbahasa dan berbunyi dengan isyarah menggerakan bibirMani' (مانع) @ melarang @ menghalang dari memberiTajalli (تجلّى) @ menyatakan keberadaan keatas sesuatu susuk @ tubuh Tajrij (تدريج) @ satu demi satu(shahadan) pada maqam albaqa' ya'ni maqam tauhid alsifat inilah kesudahan yang diharap dan yang dimaksudnya dan yang dicita dan yang dituntut dan pada maqam tauhid as sifat inilah kesudahannya sampai dari kebanyakan dari segala anbia' dan aulia' dan tiada yang melampaui akan maqam ini melainkan nabi kita Muhammad saw jua dan barang yang ada anbia' dan aulia' yang dibawah qidamnya (shahadan) faedah tajalli itu memandang ia akan sifat dengan tadrij ertinya satu kemudian maka satu kerana setengah daripada tajalli sifat itu terlebih keras daripada setengah yang lainnya dan lagi pula supaya tamkin dan tetap ia dengan yang satu itu dan manakala tamkin dan tetap dengan yang satu itu nescaya hasillah daripadanya dan kuat bertambah2 supaya dapat ia menanggung akan tajalli dzat kerana tiada kuasa seseorang menanggong akan tajalli dzat itu sebelum lagi tamkin dan tetap pada tajalli segala sifat itu didalam hati maka apabila sampailah seseorang itu kepada maqam ini nescaya jadilah ia kholifah allah ta'ala didalam bumi ini dan menjadikan allah akan dia itu ganti pada meluluskan segala hukumnya pada segala hambanya seperti nabi adam as menjadi kholifah pada segala alam ini seperti firman allah ta'ala yang tersebut didalam alquran (وإذا قال ربّك للملإئكة إنّى جاعل فى الأرض خليفة) ertinya tatkala berfirman tuhanmu bagi segala malaikat bahawasanya aku hendak menjadikan didalam bumi itu akan seorang kholifah (ya'ni) yang menganti akan daku pada meluluskan pada hukumku didalam bumi maka tiada menjadikan ia akan kholifahnya melainkan bahawa mengajari akan dia akan segala asma' sekeliannya seperti firman allah ta'al (وعلم آدم الأسماء كلّها) ertinya dan telah mengajari allah ta'ala akan nabi allah adam akan segala asma' sekeliannya dan lagi menunjuki ia pada ketika itu akan barang yang sesat dan lagi mengetahui akan segala perkara sekeliannya samaada nyata atau tersembunyi dengan pengajaran daripada allah ta'ala kerana jadi kholifahnya seperti kata setengah 'ariffin billah (من عرف الله لا يخفى عليه شىء) ertinya barang siapa mengenal ia akan allah ta'ala dengan sebenar2 pengenal nescaya tiada terlindung atasnya sesuatu jua pun dan lagi menganugerahi allah ta'ala akan dia itu akan ilmu laduni iaitu ilmu yang diilhamkan allah ta'ala kepada hati hambanya dengan tiada wasitah mengambil talqin daripada masyaih iaitu ilmu yang tetap yang tiada bolih hilang dan lupa maka orang yang mempunyai ilmu itu dinamakan 'alim yang sebenarnya seperti kata abu yazid albustami qadassallahu sirrahu dan lainnya bukannya orang yang 'alim itu orang yang mehafazkan ilmunya daripada kitab apabila lupa ia akan barang yang dihafazkan itu maka jadilah ia jahil dan hanyasanya orang yang 'alim sebenarnya itu iaitu orang yang mengambil ia akan dari tuhannya pada barang waktu yang dikehendakinya dengan tiada sebab hafaz dan daris maka orang itulah yang dinamakan al'alimu ar rabbani dan orang itulah yang diisyaratkan didalam firman allah ta'ala (علّمنا من لدنا علما) ertinya dan kami ajar akan dia akan ilmu daripada kami (ya'ani) dengan tiada wasitah dengan berlajar dan setengah ilmu itu dengan wasitah berlajar kepada makhluk kepada yang demikian itu tiada dinamakan dia ilmu laduni tetapi ilmu laduni itu yang terbuka pada sirr hati daripada tiada sebab yang menghasilkan akan dia pada khorij kata abu yazid albustami qadassallahu sirrahu bagi segala ulama' zhohir pada khasnya (أخذتم علمكم ميتا من ميت وأخذنا علمنا من الحىّ الذى لا يموت) ertinya kamu ambil akan ilmu kamu hai ulama' az zhohir hal keadaannya mayat daripada mayat dan kami ambil akan ilmu kami itu daripada tuhan yang hidup yang tiada mati intiha' demikianlah hasil yang disebutkan olih imam alghazali didalam ihya ulumuddinal'alimu ar rabbani (العلم الربّانىّ) memhami @ mengerti @ berilmu ketuhanananbia' (أنبياء) nabi2 @ pemberita2 @ tukang2 cerita @ ahli2 iluminati @ para filosof2 agamaaulia' (أولياء) wali2 @ kekasih2 tuhan @ yang bersandar setiap urusan kepada tuhankholifah (خليفة) bayangan @ wakil @ pengganti @ dibelakangkhorij (خارج) luar @ tidak dari dalamladuni (لدنى) ilmu ilham @ wahyu tanpa menuntut dari mana pihakmasyaih (مشائح) guru2 kerohanianqidam (قدم) telapak kaki @ dibawah hirakitamkin (تمكين) keadaantalqin (تلقين) ajaran @ pimpinan @tunjuk ajarwasitah (واسطة) perantaraan @ orang tengah(adapun) pada maqam ini melihatlah ia segala perkara sekeliannya samaada ia zhohir atau bathin dan terbuka baginya segala haqiqat sesuatu dengan cahaya yang nyata yang menganugerah ia allah ta'ala akan dia tiada terlindung atasnya seberat zarah juapun daripada segala alam ini dengan barang yang muafakat dengan hal mereka itu dan anugerahnya itu iaitu tiada dapat seorang juapun menegahkan dia seperti yang tersebut didalam alquran firmannya (كلا نمدّ هؤلاء من عطاء ربّك وما كان عطاء ربّك محظورم) ertinya sekeliannya kami anugerah ia akan merekaitu dan merekaitu daripada pemberian tuhanmu itu tiada tertegah dan lagi pula pada maqam ini mendengar ia akan segala seru samaada dengan lidah yang zhohir atau dengan lidah yang bathin iaitu 'ibarat daripada hathir hati samaada ia pada tempat yang jauh atau hampir jua jikalau balik jibal khof sekalipun yang seru itu nescaya didengarnya jua kerana padanya itu hampir jua sekelian alam ini (dan warid daripada) hadith bahawasanya sekelian alam ini pada aulia' allah ta'ala itu seperti qidam jua dengan semata2 anugerah allah ta'ala dan rahmatnya maka bersungguh2lah engkau hai saudaraku menuntut yang demikian itu supaya engkau dapat akan dia (dan) bersungguh2 lah engkau pada memintak doa kepda allah subhanahu wata'aka kerana allah subhanahu wata'ala itu memperkenan pinta orang yang meminta seperti firman allah ta'ala (أدعوني أستجب لكم) ertinya minta olihmu kepada aku nescaya aku perkenankan bagimuhathir (حطر) bisikan @ goyangan @ detak- detik jabal khof (جبل قاف) bukit khaf warid (ورد) kehendak @ ya'ni @ dimaksudkan @ tujuan (shahadan) bersalahan ulama' pada segala sifat itu adakah ia diri zat atau lain daripadanya (kata) ulama' usulluddin ya'ni ahlus sunnah wal jumaah rodhiallahu anhu bahawasanya segala sifat ini sekeliannya qodim seperti zatnya jua dan qodimnya pun dengan qodim zat jua dan ujudnya pun dengan ujud zat jua ya'ni tiada bolih tanggal daripadanya tetapi adalah ia ma'ani yang berdiri kepada zat tiada lain daripada zat lagi bertambah atasnya maka pula ini adalah allah ta'ala qodirun biqudrotih muridun bi irodatihi dan alimun biilmihi haiyun bihayatihi samiun bisam'hi dan basirun bibasrihi dan mutakallimun bikallamihi (dan) kata ulama' ahlu attassawuf ya'ni 'ariffin billah qadassallahu asrarrahum bahawasanya segala sifat itu diri mausufya'ni diri zat maka atas qaul ini adalah allah ta'ala qodirun bizatihi dan muridun bizatihi dan alimun bizatihi dan samiun bizatihi dan basirun bizatihi dan mutakallimun bizatihi tiada lainnya (dan kata) syechuna al'arif billah maulana as syech siddiq ibni umar khan talmiz almarhum alqutub ar rabbani maulana as syech Muhammad bin abdul karim as saman almadani rodiallahu anhuma (bermula qaul) yang mengatakan bahawasanya sifat itu diri mausuf tiada lain daripadanya maka iaitu atas jalan kasyaf dan musyahadah kerana qaul ini sabit pada mereka itu ya'ni ahlu attassawuf pada jalan kasyaf dan musyahadah kerana merekaitu sentiasa musyahadahkan allah maka dibukakan olih allah ta'ala akan merekaitu dinding sifatnya maka tiada dilihatnya dan didapatnya olih merekaitu akan sifat itu berdiri kepada ma'ni yang qoimun ia kepada zat dan hanya yang dilihat dan yang didapat olih merekaitu sifat itu berdiri kepada zat jua dan lagi pula mengambil dalil merekaitu dengan akal jikalau bahawasanya sifat itu lain daripada mausuf nescaya adalah allah ta'ala itu majhul yang berkehendak kepada sifat yang mengenalkan dia maha suci allah ta'ala daripada yang demikian itu tetapi adalah ia terlebih ma'rifah daripada segala yang ma'rifah (bermula) qaul yang mengatakan bahawasanya sifat itu lain daripada zat dan lagi bertambah ia atasnya maka iaitu atas jalan ajal dan 'itiqad iaitu terupa ia pada pihak akal kerana ia isim mushtaq maka tiap2 isim mushtaq itu tiada dapat tiada baginya daripada mushtaq minhu iaitu seperti qodirun umpamanya maka iaitu isim mushtaq ertinya yang diterbitkan maka tiada dapat tiada baginya itu mushtaq minhu yang diterbitkan daripadanya iaitu qudrah ya'ni bahawasanya qodirun itu isim fa'il yang diterbitkan ia daripada masdar iaitu qudrah maka qudrah itu iaitu sifat lain daripada zat tetapi tiada baginya ujud sendiriannya hanya ujudnya itu dengan tiada tanggal ia daripadanya dan qodimnya pun dengan qodim zatnya jua (dan lagi) qaul terupa yang demikian itu pada 'iqtiqad kita sebelum lagi sampai kepada maqam mukafahah ya'ni berhadapan dan musyahadah ya'ni berpandangan (adapun) jikalau sudah sampai kepada maqam mukafahah dan musyahadah maka tiada dilihat disana sifat ini lain daripada saufun intiha' dimithalkan seperti seorang orangyang dicari umpamanya dikhabarkan olih seseorang akan dia akan sifat hajarrul aswad itu seperti dikata orang baginya bermula hajarrul itu sangat hitam umpamanya maka 'itiqadkan olih orangyang belum melihat ia akan hajarrul aswad itu seperti yang disifatkan olih orangyang pada akalnya tatkala sebelum ia melihat dia sebab ada berdiri hitam itu kepadanya hingga dikata ia yang hitam maka menjazamlah pada 'itiqadnya dengan demikian itu kerana tiada dapat sekali2 dirupakan olih akal dikatakan yang hitam itu jikalau tiada berdiri hitam kepadanyalah maka dikata ia yang hitam maka tatkala sampailah ia kenegeri mekah umpamanya terpandanglah ia dengan dia dan dilihatlah akan haqiqatnya sebenarnya jua hajarrul aswad itu yang hitam seperti yang dikhabarkan olih orang itu jua maka hilanglah pada ketika itu 'itiqadnya yang mengatakan hitam itu berdiri kepada hajarrul aswad kerana sudah musyahadah nyata ia dilihat pada ketika itu tiadalah dilihat yang hitam berdiri berdiri kepada kepada lainnya daripada hajarrul aswad tetapi yang hitam itulah zat hajarrul aswad tiada lainnya faifham wassalam (soal) jika ditanya orang apa perbezaaan mazhab ahlu attassawuf ini dengan mazhab mu'tazillah (jawab) bahawasanya mazhab mu'tazillah yang mengatakan bahawasanya sifat itu diri zat tiada lain daripadanya dan tiada bertambah atasnya itu iaitu 'itiqadkannya dengan ittihad ertinya bersuatu iaitu seperti bahawa ada bagi zat itu ujud istiqlal dan ada bagi sifat itu ujud istiqlal maka dicampurkan keduanya itu menjadi satu seperti bercampur sakarnabat dengan air maha tinggi allah ta'ala daripada sangka mu'tanzillah yang bidaah fasik itu dengan ketinggian yang amat besar (shahadan) bahawa maqam tauhidus sifat inilah maqam yang tetap dan rosih maka ratkala sudah habis segala tajalli sifat itu didalam hati maka dianugerahkan allah ta'ala akan dia pada ketika itu kuat yang dapat ia menanggong akan tajalli zat jika dikehendaki allah ta'ala maqam inilah yang menyampaikan orang yang arif itu kepada maqam yang diatasnya iaitu maqam tauhiduz zat inilah maqam yang keempat daripada segala maqam ariffin wassalamfaifham (فإفهم) maka fahamkanlah'itiqad pegangan (إغتقاد) @ pendapat @ fahaman @ doktrin anutanistiqlal (إستقلال) didatangkan @ dipindahkanjazam (جزم) berpegang teguh @ menetapkasyaf (كشف) berpandang tebus @ landas seakan melihat realitimajhul (مجهول) yang di bodoh @ didungukan disifatkan sebagai tolol @ diperkecil2kan @ diperbudak2kanmasdar (مصدر) nama terbitan @ pronounmukafahah (مكافحه) mengawal serta membiasakanmu'tazillah (معتزلة) kaum rationalis islam yang berpandulkan akaliyah dan tidak melibatkan diri dalam pertentangan politik antara ali ibn abu mutholib dan mu'awiyah bin abu sofyan musyahadah (مشاهده) penyaksian seakan2 fokus, lantas.. hadap meghadapimushtaq (مشتق) isim atau kata nama yang dibina dari nama terbitan.. dengan berasakan tiga huruf asas namun memiliki ma'ani yang berbeza umpamanya: (قال و وإستقلال)qodim (قدم) dari awalan tanpa awalanqoimun (قائم) berdiri sendiriansabit (ثبت) tetap @ keputusan @ tidak ada perubahansakarnabat (سكرنبات) gula ato manisan yang tersuling/ diperah dari tanam2an ato buah2anrosih (راسخ) jelas @ berunsur fakta @ logikasifat (صفة) oknum zat @ dualisma zat @ penyataan intipatitalmiz (تلميذ) murid @ pengikut @ perlajar @ penuntut bukan penkajitanggal @ bercerai @ berpisah @ tidak sebati @ didalam atau diluar @ tidak bersatuzat (ذات) intipati @ materi awalan tanpa definasi


LikeUnlike · ·Follow postUnfollow post · about an hour ago near Kampung Tanjung Agas, Johor

Tauhid Zat -Darul Nafis

الفصل الرابع فى بيان توحيد الذات)bermula fasal yang keempat pada menyatakan tauhid azzat ertinya mengesakan allah ta'ala pada zat dan maqam inilah yang setinggi2 maqam tiada lagi diatasnya daripada maqam ini yang sampai pengetahuan segala makhluk kepadanya dan kepadanya kesudah-sudahan musyahadah dan pandang segala orangyang 'arif dan kepadanyalah perhentian perjalanan merekaitu dan kepadanyalah diperolihi lazat yang terlintas pada hati manusia dan kepadanyalah sehingga2 dan sehabis2 sampai pengetahuan segala makhluk dan kepada maqam yang diatasnya daripada ini tiada siapa yang dapat pengetahuan akan dia hingga nabi mursal dan malaikat yang muqarrobin sekalipun tiada sampai kepadanya iaitu maqam kunnuhu zat allah ta'ala seperti firman allah ta'ala (ويحذركم الله نفسه) ya'ni dipertakuti allah ta'ala daripada sampai makrifat akan kunnuhu zatnya (dan lagi) sabda nabi saw (كلّكم فى ذات الله أحمق) ya'ani sekelian kamu mendapat akan kunnunhu zat allah ta'ala ahma' ertinya tiada mendapat kepada kunnunhu zatnya sekali2 (kata) syech abdul wahab assyarani qadassalahu sirrahu didalam kitab aljuahir waddhurur daripada menterjemahkan kata syechnya ali khawas rodhiallahu anhu (bermula) pengetahuan akan hanya hak allah ta'ala itu tiada merasai dan mendapat akandia olih seorang juapun daripada segala makhluknya kerana bahawasanya allah ta'ala itu bukan ia [b]'ain yang dihukumkan akandia olih akal dan bukan ia 'ain yang dihukumkan akandia olih syuhud hati dan mata[/b] tetapi adalah ia dibalik yang demikian itu maka bukan ia 'ain yang dikenal olih merekaitu akandia dan bukan ia 'ain yang dijahilkan olih merekaitu akandia (dan barangsiapa) mengetahui ia akan yang demikian itu maka wajib atasnya bahawa menyembah ia akan zat yang suci lagi ghoib iaitulah 'ain yang disyuhud dan iaitulah 'ibadat yang sempurna 'ibadat wallahu 'alam ah (shahadan) tiada yang sampai kepada maqam tauhid azzat ini melainkan nabi kita Muhammad saw jua dan barangyang ada daripada segala anbia' dan aulia' yang dibawah qidamnya kerana tiada yang dijadikan allah ta'ala dengan zatnya itu hanya nabi kita Muhammad saw jua seperti yang tersebut didalam hadis jabir rhodiallahu anhu yang lagi akan datang pada khotimah (shahadan) bermula kifiyat yang mengesakan allah ta'ala pada zat itu iaitu dipandang dengan mata kepala dan dengan mata hati bahawasanya tiada yang maujud didalam ujud ini hanya allah ta'ala jua iaitu 'ibarat daripada fana' segala zat kita dan segala zat yang lainnya daripada zat kita daripada segala makhluk dibawah zat allah ta'ala sekira2 tiada yang maujud melainkan allah ta'ala jua sendirian dan adalah ujud segala yang lain daripada segala makhluk itu menempati tiada kerana ujud yang lain daripada allah ta'ala itu bukan maujud sendirian hanya ia maujud dengan allah ta'ala jua ertinya ujud yang lain daripada allah ta'ala itu qhoim ia dengan ujud allah ta'ala tiada qoim dengan sendirinya tetapi adalah ujud yang lain daripada allah ta'ala itu khayal ertinya menempati akan ma'dum pada tempat yang maujud dan waham ertinya sangka dan bathil jua dengan dinisbahkan kepada ujud allah ta'ala (kata) syechuna al'arifi billah assyech siddiq bin umar khan rohimallah bermula segala ujud ghairrullah itu seperti ujud yang kita lihat akandia didalam mimpi jua tiada baginya haqiqat maka apabila jaga kita hilanglah ia seperti demikian itulah ujud ghairrullah apabila kita mati nescaya hilanglah ia maka baharulah pada ketika itu kita jaga dan kita lihat bahawasanya tiada baginya ujud yang sebenarnya (seperti) sabda nabi saw (الناس نيام فإذا ماتوا التبهوا) bermula segala manusia itu tidur maka apabila mati merekaitu baharulah jaga merekaitu (maka adapun) mati itu dua perkara pada istillah ahli attassawuf (pertamanya) mati khassi namanya iaitu iaitu 'ibarat bercerai ruh daripada jasad ( keduanya) mati ma'nawi namanya iaitu yang diisyaratkan olih rasullullah saw dengan sabdanya ( موتوا قبل أن تموتوا ومن أراد أن ينظر إلى ميت يمشى على وجه الأرض فلينظرإلى أبى بكر ) ya'ni matikan olihmu akan diri kamu ssebelum lagi mati kamu dan barangsiapa menghendak melihat kepada mayat yang berjalan ia diatas bumi maka hendaklah lihat olihmu kepada abu bakar iaitu 'ibarat daripada mati nafsu yang amarah dan 'ibarat daripada pandang akan bahawasanya segala ghairrullah itu fana' dan tiada pada haqiqatnya 'intaha' ahma' (أحمق) buta @ tidak mampu memahami @ sukar dicapai indera-rasa'ain (عين) materi @ kehadhiran @ fenomena @ fatasia ghairullah (غيرالله) bukan ketuhanan @ selain tuhankunnuhu (كنّه) keberadaannya @ keadaannya @ hal manifestasinyama'dum (معدوم) tidak ujud @ tidak dapat dikatakan ada kerana kepastian tiadanya @ tidak juga bolih dikatakan kosong kerana tidak pernah adanyama'nawi (معنوى) pengertian yang mendalam @ pengertian disebalik tabirmaujud (موجود) kelibat @ keberadaan @ dualisma zat(الفصل الرابع فى بيان توحيد الذات)bermula fasal yang keempat pada menyatakan tauhid azzat ertinya mengesakan allah ta'ala pada zat dan maqam inilah yang setinggi2 maqam tiada lagi diatasnya daripada maqam ini yang sampai pengetahuan segala makhluk kepadanya dan kepadanya kesudah-sudahan musyahadah dan pandang segala orangyang 'arif dan kepadanyalah perhentian perjalanan merekaitu dan kepadanyalah diperolihi lazat yang terlintas pada hati manusia dan kepadanyalah sehingga2 dan sehabis2 sampai pengetahuan segala makhluk dan kepada maqam yang diatasnya daripada ini tiada siapa yang dapat pengetahuan akan dia hingga nabi mursal dan malaikat yang muqarrobin sekalipun tiada sampai kepadanya iaitu maqam kunnuhu zat allah ta'ala seperti firman allah ta'la (ويحذركم الله نفسه) ya'ni dipertakuti allah ta'ala daripada sampai ma'arifat akan kunnuhu zatnya (dan lagi) sabda nabi saw (كلّكم فى ذات الله أحمق) ya'ani sekelian kamu mendapat akan kunnunhu zat allah ta'ala ahma' ertinya tiada mendapat kepada kunnunhu zatnya sekali2 (kata) syech abdul wahab assyarani qadassalahu sirrahu didalam kitab aljuahir waddhurur daripada menterjemahkan kata syechnya ali khawas rodhiallahu anhu (bermula) pengetahuan akan hanya hak allah ta'ala itu tiada merasai dan mendapat akandia olih seorang juapun daripada segala makhluknya kerana bahawasanya allah ta'ala itu bukan ia [b]'ain yang dihukumkan akandia olih akal dan bukan ia 'ain yang dihukumkan akandia olih syuhud hati dan mata[/b] tetapi adalah ia dibalik yang demikian itu maka bukan ia 'ain yang dikenal olih merekaitu akandia dan bukan ia 'ain yang dijahilkan olih merekaitu akandia (dan barangsiapa) mengetahui ia akan yang demikian itu maka wajib atasnya bahawa menyembah ia akan zat yang suci lagi ghoib iaitulah 'ain yang disyuhud dan iaitulah 'ibadat yang sempurna 'ibadat wallahu 'alam ah (shahadan) tiada yang sampai kepada maqam tauhid azzat ini melainkan nabi kita Muhammad saw jua dan barangyang ada daripada segala anbia' dan aulia' yang dibawah qidamnya kerana tiada yang dijadikan allah ta'ala dengan zatnya itu hanya nabi kita Muhammad saw jua seperti yang tersebut didalam hadis jabir rhodiallahu anhu yang lagi akan datang pada khotimah (shahadan) bermula kifiyat yang mengesakan allah ta'ala pada zat itu iaitu dipandang dengan mata kepala dan dengan mata hati bahawasanya tiada yang maujud didalam ujud ini hanya allah ta'ala jua iaitu 'ibarat daripada fana' segala zat kita dan segala zat yang lainnya daripada zat kita daripada segala makhluk dibawah zat allah ta'ala sekira2 tiada yang maujud melainkan allah ta'ala jua sendirian dan adalah ujud segala yang lain daripada segala makhluk itu menempati tiada kerana ujud yang lain daripada allah ta'ala itu bukan maujud sendirian hanya ia maujud dengan allah ta'ala jua ertinya ujud yang lain daripada allah ta'ala itu qhoim ia dengan ujud allah ta'ala tiada qoim dengan sendirinya tetapi adalah ujud yang lain daripada allah ta'ala itu khayal ertinya menempati akan ma'dum pada tempat yang maujud dan waham ertinya sangka dan bathil jua dengan dinisbahkan kepada ujud allah ta'ala (kata) syechuna al'arif billah assyech siddiq bin umar khan rohimallah bermula segala ujud ghairrullah itu seperti ujud yang kita lihat akandia didalam mimpi jua tiada baginya haqiqat maka apabila jaga kita hilanglah ia seperti demikian itulah ujud ghairrullah apabila kita mati nescaya hilanglah ia maka baharulah pada ketika itu kita jaga dan kita lihat bahawasanya tiada baginya ujud yang sebenarnya (seperti) sabda nabi saw (الناس نيام فإذا ماتوا التبهوا) bermula segala manusia itu tidur maka apabila mati merekaitu baharulah jaga merekaitu (maka adapun) mati itu dua perkara pada istillah ahli attassawuf (pertamanya) mati khassi namanya iaitu iaitu 'ibarat bercerai ruh daripada jasad ( keduanya) mati ma'nawi namanya iaitu yang diisyaratkan olih rasullullah saw dengan sabdanya ( موتوا قبل أن تموتوا ومن أراد أن ينظر إلى ميت يمشى على وجه الأرض فلينظرإلى أبى بكر ) ya'ni matikan olihmu akan diri kamu ssebelum lagi mati kamu dan barangsiapa menghendak melihat kepada mayat yang berjalan ia diatas bumi maka hendaklah lihat olihmu kepada abu bakar iaitu 'ibarat daripada mati nafsu yang amarah dan 'ibarat daripada pandang akan bahawasanya segala ghairrullah itu fana' dan tiada pada haqiqatnya 'intaha'ahma' (أحمق) buta @ tidak mampu memahami @ sukar dicapai indera-rasa'ain (عين) materi @ kehadhiran @ fenomena @ fatasia ghairullah (غيرالله) bukan ketuhanan @ selain tuhankunnuhu (كنّه) keberadaannya @ keadaannya @ hal manifestasinyama'dum (معدوم) tidak ujud @ tidak dapat dikatakan ada kerana kepastian tiadanya @ tidak juga bolih dikatakan kosong kerana tidak pernah adanyama'nawi (معنوى) pengertian yang mendalam @ pengertian disebalik tabirmaujud (موجود) kelibat @ keberadaan @ dualisma zat(kata) setengah 'arif bermula alam ini naskhah alhaq ta'ala (dan) dan kata setengah ini cermin haq ta'ala (kata) assyech alakbar walkibriyat alahmar qadassallahu sirrahu didalam fusus dan apabila adalah haq allah ta'ala itu waqayah bagi hamba pada suatu wajah iaitu keadaan haq ta'ala itu zhohir ia didalam cermin hamba dan jadilah hamba itu bathin dan apabila adalah hamba itu waqayah bagi haq ta'ala pada suatu wajah iaitu keadaan hamba itu zhohir ia didalam cermin haq ta'ala maka jadilah haq ta'ala itu bathin (maka engkau katalah) hai salik pada sekelian yang maujud yang dizhohirkan ini barangyang engkau kehendaki dengan segala 'itibar yang bersalah2an (jikalau) engkau kehendaki maka engkau kata iaitu makhluk yang zhohir ia didalam cermin haq ta'ala dengan 'itibar keadaan hamba itu waqayah akan ujud haq ta'ala iaitu (شهود الكثرة فى الوحدة ) ertinya pandang yang banyak didalam yang satu (kata) syech sahami qadassallah sirrahu sebab didahulukan 'itibar ini kerana terlebih sukar pada memfahamkan dia kepada segala akal orang awam (dan jika engkau) kehendaki maka engkau kata akandia itu haq ta'ala ertinya rupanya yang zhohir ia pada cermin makhluk dengan 'itibar keadaan haq ta'ala itu waqayah akan hambanya iaitu (شهود الوحدة فى الكثرة) ertinya pandang yang satu dalam yang banyak (dan jika engkau) kehendaki maka engkau kata akandia itu haq allah ta'ala pun ia dan makhluk pun ia dengan 'itibar zhohir tiap2 satu daripada keduanya didalam cermin yang lain serta ketiadaan tamyiz akan dua cermin itu kerana bahawanya segala 'itibar itu hanya thabit ia didalam ilmu haq ta'ala yang tiada mengubahkan dia olih cenderong pada segala wajah itu (dan jika engkau) kehendaki maka engkau kata akan dia itu bukan ia haq allah ta'ala pada tiap2 wajah dan bukan ia makhluk pada tiap2 wajah dengan 'itibar beza antara dua cermin itu pada satu wajah dan iaitu wajah yang membezakan ilmu itu daripada zat (kata) syech abdul ghoni an nablussi qadassallahu sirrahu (bermula) murad keadaannya itu bukan ia haq ta'ala pada tiap2 wajah itu tetapi adalah ia 'itibar haq ta'ala itu pada wajah keadaannya maujud faqad dan murad keadaannya bukan ia makhluk pada tiap2 wajah itu tetapi adalah ia itu dengan dengan 'itibar makhluk pada wajah keadaannya berupa jua intiha'(dan) jika engkau kehendaki maka engkau kata akan dia dengan hairan tercengang pada yang demikian itu iaitu seperti engkau kata tiada diketahui mana yang zhohir dan mana yang bathin kerana yang zhohir pada cermin itu menjadilah ia bathin dengan 'itibar keadaannya diri cermin dengan tilik yang lain (maka apabila) engkau kenal dan engkau ketahui akan segala perkara wajah ini maka sanya telah nyatalah bagimu hai salik yang dituntut olih tiap2 seorang daripada segala orangyang mutaqin akan mertabat ujud dengan 'itibar zatnya dan zhuhornya dan jika ada yaqin itu melazimkan bagi tahdid maka tiada mengapa yang demikian itu (dan) dalil yang menunjukan tahdid itu tiada mengapa atas haq ta'ala bahawasanya jikalau tiada tahdid harus bagi allah ta'ala nescaya tiada menkhabarkan segala rasul itu dengan tahwil ya'ani yang warid daripada allah ta'ala pada hadrat zhuhornya dengan bertahwil haq allah ta'ala itu pada segala rupa (kata) syech abdul ghoni alnablussi qadassallahu sirrahu bermula murad dengan tahdid yang harus bagi allah ta'ala itu iaitu pada zhuhornya jua pada haq ta'ala tiada berubah pada sekira2 bathinnya atas barangyang ada atasnya yang maha besar lagi maha mulia intiha'faqad (فقط) semata2 @ jua @ cuma @ hanyahaq (حق) milik @ haqiqat @ kebenaran'itibar (إعتبار) metafora @ kiasan @ gagasan kaedah @ jalan pertunjukmurad (مراد) tujuan @ bermaksud @ mendatangkan ma'ana dan ma'anitamyiz (تمييز) perbezaan @ mencerai2kan hingga mendatangkan desriminasi atau kelainantahdid (تحديد) menentukan @ mempuat keputusan @ menetapkan @ kata penghujungtahwil (تحويل) penukaran @ pelencungan @ pengobahan @ tidak telus dikaitkan dengan asal bicara thabit (ثابت) yg menetapkan @ memutuskan @ tidak berobahwaqayah (وقاية) penjelmaan @ tajalli @ keberadaan @ kehadiran @ penyataan diriiaitu barang seatu daripada ahadiyat bahawasanya allah ta'ala itu tajalli ia pada hari qiamat bagi segala makhluk rupa yang dimungkarkan maka firman ia (انا ربّكم الأعلى) ertinya akulah tuhanmu yang maha tinggi maka jawab mereka (نعوذ بالله منك) ertinya berrlidunglah kami dengan allah ta'ala daripadamu kemudian maka tajalli ia pada rupa segala 'itiqad merekaitu maka sujudlah merekaitu baginya (maka apabila) adalah sekelian yang ada itu daripada martabat haq allah ta'ala serta bahawasanya baginya itu tahwil pada segala rupa padahal tiada rupa itu bagi segala 'ayan daripada sekira2 'adam (maka) janganlah engkau pandang akan 'ain itu samaada didalam cermin haq ta'ala atau didalam cermin makahluk melainkan kepadanya jua dan tiada tertentu yang demikian itu dengan penglihatan tetapi tiada jatuh hukum itu melainkan atasnya samaada hukum itu dengan lihat atau lainnya kerana ma'dum itu daripada sekira2 ia ma'dum tiada tetap baginya hukum maka tiada hukum itu atas segala 'ayan dengan melihat dan lainnya itu melainkan 'itibar thubutnya dalam ilmunya yang tiada bolih mengubahkandia daripada segala perkara intiha'


LikeUnlike · ·Follow postUnfollow post · about an hour ago near Kampung Tanjung Agas, Johor

RAHSIA ILMU ROHANI, TEORI DAN PRAKTIK

RAHSIA ILMU ROHANI, TEORI DAN PRAKTIK

Alhamdulillah, di dalam risalah kecil ini diberikan sedikit panduan sebagai pengenalan ringkas kepada kursus yang berikut yang dituliskan oleh penajanya sendiri, Yang Berbahagia Bagindo Mokhtar, Palembang Indonesia.

Di dalamnya terjalin dan tersusun baik gambaran cerita-cerita Alam Rohani yang patut dapat dikupas oleh ahli-ahli Ilmu sejak zaman dahulu kala.

MENGENAL ILMU ROHANI TEORI DAN PRAKTIK

Sebelum saudara-saudara mempelajari, memahami dan mengikuti kursus berikut ini, terlebih dahulu perlulah saudara meneliti garis-garis kasar agar lebih cepat dapat mendekati dan memahami secara mendalam.

Jika dibaca dan diteliti akan terbayanglah cerita Ilmu Rohani, kiranya saudara bernasib baik ada bakat semulajadi diberi Allah, bersedia dan bersanggupan untuk turut masuk berenang dalam kolamnya dengan mengikut cara-cara latihan yang tertentu. Rasanya
akan terbongkar rahsia kekuatan Rohani yang diluar dugaan dan akan dapat dialami sendiri keanehan dan keajaiban yang luar biasa..

Bertambah didkawal, dijaga garis-garis kasarnya dengan penuh cermat akan aturannya dan dengan penuh hormatnya dan sungguh kuat akan ajaran-ajaran Allah, akan berjumpa betapa besarnya ilmu ini untuk hidup kita di dunia dan akhirat. Harga nilai hidup kita mengangkat naik sebagai hidup seorang yang berilmu dan beramal menuju ke darjat hidup sebagai seorang muslim, seorang mukmin lagi Aarif akan hakikat sesuatu yang ada di sebalik alam fizikal atau Alam Jasad dan Aalam Mental atau Alam Fikiran ini.

MENGENAL ALAM FIKIRAN DENGAN ALAM HATI ATAU ALAM ROHANI

Bila kita melihat tubuh kasar kita yang tersergam ini nyatalah bahawa tubuh kita ini adalah dibawa oleh kemahuan kita sendiri.

Kemahuan kita berpusat di dalam akal, dan akal bersemayam di dalam otak.Di dalamnya terdapat mahkota tempat berfikir, menapis, mengkaji segala sesuatu isi alam
hingga ke akar umbi kelapisan sains dan teknologi yang telah tiba ke puncak kemajuan Apollo yang termasyhur ini.

Bila difikirkan sejenak, walaubagaimana gagah perkasa otak berfikir, kemahuan,beranalisa bahawa kekuatan tersebut adalah terbatas selama alam kita berada di
alam jaga.

Apabila kita telah tertidur, setakat itulah sahaja batas kebolehannya, kekuatan
berfikir, kekuatan otak akan terhenti dan diberhentikan. Mari kita berfikir sejenak, seluruh anggota kita dikawal dan diperintah oleh otak. Adakah anggota di dalam badan kita yang
tidak dapat diperintah oleh fikiran ?.

Jawabnya, ada. Nafas, gerak paru-paru dan gerak jantung, tenaga otak tidak dapat memerintahnya. Malahan, fikiran dan tubuh kasar kita bergantung kepadanya.jantung dan paru-paru bergerak terus, walau kita tidur.

Ini bererti badan kita dikuasai oleh dua tenaga dan satu lagi tenaga yang kuat di masa kita sedar iaitu tenaga otak dan satu lagi tenaga yang lebih kuat,, tenaga yang menguasai disebalik tenaga sedar tersebut.

Tenaga sedar, tenaga alam fikiran, memang biasa dipelajari orang, tetapi jarang benar orang sanggup menyelam lebih mendalam, mengkaji dan mempelajari tenaga yang terpendam dan lebih kuat: daya tenaga yang berada disebalik tenaga lahir itu. Tenaga disebalik gerak jantung dan paru-paru itulah yang dinamakan TENAGA ROHANI.

LAPISAN ALAM

Lapisan alam terbahagi kepada dua. Pertama, Alam Lahir iaitu melalui otak dan yang kedua Alam Rohani yang melalui kekuatan hati.

Alam Lahir:
Segala ilmu yang tertulis di dalam kitab-kitab atau buku buatan manusia boleh dipelajari dengan kekuatan otak dan daya fikiran, melalui pendengaran dan penglihatan samada di dalam teori atau praktik. Alam ini berpusat dari otak kerana pelajaran-pelajaran
itu tersusun dari kekuatan otak manusia. Kekuatan belajar adalah bergantung kepada nilai tenaga yang telah ujud di dalam fitrah semulajadi otak seseorang itu di dalam fitrahnya.

Alam Rohani:
Alam yang diluar dari alam lahir tersebut di atas. Kepada manusia yang dianugerahi Allah mudah sangat mereka tertarik dan dapat mengenal secara arif. Sebagaimana cerita
Nabi Musa belajar dengan Nabi Haidir. Peringkat tingginya seperti cerita Asif Barkhaya dengan Nabi Sulaiman. Bilangan manusia di dalam lapangan ini adalah terhad dan terlalu sedikit. Mencari mempelajari rahsia yang menguasai, yang menggerakkan paru-paru dan
jantung inilah di mana mempelajari rahsia kekuatan tenaga hati, atau rahsia kekuatan tenaga rohani.

Sebagaimana Firman Allah:

Yang bermaksud: Mereka bertanya kepada engkau cerita rohani, katakanlah, roh itu dari
urusan Tuhanku, dan kamu tiada diberi ilmu kecuali sedikit.

Bererti terlalu sedikit orang yang dibukakan ke jalan Alam Rohani ini dan ada yang mengertikannya pula, kalaupun dapat mengetahui ia adalah terlalu sedikit jika dibandingkan
luasnya Alam Kerohanian itu. Asas ilmu ini berpusat kepada ajaran Allah di dalam surat An Nur ayat 35-38.

Antara lain yang bermaksud: Allah memberi cahaya kepada langit dan bumi, contoh cahayanya seperti satu lubang di dinding. Di dalamnya ada lampu dan lampu itu di dalam kaca.
Kaca itu seperti bintang-bintang yang berkilau-kilauan dan lampu itu dinyalakan dari minyak kayu yang berkat jenis kayu minyak zaiton yang tidak tumbuh di timur dan tidak di barat.

Minyak zaiton( minyak yang mneyalakan lampu) ini sendiri bercahaya-cahaya walaupun ia tidak
disentuh api.

Cahaya atas cahaya, Allah akan memberi hidayah kepada hambanya dengan cahayaNya. Allah mempunyai ilmu yang sangat luas.

Di dalam rumah-rumah yang Allah izinkan supaya dinaikkan dan disebut namaNya, dan di dalammya orang bertasbih pagi dan petang.

Demikian juga bagi sesetengah ahli tariqat yang menyeru sheikh mereka, pernah terdapat di dalam pengajaran mereka bahawa sebelum membuat amal perlulah berzikir dahulu menyeru nama sheikh-sheikh mereka dan menggambarkan rupa Tok guru sebagai Sheikhul Murabbi atau Imam Batin.

Apakah yang menggerakkan kedua-dua jenis manusia ini? Gerak yang berlaku ini adalah diibarat mencari cahaya dari tok-tok guru atau cahaya sandarannya dan yang diseru itu datang menyinarkan rumah orang menyeru.

Di dalam pelajaran ilmu ini, kita sendiri boleh melahirkan cahaya lampu kita sendiri,,melahirkan cahaya itu keluar melalui lubang dinding yang tertentu dari bahagian kita,
dengan latihan-latihan yang ditunjuk ajar oleh guru tanpa menyeru namanya. Kita harus
meminta izin Allah dan menyebut nama Allah supaya daya cahaya kita terus memancar keluar. Bagi Pelajar-pelajar ilmu dukun melayu atau dukun hindu, siam dan sebagainya, mereka memakai cahaya atau pancaran orang lain kerana tiada dapat memahami bagaimana cahayanya
sendiri boleh dipancarkan keluar. Dipakai hingga sesetengah ahli tariqat yang memakai amalan tersebut, serupa sahajalah mereka seperti mereka tersebut di dalam keadaan menyeru dan memakai cahaya orang lain, tetapi nilai cahaya roh-roh yang diseru adalah berlainan.

Ahli-ahli tariqat yang serupa itulah yang disangkal ( disanggah) oleh orang yang berpegang teguh kepada ajaran Sunnah dan Al Quran. Untuk meniliti ilmiah yang lebih jelas
dan lebih mendalam, bolehlah dibaca kursus berikut sesudah mendapat latihan praktik yang diajarkan kelak.

Latihan-latihan yang perlu diamalkan

Di antara latihan-latihan di dalam ilmu ini ialah:
a. melatih diri supaya sentiasa berada di bawah tenaga HATI.
b. Melatih diri melahirkan rasa pancaran hidup melalui saluran anggota tertentu.
c. Peringkat pertama dinamakan dapat merasakan diri lahir kedua-dua kalinya
d. Pendeknya melatih kuasa kekuatan akal, menyerahkan alam fikiran dan gerak badan tunduk di bawah kuasa yang mneggerakkan jantung dan paru-paru, dan terus menyerah diri kepada Allah, hingga lahirlah satu gerak yang disandari tetapi gerak itu bukan di bawah kuasa kemahuan akal, walaupun keadaan kita di dalam Alam Sedar.

Itulah latihan peringkat pertama dan dari tangga pertama itulah membawa naik sedikit demi sedikit sehingga ke alam yang tidak pernah kita alami dan di luar dugaan akal yang kita pelajari kelak.

Hasil yang akan diperolehi.

Peringkat rendah sekuirang-kurangnya boleh dirasakan Gerak Silat, sebagaimana yang disukai oleh anak-anak muda dan ahli-ahli seni silat hari ini.

Beberapa lelaki yang sentiasa menyebut Allah ( mengingati) walaupun ia berniaga atau berjual beli, namun perniagaan dan urusan jual belinya tidak mengganggunya dari mengingati Allah, mendirikan solat dan membayar zakat. Mereka bimbang pada suatu hari kelak` boleh mengubah atau memusingkan hati dan pandangan.

Diterangkan di dalam ayat yang tersebut bagaimana cerita cahaya yag lahir dari lubang dinding bilik sebuah rumah. Bagaimana cahaya berlapis-lapis, cahaya di dalam cahaya- cahaya lampu, cahaya kacanya, cahaya minyak zaiton yang sebelum kena api telah bercahaya.
Cahaya ini memancar keluar rumah. Cahaya kaca sahaja seperti cahaya bintang yang
bertaburan.

Terdapat pula perkataan tuan rumah yang sentiasa bertasbih di dalam rumah tersebut. Jelas cerita rumah dengan tuan rumah, jelas cerita cahaya yang lahir memancar
dari rumah tersebut, cahaya yang lahir dari lampu, yang memancar keluar bukanlah lampunya tetapi cahayanya. Lampu tetap di dalam rumah. Tersimpul di dalam dua cerita, cerita rumah dengan lelaki yang bertasbih dan cerita cahaya yang memancar dari lubang dinding sebuah
rumah.

Ayat yang kedua dari surah Al Imran.

Dari ayat tersebut diterangkan terdapat cerita siang dan malam, terang dan gelap,hidup dan mati,mati di dalam hidup, mengeluarkan hidup dari benda mati dan mengeluarkan mati dari benda hidup, mengeluarkan mati dari hidup.

Ada pula sesetengah ulama tafsir mengatakan cerita ini ialah cerita ayam dengan telur atau anak ayam dikeluarkan dari telurnya. Bagi pelajar ilmu rohani, kedua-dua ayat tersebut adalah menceritakan lapisan-lapisan Ilmu Rohani. Antara diri kita yang di dalam dengan badan jasmani yang di luar.

Siapa yang hidup siapa yang mati, siapa yang menjadi burung dan siapa yang menjadi sangkar, siapa yang menjadi tuan rumah dan siapa yang menjadi rumah, siapa yang menjadi
lampu dan siapa yang menjadi cahayanya, yang mana pula rumah dan bagaimana pula gaya dan
cara boleh melepaskan cahaya lampu itu lahir keluar.

Kesimpulannya, lampu adalah aku, lampulah yang boleh memancarkan cahaya, hanya sa-nya, samada kita boleh melahirkan cahaya menembusi lubang-lubang dinding yang
diceritakan oleh ayat tersebut. Boleh memancarkan cahaya tersebut keluar rumah itulah
punca rahsia pelajaran Ilmu Rohani itu.

Perbezaan Alam Ini Dengan Alam Dukun Melayu.
Apabila kita bertemu dengan pak dukun melayu yang memakai ilmu menurun, tidak sedarkan diri, selepas menyeru nama-nama sandaran mereka, hampir serupa dengan sesetengah ahli tariqat yang memakai wasilah atau tawasul dengan menyeru arwah-arwah sheikh mereka. Sesetengah ahli dukun yang memakai sandaran memakai ilmu seru, sebelum
memulakan perubatan, mereka terlebih dahulu membakar kemenyan dan kemudian menyeru supaya sandarannya datang. Si dukun terus mematikan dirinya, mematikan kemahuannya,
menyerahkan bulat-bulat gerak dan laku yang dilahirkan oleh sandarannya.

Kata Bermula.

Anak-anakku sekalian.
1. Ketahuilah olehmu, meresapkan ke dadamu, bahawa di bumi Tuhan engkau berpijak dan di bawah lindunganNya yang maha besar engkau berdiri. Adalah engkau hidup dan dihidupkan. Dari itu Sembahlah Dia, Allah yang maha Esa dan pohonkanlah segala-galanya kepada Nya.
2. Engkau menjadi orang melalui ibu bapamu. Kalau tiada ibu bapamu tentu kamu tidak menjadi manusia , kerana ibu bapamu manusia. Dari itu sujud dan patuhi, dan hormatilah sedalam-dalamya dan jangan engkau derhaka kepadanya.
3. Engkau dikandungkan oleh ibumu dan jadilah engkau anak kandung, kerana dia yang mengandungkan engkau. Tapi jangan dilupa seorang anak tak akan jadi jika tiada seorang bapa..
4. Di dalam bidang ilmu pengetahuanku, aku gurumu, engkau anak muridku walaupun kau memanggil bapak kepadaku.

Sebagai seorang manusia engkau dilahirkan oleh ibumu. Kelahiran kau mendatangkan bahagia pada Rasa Perasaan ibu bapamu dan kaum keluargamu. Dan…. Di manakah letaknya Bahagia mu itu? Engkau membawa bahagia dan bahagia itu ada padamu. Tetapi di mana
letaknya Bahagia itu? Letaknya bahagia itu padamu iaitu di tempatnya. Mungkin letaknya di
luarmu tetapi tidak mungkin kerana engkau yang membawanya.

Bahagia ku letaknya padaku dan bahagia mu letaknya padamu. Aaku mengandung bahagia dan engkau mengandung bahagia. Untuk merasakan dan mendapatkan itu bahagia tentu engkau harus melahirkan kandunganmu itu. Engkau tak tahu. Dalam hal ini maka aku
yang engkau anggap Gurumu yang menolong melahirkan kandunganmu itu.

Engkau akan merasa bahagia sepanjang masa, kalau engkau tahu dan mengerti dan dapat memahami bahagiamu yang telah dilahirkan itu.

Kesedaran dan pengertianmu yang mendalam dapat menilai dan menghargai Gurumu sebagai pembimbing dan pemecah Rahsia dirimu sendiri. Menuju hidup sepanjang masa, menjelang hidup yang kekal dan abadi.

Pelajarilah segala sesuatu nya dengan sesuatu yang ada padamu dan jagalah adabmu terhadap ibu bapamu dan gurumu. Terutama dan teristimewa sekali terhadap Allah, Tuhan
yang mengadakan segala yang ada, menjadikan segala yang dijadikan, yang mengetahui yang tidak mengetahui yang terkandung di badan dirimu, untuk mengenalnya dengan erti yang sebenar.

Rabbighfir warham waanta khairurrahimin……………………………………………………………………………..
Ya Allah ya Tuhanku, Ampunilah kesalahan ku, kasihanilah aku, Engkau sebaik-baik yang
mengasihani.

( 27.Nov 1965, Palembang, Baginda Muchtar)

LikeUnlike · ·Follow postUnfollow post · 51 minutes ago near Kampung Tanjung Agas, Johor.Nizzam Shahiibul-Karibb likes this..

Omar Abdullah Terima kasih sdra adnan..maaf saya terpadam posting yg satu lagi..adakah artikel yg sama atau berlainan jika yg sama ok-lah jika berlainan mhn sdra adnan post semula ya..
33 minutes ago · LikeUnlike