Sunday, December 25, 2011

Kata Hikmat

Ahram itu iaitu lapang yang amat luas.Makraj itu iaitu kampung yang lekas sampai ya ini amat pantas.Munajat itu iaitu pakaian yang amat indah,yaini bunga yang amat harum.Tabdal itu iaitu lampu yang amat terang.Iaini cahaya yang amat cemerlang.dr Kitab Kamarul Huda.

GURUKU BERPANTAI...I love you guru...

Asal titik menjadi alif
Sifat tunggal akan namanya
Berdiri sendiri kerana arif
... Itulah sempurna akan keadaan nya

Asal kapas menjadi benang
Dari benang dibuat kain
Itulah AKU sifat nya si-tenang
Dalam badan tempat bermain

GURUKU BERMADAH....berkaitan NAFSU

..

Bila kau dapat mengawal nafsu kau akan mendapat warid yang sejati, akan tetapi setiap...mujahadahmu itu akan berlakulah perubahan pada jiwamu, muhasabah diri itu yang ditekankan supaya kita tahu akan kedudukan tahap mana didalam perjalanan supaya hidupmenjadi tenang.

1-amarah syaitan kedudukannya
... 2-lawammah binatang kedudukannya
3-mulhimmah malaikat kedudukannya
4-mutmainnah insan kedudukannya---inilah kedudukan yg sempurna iaitu insan.
5-rodiah redho martabatnya
6-mardiah diredhoi keadaannya
7-kamaliah nurlah dirinya

Tanda-tanda kematian

APABILA DATANGNYA SAKARATUL MAUT DI AKHIR HAYAT......

Izrail, salah satu nama malaikat yang diketahui umat Islam. Tugasnya sudah tentu mencabut nyawa selain beribadah kepada Allah, tuhan semesta alam. Mungkin ramai yang tertanya bagaimanakah Izrail mampu mencabut nyawa makhluk yang terlalu banyak di muka bumi Allah ini bukan? Ya, dia mampu mengambil nyawa kerana kekuasaan untuk mencabut nyawa yang telah Allah berikan padanya sama banyak dengan makhluk yang Allah ciptakan.
Dikisahkan, ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.
Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.

Tanda-tanda kematian seseorang...............
100 hari sebelum kematian:
Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
40 hari sebelum kematian:
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 hari sebelum kematian:
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.
3 hari sebelum kematian:
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 hari sebelum kematian:
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir sebelum kematian:
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Apabila Izrail mencabut nyawa
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
“Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah”.

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah berfirman yang bermaksud:
“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain”.
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan:
“Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan”.
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu”.
Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir”.
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah”.
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah. Kemudian Allah berfirman yang bermaksud:
“Wahai malaikatKu, tulis Asma-Ku ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu”.
Sebaik saja mendapat perintah Allah maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah. Setelah melihat Asma Allah dan terbitnya rasa cintanya kepada Allah maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Tempat tinggal roh
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat”: 1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin. 2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus. 3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina. 4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka. 5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat. 6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik. 7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam Neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat.
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: “Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya”: 1. Orang-orang yang mati syahid. 2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan. 3. Orang berpuasa di hari Arafah.

TATKALA ROH KELUAR DARI JASAD....

Apabila kita menghadapi sakaratulmaut,maka kita akan menghadapi beberapa rupa:-
1- Jika yang datang itu,rupa yang hitam....itu adalah iblis,maka hendaklah engkau berkata :- .
لاإله إلاالله محمدرسول الله هو هو هو

2- Jika yang datang itu merah,m...aka adalah ia Nasarani,maka hendaklah engkau membaca :-
لاإله إلاالله محمدرسول الله هو هو هو

3- Jika yang datang itu kuning,maka adalah ia Yahudi,maka hendaklah engkau membaca :-
لاإله إلاالله محمدرسول الله هو هو هو

4- Jika yang datang itu tidak berwarna puteh (macam-macam warna),maka hendaklah engkau membaca:-
لاإله إلاالله محمدرسول الله هو هو هو

5- Apabila yang datang itu berwarna puteh iaitu warna nabi kita Muhammad SAW, maka hendaklah engkau membaca:-
(...................................???????.................................)

Ingatlah wahai semua manusia,kedatangan rupa-rupa dan warna-warna yang dibayangkan di atas hanya sekali sahaja dan kedatangan mereka tidak menentu,cuma tugas kita adalah menunggu warna puteh atau rupa Nabi kita Muhammad SAW,dan berkatalah : (".....................????................")
Setelah itu datanglah sakaratulmaut berdiri kepehak kepala kita antara kedua keningnya (ق قوسر ) bercahcaya seperti bulan penuh purnama memenuhi tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan di dalamnya seperti rupa (....??...).
Adapun rupa sakaratulmaut itu adalah ia berwarna (...??...),semacam cermin kosong,bentuk rupa manusia dan wajahnya adalah seperti wajah (.......??........) jua.Diantara dua keningnya bercahaya seperi bulan purnama dan disebalik warna (......?.....) itu terdapat cahaya semacam puteh kekuningan,dan kita dapat melihat wajah (.....??.....) dalam tubuhnya.
Adapun bagi orang-orang makrifat dan sampai pula martabatnya serta orang itu arifbillah dan wali-wali Allah,apabila sampai saat menghadapi sakaratulmaut,maka tiada siapa pun yang dapat mengambil nyawanya kecuali Tuhannya sendiri. dengan menunjukan wajah rupaNya seperti yang pernah dilihat oleh Rasulullah ketika Mikraj dan Nabi Musa AS ketika munajat di bukit Tursina, tidaklah boleh dibayangkan hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui,maka di saat itu dibuka penglihatan dengan penglihatan makrifat Allah dengan ILMU yang amat sempurna.

Maka disaat menghadapi sakaratulmaut itu hilanglah segala kesakitan yang dahsyat itu dan lekalah mereka dengan pandangan makrifat sehingga mereka tidak menyadari yang mereka telah berpisah antara roh dan jasad.

Adapun rupa Rasulullah yang datang kepada kita ini iaitu ketika kita menghadapi sakaratulmaut adalah amat elok sekali dan tiada bandingan di alam maya ini,iaitu rupa (..............................??.............................)

Maaf................maaf.................dan maaf...........kerana banyak sekali yang kena dirahsiakan (...??...)

Bila akhir hayat kita dapati BERDENYUT-DENYUT PUSAT saperti asap serta kita mendengar ucapan :-

ALASTU BI RAB BIKUM – AH ( Alif Ha ) ANA MA – KAA NA BII MAA KAA NA MASA KAA NA.

Maka jawablah :-

YA ANA LA ILA HA ILLALLAH – 3 kali

Kemudian nampak cahaya KEBESARAN ALLAH maka kita zikir ALLAH – 3 kali

Kemudian kita nampak KALIMAH ALLAH maka kita zikir HU – 3 kali

Kemudian kita dengar UCAPAN TUHAN : ANA ALLAH LA ILA HA ILLALLAH ANA....serta terus kita memandang akan KEBESARAN ALLAH maka kita zikir AH – AH- AH ( Alif Ha ).

Maka tamatlah riwayat kita. Ruh kembali ke Rahmatullah. Hasanul Khatimah.

Wednesday, December 21, 2011

Muraqabah

Amalan Muraqabah dapat ditakrifkan sebagai

mengawasi, menjaga, menyelia, mengawal,

memerhati dan hidup dalam kesedaran bahawa diri

sentiasa dikawal oleh Allah . Para Sufi yang mulia telah

menjelaskan hal ini secara lebih lanjut dengan

mentakrifkannya sebagai tatacara hati seseorang Salik yang

hanya tertumpu kepada Allah lalu meninggalkan sebarang

ingatan terhadap sesuatu apa pun yang selain Allah serta

memelihara dirinya dari segala larangan Allah dan

bertindak dengan kepastian bahawa pengetahuan Allah

meliputi segala sesuatu dan seterusnya menjalani kehidupan

dengan menuruti segala perintahNya.

Muraqabah juga boleh ditafsirkan sebagai berusaha

mengamati apa yang dikehendaki oleh Allah dan

memimpin kehidupan seharian dalam kesedaran pengawasan

diri yang berterusan secara teguh dan penuh ketulusan. Sikap

seperti ini akan terhasil apabila seseorang hamba mengetahui

bahawa Allah Yang Maha Berkuasa sentiasa menyedari

serta mengetahui semua perbuatan yang dilakukan olehnya,

semua ucapannya, segala pengetahuannya dan fikirannya

sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Al-Quran :



Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak

membaca suatu ayat dari Al-Quran dan kamu tidak

mengerjakan sesuatu pekerjaan pun melainkan Kami

menjadi saksi atasmu sewaktu kamu sedang melakukannya,

tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar

zarrah di bumi ataupun di langit, tidak ada yang lebih kecil

dan tidak ada pula yang lebih besar dari itu melainkan

semuanya tercatat dalam kitab yang nyata Lauh Mahfuzh.

[10:61]



Walau dalam keadaan apa pun kita mungkin berada

dan walau sebanyak mana pun ayat-ayat suci Al-Quran yang

mungkin kita baca dan walau apa jua perbuatan pun yang

mungkin kita lakukan, Allah sentiasa menjadi saksi atas diri

kita sewaktu kita sedang asyik melakukannya. Jika

Muraqabah bererti menutup hati dari segala yang selainNya

serta memisahkan ingatan terhadap segala sesuatu yang selain

dariNya dan membuka semangat untuk menerima limpahan

kurniaan Faidhz dan nikmat yang datang dari sisiNya, maka

kita perlulah menutup apa yang harus ditutup dan membuka

apa yang harus dibuka. Langkah pengamalan Muraqabah

adalah untuk menganggap dan menerima sebagai besar apa

yang telah ditetapkan oleh Allah sebagai besar, menerima

sebagai tidak berharga apa yang telah ditetapkanNya sebagai

tidak berharga dan lebih memilih kehendak dan keinginan

Allah atas segala kehendak dan keinginan diri sendiri.



Berfikir dengan lebih mendalam tentang Allah akan

meningkatkan limpahan Faidhz kurniaan Rahmat Allah dan

menguatkan cinta seseorang terhadap Zat Allah dan

keinginan untuk menyembahNya dengan hati yang ikhlas dan

takut serta gentar terhadapNya yang mana akan

menyebabkan seseorang itu kehilangan nafsu dan selera

makan kerana mengenangkan dosa-dosanya yang silam dan

dia akan menjalani kehidupannya dengan lebih berhati-hati.

Muraqabah dapat membentuk peribadi seseorang lelaki

mahupun wanita sehingga mereka dapat membuang ingatan

tentang segala sesuatu yang boleh membahayakan Iman dan

'Ibadah mereka dan dapat mempertahankan kemurnian

fikiran, tindakan dan niat mereka, bahkan ketika bersendirian

pun mereka akan tetap dalam kesedaran pemerhatian yang

terus-menerus terhadap Hadhrat ZatNya .

Muraqabah adalah suatu cara yang paling penting,

sangat berkesan dan dapat langsung mencapai kesedaran

tentang Ketuhanan meskipun tanpa sebarang panduan.

Muraqabah merupakan jalan penyucian semua Para Nabi dan

Rasul 'Alaihimus Solatu Wassalam yang telah menghadapi

kesukaran dalam menyampaikan seruan Dakwah peringatan

dari Allah kepada kaum mereka yang tidak mahu

mengikuti perintah penyucian Ruhani.

Menerusi Muraqabah, seseorang Salik dapat sentiasa

kembali kepada Allah pada setiap masa atau tempat dengan

kesedaran bahawa dirinya tidak berdaya dan faqir serta

mengaku tentang pertemuan peribadi denganNya

berdasarkan keperluan Ruhani mereka.



Mereka juga dapat merasakan pengawasan yang

berterusan oleh Allah sementara mereka sedang mengawasi

alam dalam diri mereka sendiri dan mengelakkan sebarang

ingatan apa pun yang selain dariNya. Mereka tuli terhadap

semua suara-suara yang tidak berkaitan dengan Allah .

Mereka memujiNya atas segala Keindahan dan

KeagunganNya serta menganggap sebagai tidak berguna

sesuatu yang tidak peduli dengan ZatNya.



Jika mata seseorang tidak ingat bahawa keupayaannya

untuk melihat, telinganya untuk mendengar dan lidahnya

untuk berucap, maka bagaimanakah anggota-anggota

pancaindera ini akan dapat dipergunakan selain sebagai

serpihan daging pada badan?



Hadhrat Maulana Jalaluddin Rumi berkata:

"Allah menggambarkan dirinya sebagai Yang Maha

Melihat dalam rangka untuk memperingatkan kamu dalam

melawan kejahatan, Dia menggambarkan diriNya sebagai

Yang Maha Mendengar lalu menegur kamu dan tidak

mengatakan apa-apa yang buruk, dan Dia menggambarkan

diriNya sebagai Yang Maha Mengetahui untuk memberitahu

kamu bahawa Dia mengetahui tentang kamu dan kerana

untuk menasihati kamu supaya berwaspada terhadap fikiran

dan pertimbangan yang buruk."

Hadhrat Maulana Jalaluddin Rumi menganggap

pengawasan diri sebagai paparan melindungi diri dari emosi,

fikiran, keghairahan dan tindakan yang jahat serta

menganggap itulah cara yang paling selamat untuk

memperhatikan hak-hak Allah .



Muraqabah pada pengertian bahasa bermakna ‘Berjagajaga’

namun pada pengertian istilah Tariqat Tasawwuf ia

bermaksud menantikan limpahan Faidhz dari sisi Allah

Subhanahu Wa Ta’ala.

Dalil amalan Muraqabah adalah berdasarkan Nas Al-

Quran,

“Wa Fi Anfusikum, Afala Tubsirun”

Terjemahannya: Dan di dalam diri kamu, apa tidakkah kamu

memerhatikannya?



Di dalam ayat Ilahi ini menyatakan bahawa di dalam

diri insan itu terdapat Latifah-Latifah dengan cahaya Nur

yang berbeza yang hanya dapat dikenalpasti menerusi

Muraqabah. Apabila kandungan ayat tersebut difikirkan

dengan lebih mendalam dapatlah difahami bahawa Dia

memerintahkan kita supaya sentiasa berkeadaan berjaga-jaga

dan Syuhud. Menerusi Muraqabah, seseorang Salik akan

dapat menempuh kesemua maqam-maqam Ruhani dan di

dalam batinnya akan terlimpahlah Nur-nur dan Rahsia-rahsia

Rabbaniyah (Ketuhanan) kepada dirinya secara berterusan.

Kerana itulah seseorang ‘Arif Kamil yang telah mencapai

darjat yang tinggi, apa sahaja yang mereka lihat adalah

merupakan penglihatan dari matahati. Dari Qalb sehinggalah

ke La Ta’yin, kesemua wilayah-wilayah yang merangkumi

Sair Qadami dan Sair Nazari adalah terhasil menerusi

Muraqabah.

Menerusi Muraqabah jugalah akan mudah terhasilnya

Dawam Hudhur iaitu sentiasa berada dalam Kehadiran Allah

Subhanahu Wa Ta’ala, merasakan bahawa limpahan dari sisi

Allah Subhanahu Wa Ta’ala senantiasa terlimpah ke atas kita

pada setiap waktu dan keadaan. Ini merupakan martabat

Ihsan iaitu merasakan seolah-olah kita melihat Allah

Subhanahu Wa Ta’ala ataupun merasakan bahawa Allah

Subhanahu Wa Ta’ala sedang memerhati kita. Ihsan juga

diistilahkan sebagai Syuhud atau Musyahadah dan inilah

merupakan usaha perjuangan Para Auliya dan Asfiya, supaya

sentiasa berasa Kehadiran Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Muraqabah lazimnya dikaitkan dengan berkhalwat

atau bersunyi diri. Khalwat adalah mengosongkan hati dari

ingatan selain Allah dan mengosongkan hati dari pandangan

terhadap makhluk. Menerusi Muraqabah ianya dapat

menghalang hati kita dari mengingati makhluk selain Allah

meskipun orang yang bermuraqabah tersebut duduk dan

bergaul bersama-sama dengan makhluk.

Adapun sesetengah orang yang melakukan Muraqabah

dengan menutupkan kepala dengan kain dan menutup mata

adalah untuk membolehkan seseorang Salik itu memberikan

Tawajjuh yang sempurna terhadap Zat Allah Ta’ala dengan

hati yang tenang dan tenteram. Melakukan Khalwat sambil

menutup kepala dengan kain dinamakan Khalwat Saghirah.

Melakukan Muraqabah sambil menahan nafas juga ada

diamalkan oleh sebilangan besar Masyaikh namun ia

bukanlah wajib. Walaubagaimanapun banyak rahsia yang

akan dapat diperolehi apabila seseorang Salik itu dapat

mengawal pernafasannya kerana ia dapat meningkatkan

penumpuan.

Muraqabah hendaklah dilakukan dalam keadaan

tenang dan carilah tempat yang tenteram dan sebaik-baiknya

dalam keadaan suci dari hadas kecil dan besar sambil duduk

menghadap Kiblat.

Jika melakukan Muraqabah secara berjemaah maka

hendaklah duduk dalam satu bulatan dan sekiranya ramai

maka hendaklah duduk rapat-rapat dengan menghadapkan

diri kepada Syeikh.

Seluruh pemikirannya hendaklah bertawajjuh

Kehadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan memberikan

tumpuan kepada suatu gambaran yang bersifat abstrak di

dalam fikiran. Sebutkan Allah dalam hati sambil

membayangkan limpahan yang bersifat Nur terlimpah dari

sisi atas dan jatuh kepada Latifah-Latifah pada tubuh badan.

Ketika awal Muraqabah memang agak sukar untuk

mensucikan Allah pada gambaran abstrak di dalam fikiran

namun hendaklah terus memberikan penumpuan kepada

limpahan dari Allah untuk mensucikan segala gambaran

abstrak tersebut dengan pengertian yang suci.

Hendaklah bersungguh-sungguh berusaha mensucikan

makna Allah dari segala pengertian yang tidak layak

untukNya. Berikan sepenuh penumpuan terhadap makna

Allah dan elakkan dari mencampur adukkanNya dengan

tumpuan terhadap lintasan hati dan nafsu atau perkaraperkara

keduniaan. Jika dia menyedari dirinya telah

menumpukan ingatan kepada selain Allah maka hendaklah

dia cepat-cepat bermunajat dengan mengucapkan kalimah Baz

Gasht iaitu lafaz,

“Ilahi Anta Maqsudi Wa Ridhaka Matlubi,

A’tini Mahabbataka Wa Ma’rifataka”,

beberapa kali di dalam hati dan segera kembali memberikan

penumpuan terhadap limpahan Allah dan pengertian makna

Allah.



Fikiran hendaklah dikosongkan dari segala ingatan

yang selainNya dan begitu juga hati perlu dikosongkan dari

sebarang Ghairullah yakni segala sesuatu selain Allah

Subhanahu Wa Ta’ala. Bayangkan dalam fikiran bahawa suatu

pancaran cahaya Nur dari arah atas ‘Arasy sentiasa terlimpah

ke atas kesemua sepuluh Latifah seterusnya menghidupkan

kesemua Latifah tersebut untuk berzikir mengingati Allah

Subhanahu Wa Ta’ala.

Muraqabah secara amaliahnya memerlukan kekuatan

hati dan fikiran dan perlu dilakukan secara berterusan kerana

segala gambaran abstrak dalam fikiran manusia itu selalunya

dikotori dengan gambaran-gambaran Hawa, Nafsu, Syaitan

dan Dunia. Dalam Tariqat Naqshbandiyah Mujaddidiyah

terdapat beberapa peringkat Muraqabah seperti Muraqabah

Ahadiyat, Muraqabah Ma’iyat, Muraqabah Aqrabiyat dan

sebagainya.

Menurut Hadhrat Shah ‘Abdullah Ghulam ‘Ali Dehlawi

Rahmatullah ‘alaih, Muraqabah merupakan kaedah Zikir

Khafi kedua sesudah Ismu Zat dan Nafi Itsbat yang diamalkan

dalam Silsilah ‘Aliyah Naqshbandiyah Mujaddidiyah, yakni

seseorang itu memberikan tumpuan Tawajjuh terhadap

hatinya dan mensucikannya dari sebarang ingatan dan

khayalan tentang selain Allah serta sentiasa memerhatikan

limpahan Faidhz Ilahi terlimpah pada hati tanpa perantaraan

Zikir dan tanpa perantaraan Murshid.

Adalah dikehendaki seseorang itu agar setiap waktu

memberikan Tawajjuh terhadap Zat Allah Subhanahu Wa

Ta’ala dengan merendahkan diri dan hati sehingga dirinya

tenggelam dalam Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan keadaan ini

hendaklah berkekalan dalam dirinya kerana ianya merupakan

suatu Nikmat yang agung dari sisi Zat Allah Subhanahu Wa

Ta’ala Yang Maha Suci.

Daimi Tawajjuh yakni penumpuan yang berterusan

merupakan suatu tahap Zikir yang amat tinggi dan

merupakan maksud bagi sekelian bentuk zikir. Yang dituntut

daripada amalan Zikir adalah Hudhur Ma’a Allah yakni

mencapai kehadiran bersama-sama Zat Allah Subhanahu Wa

Ta’ala dan bukanlah sekadar Zikir itu sahaja yang bertindak

sebagai perantaraan. Hanya itulah sahaja maksud yang

dituntut lupakan kepada segala yang lain.

Menururt Para Masyaikh, melakukan Muraqabah

dengan penuh Jazbah akan membawa lebih pendekatan

terhadap Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengatasi amalan

Zikir Nafi Itsbat.

Jika seseorang Murid berjaya melakukan Muraqabah

secara Daimi yakni berterusan, maka dia mencapai

kedudukan Wizarat (Kata Jamak bagi Wazir). Akan

terbukalah Kasyaf perkataan-perkataan hati dalam dirinya

dan mencapai Tasarruf dengan kehidupan Alam Malak dan

Alam Malakut. Namun keupayaan untuk melakukan

Muraqabah tidak akan terhasil dengan mudah tanpa amalan

Zikir yang banyak dan tanpa bersahabat dengan Syeikh.

Maka Seseorang Murid hendaklah sentiasa

memperbanyakkan Zikir sepertimana yang telah ditalqinkan

oleh Syeikhnya dan hendaklah sentiasa melakukan Rabitah

dengan Syeikhnya agar dapatlah dia menikmati Limpahan

Faidhz secara berterusan dari sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala.


LikeUnlike ·Follow postUnfollow post · Report · Yesterday at 00:28
Ahmadz Abdussalam likes this..

Ahmadz Abdussalam kalau tak salah..artikel ini dikarang oleh Syaikh Jalaludin Ar-rowi...syaikh tariqah naqsyabandiah mujadidi...
Yesterday at 07:40 · LikeUnlike · 1.Ahmadz Abdussalam Muraqabah = ilmu tafakur sufi
Yesterday at 07:41 · LikeUnlike.Ahmadz Abdussalam Sy pernah bertemu syaikh ini..azamnya sangat kuat...
Yesterday at 07:41 · LikeUnlike.
Write a comment.....

Kalbu Dunia

Adalah bijak untuk mendengarkan apa yang orang-orang katakan atau tidak katakan tentang kita

tapi

lebih bijaksana untuk mengetahui apa yang Tanda-Tanda Ilahiah dalam "kalbu tak terlihat" kita katakan mengenai kita
...
tapi

bagaimana kita dapat mengetahuinya bila kita tidak dapat men"dengar"kannya ?

kerana

bagaimana dapat men"dengar"kannya bila kalbu kita hanya dipenuhi oleh keinginan-keinginan dunia ? ...

benarlah,apa yang berasal dari nafsu akan musnah dan apa yang berasal dari hati-hati yang bersih akan kembali ke dalam Keabadian ..

(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat,Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata):

"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya ! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia dan masuklah ke dalam SyurgaKu !" - (Al-Fajr:27-30)

Insya Allah ...

Permudahkan

Pesan Nabi s.a.w,

"Permudahkan jangan persulitkan,gembirakan jangan menyusahkan."

tanya seorang murid kepada gurunya akan maksud pesanan tersebut,lantas gurunya menjawab :
...
"Tunjukkanlah kepada mereka jalan menuju kepada Allah bukan selainnya."

Insya Allah ...