Wednesday, December 21, 2011

Muraqabah

Amalan Muraqabah dapat ditakrifkan sebagai

mengawasi, menjaga, menyelia, mengawal,

memerhati dan hidup dalam kesedaran bahawa diri

sentiasa dikawal oleh Allah . Para Sufi yang mulia telah

menjelaskan hal ini secara lebih lanjut dengan

mentakrifkannya sebagai tatacara hati seseorang Salik yang

hanya tertumpu kepada Allah lalu meninggalkan sebarang

ingatan terhadap sesuatu apa pun yang selain Allah serta

memelihara dirinya dari segala larangan Allah dan

bertindak dengan kepastian bahawa pengetahuan Allah

meliputi segala sesuatu dan seterusnya menjalani kehidupan

dengan menuruti segala perintahNya.

Muraqabah juga boleh ditafsirkan sebagai berusaha

mengamati apa yang dikehendaki oleh Allah dan

memimpin kehidupan seharian dalam kesedaran pengawasan

diri yang berterusan secara teguh dan penuh ketulusan. Sikap

seperti ini akan terhasil apabila seseorang hamba mengetahui

bahawa Allah Yang Maha Berkuasa sentiasa menyedari

serta mengetahui semua perbuatan yang dilakukan olehnya,

semua ucapannya, segala pengetahuannya dan fikirannya

sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Al-Quran :



Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak

membaca suatu ayat dari Al-Quran dan kamu tidak

mengerjakan sesuatu pekerjaan pun melainkan Kami

menjadi saksi atasmu sewaktu kamu sedang melakukannya,

tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar

zarrah di bumi ataupun di langit, tidak ada yang lebih kecil

dan tidak ada pula yang lebih besar dari itu melainkan

semuanya tercatat dalam kitab yang nyata Lauh Mahfuzh.

[10:61]



Walau dalam keadaan apa pun kita mungkin berada

dan walau sebanyak mana pun ayat-ayat suci Al-Quran yang

mungkin kita baca dan walau apa jua perbuatan pun yang

mungkin kita lakukan, Allah sentiasa menjadi saksi atas diri

kita sewaktu kita sedang asyik melakukannya. Jika

Muraqabah bererti menutup hati dari segala yang selainNya

serta memisahkan ingatan terhadap segala sesuatu yang selain

dariNya dan membuka semangat untuk menerima limpahan

kurniaan Faidhz dan nikmat yang datang dari sisiNya, maka

kita perlulah menutup apa yang harus ditutup dan membuka

apa yang harus dibuka. Langkah pengamalan Muraqabah

adalah untuk menganggap dan menerima sebagai besar apa

yang telah ditetapkan oleh Allah sebagai besar, menerima

sebagai tidak berharga apa yang telah ditetapkanNya sebagai

tidak berharga dan lebih memilih kehendak dan keinginan

Allah atas segala kehendak dan keinginan diri sendiri.



Berfikir dengan lebih mendalam tentang Allah akan

meningkatkan limpahan Faidhz kurniaan Rahmat Allah dan

menguatkan cinta seseorang terhadap Zat Allah dan

keinginan untuk menyembahNya dengan hati yang ikhlas dan

takut serta gentar terhadapNya yang mana akan

menyebabkan seseorang itu kehilangan nafsu dan selera

makan kerana mengenangkan dosa-dosanya yang silam dan

dia akan menjalani kehidupannya dengan lebih berhati-hati.

Muraqabah dapat membentuk peribadi seseorang lelaki

mahupun wanita sehingga mereka dapat membuang ingatan

tentang segala sesuatu yang boleh membahayakan Iman dan

'Ibadah mereka dan dapat mempertahankan kemurnian

fikiran, tindakan dan niat mereka, bahkan ketika bersendirian

pun mereka akan tetap dalam kesedaran pemerhatian yang

terus-menerus terhadap Hadhrat ZatNya .

Muraqabah adalah suatu cara yang paling penting,

sangat berkesan dan dapat langsung mencapai kesedaran

tentang Ketuhanan meskipun tanpa sebarang panduan.

Muraqabah merupakan jalan penyucian semua Para Nabi dan

Rasul 'Alaihimus Solatu Wassalam yang telah menghadapi

kesukaran dalam menyampaikan seruan Dakwah peringatan

dari Allah kepada kaum mereka yang tidak mahu

mengikuti perintah penyucian Ruhani.

Menerusi Muraqabah, seseorang Salik dapat sentiasa

kembali kepada Allah pada setiap masa atau tempat dengan

kesedaran bahawa dirinya tidak berdaya dan faqir serta

mengaku tentang pertemuan peribadi denganNya

berdasarkan keperluan Ruhani mereka.



Mereka juga dapat merasakan pengawasan yang

berterusan oleh Allah sementara mereka sedang mengawasi

alam dalam diri mereka sendiri dan mengelakkan sebarang

ingatan apa pun yang selain dariNya. Mereka tuli terhadap

semua suara-suara yang tidak berkaitan dengan Allah .

Mereka memujiNya atas segala Keindahan dan

KeagunganNya serta menganggap sebagai tidak berguna

sesuatu yang tidak peduli dengan ZatNya.



Jika mata seseorang tidak ingat bahawa keupayaannya

untuk melihat, telinganya untuk mendengar dan lidahnya

untuk berucap, maka bagaimanakah anggota-anggota

pancaindera ini akan dapat dipergunakan selain sebagai

serpihan daging pada badan?



Hadhrat Maulana Jalaluddin Rumi berkata:

"Allah menggambarkan dirinya sebagai Yang Maha

Melihat dalam rangka untuk memperingatkan kamu dalam

melawan kejahatan, Dia menggambarkan diriNya sebagai

Yang Maha Mendengar lalu menegur kamu dan tidak

mengatakan apa-apa yang buruk, dan Dia menggambarkan

diriNya sebagai Yang Maha Mengetahui untuk memberitahu

kamu bahawa Dia mengetahui tentang kamu dan kerana

untuk menasihati kamu supaya berwaspada terhadap fikiran

dan pertimbangan yang buruk."

Hadhrat Maulana Jalaluddin Rumi menganggap

pengawasan diri sebagai paparan melindungi diri dari emosi,

fikiran, keghairahan dan tindakan yang jahat serta

menganggap itulah cara yang paling selamat untuk

memperhatikan hak-hak Allah .



Muraqabah pada pengertian bahasa bermakna ‘Berjagajaga’

namun pada pengertian istilah Tariqat Tasawwuf ia

bermaksud menantikan limpahan Faidhz dari sisi Allah

Subhanahu Wa Ta’ala.

Dalil amalan Muraqabah adalah berdasarkan Nas Al-

Quran,

“Wa Fi Anfusikum, Afala Tubsirun”

Terjemahannya: Dan di dalam diri kamu, apa tidakkah kamu

memerhatikannya?



Di dalam ayat Ilahi ini menyatakan bahawa di dalam

diri insan itu terdapat Latifah-Latifah dengan cahaya Nur

yang berbeza yang hanya dapat dikenalpasti menerusi

Muraqabah. Apabila kandungan ayat tersebut difikirkan

dengan lebih mendalam dapatlah difahami bahawa Dia

memerintahkan kita supaya sentiasa berkeadaan berjaga-jaga

dan Syuhud. Menerusi Muraqabah, seseorang Salik akan

dapat menempuh kesemua maqam-maqam Ruhani dan di

dalam batinnya akan terlimpahlah Nur-nur dan Rahsia-rahsia

Rabbaniyah (Ketuhanan) kepada dirinya secara berterusan.

Kerana itulah seseorang ‘Arif Kamil yang telah mencapai

darjat yang tinggi, apa sahaja yang mereka lihat adalah

merupakan penglihatan dari matahati. Dari Qalb sehinggalah

ke La Ta’yin, kesemua wilayah-wilayah yang merangkumi

Sair Qadami dan Sair Nazari adalah terhasil menerusi

Muraqabah.

Menerusi Muraqabah jugalah akan mudah terhasilnya

Dawam Hudhur iaitu sentiasa berada dalam Kehadiran Allah

Subhanahu Wa Ta’ala, merasakan bahawa limpahan dari sisi

Allah Subhanahu Wa Ta’ala senantiasa terlimpah ke atas kita

pada setiap waktu dan keadaan. Ini merupakan martabat

Ihsan iaitu merasakan seolah-olah kita melihat Allah

Subhanahu Wa Ta’ala ataupun merasakan bahawa Allah

Subhanahu Wa Ta’ala sedang memerhati kita. Ihsan juga

diistilahkan sebagai Syuhud atau Musyahadah dan inilah

merupakan usaha perjuangan Para Auliya dan Asfiya, supaya

sentiasa berasa Kehadiran Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Muraqabah lazimnya dikaitkan dengan berkhalwat

atau bersunyi diri. Khalwat adalah mengosongkan hati dari

ingatan selain Allah dan mengosongkan hati dari pandangan

terhadap makhluk. Menerusi Muraqabah ianya dapat

menghalang hati kita dari mengingati makhluk selain Allah

meskipun orang yang bermuraqabah tersebut duduk dan

bergaul bersama-sama dengan makhluk.

Adapun sesetengah orang yang melakukan Muraqabah

dengan menutupkan kepala dengan kain dan menutup mata

adalah untuk membolehkan seseorang Salik itu memberikan

Tawajjuh yang sempurna terhadap Zat Allah Ta’ala dengan

hati yang tenang dan tenteram. Melakukan Khalwat sambil

menutup kepala dengan kain dinamakan Khalwat Saghirah.

Melakukan Muraqabah sambil menahan nafas juga ada

diamalkan oleh sebilangan besar Masyaikh namun ia

bukanlah wajib. Walaubagaimanapun banyak rahsia yang

akan dapat diperolehi apabila seseorang Salik itu dapat

mengawal pernafasannya kerana ia dapat meningkatkan

penumpuan.

Muraqabah hendaklah dilakukan dalam keadaan

tenang dan carilah tempat yang tenteram dan sebaik-baiknya

dalam keadaan suci dari hadas kecil dan besar sambil duduk

menghadap Kiblat.

Jika melakukan Muraqabah secara berjemaah maka

hendaklah duduk dalam satu bulatan dan sekiranya ramai

maka hendaklah duduk rapat-rapat dengan menghadapkan

diri kepada Syeikh.

Seluruh pemikirannya hendaklah bertawajjuh

Kehadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan memberikan

tumpuan kepada suatu gambaran yang bersifat abstrak di

dalam fikiran. Sebutkan Allah dalam hati sambil

membayangkan limpahan yang bersifat Nur terlimpah dari

sisi atas dan jatuh kepada Latifah-Latifah pada tubuh badan.

Ketika awal Muraqabah memang agak sukar untuk

mensucikan Allah pada gambaran abstrak di dalam fikiran

namun hendaklah terus memberikan penumpuan kepada

limpahan dari Allah untuk mensucikan segala gambaran

abstrak tersebut dengan pengertian yang suci.

Hendaklah bersungguh-sungguh berusaha mensucikan

makna Allah dari segala pengertian yang tidak layak

untukNya. Berikan sepenuh penumpuan terhadap makna

Allah dan elakkan dari mencampur adukkanNya dengan

tumpuan terhadap lintasan hati dan nafsu atau perkaraperkara

keduniaan. Jika dia menyedari dirinya telah

menumpukan ingatan kepada selain Allah maka hendaklah

dia cepat-cepat bermunajat dengan mengucapkan kalimah Baz

Gasht iaitu lafaz,

“Ilahi Anta Maqsudi Wa Ridhaka Matlubi,

A’tini Mahabbataka Wa Ma’rifataka”,

beberapa kali di dalam hati dan segera kembali memberikan

penumpuan terhadap limpahan Allah dan pengertian makna

Allah.



Fikiran hendaklah dikosongkan dari segala ingatan

yang selainNya dan begitu juga hati perlu dikosongkan dari

sebarang Ghairullah yakni segala sesuatu selain Allah

Subhanahu Wa Ta’ala. Bayangkan dalam fikiran bahawa suatu

pancaran cahaya Nur dari arah atas ‘Arasy sentiasa terlimpah

ke atas kesemua sepuluh Latifah seterusnya menghidupkan

kesemua Latifah tersebut untuk berzikir mengingati Allah

Subhanahu Wa Ta’ala.

Muraqabah secara amaliahnya memerlukan kekuatan

hati dan fikiran dan perlu dilakukan secara berterusan kerana

segala gambaran abstrak dalam fikiran manusia itu selalunya

dikotori dengan gambaran-gambaran Hawa, Nafsu, Syaitan

dan Dunia. Dalam Tariqat Naqshbandiyah Mujaddidiyah

terdapat beberapa peringkat Muraqabah seperti Muraqabah

Ahadiyat, Muraqabah Ma’iyat, Muraqabah Aqrabiyat dan

sebagainya.

Menurut Hadhrat Shah ‘Abdullah Ghulam ‘Ali Dehlawi

Rahmatullah ‘alaih, Muraqabah merupakan kaedah Zikir

Khafi kedua sesudah Ismu Zat dan Nafi Itsbat yang diamalkan

dalam Silsilah ‘Aliyah Naqshbandiyah Mujaddidiyah, yakni

seseorang itu memberikan tumpuan Tawajjuh terhadap

hatinya dan mensucikannya dari sebarang ingatan dan

khayalan tentang selain Allah serta sentiasa memerhatikan

limpahan Faidhz Ilahi terlimpah pada hati tanpa perantaraan

Zikir dan tanpa perantaraan Murshid.

Adalah dikehendaki seseorang itu agar setiap waktu

memberikan Tawajjuh terhadap Zat Allah Subhanahu Wa

Ta’ala dengan merendahkan diri dan hati sehingga dirinya

tenggelam dalam Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan keadaan ini

hendaklah berkekalan dalam dirinya kerana ianya merupakan

suatu Nikmat yang agung dari sisi Zat Allah Subhanahu Wa

Ta’ala Yang Maha Suci.

Daimi Tawajjuh yakni penumpuan yang berterusan

merupakan suatu tahap Zikir yang amat tinggi dan

merupakan maksud bagi sekelian bentuk zikir. Yang dituntut

daripada amalan Zikir adalah Hudhur Ma’a Allah yakni

mencapai kehadiran bersama-sama Zat Allah Subhanahu Wa

Ta’ala dan bukanlah sekadar Zikir itu sahaja yang bertindak

sebagai perantaraan. Hanya itulah sahaja maksud yang

dituntut lupakan kepada segala yang lain.

Menururt Para Masyaikh, melakukan Muraqabah

dengan penuh Jazbah akan membawa lebih pendekatan

terhadap Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengatasi amalan

Zikir Nafi Itsbat.

Jika seseorang Murid berjaya melakukan Muraqabah

secara Daimi yakni berterusan, maka dia mencapai

kedudukan Wizarat (Kata Jamak bagi Wazir). Akan

terbukalah Kasyaf perkataan-perkataan hati dalam dirinya

dan mencapai Tasarruf dengan kehidupan Alam Malak dan

Alam Malakut. Namun keupayaan untuk melakukan

Muraqabah tidak akan terhasil dengan mudah tanpa amalan

Zikir yang banyak dan tanpa bersahabat dengan Syeikh.

Maka Seseorang Murid hendaklah sentiasa

memperbanyakkan Zikir sepertimana yang telah ditalqinkan

oleh Syeikhnya dan hendaklah sentiasa melakukan Rabitah

dengan Syeikhnya agar dapatlah dia menikmati Limpahan

Faidhz secara berterusan dari sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala.


LikeUnlike ·Follow postUnfollow post · Report · Yesterday at 00:28
Ahmadz Abdussalam likes this..

Ahmadz Abdussalam kalau tak salah..artikel ini dikarang oleh Syaikh Jalaludin Ar-rowi...syaikh tariqah naqsyabandiah mujadidi...
Yesterday at 07:40 · LikeUnlike · 1.Ahmadz Abdussalam Muraqabah = ilmu tafakur sufi
Yesterday at 07:41 · LikeUnlike.Ahmadz Abdussalam Sy pernah bertemu syaikh ini..azamnya sangat kuat...
Yesterday at 07:41 · LikeUnlike.
Write a comment.....

No comments:

Post a Comment