Monday, December 19, 2011

Tulisan Abang Omar bin Abdullah

BAPAK GURUKU terus menjelaskan utk sdra fikir dan jika setuju ..AMALKAN..

Di dalam batang tubuh kita didapati dua aliran, iaitu aliran zahir dan aliran batin.

Aliran zahir, iaitu aliran yang bertitik-tolak dari hasil berkerjanya jantung kita, mengaliri jalan-jalan, saluransaluran yang telah tersedia, mengaliri seluruh batang tubuh atau
... yang dinamakan jasmani.

Aliran batin ialah aliran yang berisikan daya-hidup yang berpokok-pangkal dari Yang Hidup mengaliri aliran yang telah tertentu pula seperti aliran jasmani, yang dinamakan orang rohani.

Dan kita ketahui sekarang; aliran jasmani dan rohani, lahir dan batin. Tiap-tiap aliran mengandung isi; aliran jasmani ialah darah, dan apakah isinya aliran rohani?

Untuk mengetahui isinya, hendaklah kita pelajari dan pecahkan akan rahsianya. Sebelum dapat merasakan dan mempunyai itu tenaga rohani yang berasalkan dari Yang Hidup, tentu tidak akan percaya, atau tidak mahu percaya kalau dikatakan adalah aliran yang
dikatakan aliran rohani itu berisikan aliran hidup kerana berasalkan dari Yang Hidup.

Itu Anugerah Agung dari Yang Maha Kuasa kepada tiap-tiap manusia.

No comments:

Post a Comment