Monday, December 12, 2011

Dialog di Chatbox

PERBINCANGAN DICHATBOX berkaitan MELAKSANAKAN AMANAH.

OA..Tidak sdaraku awang kita selama ini menceritakan tentang DIA-lah yakni Ketuhanan itu ialah Nur Muhd...jika rujuk pada Sirrur Asrar..Syeikh berkata ..maka untuk membimbing manusia Allah TURUNKAN RUH YG AGUNG dalam jasad Baginda Rasul...
Dan dituangkan air nescafe yangg terlalu banyak itu dalam berbillion cawan cawan ...yang terus menerus tanpa hentinya..

TM…RUH YG TERPUJI bernama Muhammad S.A.W. Tanya lah diri Anda sendiri

OA…maka tidaklah ada apa bezanya akan rasa nescafe itu didalam cawan cawan itu....sebab Yang Membuatnya ada DIA yg sama juga..

TF..bkn kah ruh yg terpuji tu ruh kudus...

OA…ada apa apa soalan..tadi saya ada kata bagaimanakah si RUHKU itu dapat melaksanakan Amanah Tuan Empunya Amanah untuk membahagiakan amanah yg diamanahkan kepadaNya?..saya kata setelah faham akan ilmu BBM saya faham akan cara dan kaedahnya...takda pulak yang berminat !! hi hi

TF..oni lah tentang yang dikatakan alam ruh... darapada satu kepada banyak dan dari banyak akan kembali kepada satu... mcm itu ke?

AT…Maksud Amanah tu apa dia Abang Omar..

OA..katanya atau yang banyak itu Wahdah katanya ..yang nampak SATU je...

OA,,,Amanah disini ialah BAHAGIAKAN JASAD-mu itu Ya Muhammad ..engkau yang meminta AKU dah bagi dah..dan ENGKAU ITU SIFAT AKU..maka jalankan Amanahku..yakni membahagiakan Rumahmu sendiri ya Muhammad...tak kanlah dah hidup didunia Muhammad tak faham faham apa yang membahagiakan sirumah itu ..Sifatnya juga..tak gitu ?

PH..Jadi, AKU adalah menuruti sifat Allah?

OA..APAKAH YG MENJADI MASAALAH kita selama ini...hingga merasakan hidup ini belum bahagia..masih tidak cukup2 sebab memang tidak cukup pun..dimana silap kita ?

PH…AKU yang Pak Omar maksudkan adalah Allah atau AKU itu adalah ruh dalam diri manusia?

OA..Ya puan hasba..apa juga yang puan katakan..hakikatnya tetap SAMA..bahawa AKU itu BUKAN TUHAN ..tetapi KETUHANAN...lainnya tak nak sambunglah..kita fikirlah sendiri..bolehkah panas dipisahkan dari Api..itu cluenya...

PH..Apabila panas dapat dipisahkan dengan api, makanya tidak menuruti fitrah.

TM..Dapat ke di pisahkan , Puan Hasba ?

OA..Ini kata kata bapak bagindo Muchtar tentang AKU :-..DIA SUCI kerana berasal dari YANG MAHA-SUCI. DIA BENAR kerana berasal dari YANG MAHA-BENAR. DIA lain dari yang lain kerana KEISTIMEWAANNYA terletak PADA DIRINYA bukan pada orangnya.

DIA BUKAN TUHAN kerana yang dikatakan Tuahan itu Maha Besar dan bukan pula anak Tuhan walaupun dari Tuhan datangnya. RUHKU Firman Allah ketika meniupkannya. DIA juga bukan Nabi atau Rasul kerana tidak ada lagi Nabi sesudah Nabi Muhammmad SAW.

Terhadap Allah adalah DIA HAMBA yang tidak bererti kerana DIA TIDAK ADA BERSAMANYA. Akan tetapi terhadap orang lain tidak peduli siapa, DIA akan membuktikan akan kebenarannya

DAN INI SEBABNYA kita TAK DAPAT APA YANG KITA MAHU :- Jadi yang kurang pada kita ialah TENAGA / energie. Kita kekurangan Tenaga untuk mencapai yang kita idam-idamkan. Dan KESALAHANNYA terletak pada diri kita sendiri, kerana tidak mahu menyelidek dan mempelajari kedaan diri kita sendiri seperti yang dijelaskan oleh Allah melalui Surah ArRum Ayat 08 diatas.

Mempelajari keadaan sendiri bererti mempelajari apa yang ada pada kita. Tuhan tidak sia-sia menciptakan kita. DijadikanNya kita dalam keadaan yang cukup lagi amat sempurna. Akan tetapi kenapakah kita berasa kekurangan ? Bukan Tuhan yang salah tetapi kitalah YANG BODOH. Diberikannya MODAL untuk hidup. Adakah kita pergunakan modal itu ?

TF…modal?

PH..Kerana RUHNYA adalah AKU, maka kita menuruti kehendakNya dalam apa jua perkara, bukan berdasarkan keinginan kita. DIA murka apabila diri tidak mengikut AKU bahkan menurut hawa nafsu.

OA..YA TUHAN DAH BAGI KITA MODAL SEBELUM KITA MINTA..kita je yang tak tahu..

TF..hehehe itu lah tempat kesempurnaan ke abe omar...

TM..Syukur Alhmdulillah Puan Hasba, Cantik Sungguh jawapan itu

OA..Maaf puan Hasba..benar kata kata puan pada peringkatnya yakni peringkat SYARIAT...tetapi bukan itu HAKIKATNYA ( yang sebenarnya ) YANG sebenarnya Dia Yang MEMINTA pada kedudukan Hambanya..DIA juga YANG MEMBERI pada peringkat KetuhananNya..itulah RAHSIA KETUHANAN yakni AKU....TF...yalah bila dapat BAHAGIA hidup ini SEMPURNAlah..

TF,,die dah cukup sempurna sebelum kite dilahirkn lagi. bila bersatu kite dah dapat modal... betul ke? pemberi dan penerima dara kite blako.. betul ke ?

OA..Maaf Tok fakir ..bersatu hanya BERLAKU pada perkara atau hal atau benda yang banyak atau TERPISAH..dah bersatu pun sejak azali sebab DIA-NYA Satu yang ESA....bukan soal bersatu tapi SOAL ..DUDUKNYA dan KEDUDUKANNYA..pada makam hamba dia berkelakuan hamba-lah ..pada makam Ketuhanan ..AMAT BERKUASA ...KUN NYA menjadi....dan NYATA...Kun Fayakun..Allah Berfirman KUN..Muhammad ( hamba ) kata FAYAKUN Ya Allah sebab dah nyata didepan matanya...

OA…BERKAITAN MODAL yg ditanya Tok fakir tadi..ini huraiannya :- Modal tersebut letaknya pada kita TERRAHSIA. Rahsia itu yang akan kita pecahkan kalau mahu hidup dengan ertinya yang sebenar hidup. Bagi kita modal itu mempunyai Tenaga Yang Tersembunyi iaitu Tenaga Ghaib.

TENAGA GHAIB yang berisikan NIKMAT bukan dimurkai dan bukan pula sesat. Bagaimana pula DIA akan dimurkai dan dikatakan sesat kerana asalnya dari modal yang diberikanNya pada kita untuk hidup kerana datangnya dari DIA langsung / terus.

TF..kalu saya tukar ayat bersatu kepada penyatuan pulok lagi mane?

PH..Jadi, dalam diri duduk makam hamba dan makam tuhan?

PH…Alhamdulillah, sy dh faham ttg modal itu.

Ya Puan Hasba..Yang Wujud Hanya DIA..MasyaAllah..Yang Wujud Hanya DIA..dari Alam Lahut Dia Datang..dan dialam INSAN dia MENYATAKAN KEAGUNGANNYA..sel sel puan yang 16 trillion itu berganti dengan sendirinya..tangan yang luka berhenti darah mengalir degan sendirinya..dengan sendirinya dia tahu bila nak membuang sisa sisa kita tidak dapat kawal dia TIDAK AGUNG KAH itu wahai saudaraku MasyaAllah Maha Agung DIA...didalam dirimu bergelar RUHKU...

PN…subhanallah.....

PH..Allahuakbar, malu rasanya apabila jasad yang menumpang ini bertindak seperti TUAN..

PN…ya lah tidak sedar diri badan ini mengaku tuan....malunya... bila sudah memahami....

OA..Ini NASEHAT BAPAK GURUKU..saudara2 fikirkanlah :- Setelah menemui dan menguasainya marilah kita pergunakannya untuk kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Kalau kita tahu padanya ada kasih sayang dan kita perkembangkan maka kita akan dikasihi dan disayangi. Kalau kita ketahui padaNYa tiada yang tidak ada, maka akan mudahlah urusan kita.

Kalau kita tahu bahawa kita telah pandai memasukkan Siang pada malam dan Malam pada Siang, mendatangkan Yang Hidup dari Yang Mati dan Yang Mati dari Yang Hidup, tentu kita akan menerima rezeki yang tidak diduga duga datangnya. Pendek kata TIDAK ADA YANG SULIT DISISI TUHAN dan padaNYA tidak ada yang tidak bolih diatasi.
Pendek kata TIDAK ADA YANG SULIT DISISI TUHAN dan padaNYA tidak ada yang tidak bolih diatasi. Pendek kata TIDAK ADA YANG SULIT DISISI TUHAN dan padaNYA tidak ada yang tidak bolih diatasi.
PEGANG YANG SAYA ULANG - ULANG itu sebagai PEGANGAN HIDUP UNTUK BAHAGIA DIDUNIA ini wahai saudaraku...

AT…TIDAK ADA YANG SULIT DISISI TUHAN...Tolong blender lagi Bang Omar

OA…INI YG KITA BUAT dan ITULAH YG SALAH ..cuba hadhamkan kata kata Bapak ini ya
Kehidupan kita yang telah berlalu penuh kesusahan, kegelisahan dan penderitaan akibat ketidakmampuan kita dalam banyak perkara . Kenapa ? Pada kitalah letaknya segala kesalahan itu, bukan pada orang lain. Kita tidak tahu di DIRI kita dan kita telah lupa akan DIRI kita. Kita telah menurutkan JALAN MATI bukan JALAN YANG HIDUP. Maka wajarlah kita kembali kejalan yang benar dan kita tinggalkan jalan yang sesat lagi menyesatkan. Yang benar ialah DIRI kita bukan BADAN kita. DIRI kita itulah Yang Hidup dan pada BADAN kitalah letaknya kematian.

PH…Terima kasih atas nasihatmu wahai saudara seperjalanan. Alfatihah buat guru saya yang tidak sempat saya timba ilmu BBM darinya. Baru dibuka, dia sudah menemui Tuhan.

OA..Ya puan hasbah guru kita sudah kembali TETAPI dia ada bersama kita..sebab DIA pun KITA juga..alhamdulillah.saya nak akhiri ..panduan dan nasehat Guru kami ini dengan memetik kata kata Bapak yang saya tidak akan lupa insyaAllah..ikutilah..

PH..sedang tunggu rumusan tn ni...

OA…Jalan Yang Benar lagi Lurus itu ada padamu, pokok pangkalnya di –DIRI-mu. Untuk mendapat petunjuk hendaknya jangan berdoa sahaja hendaklah juga kita pergunakan otak dan kecerdasan kita.

APA LAGI YANG DIMINTA KEPADA TUHAN, SEDANGKAN YANG KAMU MINTA DAN KEHENDAKKI ITU TELAH DIBERIKAN KEPADAMU. Kebodohan kamu yang menyebabkan kamu berkurangan, tidak puas dan sebagainya.

PN…ya lah Abang Omar sebab semuanya Allah Ta'ala dah beri ...

OA..Kalau kamu telah mengetahui semua itu, TIDAK PADA TEMPATNYA KAMU MEMINTA PADA TUHAN KERANA APA YANG KAMU MINTA ITU TELAH DIBERIKAN KEPADA KAMU SEBELUM KAMU MEMINTA. ( Itulah dia DIRI Yang Sebenarnya DIRI yang telah dan sentiasa bersamamu tanpa kamu ketahui sejak kamu diadakan )
Sekali lagi aku ingatkan, pelajarilah Hakikat Hidup yang sejati dan kembalilah kepada kehidupanmu yang sebenarnya. Berpeganglah kepada Yang Hidup jangan kepada Yang Mati. Carilah DIA DIRImu.

TAMAT UTK MALAM INI..Al-Fatihah utk guruku Arwah Bapak Dr Bagindo Muchtar..Salamun Qaulan Mir Rabbirrahim ya Bapak.

No comments:

Post a Comment