Monday, December 19, 2011

TAUHID WUJUDI

.By Nizzam Shahiibul-Karibb in BICARA TASAUF - SIFAKIR ( BTF ) · Edit doc.
AHLI Tauhid Wujudi adalah mereka yang merasakan diri
mereka dan keseluruhan alam ini tenggelam dalam lautan
Wujud Hadhrat Haq Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan mereka
berenang di dalamnya. Mereka yang mengalami Tauhid
Wujudi adalah orang-orang mengalami Fana Fillah. Ibarat
bagi orang yang tenggelam dalam lautan Wujud ini adalah
seperti seorang yang berenang dalam sebuah lautan yang
tidak bertepi, maka pada pandangannya dia tidak melihatkan
perkara lain melainkan hanyalah lautan itu semata-mata.
Walau ke mana jua diangkatkan pandangannya, yang
dilihatnya hanyalah lautan dan ombaknya dan tiada perkara
yang selain dari itu. Sehinggakan dia akan merasa bahawa
kewujudan dirinya dalam lautan yang luas itu adalah
seumpama hanya sekadar satu titik air. Ini yang dinamakan

Istighraq yakni merasa tenggelam dalam lautan Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Istighraq yang sempurna ialah apabila
Salik itu sendiri tidak dapat membezakan sama ada dirinya
adalah setitik dari air lautan itu ataupun sebahagian darinya.
Hadhrat Shah 'Abdullah Ghulam 'Ali Dehlawi
Rahmatullah 'Alaih telah menyatakan dalam Maktubatnya
pada kandungan suratnya yang ke-61. Surat ini telah
dituliskan kepada Khwajah Hassan Mawdud menyatakan
seperti berikut:

“Kesemua surat yang memberi petunjuk tentang
penjelasan Wahdatul Wujud oleh Hadhrat Khwajah Hassan
Sahib, tiada sebarang perkataan yang perlu disebutkan lagi
bagi menerangkan keagungannya, ianya mengandungi
kebenaran, dapat diterima, amat perlu dan merupakan secebis
ilmu pengetahuan yang telah diakui oleh Para Masyaikh yang
agung. Ianya menjadi kesukaan bagi Para Auliya yang mulia.

Dengan kegigihan menghadapi kesukaran dan
membahayakan diri, mereka berjaya mencapai hal keadaan
tersebut. Rahsia Tauhid berpunca dari perlaksanaan Zikir,
melakukan banyak Muraqabah dan dengan cinta yang amat
mendalam. Penulisan kamu tentang hal-hal keadaan Tauhid
dengan adab ini telah amat menyukakan hati Faqir ini.
Semoga Allah merahmatimu. Semoga Dia
mengurniakan ganjaran kebaikan atas khidmatmu. Jika daku
tidak menulis apa yang daku tahu tentang perkara ini, daku
tidak menunaikan kewajipan terhadapmu. Jika daku menulis,
daku akan melakukan suatu ketidakhormatan terhadap
seorang yang mulia. Para Masyaikh kami telah
memerintahkan kami untuk menjawab pertanyaan yang
ditanyakan dengan Ikhlas. Mentaati perintah datang
mendahului memerhatikan adab. Daku menulis atas maksud
ini.

Para Masyaikh Mujaddidiyah yakni para pengikut
Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad
Faruqi Sirhindi Rahmatullah 'alaih sehingga ke hari ini, telah
mengatakan bahawa sewaktu melakukan Zikir dan

Muraqabah, kehadiran Kaifiyat-kaifiyat yang tertentu, hal-hal
dan cahaya-cahaya adalah disebut sebagai 'Ilmul Yaqin.
Sinaran cahaya pada tingkatan Ihsan di dalam hati
sepertimana yang ada dinyatakan dalam sebuah Hadits
adalah disebut sebagai 'Ainul Yaqin. Mengambil tabiat Allah
Ta'ala adalah disebut sebagai Haqqul Yaqin.


Sewaktu melakukan Zikir, pengertian maknanya
hendaklah sentiasa difikirkan. Apabila pengertian makna itu
melimpah pada seluruh kesedaran seseorang, hatinya menjadi
bersinar dengan Nur. Maka, seseorang itu berfikir bahawa dia
telah mencapai pada pengertian makna. Seseorang itu
merasakan bahawa seolah-olah dia sedang bersatu dengan
Allah Ta'ala.

Wahai Tuan, siapakah di atas muka bumi ini yang
mampu menolak perkataan-perkataan Para Masyaikh ini?
Ruzbahan Baqli dan Mulla 'Ali Qari Rahimahumallah tetap
menafikan Ma'rifat ini. Sebagai suatu tindak balas terhadap
mereka, Faqir ini telah menulis bahawa, disebabkan cinta yang
begitu mendalam terhadap Laila, Majnun Amiri
meninggalkan segala makan dan minum. Dia berpaling dari
segala sesuatu. Dia mula menyebut nama Laila secara
berterusan. Sehingga pada suatu ketika dia berkata bahawa
dia adalah Laila. Dia mendapati segala sesuatu adalah Laila.
Setelah menderita begitu banyak kesusahan, Nafs akan
disucikan, hilang sebarang takluk dan kesan pada tubuh
badan dan mencapai kepada suatu hal Keruhanian. Apabila
seseorang itu melakukan Zikir dengan banyak dan pengertian
makna Zikir tersebut meliputi seluruh dirinya, dia
memikirkan bahawa dirinya sedang bersatu dengan tingkatan
yang suci juga.

Apabila diliputi dengan hal pemikiran ini, Hadhrat
Hussain Bin Mansur Al-Hallaj Rahmatullah 'alaih telah
berkata, "Ana Al-Haqq", yakni "aku adalah Al-Haqq". Kita
orang yang jahil ini tidak dapat memikirkan tentang Ma'rifat
yang halus ini.


Perkataan yang seumpama "Aku adalah Ahmad tanpa
Mim" yakni "Aku adalah Ahad" yang bermaksud Allah dan
"Aku adalah 'Arab tanpa 'Ain" yakni "Aku adalah Rabb", yang
merupakan nama lain bagi Allah, kesemuanya ini bukanlah
Hadits. Perkataan-perkataan ini telah diungkapkan oleh para
pengikut mereka yang telah mencapai tingkatan Tauhid.
Semoga Allah mengampuni mereka semua. Juga, segala
perkataan yang tertulis dalam kitab Nahjatul Balaghah di
bawah nama khutbah Hadhrat Sayyidina 'Ali Radhiyallahu
'Anhu adalah tidak benar.
Rahsia berkenaan Tauhid Wujudi telah pun lahir dalam
hati-hati mereka yang telah menghadapi susah payah dalam
Riyadhah dan mereka yang telah menyelam dalam lautan
cinta.

Bilangan orang-orang yang ditinggikan ini adalah
begitu banyak yang mana adalah mustahil untuk menolak
kebenaran ini. Adalah tidak perlu bagi mereka yang menuruti
orang-orang yang agung ini memberikan pengertian yang lain
pada ayat-ayat Al-Quran ataupun Al-Hadits demi untuk
membuktikan bahawa perkataan mereka adalah benar.
Tiada siapa pun yang dapat menyangkal tentang
kewujudan Ma'rifat yang seumpama ini, tetapi ianya telah
dilarang menerusi ayat, "Ilmu Pengetahuan mereka tidak akan
dapat mencapaiNya," untuk menganggap bahawa Ma'rifat ini
adalah maksud Tasawwuf dan menjadi penghujung Sair dan
Suluk, bahkan orang-orang yang terdahulu pun menjauhi
Ma'rifat yang seumpama ini.

Kamu belum menyempurnakan petunjuk dengan

menjelaskan perkataanmu, "Seseorang yang tidak

mempercayai Ma'rifat ini tidak akan mendapat pencapaian."

Atas maksud ini, adalah perlu untuk menjelaskan terlebih

dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pencapaian.”

Hadhrat Syeikh Akbar Qaddasallahu Sirrahu berkata,



Lautan itu adalah tetap lautan atas kedudukannya yang Qadim,

Sesungguhnya segala yang baharu itu adalah ombak dan sungainya.

Janganlah bentuk ombak dan sungai menghijabkan pandanganmu,

Dari Pembentuk yang membentukkannya sedang DiriNya terhijab.



Hadhrat Syeikh Sanad At-Taifah Qaddasallahu Sirrahu

berkata,

Tiada Adam di Alam Wujud ini dan juga tiada Iblis,

Tiada Kerajaan Sulaiman dan juga tiada Kerajaan Balqis,

Segalanya itu hanya sekadar ibarat dan Engkau adalah makna,

Wahai Dia, yang bagi sekelian hati seumpama Magnetis.



Apabila Salik sempurna mencapai Fana Fillah, maka

dengan keadaan wujudnya yang disayangi oleh Allah Ta’ala,

dia akan kembali merasai akan kewujudan dirinya dan akan

dikurniakan suatu pengkhususan padanya dengan

pencapaian sifat Baqa. Maka seterusnya dia akan menyaksikan

dengan pandangan Musyahadah bahawa dirinya ada dalam

semua benda dan semua benda ada dalam dirinya. Dia akan

melihat seluruh alam ini menerusi cermin keindahan yang ada

dalam dirinya.

-------------------------------------

WUJUD DAN MARTABAT WUJUD

-------------------------------------

Wujud bererti sesuatu yang ada dan ianya terbahagi

kepada tiga bahagian iaitu:

1. Wajibul Wujud - Sesuatu yang mesti ada dan tidak

mungkin tiada. Keadaan wujudnya sentiasa ada dan tidak

pernah tiada dan akan terus kekal dengan kewujudannya.

Hanya Allah sahaja yang layak sebagai Zat yang Wajibul

Wujud dan sebarang makhluk yang lain tidak berhak

mendakwa diri mereka sebagai Zat Wajibul Wujud.



2. Mumtani’ul Wujud - Sesuatu yang tidak boleh ada dan

tidak sepatutnya ada. Sebagai contoh, wujudnya sebarang

Tuhan yang lain selain Allah, dan adalah jelas bagi orangorang

yang beriman bahawa kewujudan sebarang Tuhan

yang lain tidak sepatutnya ada dan pasti tidak akan ada.

Allah tidak bersekutu dengan mana-mana Tuhan pun dan

sebarang Tuhan yang lain sebenarnya tidak Wujud.



3. Mumkinul Wujud - Sesuatu yang mungkin ada dan

mungkin tidak ada, yakni ianya boleh diwujudkan oleh

Allah pada bila-bila masa dan boleh ditiadakanNya pada

bila-bila masa juga menurut kehendakNya. Sebagai contoh,

seluruh Alam Maya dan segala ciptaanNya dan

termasuklah manusia dengan tidak terkecuiali.



Menurut Hadhrat Hafiz Shah Abu Sa’id Rahmatullah

‘alaih, Martabat Wujud terbahagi kepada tujuh tingkatan iaitu:



1. Wahdah - Ianya merupakan Martabat Ta’ayun Awal

iaitu Ta’ayun ‘Ilmi Ijmali yakni pada menentukan

pengetahuan peringkat permulaan secara keseluruhan.

Telah Tsabit bahawa Martabat Wahdat ini merupakan

martabat yang mula-mula sekali ditentukan dengan

pengkhususan yang berasal dari Ahadiyat Mujarradah.

Martabat Wahdat sebagai Ta’ayun Awal juga dikenali

sebagai Haqiqatul Haqaiq yakni hakikat bagi segala bentuk

hakikat. Ianya juga dikenali sebagai Haqiqat

Muhammadiyah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan juga di

kenali sebagai Martabat Lahut.

2. Wahidiyah - Ianya merupakan Martabat Ta’ayun Tsani

yang bermaksud penentuan pada martabat kedua. Martabat

Wahidiyah ini merupakan suatu martabat di mana Nama-

Nama dan Sifat-Sifat Allah diperjelaskan. Martabat ini uga

dikenali sebagai Martabat Haqaiq Mumkinat yakni martabat

hakikat bagi segala makhluk ciptaan Allah dan dikenali juga

sebagai Martabat Jabarut. Martabat Wahdat dan Martabat

Wahidiyat yakni Ta’ayun Awal dan Ta’ayun Tsani

dinamakan sebagai Maratib Wujubi yakni Martabat yang

wajib.

3. Alam Arwah - Ianya merupakan alam Para Ruh. Perkataan

Arwah adalah lafaz Jamak bagi Ruh dan ianya merupakan

suatu alam tempat Ruh Para Nabi, Siddiqin, Syuhada dan

Salihin terhimpun. Ruh adalah suatu jisim yang bersifat

halus yang diciptakan oleh Allah dari Ruh Muhammadiyah

Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan Ruh Muhammadiyah

Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah diciptakan dari Ruh Suci

Allah. Alam Arwah ini juga merupakan tempat Ruh orangorang

beriman dihimpunkan. Alam Arwah adalah suatu

alam yang sangat tinggi dan ianya mengatasi alam Para

Malaikat. Alam Arwah adalah bersifat kekal kerana ianya

berada di atas ‘Arash dan lebih hampir kepada Allah

Subhanahu Wa Ta’ala. Ruh orang-orang yang tak beriman

tidak akan dapat menyertai Para Ruh di Alam Arwah

kerana mereka ditempatkan di dalam Neraka pada

kedudukan yang sangat rendah.

4. Alam Malakut - Ianya merupakan alam Para Malaikat.

Alam Malakut terdiri dari kalangan Para Malaikat yang

dekat dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan sentiasa

bertasbih mensucikan ZatNya serta taat kepadaNya. Mereka

bertanggungjawab memikul ‘Arash dan taat melaksanakan

urusan pentadbiran Alam Semesta sepertimana yang telah

diperintahkan oleh Allah kepada mereka.

5. Alam Mitsal - Alam penzahiran yang berada di antara

Alam Ruh dan Alam Ajsam. Alam Mitsal adalah alam akal

fikiran di mana sesuatu benda atau perkara itu akan terzahir

ke Alam Ajsam setelah ianya wujud dengan sempurna di

Alam Mitsal. Wujud Alam Mitsal bagi manusia adalah pada

akal fikiran bapa sebelum dia memancarkan benihnya ke

dalam Rahim ibu. Alam Mitsal hanya dapat diperhatikan

menerusi Musyahadah Nafs kerana Latifah Nafs adalah

berkait dengan akal fikiran yang bertempat di otak manusia.

6. Alam Ajsam - Alam Jasmani yang bersifat memiliki

tubuh badan. Setiap benda yang kita dapat rasa keadaan

sifatnya adalah jisim. Ruh suatu jisim yang halus telah

digabungkan oleh Allah dengan 4 Anasir yang bersifat

kasar iaitu air, angin, api dan tanah.

7. Alam Nasut - Alam kehidupan manusia yang bersifat

Zahir. Martabat Alam Arwah, Martabat Alam Malakut,

Martabat Alam Mitsal, Martabat Alam Ajsam dan Martabat

Alam Nasut dinamakan sebagai Maratib Imkani yakni

Martabat yang mungkin.



Wassalam...semoga bermenafaat.

No comments:

Post a Comment