Saturday, December 31, 2011

terompit dah berbunyi..

dikala insan terlena dibuai keasyikkan gelojak duniawi
ramai yang terleka dan dilekakan oleh debu-debu keangkuhan
mengaku dan mengangap dia yang kuasa dia yang bisa
... apakah ini semua nya habuan keangkuhan yang mencabar tuhan

pandai berhujjah bijak berkalam menghukum insan sesama insan
tanpa bukti tanpa alasan yang terbukti itulah yang di war-warkan
jangan angkuh jangan sombong pada angapan yang kau anggap
kelak menyesal tak sudah,tersepit dibatasan akar kifarat tuhan

aku tak minta di akui dan tak perlu di perakui oleh mu,
cukuplah aku dan tuhanku inilah keyakinanku
usah kau cabar kurnia tuhan jangan kau riak akan keadaan
aku tak menyesal kerana aku yakin pada ajaran tuhan

kau yang merasa kuasa,kau yang terasa bijak
namum belum tentu kau bisa,namun belum tentu kau berpijak
kau anak bapak aku anak bapak,namun jangan riak kerana kita anak
kau yang tolak aku tk menolak,tapi jangan sampai tuhan melanyak

aku mohon jangan ganggu aku dan saudara2ku
asal jalan dari yg sama cuma beza kau dan aku
kerana ini berlaku apa yang aku buat padamu
apa yang aku buat pada bapak atau guru

adakah aku salah,adakah aku tersasar
atau kau sengaja buat cerita,jangan sampai timbul celaka
bapak telah tiada,kenapa anak-anak berlaga
apa semua ini,aku tidak pernah ganggumu wahai saudara

kalau kau merasa anak bapak kau ambillah
kalau kau tak iktiraf aku anak bapak ada aku kisah
bukan kau tentukan,bukan aku jua menentukan
kita serah pada tuhan,biarlah dia menentukan.

kalau tidak tahu jangan nak cerita
moga badan tidak binasa
kalau setakat ingin berbangga
lantak kau lah,aku dah tak kuasa.

untuk anak BBM yg perasan.

No comments:

Post a Comment