Friday, November 18, 2011

Raja Abdul Rashid's post 2

Aku bertanya: Bolehkah kita marah ?
Guru menjawab: Boleh,kerana ianya fitrah.Cuma,letakkan kemarahan atas tempatnya.

Aku bertanya: Bagaimana mahu meletakkan kemarahan atas tempatnya ?
Guru menjawab: Marahlah kerana Dia bukan kerana nafsu.

Aku bertanya: Bukankah marah itu sendiri adalah nafsu,bagaimana mahu marah tanpa nafsu ?
Guru menjawab: Itulah dia fitrah,nafsu itu adalah kehendak dan fitrah kita hidup bersamanya atas dasar alat,nafsu itu hanya alat bukan matlamat.

Aku bertanya: Bagaimana mahu mengetahui yang kita marah kerana Allah ?
Guru menjawab: Kenalilah nafsu ...

Aku bertanya: Bagaimana mahu mengenali nafsu ?
Guru menjawab: Tiliklah hatimu dengan ilmu...

Pesan guru: Dirimu ibarat bumi yang menerima hujan dan kemarau,ada kalanya hujan turun dengan lebat,ada kalanya renyai-renyai malahan ada kalanya hujan tidak turun langsung.Junjung tinggilah hujan rahmat yang turun kepadamu dengan sebanyak-banyak syukur dan bersabarlah dengan kekontangan yang menimpamu tanpa mengurangkan amalan dan kepercayaanmu.Sesiapa yang bersungguh-sungguh di jalanNya maka natijahnya akan diberi kemudahan dan ilmu juga pengenalan yang benar tanpa ragu ...

Pesan akhir dari Guru : Beradablah kerana adab itu cermin hatimu ..

Insya Allah ..

No comments:

Post a Comment