Monday, January 16, 2012

Di Manakah Singgahsana Tuhan?

oleh H.B. Johar

إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ أَلَا لَهُ الْخَلْقُ وَالْأَمْرُ تَبَارَكَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas ‘Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. – QS Al-Araf: 54

Dalil tersebut cukup jelas mengungkap bahawa setelah Tuhan menciptakan alam semesta ini dalam enam fasa, maka Dia pun bersemayam di atas ‘Arasy. Perkataan ‘Arasy disebut di dalam al Quran sebanyak 33 kali, sebagaimana bilangan zikir tasbih, tahlil dan tahmid. Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abi ‘Ashim bahawa sesungguhnya Arasy berada di atas air sebelum ditempatkan di Langit ke 7. Kemudian dijadikan lapisan awan sebagai saringan bagi hujan, jika tidak pasti bumi akan ditenggelami air.

‘Arasy dikatakan sebagai Kiblat yang tertinggi bagi penghuni langit yang di bawahnya adalah kiblat-kiblat yang lainnya seperti Kaabah, Baitul Makmur dan Baitul Qudsi. Luasnya ‘Arasy jika dibandingkan dengan Kursi seperti sebentuk cincin yang terletak di atas tanah lapang, lebih luas dari masyriq ke maghrib. ‘Arasy dijunjung oleh delapan malaikat, dan jarak bahu malaikat pemikul ‘Arasy itu antara telinganya sama sejauh penerbangan burung selama 700 tahun sebagaimana keterangan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud. Menurut seorang Waliyullah Syekh Muhammad Nawawi al Bantani, ‘Arasy itu kelihatannya laksana permata hijau Zamrud (atau Zabarjud) dan merupakan makhluk terbesar ciptaan Allah. Tidak ada satu makhluk pun yang sanggup memandangnya kerana ‘Arasy dihiasi dengan 1000 lapisan keagungan Cahaya.

Di dalam pengetahuan maknawi ahli sufi, ‘Arasy adalah Alam Kabir (makro-kosmos) sebagai tempat bersemayamnya Al-Rahman dan di atasnya tidak ada apa-apa lagi. ‘Arasy merupakan lanskap hakikat sejati, lambang Keagungan dan di sinilah khususnya tajalli Zat Mutlak. Dengan ertikata lain, ia adalah wadah termulia yang meliputi segala ragam maujudat atau makhluqat. ‘Arasy adalah bahagian dari Wujud Mutlak, diungkapkan sebagai Falak Terbesar (bintang utama) yang dikelilingi Aflak (rasi-rasi bintang) sama ada dari sudut dimensi maknawiyah atau pun shuwariyah (citra) dan puncaknya adalah martabat Nafs al-Rahman iaitu Huwa (Dia) sebagai pemberi citra kepada bentuk dan jisim yang menjadi metaforanya melahirkan Alam Al-Insan. Manusia atau disebut juga sebagai Alam Al Insan ini adalah Alam Saghir (mikro-kosmos) sebagaimana Allah telah menciptakan Adam as menurut citraNya, maka terjadilah Alam Saghir itu kelembutan seni mewujud di dalam intipati manusia. Manusia walau pada zahirnya tampak kecil, tetapi hakikat atau batinnya merupakan ‘Arasy atau Falak Terbesar. Kata Syekh Abdul Karim Al Jili di dalam kitabnya berjudul ‘Al Kahfu Wa Ar Raqiim’ bahawa sesungguhnya betapa bijaksananya Allah Azzawajalla mengecilkan yang besar dan membesarkan yang kecil? Masing-masing ditempatkan olehNya sesuai kepada ketertiban atas perintahNya. Dan seandainya sesiapa yang mampu memahami rahsia di sebalik ketertiban itu pasti lah akan memahami firmanNya yang terungkap di dalam hadis qudsi, “Seluruh langit dan bumi tidak mampu menampung ZatKu, tetapi hati hambaKu yang beriman (orang muqmin) mampu menampung ZatKu.”

Bukan mudah untuk memperjelaskan bagaimana hati manusia merupakan ‘Arasy tempat Allah bersemayam. Namun yang pastinya, itulah pilihan dan ketetapan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan belas rahmat serta kasih-sayangNya yang tak dapat dinafikan dengan sebarang bukti-bukti lain bahwa amat benar hati manusia itulah merupakan wilayah hakikat dan mampu mewadahi keberadaan ZatNya. Dalam konteks maknawiyah ahli sufi, ‘hati’ manusia yang dikatakan sebagai perbendaharaan Tuhan, tidak berjumlah dan bersifat satu sahaja. Contohnya seperti kita berdiri di atas dataran salji yang berbukit-bukit atau di lembah-lembah. Di mana pun kita berdiri di atas dataran salji itu, apabila kita menyelam ke dalam salji itu kita hanya akan menemui lautan luas yang hakikatnya satu jua. Yang banyak adalah ‘jiwa perasaan’ manusia yang terbendung di balik dada yang gelap. ‘Jiwa perasaan’ atau dikatakan juga sebagai jiwa sanubari sama terdapat pada makhluk-makhluk haiwan yang menonjolkan sebagai sifat tabi’i semulajadi.

Apakah sifat hati (Falak Terbesar) itu dan di manakah hati itu berada di dalam tubuh manusia?

Ada pendapat mengatakan di dalam jantung. Penemuan sains menemukan di dalam otak manusia bahagian kanan terdapat pertanda satu titik yang disebut The God Spot (Titik Tuhan), justeru itu otak dipercayai sebagai hati. Maka apakah otak dapat dianggap sebagai tempat beradanya Singgahsana Tuhan?

Di dalam kitab klasik ‘Serat Wirid Hidayat Jati’ yang ditulis oleh Raden Ngabehi Ranggawarsita atau namanya Kiyai Ageng Muhammad Sirullah, pada 1779 tahun Jawa atau 1850 Masehi, menjabarkan bahawa di dalam organ otak manusia adalah tempat dimana beradanya Singgahsana Tuhan, tetapi tidak pula tempat itu dikatakan Singgahsana yang dimaksudkan ‘Arasy sebagaimana diungkapkan; “Sesungguhnya Aku (Zat) mengatur singgahsana dalam Baitul Makmur, iaitu rumah tempat kesukaanKu. Tempat itu berada di dalam kepada Adam. Dalam kepala itu ada otak, dalam otak itu ada manik, dalam manik ada budi, dalam budi ada nafsu, dalam nafsu ada suksma, dalam suksma ada rahsa (rahsia), dalam rasa ada Aku. Tidak ada Tuhan selain Aku, Zat yang meliputi semua keadaan.”

Sarana di dalam otak manusia boleh diumpamakan seperti besarnya tingkatan laci atau server yang mampu mengumpulkan seberapa banyak tampungan data sebagai penyimpanan ilmu dan penyebaran maklumat yang bersifat daya kreatif serta imajinatif. Tetapi, benarkah pada otak manusia memang mampu menyingkap tabir rahsia-rahsia Ketuhanan? Jika benar, mengapakah otak manusia tidak dapat berfungsi ketika manusia sedang tidur? Dengan demikian, terbuktilah bahawa otak atau sifatnya akal merupakan juga tempat yang ada batasannya dan terhad pula kepada kemampuan fungsinya. Al Ghazali telah membuktikan bagaimana kaum filsafat akhirnya tertipu oleh akalnya sendiri dalam mencari di manakah Tuhan, lantas jalannya filsafat itu gagal memenuhi kebahagiaan jiwa.

Nabi s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada segumpal daging, bila ia baik maka baiklah seluruh jasad, bila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad, segumpal daging itu adalah ‘hati’ ” – HR Bukhari.

Apa yang disebutkan Nabi s.a.w. tentang adanya segumpal daging yang dikatakan hati dalam tubuh manusia itu adalah ucapan Haq. Dengan erti lain segumpal daging itu adalah benar-benar wujud dan bukanlah suatu kiasan, ibarat atau perlambangan prasastera. Berkemungkinan pada segumpal daging inilah tempatnya yang dikatakan adanya Rahsia Titik atau Noktah (The God Spot) yang pada hakikatnya merupakan ‘Arasy Ilahi. Atau berkemungkinan juga sifat segumpal daging itu seumpama relung atau Misykat (lubang yang tak tembus) yang di dalamnya ada pelita bercahaya.

Bersabda Nabi s.a.w., “Apa sahaja yang terkandung dalam kitab-kitab Allah yang diperturunkan kepada para Nabi dan RasulNya, ada di dalam kitab suci al Qur’an, dan semua yang terkandung di dalam al Quran terkandung pula di dalam Surah Al Fateha, dan Surah al Fateha terkandung dalam Basmallah, dan Basmallah terkandung di dalam huruf Ba, dan rahsia huruf Ba terkandung di dalam titik di bawahnya.”
Berkata Saiyidina Ali kwjh, “Akulah titik di bawah Ba itu.”

Kesimpulannya Ba adalah citranya ‘Segumpal Daging’ atau ‘Misykat’. Bersabda Nabi s.a.w. “Hati orang muqmin itu ada di dalamnya lampu yang sangat terang-benderang.”

Maka di manakah ‘segumpal daging’ di dalam tubuh manusia itu? Apakah maksudnya jantung atau otak? Atau ada di bahagian lain yang lebih tepat dalam jasad manusia yang tidak kita sedari...?
LikeUnlike · ·Follow postUnfollow post · 20 minutes ago

Stroom

Dari Kalam Tok Ayah...Apakah dia yang dikatakan STROOM itu ?

merupakan kenyataan nya dan padanyalah tenaga-tenaga itu ujud....
STROOM atau tenaga yang mengaliri setiap organ-organ badan diri ini ..dialah menjadi pengeraknya. Akan tetapi apakah yang ada pada Nur Muhammad itu tidak lain dan tidak bukan iaitu Rahasia Tuhan dan ia dinamakan SIRULLAH.

... Tenaga merupakan PANCARAN NUR yang MENJADI DIRI PADA BADAN sehingga meliputi sekaliannya. Maka itulah yang kita perlu tahu dan ambil tahu akan pecahan-pecahan nya..

- ZAT adalah hakikat segala kejadian dan kehidupan
- NUR MUHAMMAD adalah pemegang amanah bagi Rahasia Tuhan iaitu Tenaga@Kuasa
- ORGAN -ORGAN adalah bekas untuk menyimpan atau menyatakan akan fungsi2 nya.
- ASMA’ ALLAH yang bernama AZ-ZHOHIRU=yang zahir
- ASMA’ ALLAH yang bernama AL MUZHOOHIRU=yang mengzahirkan.

Gerak yang berlaku didalam adalah gerak nafas dan nadi serta lain nya adalah gerak Pembawakan Tuhan jua akan tetapi ianya bertitik tolak dari Nur Muhammad.
Ianya Asma’ Allah jua iaitu Az-Zhoohiru. Ianya bersifat baru kerana apabila Nur Muhammad menerima badan baharulah tenaga itu ujud .

Itupun kerana berbadan dan tenaga-tenaga inilah yang digunakan oleh ahli-ahli kebatinan dan ahli ilmu tenaga dalam biasa. Mereka hanya mengambil manfaat dari tenaga itu sahaja yang bertitik tolak dalam jantung dan nafas nya.

Akan tetapi ilmu pengetahuan kami adalah mendudukki pada yang mendalam lagi iaitu tenaga yang asal iaitu tenaga yang mengerakkan nafas dan nadi serta lainnya atau tenaga yang mencipta tenaga itu dan ia adalah QUDRATULLAH iaitu RAHSIA Nur Muhammad.

Kedudukan

MENDUDUKKI PADA TEMPATNYA.
AyahdiPakNgah

Ketahuilah olehmu akan kefahaman menduduki akan AKU pada tempatnya.
Jika kau tahu akan konteks kefahaman mendudukkan AKU pada tempatnya pasti kau akan merasa bahagia dan senang segala urusanmu.
...
Mendudukkan AKU pada tempatnya adalah ia terbahagi kepada beberapa martabat yang mulia dan ianya perlu kau fahami secara khusus dan mendalam…Kedudukan itu adalah…

1- Tuhan - hilang segala yg ada padamu nyatalah ia.
2- Ketuhanan - nyatalah aku muhammad
3- Kehambaan - nyatalah segala padamu af’al
4- Hamba - menanti dan mengikut segala titah perintah

Oleh itu jika kau tahu meletakkan serta mendudukkan aku pada tempatnya pasti kau akan sampai dan dapat menemuiNya serta kau akan senang dan menyenangkan hidupmu.

AKU yang perlu duduk pada tempatnya secara sempurna demi menyempurnakan akan segala kehidupan ini samada didunia mahupun diakhirat.

Syair Makrifat

Dengan Bismillah Aku Mulai
Membuka Syair Ma’rifat Diri
Agar Mengenal Siapa Diri
Siapa Sebenar Asalnya Diri

... Tiap Hari Aku Mencari
Dirumah Sang Guru DanPara Kiyai
Agar Dapat Mengenal Illahi
Tapi Ilmu Syariat Yang Kudapati

Mulai Aku Mengenal Diri
Satu Persatu Aku Pelajari
Mulai Kulit – Bulu – Sampai Ruh Idafi
Ternyata Sehelai Rambutpun Tak Kumiliki

Empat Anasar Dari Ibuku
Empat Anasar Dari Bapakku
Empat Anasar Dari Adam Asal Keturunanku
Itulah Awal Kejadian Jasadku

Jasad Jadi Terurai Sudah
Tidak Dapat Berulah Tingkah
Tanpa Diisi Nyawa Ataupun Ruh
Yg Tiada Lain Ialah Rasulullah

Dasar Ilmu Ma’rifat Sudahlah Pasti
Awal Agama Mengenal Illahi
Jangan Salah Memilih Lagi
Mengutamakan Sholat Tidaklah Rugi

Janganlah Takut, Janganlah Gentar
Ilmu Ma’rifat Ilmu Yang Benar
Janganlah Menyerah Apalagi Pudar
Walaupun Akhirnya Kohar Keluar

Barang Siapa Rindukannya
Dengan Mudah Mendapat Rido Nya
Tetapi Bila Allah Ta’ala Murka
Rajin Sholat Balasannya Siksa

Bismillah Tadi Awal Permulaan
Titik Nuq Yang Bernama Insan
Jangan Ragu Mencari Tuhan
Rahasia Allah Didalam Badan

Aku Rindu Pada Allah Tuhanku
Dimana Berada Tiadalah Tentu
Itulah Awal Pada Sangkaku
Ternyata Lebih Dekat Dari Daging Dengan Kuku

Tamatlah Sudah Riwayat Diri
Yang Mulanya Dari Pada Mani
Itulah Asal Kejadian Diri
Tuntutlah Pada Guru Yg Benar Ahli

7 Alam Tajalli Insan

DARI MEJA AYAHDI PAKNGAH....

7 Alam Tajalli Insan.

1 Alam Ahdah - Zatul Mutlak
... 2 Alam Wahdah - Nur Muhammad
3 Alam Wahdiah - Nur Adam Abu Basyar
4 Alam Roh - Mahmud namanya
5 Alam Mitsal - Musthafa namanya - Kandungan Napa
6 Alam Ajsam - Ahmad namanya - Kandungan Ibu
7 Alam Insan - Muhammad namanya - Alam Zahiriah

Itulah Alam-Alam dan jalan datangnya Tajjali Rohullah atau Ujudullah bagi Yang Empunya Diri telah menyatakan dan menampakkan akan UjudNya pada Sifat Wujud dan Maujud alam kenyataan Az-zohiru wal muzhohiru.

Tajalli

LAIN LAIN NAMA ALAM TAJALLI INSAN....

1-Alam Lahut
2-Alam Jabarut
3-Alam Malakut
... 4-Alam Roh
5-Alam Mitsal
6-Alam Ijsam
7-Alam Insan

Dan ingatlah akan FirmanNya yang berbunyi.....inna lillahi wa inna ilaihi roo ji'un=sesungguhnya dari Allah kau datang dan kepada Allah jua kau kembali.

Makna bagi hakikat pula..

AKU adalah Sifatullah menyatakan nya dan padanya jua aku bersatu itu Yang Esa.

Inna lillah = ini maqam zat menyatakan sifat maka nyatalah AKU
Wa inna ilahi = dari maqam sifat kembali pedanya=fana
Roo ji'un = kembali menjadi esa dlm ke-esaan. iaitu hilangnya aku didalam AKU

Jalan Aku

JALAN YANG LURUS....

EHDINAS SIROTOL MUSTAQIM - SIROTOL LAZI NA AN’AMTA ALAIHIM - GHOIRIL MARGDUBI ALAIHIM -WALADDHOO LIN.

(Tunjukan jalan yang benar jalan yang engkau kurniakan nikmat kepada mereka itu, jalan yang tidak sesat dan tidak dimurkai )
...
Bagiku Jalan Yang LURUS itu ialah : ialah JALAN AKU...bukan jalan A-ku kerana :-

Jalan badan ( A-ku ) jalan hawa nafsu
Jalan AKU jalan yang penyerahan

HURAIAN :-

Jalanku adalah JALAN DIRI ataupun JALAN DALAM yang mengikuti aliran dari kemahuan dan kekuasaanNya. Setiap langkah kekanan dan kekiri kedepan atau kebelakang katas atau kebawah namun itu semua adalah Jalan Kemahuan.

Aku yang menuruti jalanNya berada pada landasan dan juga pimpinanNya. Oleh yang demikian itu Aku hanya dapat menuruti akan kemahuanNya dan tidak dapat berbuat mengikut apa yang Aku mahu. Inilah jalanku. “Jalan yang lurus dan benar jalan yang dikurniakan nikmat tidak sesat dan tidak dimurkai”

Penyerahan secara total padanya sahaja yang dapat membawa kita ke jalan itu. Jalanku ini adalah jalan sepi, jarang orang yang mengikuti jalan ini kerana jarang orang yang menemui akan lorongnya dan Aku yang dibukakan oleh Nya serta hasil dari didikan guru dan juga pengalamanku dapatlah Aku menemukan akan jalan ini.

Penyerahan

ANTARA MAKSUD PENYERAHAN....Catatan guruku...

Sesungguhnya segala gerak dan langkahku ini ataupun apa-apa yang datang dan mendatang kepada badan diriku serta kepadaku ini itu semua adalah UrusanNya . Yang pasti Aku menyerahkan padaNya. Hanya yangku tahu adalah menuruti perintahNya dengan rasa taat dan berserah.

Aku membiarkan DIA yang berbuat kerana DIA-lah Yang Maha Kuasa. Aliran dari jalanku ini adalah terhasil dari perbuatan Nya yang berpandukan Tauhid kepadaNya.
...
Dengan pengakuan dan penyerahan sepenuh-penuhnya kepada si-DIA, Aku dapat merasai akan pembawakanNya kepadaku ini. Sebagaimana bayang tidak akan membantah akan empunya bayang dan begitulah Aku yang ada ini.

Aku tidak perlu lagi penat dalam menentukan akan jalan kehidupanku diluar sana kerana Aku dalam perintahNya, hanya menuruti kemahuanNya. Aku tidaklah bersusah payah memikirkan akan apa jua yang orang lain fikirkan kerana Aku telah dibawa olehNya . Inilah nikmat namanya.

Aku berbuat atas landasan Kudrat dan IrodhatNya, bukan atas arahan ilmu luaran. Inilah jalanku yangku jalani. Betapa Aku suka kerana kini Aku telah bebas dari segala ikatan-ikatan. Namun Aku tetap berada diatas landasan jalan si-DIA itu.

JALAN DIRI...

Ada jalan syariat
Ada jalan tharikat
Ada jalan hakikat
... Ada jalan makrifat

HURAIAN.....

Bagiku itu semuanya jalan untuk menjalani bagi menyampaikan Aku kepada AKU jua. Jalanku adalah jalan mengikuti aliranNya iaitu Aliran Tuhan secara langsung yang berada padaku ini jua.

Maka Aku ini seumpama kereta yang di pandu oleh tuannya mengikuti arah tujuan dan kemahuan tuannya hanya menuruti pada jalanNya.

Jalan ku ini Jalan Penyerahan
Mengikuti Kemahuan dan Kuasanya ( Kudrat & Irodhat )
Itulah jalan yang tiada bantahan
Hanya mengikut arahan tuannya.

Jalan ini jalan tersembunyi
Jarang orang yang menemui
Hanya bagi yang di izini
JALAN DIRI nama diberi

Jalan terang bagiku mungkin gelap bagi orang lain tetapi itu semua tidak menjadi soal bagiku kerana Aku telah yakin dan telah menemui si-DIA yang bernama AKU.

Dengan jalan ini. Aku melakukan perjalananku menuju ke hadhiratNya dengan melakukan penyerahan kepadaNya.

Gerak ghaib dari Yang Maha Ghaib.

Inilah satu hal yang terjadi pada jalanku ini iaitu jalan yang telah ku terima dari guruku ianya merupakan jalan yang dibawa bergerak oleh Tuhan dengan kekuasaan Kudrat dan Irodhatnya.

Jalan berserah dan menyerah kepadaNya dengan sepenuh-penuhnya atau secara total yang pasti akan mendatangkan nikmat yang amat berkesan sama ada di dunia mahu pun di akhirat..

inilah Tawakkal namanya menyerahkan segala sesuatu yang ada pada kita ini kepada Nya.

Penantian

Dalam penantian Hamba menuju kesempurnaan maka akan di mulai dengan Ilmu .. Dalam Ilmu (pengetahuan) tidak akan memberikan Manfaat (sia-sia) jika tanpa di dasari Kesadaran dalam Niat yang tulus ..

"Sesungguhnya Manusia itu Mati kecuali mereka-mereka yang berpengetahuan, dan mereka-mereka yang berpengetahuan banyak yang tertidur kecuali mereka-mereka yang beramal dan mereka-mereka yang beramal banyak yang tertipu kecuali mereka-mereka yang Tulus Ikhlas." ..

Ketika Lautan Hikmah dari segala Ilmu terselami maka terlihat lah akan mutiara-mutiara Indah yang sangat berkilauan dan banyak di antara para Salik yang mengambil mutiara-mutiara itu kerana saling takjub dan ghairahnya melihat keindahan mutiara-mutiara tersebut ....

Ketika rasa takjub itu datang merasuk ke dalam Qolbu maka pada saat itu ….. Nyanyian ke EGO an menyertai dan mengakibatkan diri hanyut dan tenggelam dalam RASA ...

Sadarlah ……

pada satu sisi,RASA itu adalah JALAN menuju Yang Sejati akan tetapi apabila terlena dan hanyut dalam RASA itu dan lupa akan Yang Memiliki RASA maka semakin banyak duri-duri yang akan tumbuh pada diri ..

Lihatlah ……

disekeliling berapa banyak yang Asyik Masyuk dalam RASA berenang dalam Nikmatnya RASA lalu meRASA kosong,lalu meraba dalam Kosong dan mengata tiada ada apa apa dan menyatakan bahawa ..
inilah SEJATI,
inilah PUNCAK,
inilah AKHIR dari segalanya ...

Maka ketika hal itu telah tertanam maka itulah Akar daripada duri-duri yang akan menyelimuti diri dan tanpa sadar……
lalu ber TUHAN kan ia akan ke KOSONG an,
ber TUHAN kan ia akan ke HAMPA an,
dan ber TUHAN kan ia akan ke TIADA an ....

Sesungguhnya ……

RASA itu masih di dalam sifat Jamal-NYA dan bukan itulah Akhir perjalanan namun itu barulah Awal perjalanan untuk Melangkah melihat Rahsia Kalam ..

Mutiara Indah .. itu lah ZIKIRULLAH ...

Semakin banyak ber ZIKIR semakin banyak terhijab jika masih terpandang sesuatu dan masih terpandang akan diri ..
"Aku ini berzikir" ..
"Aku ini beramal" ..
"Aku ini bertarikat" ..
"Aku ini ber mursyid" ..
"Aku ini ber makrifat" ..
dan lain-lain lagi maka akan timbul suatu penekanan bagi pandangan batinnya yang akan mengakibatkan HIJAB akan menutupi Qolbu dari NurNya yang Nyata ..Ia melihat akan Nur tetapi yang terlihat bukanlah Nur yang sesungguhnya melainkan hanyalah bayangan dari pada Nur maka bayangan tetaplah bayangan ..

Bulan Nyata terlihat tetapi tiada di ketahui ... kerana yang diketahui hanya kenyatan di atas danau dan batin lalai bahawa sesungguhnya yang ada di danau itu bukan bulan melainkan hanya bayang-bayang sang bulan ....

Maka …
lihatlah Bulan yang terang dan cahayanya sangat menyejukkan dan mendamaikan Qolbu .. sangat Nyata dan Indah kerana bukan di mana tetapi ada di mana-mana ..

Pandanglah yang memandang dan rasakan yang merasakan maka engkau tidak ada .. maka engkau kosong !!!!

Bukan Al-Haq yang tidak ada ..
Bukanl-Haq yang kosong itu melainkan dirimulah yang tiada,
dirimulah yang kosong itu ..
Dan bukan dua,tiga,empat atau banyak yang mengisi kekosongan itu melainkan hanya SATU yang ber hak untuk mengisi kekosongan itu iaitu "Al-Haq" ..
Dirimu bukan lah dirimu kerana dirimu kosong dan Al-Haq lah yang ada pada ke kosongan itu ..

setelah dirimu tiada sememangnya tiada maka,
Yang manakah yang disebut EGO itu ??? ..
Yang manakah yang disebut NAFSU itu ??? ..
Yang manakah yang disebut AKU itu ??? ..

Maka semuanya pun tidak ada .. semuanya kosong ...
Maka jika ada bantah membantah,
Maka jika ada sanggah-menyanggah,
Maka jika ada hujah-menghujah,
Maka selama itu engkau masih belum kosong akan kedirianmu ...
Maka itulah HIJAB ..
Maka itulah TIRAI yang sangat tipis umpama sehelai rambut yang dibelah tujuh ..

Nyata ketiadaan kedirianmu itu menunjukkan Nyata yang ada (Al-Haq) ..
maka matilah engkau sebelum engkau mati lalu siapakah yang ada selepas kematianmu ??? ..
Jika engkau sudah mati maka engkau sudah tidak ada,
maka siapakah yang ada setelah kematianmu ??? ..
maka siapakah ada setelah ketiadaanmu ??? ...
Ana (Al-Haq) yang ada…….
Jika hanya Al-Haq yang ada,maka selain itu adalah Fatamorgana dan tidak ada dan nyatalah .. Ana (Al-Haq) yang meliputi kekosongan dan ketiadaan dirimu itu ...

Fahamilah !! ketiadaan dirimu itulah kerajaan Tuhan dan di situlah Al-Haq bersemayam (Arsy’) ..
bukan ditubuh,
bukan dihati,
bukan dijiwa,
dan juga bukan di ruh ...

Maka DIAM = MATI = KOSONG = TIDAK ADA = Laa Hawla Wa Laa Quwwata….. dan itulah diri AKU .......

Dari kosong kembali kepada kosong ..
Dari tiada kembali kepada tiada ...

Insya Allah ..

Jasadku

JASADKU YANG KUCINTAI....

Yang perlu kita ingati adalah suatu hal iaitu tanpa badan apakah engkau dapat tahu dan sedar akan kau ini ada Bertuhan dan kau itu bergelar hamba.

Namun bagi saya jasad adalah dalil bagi kewujudan Tuhan dan padanya ada bukti-bukti ke-. Esaan nya. Dengan jasadlah kita dapat jumpa apa yang kita mahu,,,
... Jasad itu adalah Sifat Yang Mulia bagi orang yang tahu.

Cuma kita belajar Ilmu Hakikat ini perlu kita nafikan sahaja akan kewujudan yang tidak ada kesannya sahaja kecuali Kewujudan Tuhan dan ia bersifat binasa itu saja...

TANPA JASAD DIRIKU TIADA
TIDAKLAH AKU MENGENAL RAHSIANYA
MAKA AKU TIDAKKAN NYATA
MANAKAH TUHAN MANAKAH HAMBA.

Gerak

PENJELASAN KAMI MENGENAI " GERAK "...

Tenaga ataupun Kuasa Kudratullah lah yang mengaliri dan mendatangkan GERAK serta menghidupkan segala organ-organ badan kita ini

Ia berasal dari Zat Yang Mutlak. Segala kelengkapan badaniah yang ada didalam badan diri ini seperti jantung, paru-paru, buah pinggang, darah, otak, limpa, saraf-saraf serta usus-usus dll semuanya itu digerakkan atau dihidupkan dengan pengaliran Tenaga Zat HAYAT.
...
Ini untuk memberi kehidupan pada badan diri ini. Didalam Ilmu Tharikat kita di didik dengan jalan zikir dan antara zikir-zikir itu ada yang berpandukan kepada pedoman nafas dan nadi atau dibangsakan ia dengan zikir daim (zikir yang tiada berputusan)
Kajian demi kajian yang dibuat oleh Ahli-Ahli Tharikat ataupun Ahli Metafizik untuk menemukan punca dan tenaga asal yang bertitik awal dari mana asal usulnya mula datangnya dan dari mana pula ia.

Maka disini kami menemukan nya dengan nama Tenaga @ Kuasa Zat Hayatullah Darinyalah segala sesuatu itu datang.

Ilmu pengetahuan kami ini pula memfokuskan pada tenaga @ kuasa yang awal iaitu punca segala punca dari tenaga-tenaga yang ada. Kalau kita selidiki dalam dalam adakah nafas dan nadi atau lain2nya dapat bergerak sendiri ?..pasti tidak munkin ianya berlaku kerana setiap yang berlaku itu pasti ada keteraturan nya yang tersendiri .
Maka Tuhan yang bernama Allah lah yang mengaturkannya didalam Sifat Al-Mudarbir ( yang mentadbi r) pada sekalian kejadian. Tenaga-tenaga itu merupakan elektron, proton ,ion, bion, nitron dan atom-atom kesemuanya ini merupakan sumber tenaga ghaib ( meta energy) Didalam badan diri kita yang asal dibalik asal …berasal dari Kekuasaan Qudrat ALLAH.

Kajian demi kajian dan renungan kami yang mendalam, akhirnya kami dapat menemukan akan punca itu maka kini kami menemukan RAHSIA PUNCA TENAGA itu iaitu TENAGA ZAT HAYATULLAH ataupun RAHASIA ILAHI ( SIRR )

TENAGA

UNTUK SDARA RENUNGKAN.....

Tenaga merupakan PANCARAN NUR yang MENJADI DIRI PADA BADAN sehingga meliputi sekaliannya. Maka itulah yang kita perlu tahu dan ambil tahu akan pecahan-pecahan nya..

- ZAT adalah hakikat segala kejadian dan kehidupan
... - NUR MUHAMMAD adalah pemegang amanah bagi Rahasia Tuhan iaitu Tenaga@Kuasa
- ORGAN -ORGAN adalah bekas untuk menyimpan atau menyatakan akan fungsi2 nya.
- ASMA’ ALLAH yang bernama AZ-ZHOHIRU=yang zahir
- ASMA’ ALLAH yang bernama AL MUZHOOHIRU=yang mengzahirkan.

Cinta kepada Allah

Sebenarnya cinta kepada Allah itu ibarat pelita yang menyilaukan,
Jika ia menetap dalam indera,
ia akan mematikan,
Jika ia menetap dalam jiwa,
ia akan memabukkan,
Pada lahirnya ia berupa Rahsia,
sedang pada batinnya,
ia berupa Cinta ....

Abu Bakar As-Syabil ....

Ramai orang yang menyembah Allah kerana mengharapkan balasan.Ibadah dilakukan sebagai suatu perlaburan agar suatu masa nanti Tuhan membayar hasil ibadah itu kepada mereka .. maka dengan jelasnya ini adalah ibadah orang berdagang ..

Ada juga orang menyembah Tuhan kerana takut akan siksa-Nya .. maka ibadah ini seperti pengabdian seorang hamba kepada seorang tuannya ..

Ibadah yang hakiki adalah ibadah kerana cinta dan itulah ibadah orang yang merdeka ..

Tasawuf adalah ilmu cara menyembah Tuhan,bukan kerana mengharapkan pahalaNya atau takut kerana siksaNya,melainkan kerana kecintaan kepadaNya ..

Friday, January 13, 2012

HAKIKAT INSAN KAMIL

Si hamba menyaksikan bahwa Insan Kamil adalah pertemuan di antara ketuhanan dan kehambaan. Pada Insan Kamil berkumpul pengetahuan tentang Tuhan dan pengetahuan tentang makhluk Tuhan. Insan Kamil mengenal Tuhan dalam aspek tanzih dan tasybih. Insan Kamil memperoleh maklumat Hakikat Muhammad secara lengkap dan sempurna. Insan Kamil yang memiliki ilmu dan makrifat yang sempurna. Insan Kamil yang mempunyai pengenalan yang sempurna tentang Tuhan. Insan Kamil juga mempunyai pengetahuan yang sempurna tentang apa yang Tuhan sampaikan kepada hamba-hamba-Nya.

Insan Kamil juga mempunyai maklumat Hakikat Insan secara sempurna. Oleh kerana Hakikat Insan mengumpulkan maklumat yang lengkap tentang manusia dan alam makhluk sekaliannya, maka Insan Kamil mempunyai pengetahuan yang lengkap tentang manusia dan alam makhluk sekaliannya. Seluruh alam semesta ‘terkandung’ dalam Insan Kamil. Hati si hamba yang terbuka kepada suasana Hakikat Insan Kamil menyaksikan seluruh alam semesta berada dalam hatinya. Si hamba menyaksikan pengetahuan ketuhanan datang secara langsung kepada hatinya.

Pembukaan kepada Hakikat Insan Kamil membuat hati si hamba menyaksikan alam semesta disempadani oleh dirinya dan pada masa yang sama dia menyaksikan ‘Allah’ bersemayam dalam hatinya. Inilah peringkat yang paling tinggi bahayanya dalam semua peringkat pengalaman kerohanian. Ketuhanan dan kehambaan muncul pada hati yang sama, pada perasaan yang sama dan pada masa yang sama. Hanya kehambaan yang sentiasa membayanginya meneguhkan tapak kakinya berpijak pada jalan yang benar. Kehambaan pada peringkat ini sangat rapuh, mudah saja menjadi hancur lebur. Jika hal yang demikian terjadi hati si hamba tidak lagi melihat perbedaan di antara hamba dengan Tuhan, dirinya dengan Tuhan. Keadaan seperti ini tidak muncul sewaktu menyaksikan Hakikat-hakikat yang lain termasuklah Hakikat Muhammad kerana pada ketika itu makhluk dan dirinya tidak ada dalam perhatian dan kesadarannya. Pada tahap mengalami suasana Hakikat Insan Kamil ini kesadar! an dan perhatian kepada diri dan makhluk baru saja muncul kembali, belum begitu kuat dan berpengaruh. Kesadaran dan perhatian tersebut baru pada tahap seumpama bayang-bayang yang belum melekat benar pada hati. Hakikat Insan Kamil adalah umpama stesen bebas bagi hati. Ia boleh menjadi Tuhan dan hamba pada masa yang sama. Ia juga boleh menjadi nabi dan wali. Ia juga boleh menjadi malaikat.

Jika seseorang yang baru saja kembali sedikit kesadarannya terhadap kewujudan dirinya larut dalam Hakikat Insan Kamil, hatinya akan mengalami apa yang biasa disebut oleh orang sufi sebagai bersatu dengan Tuhan. Rasa bersatu dengan Tuhan berbeda daripada mengalami suasana keesaan yang berlaku Pada ketika itu keesaan dialami dalam suasana tiada kesadaran terhadap diri sendiri. Si hamba hanya menyaksikan Allah s.w.t semata-mata, tidak pada dirinya dan makhluk lainnya. Dia hanya menyaksikan satu wujud yaitu wujud Allah s.w.t, wujud yang lain tidak ada dalam perhatiannya. Oleh yang demikian tidak timbul isu bersatu dengan Tuhan pada peringkat itu. Pada peringkat Hakikat Insan Kamil pula wujud Allah s.w.t dan wujud dirinya nyata dalam kesedarannya dan mungkin dia tidak dapat membedakan yang satu dengan yang lain. Dalam keadaan demikian dia mungkin menyaksikan Allah s.w.t sebagai Haq (Yang Hakiki) dan juga khalq (makhluk sebag! ai bayangan Yang Hakiki). Dia mungkin merasakan dirinya sebagai Tuhan dan hamba Tuhan, yang sama dalam aspek yang berbeda. Dia mungkin melihat sifat-sifat yang ada pada dirinya sebagai sifat Tuhan dan dia menjadi pendhahir sifat Tuhan secara sempurna. Dia mungkin merasakan pada wujudnya yang satu bertemu Wujud Tuhan dengan wujud alam semesta. Dia mungkin menyaksikan seluruh alam semesta seumpama bola kecil terkandung di dalam hatinya. Dia mungkin melihat badannya sebagai Arasy, rohnya sebagai Roh Muhammad dan zatnya sebagai Zat Tuhan. Dia mungkin juga melihat ilmunya sebagai Ilmu Tuhan dan bakat dirinya sebagai malaikat.

Bila dikuasai oleh rasa kelarutan dalam Hakikat Insan Kamil dia mungkin melihat dirinya berada pada satu falak di atas daripada falak yang ada makhluk yang lain. Malaikat, jin dan yang lain-lain mungkin dilihatnya berada di bawah daripada falak dirinya. Dia mungkin melihat bakat dirinya bergerak melalui makhluk yang lain. Jika dia berada dalam satu kumpulan pekerja dia mungkin melihat bakat dan daya upayanya berada pada setiap pekerja tersebut.

Suasana hati yang bergabung dengan Hakikat Insan Kamil mungkin membuat seseorang melaungkan “Ana al-Haq!�?. Ucapan “Ana al-Haq�? pada peringkat ini berbeda daripada ucapan Ana al-Haq , dahulu si hamba semata-mata menjadi alat dan Tuhan Pengguna alat. Si hamba tidak melihat ucapan tersebut sebagai ucapannya. Dia menyaksikan Kalam Tuhan yang keluar daripadanya. Pada peringkat Hakikat Insan Kamil pula ucapan “Ana al-Haq�? dilafazkan dalam keadaan ada kesadaran diri. Kesadaran tersebut membuatnya melihat ucapan itu sebagai ucapan Tuhan dan juga ucapan dirinya yang bersatu dengan Tuhan. Apa yang dia ucapkan itulah yang Tuhan ucapkan, dan apa yang Tuhan ucapkan itulah yang dia ucapkan. Beginilah keadaan yang berlaku kepada orang yang larut dalam Insan Kamil.

Ramai orang menyangkakan Insan Kamil adalah penghabisan jalan. Mereka jadikan Insan Kamil sebagai makam mereka.

Semua keturunan Adam a.s dinamakan manusia. Dalam bangsa manusia itu ada golongan yang sempurna dinamakan manusia yang sempurna. Dalam golongan manusia yang sempurna itu ada kumpulan yang menjadi Nabi dan Rasul. Bangsa manusia secara keseluruhannya dikuasai oleh Hakikat Insan. Golongan manusia yang sempurna itu pula dikuasai oleh Hakikat Insan Kamil. Dalam golongan manusia yang sempurna itu, yang menjadi nabi dan rasul dikuasai pula oleh Hakikat Muhammad.

Hakikat-hakikat, termasuklah Insan Kamil, bukanlah makhluk yang ada dalam alam. Hakikat adalah urusan Tuhan. Insan Kamil adalah urusan Tuhan yang menguasai satu kumpulan manusia yang sempurna kehambaannya kepada Allah s.w.t. Insan Kamil yang asli, yang ada pada sisi Tuhan tidak berupa, tidak berbentuk, tidak berwarna, tidak menempati ruang dan zaman dan juga tidak bernama. Manusia-manusia sempurna yang muncul di atas muka bumi bolehlah dikatakan salinan lengkap kepada Insan Kamil yang asli. Manusia yang paling sempurna, menjadi salinan Insan Kamil yang paling sempurna menerima penguasaan sepenuhnya daripada Hakikat Muhammad dan beliau adalah Nabi Muhammad s.a.w. Manusia-manusia sempurna yang lain, walaupun sempurna tetapi kesempurnaan mereka tidak mencapai tahap kesempurnaan Nabi Muhammad s.a.w. Mereka tidak menerima penguasaan Hakikat Muhammad secara lengkap, selengkap Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu hanya Nabi Muhammad ! s.a.w saja yang bernama Muhammad, yang lain bernama Ibrahim, Musa, Isa, Nuh dan lain-lain. Manusia sempurna yang lain tidak mengaku diri mereka sebagai Muhammad walaupun mereka juga menerima maklumat daripada Hakikat Muhammad. Sejak Nabi Adam a.s sampailah kepada Nabi Isa a.s tidak ada seorang Nabi pun yang mengaku menjadi Muhammad. Kumpulan manusia yang sah kesempurnaan mereka tidak mengaku menjadi Muhammad atau bersekutu dengan Muhammad. Jika ada orang yang mengaku menjadi Muhammad atau bersekutu dengan Muhammad, baik secara zahir atau secara batin, maka nyatalah mereka telah keliru dalam memahami hakikat.

Salinan Insan Kamil yang paling sempurna dalam kumpulan Nabi-nabi adalah Nabi Muhammad s.a.w, penutup Kenabian. Salinan Insan Kamil yang sempurna dalam kumpulan wali-wali adalah Muhammad Imam Mahadi, penutup kewalian. Muhammad Imam Mahadi tinggal di dalam dunia dan menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya oleh Allah s.w.t. Bila tugas tersebut selesai beliau kembali ke rahmatullah. Pada ketika itu salinan Insan Kamil tidak akan muncul lagi ke dunia. Bila salinan Insan Kamil tidak ada lagi di dalam dunia maka tertutuplah ilmu ketuhanan. Tidak ada lagi manusia yang mengenal Allah s.w.t. Pada ketika itu berlakulah kiamat besar.

Ada beberapa perkara lagi perlu diketahui berhubung dengan daerah Insan Kamil yang selalu diperkatakan apabila bercakap mengenainya. Insan Kamil dikatakan bersemayam di dalam Kaabatullah. Kaabatullah selalu disebut dalam memperkatakan tentang hakikat. Ada orang mengatakan dia bersembahyang menghadap Kaabatullah. Ada pula yang mengatakan dia bersembahyang di dalam Kaabatullah. Yang lain pula mengatakan dia sembahyang dengan ketiadaan Kaabatullah. Ada juga orang mengatakan dia menemui Rasulullah s.a.w di dalam Kaabatullah. Berbagai-bagai lagi keadaan Kaabatullah yang diceritakan orang dalam menggambarkan suasana hakikat.

Kaabatullah yang dikatakan seperti cerita di atas merupakan suasana simbolik bagi menggambarkan keadaan hubungan hati dengan Allah s.w.t. Umat Islam bersembahyang menghadap Kaabatullah bukan bermakna mereka menyembah Kaabatullah dan bukan juga Allah s.w.t berada dalam Kaabatullah. Allah s.w.t memilih Kaabatullah sebagai tempat yang boleh dirasakan kehadiran-Nya dengan kuat. Jadi, Kaabatullah dihubungkan dengan Hadrat Ilahi. Berhadap ke Kaabatullah bermakna menghadap kepada Hadrat-Nya.

Di dalam suasana hakikat, Kaabatullah menjadi misal bagi suasana ketuhanan. Bila dikatakan Insan Kami bersemayam di dalam Kaabatullah ia bermaksud Insan Kamil adalah suasana ketuhanan, berada dalam Ilmu Tuhan. Orang yang bersembahyang di dalam kesedaran melihat Kaabatullah berada di hadapannya. Orang yang di dalam zauk merasakan berada di dalam Kaabatullah. Orang yang baqa dengan Allah s.w.t tidak melihat kepada Kaabatullah. Orang yang ‘memasuki’ Ilmu Allah, mengenali suasana Hakikat Muhammad dan mengambil ilmu daripada sumber tersebut, menggambarkannya sebagai berjumpa dengan Rasulullah s.a.w di dalam Kaabatullah dan menerima pengajaran daripada baginda s.a.w. Pengalaman-pengalaman yang disebut di atas merupakan pengalaman dalam ‘misal kepada hakikat’.

Penyaksian terhadap rupa, bentuk, cahaya dan warna adalah penyaksian kepada misal bagi hakikat-hakikat. Apa yang disaksikan itu menjadi cermin yang membalikkan kefahaman tentang hakikat yang tidak boleh disaksikan. Rasulullah s.a.w melihat pada malam Israk dan Mikraj, bentuk misal kesenangan dan kemewahan dunia sebagai perempuan cantik dan umur dunia yang sudah lanjut sebagai perempuan tua. Kedua-duanya menceritakan tentang hakikat dunia tetapi berlainan rupa bagi menceritakan maksud yang berbeda.

Hakikat boleh diibaratkan sebagai cahaya dan cermin sebagai Alam Misal. Jika benda nyata diletakkan di hadapan cermin dan cahaya dipancarkan kepadanya, akan kelihatanlah gambaran benda nyata itu di dalam cermin. Gambaran yang kelihatan di dalam cermin itu menyatakan bahawa pada benda nyata itu ada pancaran cahaya. Cahaya disaksikan dalam bentuk benda-benda nyata. Bentuk benda-benda nyata itu menjadi misal kepada cahaya, menceritakan bahawa di sana ada kehadiran cahaya. Tetapi benda nyata dan gambaran benda nyata yang kelihatan atau bentuk misal itu bukanlah cahaya. Cahaya tetap dalam keadaan aslinya yang tidak ada rupa dan warna. Ada orang yang tidak membedakan bentuk misal dengan cahaya yang asli. Orang yang tidak membedakan bentuk misal dengan hakikat kepada yang dimisalkan itu memahamkan hakikat ketuhanan mempunyai wajah-wajah tertentu.

Hakikat Insan Kamil adalah umpama cahaya yang hening. Hati insan umpama cermin yang jernih. Orang yang memandang ke dalam cermin hatinya bersuluhkan cahaya Hakikat Insan Kamil akan menyaksikan wajahnya sendiri di dalam cermin itu, lalu dia menyangkakan bahawa itulah wajah Insan Kamil yang asli, dan itu jugalah wajah Tuhan yang tidak dibedakan dengan Insan Kamil. Jika orang Hindu menyembah tuhan dalam rupa monyet orang tadi menyembah Tuhan dalam rupa dirinya sendiri. Lama-lama orang Hindu menyembah monyet, tidak lagi menyembah Tuhan. Lama-lama orang tadi menyembah dirinya, tidak lagi menyembah Tuhan. Inilah yang selalu terjadi kepada orang yang berjalan kepada hakikat tanpa membawa syariat.

Orang yang berjalan pada jalan kerohanian perlu melepasi bentuk-bentuk misal. Lepaskan apa juga yang sampai kepada penyaksian. Nafikan dengan kalimah “La ilaha illa Llah�?. Orang yang berjaya melepasi bentuk-bentuk misal tersebut akan sampai kepada Penyaksian Hakiki, yaitu menyaksikan tanpa rupa, bentuk, cahaya, warna dan wajah. Pada Penyaksian Hakiki juga tidak ada suara, tidak ada huruf. Penyaksian berlaku kepada mata keyakinan. Si hamba yang menyaksikan dengan mata keyakinan mengucapkan: “Sesungguhnya hatiku tidak berasa syak lagi bahawa Engkau yang daku pandang tanpa rupa, tanpa bentuk, tanpa cahaya, tanpa warna, tanpa suara dan tanpa huruf�?. Itulah keadaan memandang dengan tiada sesuatu yang dipandang, tahu tanpa sesuatu pengetahuan dan kenal tanpa sesuatu pengenalan. Penyaksian akal dinamakan ilmul yaqin. Penyaksian mata hati dinamakan ainul yaqin. Penyaksian mata keyakinan dinamakan haqqul yaqin. Haqqul yaqin meru! ntuhkan segala pengetahuan dan penyaksian kerana sesungguhnya Tuhan adalah:

Tiada sesuatu yang serupa dengan-Nya

Keyakinan terhadap Allah s.w.t adalah:

Dan Dia Mendengar dan Melihat

Jika seseorang mau cepat sampai ke matlamat hendaklah bersegera melepaskan bentuk-bentuk misal yang sampai kepada penyaksiannya. Berpindahlah kepada Penyaksian Hakiki. Tanda seseorang sudah memiliki Penyaksian Hakiki adalah dia dapat melihat hakikat ketuhanan pada dua perkara yang bertentangan dengan sekali pandang. Nama, rupa, bentuk, cahaya dan warna tidak menghijab pandangannya untuk menyaksikan hakikat atau Rububiah. Makrifat tentang nama-nama Tuhan penting bagi memperolehi Penyaksian Hakiki. Jika Yang Menghidupkan tidak menghijab Yang Mematikan, Yang Menaikkan tidak menghijab Yang Menjatuhkan, Yang Memberi tidak menghijab Yang Menahan, Yang Awal tidak menghijab Yang Akhir, Yang Zahir tidak menghijab Yang Batin, maka yang disaksikan pada setiap masa dan dalam semua suasana adalah Yang Maha Esa. Apabila mata ilmu dan mata hati tidak menutup mata keyakinan maka yang disaksikan adalah Yang Haq!

Tidak semua orang yang memasuki daerah Hakikat Insan Kamil akan terdorong kepada suasana bersatu dengan Tuhan. Si hamba yang telah mengalami suasana kehadiran kenabian dan mengalami pula suasana keesaan Tuhan akan sentiasa dibayangi oleh rasa kehambaan kepada Tuhan. Pertembungan dengan Hakikat Insan Kamil tidak menyebabkan berlakunya perlarutan. Suasana Hakikat Insan Kamil dialaminya sebagaimana mengalami suasana Hadrat kenabian dan Hadrat ketuhanan. Si hamba tidak mengalami suasana menjadi Insan Kamil atau menjadi Tuhan atau bersatu dengan Tuhan. Insan Kamil merupakan salah satu Hadrat yang dialaminya dan melalui pengalaman tersebut dia mengerti maksud Insan Kamil.

Orang yang berjalan pada jalan kehambaan akan menetap sebagai hamba, tidak berubah menjadi Adam atau Muhammad atau Insan Kamil atau Tuhan. Sepanjang perjalanan dia berada dalam suasana dia yang menyaksikan dan melalui penyaksian tersebut dia memperolehi pengetahuan dan pengenalan (ilmu dan makrifat) tanpa melepaskan pandangan kepada “Allah Yang Maha Esa�? dan “Tiada sesuatu serupa dengan-Nya�?. Melalui jalan kehambaan kehadiran kenabian, kehadiran Hakikat-hakikat Insan, Muhammad dan Insan Kamil dan juga kehadiran Tuhan berperanan sebagai Pembimbing. ‘Pertemuan’ dengan Hadrat-Hadrat tersebut memperkuatkan Petunjuk Ghaib dalam dirinya. Juru-bicara dalam dirinya sentiasa memberi peringatan. Dia diperingatkan agar berjalan terus, jangan berhenti walaupun dijanjikan syurga atau dihalang oleh neraka, walaupun dibukakan suasana Hakikat-hakikat. Semua itu untuk diketahui dan untuk dikenal, bukan tempat untuk bermakam.

Dalam suasana Hakikat Insan Kamil, seseorang biasa berjumpa dengan hakikat maut yaitu mengalami suasana Izrail. Boleh juga dikatakan jika seseorang itu tidak mengalami suasana Izrail dia tidak memasuki daerah Insan Kamil dengan sepenuhnya. Dia mungkin berjalan di bawah bayangan daerah itu sahaja.

Manusia biasa naik ke langit melalui jalan biasa yang dilalui oleh semua orang, yaitu jalan mati. Orang yang memasuki daerah Hakikat Insan Kamil juga mengalami kematian, tetapi bukan kematian tubuh badan. Kematian yang berlaku di sana adalah kematian secara kebatinan, yaitu merasai kehadiran Maut. Dia mungkin merasai suasana kematian beberapa kali pada alam kebatinannya. Pengalaman yang demikian membuka penutup pada hati. si hamba telah menghadapkan dirinya kepada maut. Pada ketika itu dia menuju kepada pengecilan kesedaran terhadap diri sendiri. Ia menjadi lonjakan untuk mencapai stesen yang berikutnya. Tetapi pengalaman tersebut tidak banyak memberi pengertian kepada dirinya. Dalam daerah Hakikat Insan Kamil pula si hamba sedang menuju ke arah pembesaran kesedaran terhadap diri sendiri. Oleh itu setiap pengalaman menarik perhatiannya. kehadiran Maut pada daerah Insan Kamil memperjelaskan pengalaman . Dalam daerah! Insan Kamil ini si hamba merasakan sangat hampir dengan Maut. Biasa terjadi pada peringkat ini dia mendapat firasat mengenai kematian orang-orang tertentu dan kemudiannya ternyata firasat tersebut adalah benar. Keadaan ini bersifat sementara saja. Apabila dia meninggalkan daerah Insan Kamil dia keluar juga daripada Hadrat Maut itu dan firasat tentang kematian tidak ada lagi.

Apabila Hadrat Maut dan Hadrat Insan Kamil bertemu pada satu daerah, pada satu hati, suasana kehambaan akan menetap dan terhindarlah suasana ketuhanan. Hadrat Maut memperlihatkan kedaifan, kehinaan dan kejahilan si hamba. Hadrat Insan Kamil memperlihatkan kekuasaan, kemuliaan dan kebijaksanaan Tuhan. Orang yang benar-benar menyaksikan keagungan Tuhan adalah orang yang sedang menghadapi sakratul maut. Keadaan ini samalah seperti keadaan orang yang menerima uang satu juta dan pada masa yang sama dia mengetahui bahwa dia menghidapi penyakit kanser yang akan membawanya kepada maut. Begitulah umpamanya keadaan hati yang merasai Hadrat Maut dan Hadrat Insan Kamil pada satu masa. Dia diperlihatkan kekerdilan dirinya sebagai hamba Tuhan dan keagungan Allah s.w.t sebagai Tuhan. Bertambah kuatlah rasa kehambaan pada dirinya. Jadi, Hadrat Insan Kamil yang menyebabkan sebahagian orang mengalami suasana bersatu dengan Tuhan boleh juga menambahkan rasa kehambaan. Si hamba yang bertambah rasa kekerdilan diri dan kehambaannya kepada Tuhan bermunajat kepada Tuhan dengan penuh tawaduk.

Wednesday, January 11, 2012

Al Misykat

oleh H.B. Johar

Perkataan ‘Al Misykat’ agak jarang sekali diungkapkan di dalam literatur Islam secara amnya selain ditemukan di dalam kitab-kitab Tasawuf yang muntahi. Padahal ianya termaktub di dalam sebuah ayat Al Quran Surah An-Nur: 35 yang berbunyi maksudnya;

“Allah (Pemberi) cahaya langit dan bumi. Umpama CahayaNya itu seperti Misykat yang di dalamnya ada pelita. Pelita itu di dalam kaca dan kaca itu bagaikan bintang bergemerlapan, dinyalakan oleh minyak dari pohon yang diberkahi, pohon zaitun yang tumbuh tidak di timur dan tidak di barat, minyaknya hampir-hampir menerangi walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya. Allah memberikan petunjuk kepada CahayaNya bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia dan Allah Maha Mengatahui segala sesuatu.”

Misykat ertinya lubang. Lubang yang terkait maksudnya di dalam ayat tersebut dapat ditanggapi sebagai gambaran yang sungguh luarbiasa, yakni lubang yang dikatakan tidak tembus. Secara umumnya kita memahami apa yang dikatakan lubang ialah sesuatu ruang atau rongga yang berbentuk bulatan dan boleh ditelusi dari pangkal hingga hujungnya, atau dari atas sampai ke bawahnya. Namun lubang yang tidak tembus ini adalah lubang yang terpilih khas untuk diletakkan sebuah pelita. Andaikata pelita diletakkan di dalam sebuah lubang yang telus, pasti cahaya dari pelita itu tidak dapat tersebar ke mana. Dan pelita itu pula harus dikawal di dalam balang kaca agar apinya tidak mudah terpadam dihembusi angin. Kaca juga harus terpilih dari kaca yang lutsinar, bersih dan tidak terlindung dengan permukaan yang gelap. Cahaya memancar menyeluruhi kaca, dan kaca itu menjadi indah bercahaya laksana bintang-bintang yang gemerlapan di angkasa malam. Pelita itu wajar dihidupkan oleh minyak yang sangat bagus mutunya, bukan jenis minyak yang mengeluarkan asap kotor serta mencemarkan udara. Minyak yang bagus mutunya itu akan kelihatan sejernih-jernihnya dan minyak itulah yang menjadi sumber pelita itu terang bernyala, seolah-olah tampak kehebatannya boleh bernyala dengan sendirinya walaupun tanpa memerlukan api. Minyak itu berasal dari jenis pohon yang banyak berkahnya iaitu pohon Zaitun. Tumbuhan pohon zaitun ini tidak terdapat di belahan timur mahu pun di belahan barat, tetapi ia subur di tempat yang paling sesuai iaitu di tengah-tengah perlembahan bumi. Minyak Zaitun adalah rahasia pelita itu sendiri dan tempatnya tersembunyi di dalam pelita. Tidak ada pengetahuan untuk menyelidiki apakah hakikat minyak Zaitun itu, selain penzahiran atau kelebihannya yang dapat memberikan pelbagai menafaat untuk kegunaan manusia.

Ulama-ulama Sufi terdahulu banyak membahaskan mengenai kajian Misykat ini. Ianya dikhususkan dalam bahagian terpenting dan signifikan dalam ilmu Tasawuf. Imam Ghazali telah memberikan huraian yang terpanjang dalam kitabnya berjudul Misykatul Anwar. Tak kurang juga oleh Syekh Ibnu Arabi, menamakan sebuah kitabnya Misykat Al Anwar yang merupakan himpunan 101 buah Hadis Qudsi mengenai hubungan manusia dengan Ketuhanan. Menurut Syekh Ibnu Arabi, kebanyakan ahli sufi menyebutnya sebagai ‘Misykat Khatamul Rasul’(Pelita Penutup segala Rasul) dan ada juga gelaran disebut ‘Misykat Khatamun Nubuwwah’.

Di dalam kebanyakan kitab tafsir Al Quran tidak begitu memberikan fokus serta huraian yang mendalam dan terperinci tentang apakah sebenarnya Misykat itu. Malah terdapat berbagai tafsiran secara kerambangannya tidak memberikan perspektif yang betul seperti memaknakan Misykat sebagai bangunan masjid atau mihrab. Hanya segelintir ahli-ahli sufi yang benar-benar berminat untuk menyauknya sebagai ilmu dan irfan, yang bahwasanya menurut Ibnu Farid adalah dikatakan sebagai Al Qutub yakni tempat sumber segala ilmu pengetahuan. Lagipun pada zaman sekarang ini, kurang sekali terdapat guru-guru arif yang dapat mengajarkan tentang ilmu Misykat ini. Seolah-olah ianya semakin pupus dan hilang dalam perkembangan zaman yang dimana manusia lebih mementingkan pencapaian bidang ilmu syariat. Padahal guru-guru sufi di zaman dahulu, meletakkan Misykat sebagai wadah dan matlamat dalam ilmu Tasawuf dan Thariqah. Sesebuah thariqah tidaklah seharusnya dibatasi aktiviti hariannya dengan amalan wirid-wirid tertentu sahaja untuk mengharapkan keajaiban karamah atau ganjaran pahala akhirat, tetapi jiwanya haruslah menjelajahi Alam Malakut, Alam Jabarut, Alam Bahut, Alam Lahut, Alam Hahut dan seterusnya sampai ke Hadirat Allah. Namun bagaimanakah seseorang itu boleh melepasi alam-alam tersebut jika ia tidak tahu untuk apakah tujuannya berthariqah dan sampai ke matlamat mana?

Misykat yang disebutkan di dalam Al Quran, Surah An-Nur:35 adalah pada aspek hubungan dengan CahayaNya. Menurut pandangan ahli sufi CahayaNya diertikan sebagai Cahaya yang bernama Nur Muhammad iaitu ciptaan Allah yang pertama terzahir dari Wujud Mutlak. Gagasan tentang Nur Muhammad ini pertama kali diasaskan oleh Mansur Al Hallaj (lihat Kitab Tawassin). Al Hallaj menegaskan Muhammad itu mempunyai dua aspek haqiqat. Aspek pertamanya merupakan Nur Al Azal yang telah terlebih dahulu ada sebelum terjadinya alam semesta. Aspek haqiqat inilah menjadi wadah ilmu dan irfan sebagai titik-tolak munculnya para Nabi dan Wali Allah. Aspek haqiqat yang kedua pula Muhammad dikenali sebagai putera Abdullah yang lahir di Makkah dan kemudian diangkat Allah menjadi Nabi dan Rasul yang terakhir.

Dalam hal sedemikian, Al Hallaj merumuskan bahwa Nur Muhammad merupakan Pelita Besar yang segala cahaya kenabian memancar daripadanya seperti kaca yang sangat terang-benderang dalam perumpamaan Misykat laksana bintang-bintang bergemerlapan di langit. Nur Muhammad ini pada pandangan Al Hallaj bersifat Qadim meskipun ia makhluk kerana Ianya adalah penampakan daripada Zat Allah itu sendiri ketika Dia menyatakan sebagaimana di dalam sebuah Hadis Qudsi bahwa Dia rindu untuk dikenal, maka CahayaNya itu muncul daripada DiriNya juga dan tidak daripada bahan lainnya, kerana Dia sahaja yang ada pada ketika itu sebagai Wujud Yang Maha Esa.

Gagasan tersebut kemudian diperkembangkan oleh Syekh Ibnu Arabi. Menurut Syekh Ibnu Arabi, Nur Muhammad merupakan wadah tajalli Tuhan yang sempurna. Justeru itu Syekh Ibnu Arabi menyebutnya juga sebagai ‘Akal Pertama’ atau ‘Kalam Yang Tertinggi’. Ia adalah Al Misykat bagi Insan Al Kammil bermulanya daripada Nabi Adam ‘alaihissalam hingga kepada keturunannya. Al Misykat inilah menurut dalam kajian Syekh Ibnu Arabi untuk Tuhan melihat DiriNya di luar diri. Hanya kepada Insan Al Kammil yang memiliki rahasia Al Misykat itu, maka Tuhan dapat dikenali sebagaimana Ia harus dikenal. Maka sesungguhnya Al Misykat itu merupakan juga relung bagi wujud abstrak dalam ilmu Ketuhanan.

Tuesday, January 10, 2012

Tahap-Tahap Ilmu Yang Sampai Kepada Allah

oleh H.B. Johar

1. Ilmu Syariat
Ilmu syariat ini sejalan dengan Ilmu Sifat 20. Dengan mempelajari Ilmu Sifat20 ini, sang murid tidak sewajarnya dibelenggu dengan dalil akal dan nas semata-mata. Ia perlu mendalami sifat 20 itu yang tertakluk dalam Salbiah, Nafsiah dan Maani yang hadir pada dirinya itu bahawa harus dikembalikan sebagai Amanah kepada Al-Haq. Apabila Amanah itu dikembalikan dengan ditasydiqkan di dalam hati iaitu dengan keyakinan yang putus tanpa syak dan waham; La haiyun, La qadirun, La muridun, La ‘alimun, La sami’un, La basirun, La mutakalimun, akan tersingkaplah kepada sang murid dengan keperolehan ‘rasa’. ‘Rasa’ iniah yang akan menyingkap ‘Rahsia Allah’ yakni Wahdaniyyah. Seperti contohnya apabila dipulangkan di antara salah satu sifat Nafsiah “bersalahan Allah Ta’ala dari segala yang baharu,” maka pada ketika itu luputlah sifat-sifat Allah yang sebelumnya ada dikatakan kepada hamba, melainkan Allah jua yang mempunyai Sifat, hamba yang tinggal kini sebagai sandaran tempat mengEsakannya. Tatkala itu Allah itu hidup dengan sifat hayatNya, berkata-kata dengan KalamNya, mendengar dengan pendengaranNya, mengetahui dengan IlmuNya, berkehendak dengan kehendakNya, berbuat dengan perbuatanNya, melihat dengan penglihatanNya. Apabila si hamba luput zahir dan batin, tatkala itu tiada yang tahu, kerana keputusan ilmu adalah tidak mengetahui, maka Sifat sebenarnya tidak bercerai dengan Zat, walaupun dalam pandangan ilmu tampak bercerai, Sifat dan Zat adalah satu jua; Allah hidup dengan ZatNya, Allah berkata-kata dengan ZatNya, mengetahui dengan ZatNya, berkuasa dengan ZatNya, mendengar dengan ZatNya, melihat dengan ZatNya, berkehendak dengan ZatNya. Akhir tahapan makrifat itu; Yang Mengenal adalah Yang Dikenal jua.

Salbiah |1 sifat | Wujud
Nafsiah | 5 sifat | Qidam, Baqa, Mukhalafatuhu lilhawadis, Qiyamuhu binafsih, Wahdaniah
Maani | 7 sifat | Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sama’, Basar, Kalam
Maanawiyyah | 7 sifat | kaunuhu qadiran, kaunuhu muridan, kaunuhu ‘aliman, kaunuhu sami’an, kaunuhu basiran, kaunuhu mutakaliman

2. Ilmu Thariqah

Thariqah erti dasarnya ialah perjalanan mencari Allah. Perjalanan itu ada di dalam zikir yang ditalqinkan serta latihan-latihan suluk. Jauh atau singkatnya perjalanan tergantung kepada pengalaman kerohanian seseorang itu. Ada yang berjaya sampai kepada matlamatnya. Ada pula yang tidak mendapatkan apa-apa hasilnya selain penat-lelah. Ada pula yang tertinggal separuh jalan, gagal, kecewa atau putus-asa. Ada yang masih meneruskan perjalanan walaupun jasadnya sudah pun terkubur di bumi. Ada pula yang thariqahnya bersambung-sambung dengan thariqah-thariqah lainnya untuk sampai kepada matlamatnya.

3. Ilmu Haqiqat

Haqiqat berdasarkan kepada Al-Haq. Adapun difinisi Al Haq dalam ilmu haqiqat (lihat tasawuf) bukanlah bersandarkan semata-mata kepada Tuhan. Apa yang dimaksudkan Al Haq ialah hubungan atau rangkaian milik bersama antara Tuhan dan hamba. Contohnya seperti Surah Al Fateha yang mengandungi 7 ayat. Tiga ayat yang teratas adalah khusus bagi Allah, manakala 4 ayat ke bawah khas bagi hamba. Maka solat juga pada pengertian orang haqiqat ialah ‘tempat pertemuan antara Tuhan dan hamba’, dan bukanlah solat itu suatu sembahan atau puja-pujian kepada Allah semata-mata. Justeru itu, Ilmu Haqiqat adalah terkait dengan Ilmu Mengenal Diri. Tanpa diri manusia, maka Ilmu Haqiqat ini tidak akan wujud. Menurut kata Syekh Sufi Ahmad al Alawi, “orang yang mengenal diri itu adalah lebih dalam makrifatnya daripada orang yang mengenal Allah.” Ada pendapat yang mengatakan bahwa Ilmu Haqiqat didapati langsung daripada Allah, disebut juga sebagai Ilmu Laduni dengan tanpa usaha. Namun demikian ada juga Ilmu Haqiqat ini yang dibimbing oleh guru-guru mursyid yang terkenal seperti Hamzah Fansuri dengan doktrinnya Wujudiyyah, Ibnu Arabi dengan doktrinnya Wahdat al Wujud. Dan yang paling sistematis sekali ialah Fadullah Burhanpuri, seorang ulama Sufi dari India yang telah menyusun kitab Maratib al Sab’ah (Martabat Tujuh), kemudian kitab tersebut telah dikirimkan pengarangnya sendiri kepada Syekh Shamsuddin al Sumaterani semasa memegang tampuk kerajaan Aceh sebagai menteri, kemudian kitab yang berisi ajaran Martabat Tujuh ini telah disusun pula oleh Syekh Shamsuddin al Sumaterani ke dalam kitabnya berjudul Jauhar al Haqaiq tanpa mengubah sebarang dasar. Begitupun kepada Abdul Karim al Jili yang telah menyusun Ilmu Haqiqat atau Ilmu Mengenal Diri di dalam kitabnya berjudul Insan Kamil Fi Ma’rifah al Awahir wa al Awa’il. Menurut Syekh Abdrl Karim al Jili, Ilmu Mengenal Diri atau disebut Ilmu Haqiqat adalah termaktub dalam dzauk dan mukasyafah yang melepasi teori, ijtihad atau apa pun jua wacana intelektual.

4. Ilmu Misykat

Misykat ertinya relung dalam bahasa Melayu. Misykat ada disebutkan di dalam al Qur’an Surah an Nur: 35. Saya teringat pesanan kata seorang guru Sufi, “Jika kau mencari Misykat ini di dalam seluruh jilid kitab Ihya Ulumuddin karangan Imam Ghazali, kau tidak akan menemuinya, kerana ilmu ini diperturunkan daripada hati ke hati, dan bukan dari tulisan ke tulisan.” Dalam kisah lagenda, ketika Sunan Kalijaga datang menemui Sunan Bonang, ia hanya meminta satu pelajaran sahaja untuk diajarkan iaitu tentang ‘Rahasia Noktah’. Rahsia Noktah yang disebutkan oleh Ibnu Arabi ialah Misykat Khatamul Rasul, kerana inilah yang merupakan makrifatnya sekalian para Nabi dan Rasul yang hanya diketahui oleh para Wali Allah yang khusus dan tinggi martabatnya. Ilmu Misykat ini tidak diajarkan sembarangan dan sukar didapati kerana bilangan orang yang mempunyai ilmu makrifat jenis ini terlalu sedikit bilangannya di dunia ini. Kata sesetengah pendapat mengatakan Ilmu Misykat ini dikuasai oleh Nabi Khidir AS yang merupakan maha guru kerohanian. Makrifatnya Ilmu Misykat ini sebagaimana yang diungkapkan, ketika hamba bermikraj ke atas, Tuhan turun ke bawah, lalu keduanya bertemu dalam satu titik pandangan, “Syuhud al katsrah fi al wahdah, syuhud al wahdah fi al katsrah, syuhud al wahdah fi al wahdah” (Pandang Yang Satu nampak yang ramai, pandang yang ramai, nampak Yang Satu, pandang Yang Satu dalam Yang Satu). Dan...”Aku tidak melihat sesuatu melainkan aku melihat Allah di dalamnya.” Syekh Ahmad Sirhindi mengungkapkan, “apabila aku memandang Dia, maka aku tidak lagi terlihat yang lain.” Makrifat ‘Misykat’ ini tidak ada nafi dan istbat, kerana apa yang istbat tetap istbat, tak ada apa yang perlu dinafikan. Tidak ada meleburkan diri atau fana. Ahli makrifat ini hidup bersama Allah walaupun tubuh mereka bergaul dengan manusia ramai.

Omar Abdullah and 4 others like this..

Anuar Yasin:terima kasih banyak2 Tuan Haji....pencerahan yg teramat terang..teruskn dgn tabligh Tuan...

Dyah Mika: Subhanalah Wal Hamdulillah, Hj Bung Johar.

Omar Abdullah:Saya nak pulangkan kata kata Tuan Haji..hanya berlian boleh memotong berlian..Tuan Haji adalah salah satu drpd berlian itu.

Haji Bung Johar: Sama2 semuanya. Berlian ada banyak, tapi saya belum bertemu mustika berlian, terima kasih ya Sidi Omar.

Sunday, January 8, 2012

AF'AL ALLAH atau PERBUATAN KITA ??

LETS GO BACK TO BASICS - Firman Allah

Dari setitis mani, Allah menciptakannya, lalu menentukannya. Dan tiadalah kehendak kamu, melainkan Kehendak Allah jua.
...
Ayuhai diri……..

Berimanlah kepada Allah secara JALAN HAQ yakni meyakini dengan HATI kita akan pengertian Q dan Q yang sebenarnya. Jangan pandai melafazkan sahaja Q dan Q dari Allah tetapi masih memfarakkan jiwa kita yakni dengan lafaz : Baik dari Allah , yang jahat dan buruk dari Diri Kita atau dari Iblis.

Cuba anda fikirkan : Adakah anda ingin menjadi hakim atau perompak ? Sudah tentu anda ingin menjadi hakim kerana akan dihormati orang, gajinya lumayan dan berkuasa menghukum penjenayah seperti perompak.

Maksudnya jika diberi hak memilih tentulah kita ingin kepada perkara yang baik baik belaka. Saorang perompak tidak mahu menjadi perompak tetapi dia merompak juga. Tiada saorang pun mahu jadi bodoh tetapi ramai juga yang masih bodoh. Semua orang mahu jadi kaya tetapi ramai juga yang miskin walaupun bekerja siang dan malam.See more
LikeUnlike · ·Follow postUnfollow post · 16 hours ago
Mala Kaida likes this..


Haji Bung Johar Sama2. Dia Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui.
3 hours ago via Mobile · LikeUnlike · 1.Pak Din Oden Nampaknya saya Asyaariyyah lah jadinya .... tetapi saya bangga dengan HAK GUNA yang diberikan Allh itu. Mungkin juga jalur sians saya yang kuat mengajak ke situ. Setuju "Ikthtiar dan pilihan manusia itu adalah sebenarnya qudrat dan iradat A...llah, zahirnya tampak ada pada manusia tetapi batinnya adalah Allah jua. "

Ia kembali lagi kepada persoalan apakah ombak itu laut atau ombak itu laut yang ditiup angin. Ombak dan laut ada air tetapi kebeadaan ombak memerlukan sesuatu yang berbeza, iaitu adanya angin, sementara adanya laut hanya memerlukan air.

Tentang pilihan antara Jabariah dan Qadariah, berupaya membuat pilihan, walaupun menggunakan iradah dan qudrat Allah, saya selaraskan dengan peringatan yang mengatakan tidak diubah nasib sesuatu diri/kaum, sekiranya dia/mereka tidak mengubahnya.

RUH IBNU ARABI

RUH - Ibnu Arabi

RUH

RUH itu keluar atau terbit dari YANG MUTLAK. Ibarat cakap keluar dari orang yang bercakap atau ibarat cahaya terbit dari matahari.
... Ruhlah merupakan TAJALLI pertama dari Yang Mutlak. Ia dipanggil KALAM.
Ruh itu ghaib atau tidak dapat dilihat dengan mata kepala / mata kasar. Ia diketahui wujudnya melalui kesannya. Oleh itu Tajalli Kedua ialah Tempat Kesan itu terzahir iaitu Jasad / Tubuh. Jika tidak ada HAWA kesan ADAM pun tidak ada.

Ruh ada 2 jenis :

pertama RUH SEMESTA atau RUH SEJAGAT,
kedua ialah RUH INDIVIDU.
Ruh Semesta ialah NASKAH bakat bakat semua perkara yang tidak berubah-ubah.

Ruh Individu ialah Ruh Persaorangan. Tiap tiap badan fizikal ada ruhnya sendiri. Matahari , bulan, bintang, bumi dan lain lain badan mempunyai ruh masing masing.
Didalam agama ruh digelar sebagai MALAIKATSee more
LikeUnlike · ·Follow postUnfollow post · 17 hours ago
Pak Din Oden and 3 others like this..

Pak Din Oden ‎"Didalam agama ruh digelar sebagai MALAIKAT"
17 hours ago · LikeUnlike · 1.Pemer Hati Tiada istila roh sejagat atau roh individu....yang ada lah ROH Ku..yang mempamerkan keperbagaian situasi dan keadaan......itu lah hak mutlak ZAT
4 hours ago via Mobile · LikeUnlike · 2.Pak Din Oden Setuju dari satu sudut tiada roh sejagat atau individu, sekitananya kita mengatakan ianya ibarat jasad. Dari satu jasad, kita boleh perincikan jasad bernama kaki, tangan dan bermacam lagi, yang kesemuanya layak dipanggil jasad secara keseluruhan. Dan pasti RohKu adalah HAK MUTLAK ZAT, tetapi diamanahkan (HAK GUNAnya) kepada makhlukNya.
2 hours ago · LikeUnlike...

PUASA HAKIKI

LETS GO TO BASICS - WAHAI SDRAKU ..INI UMPAMA BOM - SAPE YG MINAT PRIVATE CHAT ..kalau di masukkan dalam posting ramai yg MARAH pada saya nanti...AMPUN.

PUASA HAKIKI....

Daripada pengertian perkataan PUAS – SE
...
PUAS = Sesuatu yang mendatangkan nikmat maksimum

SE = Tiada Zahir , tiada Batin, bukan satu, bukan dua tetapi merangkumi atau meliputi.See more
LikeUnlike · ·Follow postUnfollow post · 4 hours ago
2 people like this..

Pak Din Oden SE = Tiada Zahir , tiada Batin, bukan satu, bukan dua tetapi merangkumi atau meliputi. ... Terima kasih Tuan OA!

PENTINGNYA TAFAKUR Bahagian Pertama

PENTINGNYA TAFAKUR Bahagian Pertama : Nota Tafakur Al-Gemasi

Dari pelajaran yang lalu kita telahpun memahami bahawa BERTAFAKUR memikirkan tentang Allah itu lebih baik dari beribadah seribu tahun.

Kita juga telah memahami megenai TAUHID kita yang sewajarnya bertingkat naik, juga tentang zikir zikir yang sewajarnya kita amalkan lebih lebih lagi apa yang disebut sebagai ZIKIR NAFAS.

Soalnya – selalukah kita bertafakur ? Selalukah kita berfikir dan merenung tentang Allah atau setidak-tidaknya tentang DIRI kita. Diri Yang Sebenarnya iaitu Nyawa atau Ruh kita.

Barangkali perkara YANG HAMPIR kepada kita ialah KEMATIAN. Entah bila entah lama lagi ( begitulah harapan kita ) entah esok , entah lusa. Dan perkara yang hampir berkaitan sudah mati ( tujuh langkah terakhir ) ialah soal jawab atau temuduga Malaikat.

Cuba difikirkan – jika didunia ini ketika nyawa masih bersama bila dipanggil nyawa kitalah yang menjawab.

Jika sudah menjadi mayat dimana nyawa telah meninggalkan jasad dan jasad dalam keadaan kaku, siapakah yang akan menjawab soalan temuduga malaikat itu ? Bolehkah badan yang sudah ditinggalkan nyawa itu menjawab ? Atau kita mengharapkan nyawa datang kembali kepada badan untuk menjawab ?

Jika sekiranya selama kita hidup didunia ini, jasad kita tidak pernah peduli tentang nyawa. Tidak kenal akan nyawa, apa lagi menemui dan menghargainya , apa sudikah kiranya sinyawa itu kembali membantu jasad yang durhaka itu ?

Fikir – fikirkanlah wahai pembaca yang budiman…Kita juga sudah belajar bahawa adalah MUSTAHIL kita dapat Mengenal Allah yang sebenar-benarnya yang kita panggil sebagai ALLAH HU RAB BIL ALAMIN itu, dengan mata kasar kita, juga dapat Mengenal Allah dalam ertikata mengetahui bagaimanakah sebenarnya Allah, Tuhan kita itu.

Ini adalah kerana hakikat bahawa Allah itu Maha Ghaib / Ghaibul Ghuyub. Kita juga telah dapat memahami tentang KAITAN DIRI atau NYAWA dengan Allah, Tuhan kita itu. Maka dari segi ilmunya tahulah kita bahawa Nyawa kita itu Bersifat Ketuhanan Yang Amat Halus, Seni & Kompleks ( Al-Latifah Rabbaniah ) tetapi bukan Tuhan Allah Hu Rabbul Alamin ..ianya hanya RAB diri kita.

Ini adalah bersandarkan tauhid kita bahawa tiada yang wujud didalam dunia ini melainkan Wujud Allah sahaja.

Tetapi harus kita ingat bahawa apa yang telah kita pelajari itu hanya ilmu pengetahuan semata. Sekiranya kita yakin dengan kebenaran ilmu kita itu maka sewajarnyalah kita meningkatkan tauhid kita dengan beriman bahawa segala-galanya baik kelakuan kita mahupun kelakuan orang lain termasuk isteri dan anak anak kita adalah PERBUATAN ALLAH BELAKA.

Jadi sekiranya anak yang kita bela dan jaga sejak bayi, tiba tiba engkar dan menderhaka kepada kita maka wajarkah kita marah ? Atau sahabat yang telah banyak kita bantu, tiba tiba menjadi pengkhianat wajarkah kita balas perbuatannya ?

Bukan mudah menegakkan Tauhid Af’al saudara saudaraku ....selagi Tauhid belum mantap didada dan dijiwa…tambahan pula Janji Allah tetap berlaku yakni…semakin kuat imanmu semakin kuat pulalah DUGAANKU.

Ujian Allah berkaitan ketauhidan kita selalunya amat berat …..ada kalanya yang amat kita kasihi diambilNya….yang selama kini mendatangkan nikmat kepada kita ..tiba tiba tiada lagi……tetapi jika lulus ..kita sendiri akan tahu …..akan bagaimana nikmat dan bahagianya.

Dan jika kita BERWIRID selalu, pasti kita telah mengalami apa yang dikatakan sebagai WARID. Janji Allah : Setiap wirid ada waridnya.

Harus kita ingat dan mengingatkan diri supaya jangan terlalu seronok dengan warid warid itu. Dan juga janganlah kita terlalu seronok dengan ilmu ilmu kita itu, lebih lebih lagi Ilmu Hakikat.

Ini adalah kerana ( pada pendapat Al-Gemasi ) ilmu ilmu itu merupakan HIJAB HIJAB yang melalaikan kita dari menuju atau berjalan kearah MATLAMAT TERAKHIR ( the ultimate objective ) kita iaitu MAKRIFATULLAH.

Mungkin ramai diantara kita dalam perjalanan menuju Makrifatullah, telah mendalami dan mengamalkan Ilmu Syariat, Tariqat hingga keperingkat Samaniah, telah berzikir, berwirid serta menjaga Tauhid…..TETAPI MASIH BELUM DAPAT MERASAI – MENGALAMI ERTI MAKRIFAH YANG SEBENAR.

Jika kita berpegang kepada Ajaran Tasauf Sunni Al-Ghazali, maka caranya hanyalah dengan cara cara Tariqat yang kita anuti dan diajar oleh Murshid kita. Kita akan kecewa kerana dizaman kita ini tersangatlah susah untuk mencari MURSHID.

Namun begitu haruslah kita ingat akan kenyataan Saidina Ali rda : BAHAWA UNTUK KENAL ALLAH MESTILAH DENGAN ALLAH JUA dan Ingatan Ulamak bahawa UNTUK MENEMUI YANG MAHA GHAIB MESTILAH DENGAN YANG GHAIB JUA.

Dalam perkara ini kita sudahpun faham akan maksudnya.

Allah berfirman bahawa pengetahuan manusia tentang Ruh adalah sedikit. Sedikit pada Allah melimpahruah pada kita. Jika kita faham apa yang dikatakan YANG SEDIKIT itu dan faham pula akan JALAN-NYA untuk MENEMUI RUH TUHAN yakni NYAWA kita …maka berkemungkinan besar JALAN MAKRIFATULLAH kita sudah terbuka……maka katakanlah ALHAMDULILLAH.

TETAPI ….ya TETAPI …kita masih lagi belum nampak jalan ..bagaimana caranya untuk MENEMUI DIRI itu…belum lagi dapat jalan untuk mengenal dan bertemu dengan LAPISAN LUAR yakni RUH RUHANI ..apatah lagi …RAHSIA ALLAH yakni….RUH Al-QUDSI

Dalam keadaan sebegini ..adalah normal jika kita berasa susah hati kerana kita tidak tahu dimanakah boleh kita temui guru untuk belajar tentang cara caranya. Kalau pun kita ketemui guru yang sedemikian, kita hendaklah pasti bahawa guru yang mengajar kita itu TELAHPUN bertemu dengan DIRI-nya sebab pada peringkat ini kita tidak lagi mahu berkisar dalam lautan ilmu. Ianya hal praktikal.

PETUNJUK ALLAH

Allah menghuraikan tentang Nyawa kita ini melalui Ayat 35 : Surah An-Nur dan Surah Ali Imran : Ayat 27.

Dalam perjalanan saya bertahun tahun mencari dan mencari tentang cara cara ini, saya hanya menemui 2 cara sahaja pertama sebagaimana disyorkan oleh Dr Bagindo Muchtar dan kedua cara yang disyorkan oleh Ustaz Abu Sangkan.

.
MENGENAL DIRI
internatebest.webs.com
ilmu mengenal diri, satu kajian tentang diri sebenar diri................penting untuk mengetahui rahsia diri dan keupayaan diri sebenar diri......
LikeUnlike · ·Follow postUnfollow post · Share · 2 hours ago.Halim Key likes this..

SOLAT HAKIKI..

Dari segi Ilmu Hakikat , solat tidak sekali-kali boleh diertikan sebagai SEMBAHYANG. Adapun hakikat solat itu ialah berdiri menyaksikan diri sendiri iaitu bersaksikan diri kita sendiri bahawa Tiada Nyata Pada Diri Kita Hanya Allah iaitu Diri Batin ( Muhammad Mustaffa ) dan Diri Zahir kita itu menanggung Rahsia Allah.

Pengertian SOLAT HAKIKI terhurai dalam kalimah ALHAMDU ( eja jawi = alif – lam – ha – mim - dal ) yang bermaksud SEGALA PUJI MILIK ALLAH. Inilah perkataan yang mula mula dilafazkan oleh manusia iaitu Nabi Allah Adam a.s
LikeUnlike · ·Follow postUnfollow post · 4 hours ago
3 people like this..

Pak Din Oden ‎"Diri Batin ( Muhammad Mustaffa ) dan Diri Zahir kita itu menanggung Rahsia Allah." Diri Batinnya berhubung dengan bahasa tersendiri http://www.facebook.com/groups/157303017670026/255763597823967/BICARA TASAUF - SIFAKIR ( BTF )
LETS GO BACK TO BASICS - ADA KE RASUL BATIN ? Rasul adalah perkataan Arab. Makn...a didalam Bahasa Melayu ialah PENYAMPAI atau menyampaikan. Pengertian rasul dari Ilmu Syariat anda sudah sedia maklum iaitu kita wajib percaya bahawa ada 25 Rasul Rasul bermula dari Nabi Adam a.s hinggalah kepada Nabi & Rasul terakhir Junjungan kita Nabi Muhammad bin Abdullah berbangsa Arab, dari kaum Quraisy keturunan Bani Hashim. Baginda telahpun wafat. Tiada saorang pun manusia yang ada dimuka bumi sekarang ini boleh menggambarkan baginda secara jelas. Nabi Muhammad adalah saorang manusia seperti kita juga. Oleh itu baginda dirujuk sebagai RASUL ZAHIR. RASUL BATIN pula ialah Nabi Muhammad Mustaffa Rasullulah kekal selama-lamanya menjalankan Perintah Allah dan kekal bersama anda selagi anda masih hidup. Dialah sebenarnya yang menghidupkan anda. Apabila baginda pergi anda akan mati..ya pasti mati. Apabila kita dapat bertemu dengan Nabi Muhammad Mustaffa, maka terbukalah hijab alam ini. Yang menyampaikan segala Rahsia Allah ialah rasul. Dialah Nyawa anda. Perkara ini akan dijelaskan lagi apabila kita membincangkan RUKUN ISLAM nanti khususnya apabila membicarakan KALIMAH RASUL dalam Dua Kalimah Syahadah. Dalil Naqli :- Tiap tiap umat itu mempunyai Rasulnya sendiri. Telah datang kepadamu saorang Rasul dari kaum-mu sendiri. Pernahkah anda mendengar saorang kaum Melayu diutuskan sebagai Rasul ?See more..2 hours ago · LikeUnlike.Napsiah Ismail maka berbicara lah silaila dengan majnun........................
about an hour ago · LikeUnlike.

Guru Mursyid

INI JUGA AKAN MENDATANGKAN KEMARAHAN...Aku buat dek je..GURU MURSHID

Didalam Ilmu Hakikat pengamal pengamalnya tidak berapa suka menggunakan istilah murid dan guru. Sasaorang yang didatangi oleh orang lain bagi maksud mempelajari Ilmu Hakikat jarang sekali suka dipanggil guru walaupun tiada keberatan untuk menyampaikan ilmunya kepada yang datang kepadanya itu. Apatah lagi jika ada yang menganggap atau memanggilnya sebagai Guru Murshid.

Bagi mereka tiada istilah yang mengajar dan yang diajar sebab mereka berkeyakinan bahawa GURU HAKIKI yang mengajar itu ialah Allah sendiri atas hujah bahawa semua ilmu ialah milik Allah dan yang demikian Allah-lah yang berhak menyampaikannya.
... Ini sesuai dengan Firman Allah didalam IQRA’ dimana Allah mengistiharkan DiriNya sebagai YANG MENGAJAR DENGAN KALAM.

Proses pencarian dan penyampaian ilmu dirujuk sebagai MUZAKARAH atau perbincangan sesama sendiri dikalangan peminat peminat Ilmu Hakikat dimana Kalam Allah akan menyampaikan ilmu melalui lidah lidah makhluknya. Ini bersesuaian dengan pegangan Tauhid orang Ilmu Hakikat bahawa Yang Wujud Hanya Allah dan yang berkata-kata itu ialah Yang Bersuara itu. Lidah lidah hanya sandaran atau peralatan Allah semata-mata.

Dalam muzakarah taraf atau status ahli ahli muzakarah itu adalah sama..tiada yang dianggap tinggi daripada yang lain walaupun kita akan dapati dalam yang ramai ramai itu ada yang unggul ilmu pengetahuannya. Janganlah panggil orang itu sebagai Tuan Guru..panggil sahaja MODERATOR atau pengerusi majlis muzakarah.

Rumusannya ialah guru yang hakiki ialah Allah. Yang disarankan ialah Bergurulah Kepada Allah. Serulah Allah dan mintalah ajarannya. Anda percaya ? Jika percaya lakukanlah, jika tidak teruslah berguru dengan manusia.

Ramai berpendapat menuntut Ilmu Agama hendaklah dengan berguru. Dalam hal ini maksudnya ialah berguru dengan manusia. Jika berguru dengan buku sahaja maka dikatakan berguru dengan Syaitan. Oleh kerana tugas syaitan ialah menyesatkan manusia jadi waalupun isi buku yang dibaca itu mengenai Allah tanpa sedikitpun menyebut perkataan syaitan..maka ilmu yang diperolehi dari membca buku itu dianggap sesat kerana gurunya syaitan. Jadi dipanggillah ianya sebagai Ilmu Syaitan . Alangkah peliknya syaitan menjadi guru dan ilmu Allah bila menjadi buku menjadi milik syaitan.

Anda percaya ? Jika percaya , anda memang saorang yang JUMUD dan hiprokrit. Kenapa tidak, disekolah dahulu hingga ke universiti bukulah yang menjadi guru anda sebab orang yang mencatatkan ilmu ilmu diatas kertas kertas itu tidak mungkin berada dihadapan anda setiap waktu dan tidak mungkin berada dipelbagai tempat pada satu waktu yang sama.

HAJI HAKIKI....

LETS GO TO BASICS - WAHAI SDRAKU ..INI UMPAMA BOM - SAPE YG MINAT PRIVATE CHAT ..kalau di masukkan dalam posting ramai yg MARAH pada saya nanti...AMPUN.

HAJI HAKIKI....

Dari segi Ilmu Hakikat, ianya bermakna KESEMPURNAAN KEISLAMAN sasaorang muslim itu. Haji ditafsirkan sebagai HAJAT. Maka apabila kita telah berjaya SE –kan diri kita dengan Zat, Sifat, Asma’ & Af’al Allah maka mencapailah kita akan HAJAT.
LikeUnlike · ·Unfollow postFollow post · 4 hours ago
2 people like this..

Dyah Mika ‎" HAJ ".....HIDUPLAH DG KEBESARAN ALLAH. SAMPAI LAH IA.
4 hours ago · LikeUnlike · 2.Pak Din Oden Apakah Allah bermaustatin di Batiullah? "kalau di masukkan dalam posting ramai yg MARAH pada saya nanti" Tak masukkan pun ada yang sudah membara marahnya. hihihi.
2 hours ago · LikeUnlike.Awang Zakaria Tulisan -tulisan Ini bukan basic lagi Bang Omar, ini essence . Durian runtuh..jom kita pungut banyak-banyak.
about an hour ago · LikeUnlike · 1.Pak Din Oden Jom pungut, tetapi ingat Durian Runtuh ada dua makna, Buahnya ke atau dahanya (kerana terlalu lebat). Apapun pungut boleh seberapa banayk tetapi nak makan semua, jasad tak larat ... nak share dengan yang lain, takut pula berulat. Tetapi yang SANGAT penting ialah niat.
about an hour ago · LikeUnlike.Halim Key Kedua dua ruangan sangat bermanfaat memenuhi ciri yang diperlukan dalam organisasi. Tindakan Admin dialu-alukan.
about an hour ago · LikeUnlike.

LETS GO BACK TO BASICS - ADA KE RASUL BATIN ?

LETS GO BACK TO BASICS - ADA KE RASUL BATIN ?

Rasul adalah perkataan Arab. Makna didalam Bahasa Melayu ialah PENYAMPAI atau menyampaikan.

Pengertian rasul dari Ilmu Syariat anda sudah sedia maklum iaitu kita wajib percaya bahawa ada 25 Rasul Rasul bermula dari Nabi Adam a.s hinggalah kepada Nabi & Rasul terakhir Junjungan kita Nabi Muhammad bin Abdullah berbangsa Arab, dari kaum Quraisy keturunan Bani Hashim. Baginda telahpun wafat.
...
Tiada saorang pun manusia yang ada dimuka bumi sekarang ini boleh menggambarkan baginda secara jelas. Nabi Muhammad adalah saorang manusia seperti kita juga. Oleh itu baginda dirujuk sebagai RASUL ZAHIR.

RASUL BATIN pula ialah Nabi Muhammad Mustaffa Rasullulah kekal selama-lamanya menjalankan Perintah Allah dan kekal bersama anda selagi anda masih hidup. Dialah sebenarnya yang menghidupkan anda. Apabila baginda pergi anda akan mati..ya pasti mati.

Apabila kita dapat bertemu dengan Nabi Muhammad Mustaffa, maka terbukalah hijab alam ini.

Yang menyampaikan segala Rahsia Allah ialah rasul. Dialah Nyawa anda. Perkara ini akan dijelaskan lagi apabila kita membincangkan RUKUN ISLAM nanti khususnya apabila membicarakan KALIMAH RASUL dalam Dua Kalimah Syahadah.

Dalil Naqli :-

Tiap tiap umat itu mempunyai Rasulnya sendiri.
Telah datang kepadamu saorang Rasul dari kaum-mu sendiri.

Pernahkah anda mendengar saorang kaum Melayu diutuskan sebagai Rasul ?See more
LikeUnlike · ·Unfollow postFollow post · 16 hours ago
3 people like this..

Manja Omar baru dengar..
16 hours ago · LikeUnlike.Rafee Ailiah ya ... baru ku dengar bonda ...
16 hours ago · LikeUnlike.Ramlah Kasim Baru terfikir...selalu baca ayat tu, tak terfikir mcm sdr OA ulaskn.Saya kena digest lagi ni..
10 hours ago · LikeUnlike.Napsiah Ismail lagi dikupas lagi menarik .. assalamualaikum ya Nabi Muhammad Mustaffa...
8 hours ago · LikeUnlike.Haji Bung Johar Dalam doktrin Sufi, Rasul Batin itu diistilahkan Haqiqatul Muhammadiyyah, ada dalam setiap diri anak Adam.
6 hours ago via Mobile · LikeUnlike · 2.Adnan Dahalan Sabda Nabi Muhammad saw "Ana abu ar-ruh wa adam abu basyar"
Aku bapa segala ruh dan asam bapa segala jasad
5 hours ago via Mobile · LikeUnlike · 1.Adnan Dahalan Maaf Adam bapa segala jasad
5 hours ago via Mobile · LikeUnlike.Pemer Hati Ta kan na buat dodol durian , durian tu di masokan dengan kulit Dan biji nya..rasa nya ada bentuk nya hilang....sedap lagi melalaikan.
3 hours ago via Mobile · LikeUnlike.Awang Zakaria Rasul untuk alam sahghir ada la, wahyu diterima untuk alam kecilnya, untuk kaum melayu pernah jumpa tapi pernah baca yg kena dakwa dimahkamah syarie. Wallahuaklam, jangan segan tergur ya jika saya silap.Itu setakat yang saya tau.
3 hours ago · LikeUnlike.Ayah Di Pakngah kalau tukar bahasa baru tk berbalah rasul di di terjemahkan kpd bahasa melayu iaitu pesuruh.
3 hours ago · LikeUnlike.Pak Din Oden ‎"RASUL BATIN pula ialah Nabi Muhammad Mustaffa Rasullulah" iaitu roh yang mengidupan jasad Nabi Muhammad bin Abdullah, seorang bangsa Arab dan seorang yang bertutur Arab. Rohnya berkomunikasi atau berhubung dengan TuhanNya dengan bahasa tersendiri, bukan bahasa makhluk.
2 hours ago · LikeUnlike · 1.Napsiah Ismail sekali lagi Assalamualaikum Ya Nabi Muhammad Abduh Al-Faqir Mustaffa Rasullahh,,,,,,, rindunyaaaa.....
2 hours ago · LikeUnlike.Pak Din Oden Kurang faham?
about an hour ago · LikeUnlike.Napsiah Ismail camna lak boleh keluarnama abduh Al Faqir tu.....Ya Nabi Muhammad Mustaffa Rasulluah minta mafff ye......
about an hour ago · LikeUnlike.

HENGGO berkata...tentang SOLAT HAKIKI....

Di sini saya ingin menyatakan pandangan saya tentang solat (melayu-sembahyang) nak marah ,marah ler tidak kisah..solah diambil dari perkataan waslat bererti lekat atau menghampiri.

Ahli zahir memahaminya dengan menyatakan mematuhi hukum-hukum tertentu dalam sembahyang. Ahli batin menyatakan penyatuan pencinta yakni org yang cinta dgn yang dicintai..wudu' itu perceraian, solah itu penyatuan."Man lam yanfasil lam yattasil" - siapa yang tidak bercerai tidak bersatu-inilah sembahyang berkekalan, smbhyg biasa ialah 5 wktu sehari semlm dan di wajibkan menghadap kiblat,smbhyang yang berkekalan "kemana kamu menghadap di situlah wajah Allah-Al baqarah ayat 115".

SAMBUNGAN...AKU KELIRU...

Dan saya nak ulang lagi HANYA ORANG GILA MENGAKU DIRINYA ALLAH selagi dia masih manusia.

YG BERSIFAT KETUHANAN ialah NYAWA bukan Nyawa + Jasad bergelar manusia. Nyawa itu bersifat Ketuhanan atau disebut sebagai Al-Latifah Rabbaniah.
...
Nyawa itu memang ada memilikki Sifat 20 Allah tetapi yg nampak jelas cuma 7 Sifat Maani sahaja sebab sifat Maknuyahnya dibalut oleh Allah dengan beberapa lapisan balutan cahaya yang disebut sebagai lapisan lapisan nyawa spt ruh ruhani, ruh jasmani dan sebagainya.

Selagi lapisan itu tidak ditembusi selagi itulah manusia itu tidak akan nampak atau merasai kehebatan sifat sifat Maknuyah itu. Usaha menembus lapisan inilah yang cuba dibuat manusia melalui pelbagai amal ibadah spt zikir, wirid , sembahyang wajib sunat, puasa dan sebagainya.

Saya nak jelaskan juga jika nak belajar Ilmu Hakikat wajib dulu belajar sefer sefernya. Antara sefer wajib ialah SIFAT WAJIB ALLAH yang 20 itu dan kaitan sifat 20 itu dengan diri kita sebagai manusia, kedua belajar maksud HAUQALAH yg sebenarnya, ketiga belajar maksud nafi & isbat, keempat belajar maksud tiada nafi tiada isbat dan bab bab seterusnya.See more
LikeUnlike · ·Follow postUnfollow post · about an hour ago
Halim Key likes this..

TokJabat Hj Nazri benda yang cuma di fahamkan ke lubuk hati....keterangan samada secara lisan atau bertulis cuma lah sebuah kias kiasan...yang insyaallah sampai maksud nya dan dapat difahami oleh yang mahu merenung, memikir dan berdoa mohon dibukakan segala pandangan musyahadah...
25 minutes ago · LikeUnlike.Dyah Mika Itu lah cara nya Tok Jebat.....
18 minutes ago · LikeUnlike

AKU KELIRU....KEKELIRUAN YG BIASA....lama lama settle-lah dont worry ok..

Dalam mempelajari Ilmu Hakikat ini, saperti yang saya pernah juga alami dahulu memang Allah akan menduga kita dengan pelbagai kekeliruan.

Kekeliruan biasa yang amat bahaya ialah MENGAKU DIRI kita yang manusiawi ini sebagai Allah...dalam menyalahfahami konsep MENG-ESAKAN Allah.

Maka teruslah belajar dengan pertamanya mencampakkan kedalam laut dalam fahaman keliru itu terlebih dahulu. Mohonlah Ilmu yang benar dari Allah sendiri...mohonlah kepada Allah agar memberi Taufik & HidayahNya secara berterusan. Mohon jangan tidak memohon kerana kesombongan yang nyata..atau kerana suka bertuhankan manusia.

Pertamanya manusia bukan Tuhan ,,manusia adalah hamba Allah. Yg bersifat Ketuhanan itu ialah Zat Allah yang meliputi tubuh kita...yaitu nyawa kita . Inilah yang disebut sbg DIRI SEBENAR atau INSAN.

Manusia = Tubuh + Nyawa. Nyawa itu = ROHKU Allah. Selagi kita masih manusia ( i.e masih hidup & berperangai sbg manusia ) kita ini hamba dan wajib lakukan Rukun Islam seperti solat, puasa dsb...Walau macam mana tingginya ilmu kita ..kita kena buat segala hukum hakam yg dijelaskan dalam ilmu syariat yg termaktub dalam rukun iman & rukun islam spt yang diajar oleh Baginda Rasul.

Kalau ada yang mengajar tak usah buat Rukun Islam ...jangan dekati lagi org itu jelas SESAT.

Perkara sesat sebegini tidak ada dalam Ilmu Hakikat. Kalau ada yang mengatakan begitu itulah FITNAH paling besar. Ilmu hakikat mendukung ilmu syariat sebagai asas atau foundationnya. Ilmu Hakikat berlandaskan Nas yaitu Al-Quran & Hadith. Ilmu Hakikat juga selari dengan Hukum Akal atau Aqli.

Ilmu Hakikat tidak mengajar orang meninggalkan syariat...ilmu hakikat mengajar orang mengenal Allah melalui mengenal diri..sebab itulah kita kena belajar mengenal diri kita UNTUK MENGENAL ALLAH. Kenapa kena kenal diri ..sebab itulah yang diperentahkan Allah untuk kita lakukan.. Ada dalil dalil naqli & dalil aqlinya....

Yang hendak disampaikan ialah Ilmu Mengenal Diri atau Ilmu Hakikat itu ialah ilmu agama Islam peringkat khusus atau tingkatan salepas ilmu syariat...macam sekolah ..lepas sekolah rendah kita meningkat ke peringkat sekolah menengah ..dan seterusnyalah hingga keperingkat PhD.

Yang saya sarankan ialah walaupun dalam ilmu syariat tidak ada dimasukkan bab Awaluddin Makrifatullah sebagai satu Rukun diadalam Rukun Islam orang awam, sebab pada ketika itu kita masih lagi diperingkat asas..maka satelah melepasi peringkat asas itu eloklah kita meningkatkan lagi ilmu dan amal kita keperingkat yg lebih tinggi iaitu belajar Ilmu Hakikat dan mengamalkan Tauhid Wahdaniatullah.....

Itulah hujah saya mencadangkan agar kita masukkan ibadah mengenal Allah ini sebagai rukun pertama kita sebagai orang islam ..rukun ini menjadi panduan hidup kita dalam dunia ini...jika kita tidak jadikan rukun hidup kita sbg org islam maka kita tidak akan berusaha utk kenal Allah yg kita sembah.....

Dalam Ilmu Hakikat kita kena pelajari apa yang dikatakan manusia dan apa yang dikatakan Tuhan itu ....Bab manusia kita tumpu untuk dapat tahu apakah yang dikatakan Nyawa itu dan apa kaitan atau hubungan nyawa dengan Zat Allah yang menciptakan seluruh alam dan seluruh makhluk khasnya diri kita sendiri sebagai manusia.

Ilmu Hakikat ini bukanlah pula ilmu yang baru ...yang sengaja kita buat buat atau cipta..Ianya ialah intipati utama Ilmu tasauf ....ianya adalah ilmu yang diajar oleh Nabi Muhammad secara khusus kepada para sahabat....tidak diajar secara umum kpd semua peringkat umat islam ketika itu sebab ramai yang baru islam...

Jadi ramailah ulamak ulamak yang dilahirkan Allah dalam bab Ilmu Hakikat ini. Di Nusantara ini antara ulamak yg terkenal ialah Hamzah Fansuri, Abdus Samad Palimbani, Daud Patani , Tok Kenali dan ramai lagi.

Saya nak ulang lagi ...ASAS ILMU HAKIKAT ialah ILMU SYARIAT...sekali lagi Asas Ilmu Hakikat ialah Ilmu Syariat. Macam asas sekolah menengah ialah sekolah rendah. Kita tidak boleh terus masuk tingkatan satu sahaja sebelum lulus UPSR..tidak boleh ambil UPSR kalau tak melalui darjah satu hingga darjah 6. Gitu jugalah tiada universiti yg terima budak lulus UPSR untuk mengikuti kursus peringkat Ijazah.

Dan saya nak ulang lagi HANYA ORANG GILA MENGAKU DIRINYA ALLAH selagi dia masih manusia.
LikeUnlike · ·Follow postUnfollow post · about an hour ago
2 people like this..

TokJabat Hj Nazri untuk permulaan matikan dulu diri manusia pada diri...maka kenallah...bila dah kenal maka sentiasa lah berada di dalam rasa DIA yang meliputi samada dimatikan diri manusianya atau pun tidak dimatikan....
15 minutes ago · LikeUnlike · 2.

SOLAT HAKIKI.

Memandangkan solat 5 waktu ini merupakan ibadah harian utama umat Islam dan hukum Allah berkaitannya amatlah jelas, maka sewajarnyalah sasaorang muslim itu berusaha pertamanya mendalami ilmu berkaitannya dan keduanya berusaha sedaya mungkin untuk mencari dan menemui khusu’ dalam solatnya.

Istilah penyatuan, berpisah, bercerai, lekat , bercantum dan lain lain adalah istilah atau jargon para sufi yang merupakan istilah istilah ganjil kepada orang awam.

Apatah lagi bila para sufi mengwujudkan pula satu lagi kaabah yang disebut sebagai Kaabah Batin atau Baitillah Mukmin. Maka bertambah kelirulah orang awam yang hanya biasa dengan Kaabah yang satu di Makkah itu.

Ungkapan Syaikh Muhd Ibrahim Gazur – i – Ilahi yang berkata : wudu' itu perceraian, solah itu penyatuan."Man lam yanfasil lam yattasil" - siapa yang tidak bercerai tidak bersatu-inilah sembahyang berkekalan “ pada pandangan fakir, merujuk kepada perkara Nafi & Isbat berkaitan Tauhid Peringkat Tertinggi yang kita akui dan saksikan dalam kedua –dua solat yang dilakukan yakni solat 5 waktu dan solat yang berkekalan.

Pada peringkat awalnya, kita melakukan Nafi dan Isbat yang kemudiannya bertukar kepada apa yang dikatakan sebagai Tiada Nafi Tiada Isbat. Sebabnya ialah yang dinafikan itu DIA dan yang menafikan itu pun DIA. ( ini pun jargon sufi yang pelik )

Untuk faham kita perlulah dulu memahami makna istilah istilah itu, terlebih dahulu atau kita sebut sebagai definasi. Pertama apakah yang dimkasudkan dengan solat yang berkekalan, kedua maksud Nafi & Isbat dan yang ketiga maksud Tiada Nafi Tiada Isbat.

Seterusnya definasi atau maksud perkataan penyatuan dan penceraian. Kemudian perlu juga dijelaskan apakah yang dimaksudkan dengan Baitillahmukmin itu sendiri.

Jika ini difahami barulah permasaalahan INI BUKAN SENANG OOI itu dapat terungkai.

Solat Yang Berkekalan

Pada fakir, solat yang berkekalan itu ialah MENG-ESA-KAN ALLAH dengan bertauhidkan Tiada Yang Wujud Hanya Allah. Sememangnya senang disebut tetapi susah hendak dilakukan. Ianya saperti yang dijelaskan didalam Kitab Darun-Nafis bermula dengan Tauhid Af’al dan sterusnya kepada Tauhid Zat , Sifat & Asma’.

Nafi & Isbat

Nafi maksudnya menidakkan sementara Isbat pula maksudnya mengiyakan atau mensabitkan kepada Allah.

Pada peringkat pertama yang dinafikan ialah Jasad dan yang di-iyakan ialah nyawa. Saperti dinafikan badan yang hidup diiyakan atau diakui yang hidup ialah nyawa, bermaksud nyawalah yang menghidupkan badan

Pada peringkat kedua yang dinafikan ialah Nyawa dan diiyakan ialah Zat Allah SWT. Saperti walaupun nyawa yang menghidupkan badan yang mati itu, nyawa itu sendiri mendapat punca hidupnya dari Sifat Hayyun Zat Allah sendiri.

Nafi & Isbat Dalam Wudhu.

Yang menyucikan ialah air. Yang suci lagi menyucikan kerana sifat Maha SuciNya ialah Allah SWT

Pertama hendaklah difahami objektif berwudhu itu. Jika dikatakan untuk membersehkan anggota badan yang fizikal, maka yang lebih baik ialah mandi bersabun atau berlangir limau setiap kali hendak bersembahyang.

Jika dikatakan membersehkan batin atau qalbu , maka apakah yang hendak dibersihkan ?

Ini kita kena perhatikan proses pengenaan air kepada anggota badan secara tertib.

Pertama membasuh muka, maka yang terkena air ialah muka, mata dan mulut. Muka lambang hidup atau hayat, mata lambang melihat atau basar, mulut lambang bercakap atau kalam. Hayat, Basar & Kalam adalah Sifat Allah..milik Allah. Inilah yang kita nafikan bahawa sifat sifat itu bukan sifat sifat kita sebagai manusia tetapi SIFAT MAANI ALLAH SWT.

Seterusnya kita mengenakan air kepada tangan, kepala, telinga dan kaki. Tangan lambang bergerak atau kuasa yakni Kudrat, kepala lambang ilmu atau pengetahuan yakni Sifat Ilmu Allah, telinga mendengar yakni Sama’ manakala kaki melambangank hajat atau kehendak yakni iradat. Sifat siapakah ini. Ya Sifat Allah, maka kita nafikan ianya sebagai sifat sifat milik kita . Kita akui bahawa sifat sifat itu ialah Sifat Sifat Allah sendiri.

Proses dan perlakuan inilah yang disebut sebagai penceraian atau perpisahan. Bagi yang bertauhidkan Wahdaniatullah , mereka sentiasa memandang dbahawa hanya ada satu wujud yaitu Allah.

Untuk membuat pengakuan Tauhid melalui ibadah wudhu, maka perlu melupakan sekejap akan ke-esa-an itu dan mengwujudkan semula ke-ada-an dirinya menjadi dua kewujudan semula. Ini dikatakan sebagai PEMISAHAN

Bila dilakukan penafian wujud diri melalui proses wudhu itu , maka wujudlah semula kesedaran – ke-esa-an yang disatukan semula didalam solat. Maka jadilah yang berbuat atau melakukan solat itu Zat yang meliputi jasad manusia itu yakni Zat Allah. Maka solat itu ialah perbuatan Allah atau Af’al Allah dan bukan lagi perbuatan manusia yang kelihatan bersembahyang itu.

Maka dikatakanlah secara indah : Allah memuji DiriNya untuk DiriNya melalui pentajallianNya. INI DIKATAKAN SEBAGAI PENYATUAN.

Berkaitan wudhu itu perpisahan & solat itu penyatuanlah , fakir mengsyorkan agar wudhu itu dijadikan Rukun Solat yang pertama menjadikan Rukun Solat itu 14 dan bukan lagi 13 saperti lazimnya.

Berkaitan kiblat , kiblat kaabah dikatakan kiblat syariat. Oleh kerana syariat itu tidak boleh ditinggalkan , maka wajib menghadapkan wajah kearah Kaabah terlebih dahulu ketika solat.

Dan oleh kerena solat itu amalan zahir dan batin, maka wajib jugalah mengalihkan kiblat zahir kepada kiblat batin ( Baitillahmukmin ) ketika solat dengan memandang wajah Allah .

Dapatkah saudara memandang wajah Allah ? Bagaimanakah rupanya ? Sudahkah saudara melihat dan bertemu Allah ?

Jika belum maka bagaimana hendak menghadapkan kepada wajah Allah ? Jelaslah ianya tidak mungkin dapat dilakukan sebagaimana yang fakir kata hanya orang gila sahaja akan bertekad hendak mengenal Allah..sebab Allah itu memang tidak dapat dikenal apalagi hendak menatap wajahnya.

Maka kembalilah kepada sambungan hadith Awaluddin makrifatullah ..yakni Man Arafa Nafsahu Faqad Arafa Rabbahu. Wa man arafa rabbahu fasadl jasad.

Awal agama ialah mengenal Allah. Untuk kenal Allah kenalah kenal Sifat Allah yakni DIRI atau Nyawa. Bila sudah kenal binasalah jasad dan yang tinggal hanya nyawa.

Binasa bukan dari segi fizikal tetapi binasa dari segi tauhidnya atau imannya atau rasa dihatinya, yakni bukanlah jasad yang hidup dan berbuat tetapi nyawalah yang hidup dan yang berbuat.

Nyawa itu pula ialah kembar jasad. Yang kembar adalah serupa dalam segala hal. Maka wajah siapakah yang saudara pandang atau hadapkan muka ketika solat ?

Tentulah wajah sendiri yakni saperti mana rupa muka zahir dicermin , begitu jugalah rupa muka batin / nyawa Cuma ianya amat bercahaya sebab ianya NUR milik Allah.

Maka yang saudara wajar tilik atau pandang ialah wajah sendiri.

Sekian , pemahaman si-fakir . Pemahaman saudara bagaimana pula ???
LikeUnlike · ·Follow postUnfollow post · 5 minutes ago



Afiq Tedsuya mekasih =)
3 minutes ago · LikeUnlike.

Saturday, January 7, 2012

AL-QURAN BATIN.

LETS GO BACK TO BASICS - ADA KE AL-QURAN BATIN ?


Hanya orang yang berpegang kepada Ilmu Tasauf sahaja membicarakan tentang Al-Quran Batin. Pada orang yang hanya belajar Ilmu Syariat , ianya satu BID’AH.
... Didalam Al-Quran Allah SWT menegaskan bahawa setiap benda yang diciptakanNya, diciptakan secara berpasangan.

Contohnya ada lahir ada yang ghaib, ada yang zahir ada yang batin, ada lelaki ada perempuan, ada Adam ada Hawa, ada Zat pasangannya Sifat. Ada Baitullah pasangannya ialah Baitillah.

Pasangan Al-Quran Zahir ialah Al-Furqan atau Al-Quran Batin kerana tanpa batin maka yang zahir tidak akan dapat wujud atau nyata.

MANA DIA AL-QURAN BATIN / AL-FURQAN ?

Al-Quran ialah Firman Allah disampaikan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui Jibrael, kemudian dikumpul oleh para sahabat menjadi 30 juz terdiri dari 6,666 ayat,kemudiannya dicetak. Sekarang ini terdapat dirumah anda. Ini dikenali sebagai Al-Quran Zahir.

Dimana pula Al-Furqan ? Tentulah ianya ghaib dan tidak dapat ditunjukkan secara nyata. Untuk mengetahui Yang Batin kenalah merujuk pada yang Zahir.
Sila anda rujuk kepada awal awal Al-Quran iaitu Surah Al-Baqarah iaitu ALIF LAM MIN.

ALIF = Allah
LAM = Jibrael
MIM = Muhammad

Allah Berfirman kepada Jibrael, Jibrael sampaikan kepada Muhammad
Penyampaian ayat ayat Allah dinamakan RASUL.

Perhatikan huruf huruf LAM & MIM bersambung erat membawa makna tentang hubungan Malaikat & Muhammad kekal selama-lamanya diatas Kehendak ALIF iaitu Allah.

Pengertian Ilmu Hakikat ialah :-

Yang sebenar-benarnya dikatakan Al-Furqan itu ialah DIRI BATIN MANUSIA iaitu RUH yang bernama MUHAMMAD MUSTAFA RASULLULLAH yakni RUHUL QUDDUS.
Makam Rohul Quddus ialah di JANTUNG manusia dikenali sebagai QALBU MUKMIN BAITILLAH iaitu pasangan kepada KAABAH zahir di Makkah.

Ada juga ahli sufi yang mengatakan Al-Quran itu adalah Kata Kata Allah manakala Al-Furqan itu ialah Allah Berkata-kataSee more

Apakah Fir'aun Bermakrifat?

oleh H.B. Johar

Dan berkatalah Firaun:"Hai Haman, buatkanlah bagiku sebuah bangunan yang tinggi supaya aku sampai ke pintu-pintu, (yaitu) pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa dan sesungguhnya aku memandangnya seorang pendusta".Demikianlah dijadikan Firaun memandang baik perbuatan yang buruk itu, dan dia dihalangi dari jalan (yang benar); dan tipu daya Firaun itu tidak lain hanyalah membawa kerugian.(Surah Al Mu'min : Ayat 36-37)Fir'aun itu bukannya manusia tolol yang sewenang-wenangnya mahu mengaku dirinya tuhan tanpa alasan kuat yang diyakininya. Dia amat pintar. Justru dengan kepintarannya itulah dia bisa mengarahkan rakyatnya membina piramid yang begitu strategik dan mengkagumkan dunia sampai hari ini. Ribuan tahun piramid itu berdiri gagah, sebegitu saintifik, sehingga tidak bisa membuat para arkitek dan engineer abad ini meniru kecanggihannya. Satu hasil ciptaan yang tak masuk akal tapi tidak mustahil. Bagaimanakah batu-batu diangkut dan disusun letak dengan sebegitu rapi menurut ketetapan ukuran dimensinya, semakin tinggi semakin sukar? Apakah rahsianya? Darimanakah dia memperolehi ilham atau mendapatkan sumber inspirasi melahirkan piramid?Andai kita perhatikan bentuk sudut piramid itu, kita bisa dapati ianya terbina daripada rangkaian tiga dimensi. Mengapa tiga? Mengapa tidak dua persegi atau empat? Dan jika kita terus memperhatikan, ianya seolah-olah menggambarkan abjad A dalam tulisan Roman. Jika kita bandingkan pada tulisan Arab - ia tampak tiga bentuk huruf Alif dirangkai menjadi tiga segi. Dalam pemikiran sufi, apabila disebut alif, ianya dikatakan penzahiran daripada titik. Alif itu wujud, dan apabila Alif ingin memperkenalkan hakikatnya, ianya menzahirkan Ba, dan rahsianya Alif itu adalah titik di bawah Ba.Sebelum tersohornya zaman kegemilangan tokoh-tokoh sufi dari Hasan Al-Basri sehinggalah terkenalnya Abu Yazid Bustami, Al-Junaid Al-Baghdad, Rabiatul Adawiyah dan lain-lainnya dengan menyebut beberapa nama, Fir'aun telah lebih dahulu menjadi sufi, walaupun istilah sufi itu lebih dikenali selepas zaman para tabi'in. Namun Fir'aun bisa ditempatkan melalui tiga tahap kesufian (seperti bentuknya piramid):1. Sufi Engkar (Kafir) - Yang tidak mahu beriman kepada Allahu Subhanahu Wa Ta'ala dan menerima Nabi Musa a.s. sebagai Rasul.2. Sufi Maling - Yang mencuri masuk Kerajaan Langit atau Perbendaharaan Tuhan.3. Sufi Terkutuk - Yang menerima kutukan kerna pengucapannya "Akulah Tuhan, maka sembahlah aku".Dengan sihir yang tertinggi Fir'aun pernah menjalani pengembaraan ke langit, yang pada ketika itu masih diizinkan para setan dan jin mencerobohi langit sebelum waktu zahirnya Nabi Muhammad, iaitu menyeberangi dari Alam Nasut (alam benda) dan memasuki alam Malakut sehinggalah menembusi ke Alam Insan, di sana dia telah tampak dirinya dalam wujud, maka terzahirlah pengakuannya sebagai Tuhan.Fir'aun itu sebetulnya memang sudah sampai kepada 'alam makrifat'. Jika tidak, sudah tentu Fir'aun akan mengajak rakyatnya menyembah berhala sepertimana yang pernah dilakukan oleh Raja Namrud di zaman Nabi Ibrahim a.s. Fir'aun hanya mengajak rakyatnya menyembah dirinya sahaja. Kita tahu dari fakta sejarah, zaman Fir'aun adalah zaman kemuncaknya Sihir. Sihir dalam maksudnya di zaman tersebut tidak hanya terbatas kepada 'pembuatan black magic' tetapi lebih luas dari itu. Pada zaman Fir'aun dan Nabi Musa a.s., pintu-pintu langit belum lagi menerima perintah larangan untuk ditembusi para setan dan jin. Hanya setelah zahirnya Junjungan Nabi Muhammad saw, maka kesemua tujuh pintu langit telah ditutup – tidak membenarkan lagi semua para setan dan jin untuk mencerobohi alam langit. Fir'aun telah berjaya menembusi langit dengan Sihirnya yang tertinggi. Langit yang dimaksudkan itu bukanlah cakerawala atau planet-planet. Tetapi sebagaimana yg diterangkan oleh para sufi ialah: Alam Malakut, Alam Jabarut, Alam Lahut, Alam Bahut, Alam Hahut dan yang tertinggi sekali ialah Alam Insan (Haqiqatul Muhammadiah). Semua lapisan alam itu telah berjaya ditembusi Fir'aun dan di dalam setiap peringkat alam inilah Fir'aun tampak dirinya dalam wujud.Dan di sinilah juga Fir'aun berhenti dan tidak upaya meneruskan lagi perjalanan rohaninya sehingga dia berani menyatakan Akulah Tuhan, maka sembahlah aku. Padahal menurut perjalanan spritual kaum sufi, ada lagi tahapan di sebalik Alam Insan itu, iaitu Sirrullah. Sepertimana dinyatakan dalam hadis qudsi, "...dalam sirr, inilah Aku (Allah) - Ana al Haqq!Fir'aun tak bisa pergi jauh lagi di balik lapisan Alam Insan, kerna di sinilah perbatasan semua penzahiran sebagaimana yang pernah dinyatakan dalam doktrin Syekh Akbar Ibnu Arabi sebagai Pohon Kejadian - Syajaratul Kaun. Kata Saiyidina Ali kwjh: Al-Insan itu sebenarnya adalah alam yang terbesar dan semua alam yang ada ini termasuk di dalam Alam Insan. Apabila ternampak dirinya dalam wujud, keghairahan Fir'aun menjadi besar dan teramat kagum melihat dirinya itu, sehingga ia tidak mahu melepaskan dirinya dari wujud. Melepaskan diri dari wujud bererti dia harus menempuhi Pintu Kematian (Pemusnahan) seperti yang ditempuhi Syekh Siti Jenar.Syekh Siti Jenar dikatakan terselamat dari kutukan kerna berjaya menembusi Pintu Kematian. Alam Kehidupan yang sebenarnya, menurut Siti Jenar, tidak ada dunia atau pun akhirat. Kata Syekh Siti Jenar lagi, kita ini sebenarnya adalah mayat baik dikatakan masih bernyawa atau tidak. Kehidupan yang sebenar itu hanya ada ketika sudah kembali kepada Allah. Maka bedanya dengan Fir'aun, kerna Fir'aun itu tidak menempuh kematian dan menghapuskan egonya.Sebaliknya pula dia memakai pula tiga sifat Allah dalam wujud: Ahadiat, Wahdat dan Wahadiat.Pada rumusannya saya menanggapi konsep ketuhanan Syekh Siti Jenar ini mirip dengan konsep Wahdatul Wujud yang diperkembangkan oleh Syekh Akbar Ibu Arabi. Dalam konsep Wahdatul Wujud, kalimah Thoyibah itu dipersaksikan dengan iktikad 'tiada yang wujud melainkan Allah' maka yang lain dari Allah itu adalah Allah juga. Dengan ertikata lain, 'Wujud Mutlak' itu adalah sebenarnya wujudnya Zatullah. Misal kata, ditanyakan bagaimana manusia itu ada? Jawabannya: adanya manusia itu wujudnya Allah. Tetapi bukan maksud wujud Allah itu dikernakan oleh sesuatu kerna. Atau dikatakan adanya sifat wujud selain wujud Allah itu. Ibu Arabi menolak dasar ini kerna ini semacam hampir kepada 'hulul' yang sebagaimana dinyatakan oleh Mansur Al-Hallaj - dua nafs bersatu dalam jasad. Antara Ibnu Arabi dan Al-Hallaj memang terdapat sangat beda pada konsep ketuhanannya. Dan prinsip Al-Hallaj itu sendiri memang banyak tidak disetujui sama sekali oleh Ibnu Arabi. Tetapi, itu adalah pandangan mereka yang telah mencapai tahap ilmu yang sangat tinggi, merekalah yg lebih arif, dan kita tak bisa menyalahkan yang mana-mana. Sabda Nabi saw, hadis qudsi, "Aku (Allah) menurut persangkaan hamba-hambaKu."Dengan demikian juga Ibnu Arabi menolak dasar kepercayaan 2 wujud yang sebagaimana dipegangi oleh kaum Mutakallimun. Maka bagi Ibnu Arabi antara sifat dan zat itu sebenarnya tidak ada beda. Perbedaan hanya disebabkan oleh sangkaan dalam fikiran sahaja. Betapa pun sifat-sifat Allah itu banyak, akan tetap satu jua bagi ZatNya. Kata setengah para arrifin, "Antara wujud Allah dan wujudku tidak ada bedanya". Maka itulah tanggapan Ibnu Arabi bahawa 'yang lain dari Allah adalah Allah jua' pada pengertian hakikat sahaja tetapi tidak kepada aspek 'kejadian'. Misal saja antara ombak dan laut. Hakikat ombak dan laut adalah air itu juga, bedanya hanya berada dalam sangkaan fikiran kita apabila kita memandangnya dari aspek kejadian.Fir'aun tidak tahu, fikirnya Alam Insan itu adalah destinasi terakhirnya dan tidak ada apa-apa lagi selepas itu. Padahal Alam Insan itulah Tabir Ilahi yang terakhir yang di dalamnya Sirr - di dalam Sirr ialah Ana. Nabi Muhammad saw dalam mikrajnya memandang Wajah Allah di dalam Sirr. Pernah ditanyakan oleh para sahabat baginda, "Ya Rasulullah, bagaimana keadaan tuan ketika melihat Wajah Allah?" Jawab Nabi saw,"Aku tidak tahu di mana aku berada.""RahsiaKu rahsia Insan, Rahsia Insan Rahsiaku" - Hadis Qudsi.Fir'aun memandang dirinya dalam wujud pada tiga tahap kewujudan:1.. Ahadiat - Yang Ghaib/Tersembunyi atau disebut Kanzun Makhfiyyan.2.. Wahdat - Yang ada, tidak ada yang lain.3.. Wahidiyyat - Yang satu.Dengan memakai ketiga tahap wujud inilah, Fir'aun menjadikan dasar ideanya mencipta piramid. Piramid itu adalah lambangnya wujud yang menampakkan diri Fir'aun, manusia terkutuk yang tidak mahu beriman kepada Allah dan Rasulnya. Sehingga saat-saat ia dibenamkan oleh Lautan Merah, barulah ia sedar bahwa wujud itu bukanlah haknya melainkan milik Al-Haq. Namun di saat itu permohonan taubatnya tidak lagi diterima oleh Allah. Dengan kata lain, dia sebenarnya memakai makrifat tetapi tidak bermakrifat.Sekian.Halaqah Pengajian Al Misykat