Tuesday, November 29, 2011

Cerita

Dari Raja Abdul Rashid, Rakan FB.

Pesan guru:

Ber TAUHID lah dengan tauhid yang benar dan dengarlah sebuah cerita ini semoga kamu semua dapat berfikir dan mengambil iktibar dari kisah yang ingin aku ceritakan ...

Ada seorang pencuri yang telah dihadapkan di mahkamah lantas dia mengatakan sesuatu kepada hakim semasa perbicaraannya ...
...
"Saya tidak bersalah,saya tidak ada daya upaya.Saya tidak mampu mencuri kerana yang menggerakkan perbuatan saya itu adalah Allah s.w.t ."

Hakim menjawab:
"Potong tangannya !"

Pencuri bertanya:
"Mengapa saya dihukum juga."

Hakim menjawab:
Saya juga tidak mampu menghukum kerana hakikat yang memotong tangan (menghukum) itu adalah Allah s.w.t juga."

sekarang ... cubalah kamu berfikir dan ambil iktibar dari kisah yang aku ceritakan ...

Sunday, November 27, 2011

Cerita

Dari :http://www.facebook.com/syedmansor

Assalamualaikum. Pertama2, tulisan ini bukanlah dibuat oleh saya, tetapi telah pun di copy dari berbagai laman web. Jadi, saya hanya copy dan paste kan saja sebagai renungan kita semua bersama.

Credit goes to original poster. -Kain Putih

Terjadi suatu peristiwa, seorang pemuda telah bertanya kepada guru tasawufnya tentang perbezaan antara orang-orang syariat dan orang-orang hakikat dalam memahami agama Islam dan kenapa ilmu hakikat tidak berkembang luas. Kemudian sang guru berkata..

“Untuk aku menjawab soalanmu itu wahai muridku, pergilah bertanya kepada kedua mereka akan dua persoalan ini iaitu yang pertama, adakah Allah itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya? Pergilah ke kampung sebelah kerana disana kamu akan menemui ulama syariat dan ulama hakikat. Bertanyalah kepada orang-orang kampung disana untuk mencari mereka.”

Akur atas arahan gurunya itu lantas si pemuda tanpa banyak bicara terus ke rumah ulama syariat yang terkenal dikampung sebelah dengan bertanya-tanya arah rumahnya kepada orang kampung. Sesampainya si pemuda itu dirumah ulama syariat tersebut dengan ramah mesra si pemuda diajak masuk ke dalam rumah yang serba sederhana itu. Sang ulama syariat kelihatan kemas berjubah putih dan berserban, ditambah raut wajahnya yang bersih tanda beliau seorang yang soleh. Si pemuda dilayan seperti anak sendiri dengan dijamu makan malam sebelum sesi dialog dijalankan. Usai makan malam terus sahaja sang ulama syariat memulakan bicara.

“Ada urusan apa sehingga kamu bertandang ke rumah saya ini wahai anak muda?”

Tanya sang ulama syariat dengan nada yang redup.

“Sebenarnya saya ingin mendapatkan jawapan diatas dua persoalan yang ingin saya ajukan berkenaan dengan agama Islam kita ini kepada ustaz. Soalannya ialah adakah Allah itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya?”

Setelah diam sejenak lalu sang ulama syariat menarik nafas dalam-dalam dan dengan tenang memberikan jawapannya.

“Ya, Allah itu memang berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah wajib.”

Setelah mendapatkan jawaban daripada ulama syariat itu maka pemuda itu pulang sambil hatinya berazam untuk bertemu dengan ulama hakikat pula. Keesokkan harinya si pemuda mula merayau-rayau dikampung itu untuk mencari sang ulama hakikat. Puas bertanya dengan orang kampung maka tengah hari itu si pemuda bertemu dengan seorang makcik yang akhirnya bersetuju menunjukkan beliau dimana sang ulama hakikat berada.

Sesampainya ditempat yang dituju kelihatan seorang lelaki tua sedang membersihkan halaman rumahnya yang luas dihiasi taman bunga yang cantik. Rumahnya begitu besar dan mewah. Sang ulama hakikat yang berkulit gelap itu kelihatan memakai pakaian yang agak lusuh berbanding rumahnya yang begitu mewah. Sudah sepuluh minit si pemuda berbual-bual ringan dengan sang ulama hakikat namun kelihatan seolah-olah tiada tanda-tanda sang ulama hakikat mahu menjemput beliau masuk ke dalam rumahnya yang mewah itu.

“Ada apa urusan nak jumpa saya ini?”

Tanya sang ulama hakikat itu sambil tersenyum. Kemudian si pemuda bertanyakan soalan yang sama sebagaimana yang ditanyakan kepada sang ulama syariat.

“Sebenarnya saya ingin mendapatkan jawapan diatas dua persoalan yang ingin saya ajukan berkenaan dengan agama Islam kita ini kepada ustaz. Soalannya ialah adakah Allah itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya?”

Kelihatan sang ulama hakikat tersenyum sahaja mendengar soalan itu lantas dengan tahkik beliau menjawab..

“Wahai anak muda ketahuilah yang sebenarnya bahawa Allah itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram.”

Terperanjat besar si pemuda mendengar jawapan sang ulama hakikat yang bersahaja itu. Sukar rasanya si pemuda mahu menghadam jawapan yang baru disampaikan kepadanya itu. Tanpa berlengah-lengah maka si pemuda itu mohon undur diri kemudian pulang ke rumahnya dengan seribu persoalan yang berlegar-legar dibenak kepalanya.

Sebagai seorang muslim taat yang baru hendak menjinak-jinakkan diri dengan dunia tasawuf, si pemuda berasa keliru dengan jawaban yang diberikan oleh sang ulama hakikat. Setahu beliau pelajaran tasawuf itu bersangkutan dengan ilmu hakikat dan ma’rifat. Mendengar jawapan daripada sang ulama hakikat itu membuatkan si pemuda berasa takut untuk meneruskan pelajaran tasawuf dengan gurunya dan mengambil keputusan untuk tidak lagi berguru dengan guru tasawufnya lantas mengambil keputusan untuk berguru dengan sang ulama syariat. Beliau mulai meragui perjalanan ilmu hakikat dan dalam hati beliau bergumam..

“Kalau nak dibandingkan dari segi akhlak pun akhlak sang ulama syariat lebih bagus daripada akhlak sang ulama hakikat. Walaupun sang ulama syariat hidup dalam keadaan sederhana namun aku dijemput masuk ke dalam rumahnya lantas dijamu dengan makanan yang enak berbanding sang ulama hakikat yang kedekut.. sudahlah tidak dijemput masuk ke dalam rumahnya, setitik air pun tidak diberinya malah dengan dirinya sahaja pun sudah kedekut. Lihat sahaja pakaiannya yang lusuh itu.”

Keesokkannya, si pemuda dengan tergesa-gesa menuju ke rumah sang ulama syariat dan menceritakan kepada beliau hasil dialognya dengan sang ulama hakikat. Mendengar penjelasan si pemuda, sang ulama syariat berasa marah lantas mengarahkan anak-anak muridnya untuk menangkap sang ulama hakikat. Maka dengan sekejap sahaja penduduk kampung itu digemparkan dengan cerita bahawa sang ulama hakikat itu telah membawa ilmu sesat dikampung itu.

Sang ulama hakikat dapat ditangkap dengan bantuan orang-orang kampung. Tangannya diikat dibelakang lalu dipaksa untuk berjalan. Kelihatan terdapat segelintir dari orang-orang kampung yang bertindak memukul muka dan badan beliau serta tidak kurang juga ada yang melempari beliau dengan batu-batu kecil kerana tidak dapat menahan rasa marah. Pun begitu sang ulama hakikat tetap berdiam namun air matanya tak henti-henti mengalir. Mungkin beliau menahan sakit.

Tiba dihalaman rumah sang ulama syariat lalu dengan kasar tubuh sang ulama hakikat yang sudah tua itu ditolak dengan keras lantas beliau terdorong ke depan lalu jatuh tersungkur. Si pemuda yang sedari tadi menunggu dirumah sang ulama syariat terkejut dengan situasi itu. Beliau tidak menyangka sampai begitu malang nasib yang menimpa sang ulama hakikat sehingga diperlaku begitu. Namun apalah dayanya untuk mengekang kemarahan orang-orang kampung yang sedang meluap-luap itu. Kemudian setelah meredakan suasana, sang ulama syariat menghampiri sang ulama hakikat lalu bertanya kepada beliau..

“Benarkah anda menjawab ‘Allah itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram’ sebagai menjawab pertanya pemuda ini?” sambil jari telunjuknya diarahkan tepat pada si pemuda.

Dengan tenang sang ulama hakikat menjawab “Ya”.

Kemudian sang ulama syariat bertanya lagi.

“Adakah anda masih dengan pendirian anda atau anda mahu bertaubat?”

Tanya sang ulama syariat tegas. Lalu dijawab dengan tenang oleh sang ulama hakikat..

“Untuk kesalahan yang mana lalu saya perlu bertaubat wahai hakim?”

“Untuk kesalahan anda yang mengatakan Allah tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya haram!”

“Oh begitu.. beginilah tuan hakim, pada saya jawapan saya itulah yang teramat benar namun jika tuan hakim tidak menyetujuinya tidak apa-apa dan terserahlah kepada kebijaksanaan tuan hakim untuk mengadili saya kerana tuan adalah hakim dinegeri ini.”

Habis sahaja sang ulama hakikat berkata begitu lantas beliau dilempari dengan puluhan sepatu oleh penduduk kampung dan ada juga yang berteriak agar beliau dibunuh. Sang ulama syariat terdiam dan merenung dalam seolah-olah memikirkan sesuatu yang berat. Akhirnya sang ulama syariat membuat keputusan agar sang ulama hakikat diberi tempoh sehingga esok untuk bertaubat dan jika tidak beliau akan dihukum bunuh. Setelah itu sang ulama hakikat diikat pada sebatang pokok nangka yang berada dihalaman rumah sang ulama syariat dalam posisi duduk menghadap kiblat sambil dikawal oleh beberapa orang-orang kampung.

Kini, saatnya pun telah tiba namun sang ulama hakikat tetap tidak mahu bertaubat daripada pendiriannya. Ramai yang merasa pelik dengan pendirian sang ulama hakikat dan yang lebih kusut lagi ialah fikiran si pemuda itu. Tiba-tiba si pemuda merasa kasihan dan merasa bersalah mengenang keadaan malang yang menimpa sang ulama hakikat adalah hasil daripada perbuatannya. Namun nasi sudah menjadi bubur. Perlahan-lahan si pemuda mendekati sang ulama hakikat untuk memohon maaf. Aneh.. kelihatan sang ulama hakikat itu hanya tersenyum dan dengan senang hati mahu memaafkan si pemuda. Ketika si pemuda itu mahu beredar tiba-tiba ia mendengar sang ulama hakikat membacakan sepotong ayat Al Quran dengan nada yang riang..

“Wa qul jaa alhaq wazahaqol baathil innal baathila kana zahuuqo.”

Ucap beliau berulang-ulang sambil memandang kearah seseorang lantas mukanya tiba-tiba kelihatan berseri-seri dalam senyuman yang menggembirakan. Si pemuda lantas menoleh kearah orang itu dan apa yang beliau lihat ialah kelibat bekas guru tasawuf beliau diantara celahan penduduk kampung yang ingin menyaksikan hukuman pancung yang bakal dijalankan. Tak lama kemudian hukuman bunuh pun dilaksanakan maka tamatlah riwayat sang ulama hakikat dibawah mata pedang sang algojo. Seluruh penduduk kampung bersorak gembira tanda kemenangan dipihak mereka yang berjaya membunuh seorang pembawa ajaran sesat.

Selang beberapa hari oleh kerana rasa ingin tahu yang meluap-luap maka si pemuda bersegera mengadap bekas guru tasawufnya. Si pemuda berasa hairan mengapa sang ulama hakikat membacakan ayat 81 daripada surah al-Isra’ seraya melihat kelibat bekas guru tasawufnya itu?.

“Wahai muridku, marilah duduk dihadapanku ini.”

Ujar guru tasawuf seraya melihat kedatangan muridnya itu. Si pemuda terkedu.. tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Fikiran terasa kosong dan segala persoalan yang hendak diajukan terasa tiba-tiba hilang entah tertinggal dimana.

“Baiklah muridku, atas persoalanmu yang dahulu itu maka akan aku jawab sekarang ini.”

Lembut sahaja bicaranya.

“Adapun persoalanmu tentang perbezaan antara orang-orang syariat dan orang-orang hakikat dalam memahami agama Islam akan aku jawab seperti berikut. Yang pertama, orang syariat akan menjawab setiap persoalan melalui ‘bahasa’ ilmu syariat manakala orang hakikat akan menjawab setiap persoalan melalui ‘bahasa’ ilmu hakikat. Jawaban sang ulama syariat adalah benar menurut ‘bahasa’ ilmu syariat dan jawaban sang ulama hakikat juga benar menurut ‘bahasa’ ilmu hakikat.”

“bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.

“Begini… adalah benar apabila sang ulama hakikat memberitahu kamu bahawa Allah itu tidak berkuasa sebab melalui peraturan ilmu hakikat, perkataan ‘Allah’ itu adalah dirujuk semata-mata sebagai isim bagi zat tuhan kita sahaja. Ini bermakna yang berkuasa pada hakikatnya adalah zat tuhan kita dan bukannya yang berkuasa itu isimNya. Perkataan ‘Allah’ itu pada hakikatnya adalah gelar bagi zat tuhan kita. Adapun gelaran itu hakikatnya adalah khabar maka khabar tiada ain wujud. Jika sesuatu itu tiada ain wujudnya maka mustahil dikatakan ia mempunyai kuasa. Adakah kamu faham?”

Si pemuda mengangguk lemah sambil merenung lantai.

“Adalah sesuatu yang benar juga apabila sang ulama hakikat memberitahu kamu bahawa sembahyang itu hukumnya adalah haram.”

“bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.

“Begini… sebenarnya tiada ibadat sembah-menyembah dalam agama Islam namun yang ada Cuma ibadat solat. Ya, ianya adalah solat dan bukannya sembahyang. Cuba kamu fahamkan betul-betul maksud firman Allah dalam surah al-Kafirun ayat 6 yang bermaksud “Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku”. Ini menunjukkan cara ibadat orang kafir tidak sama langsung dengan cara ibadat orang muslim. Perkataan sembahyang itu adalah asalnya terbit daripada upacara ibadat masyarakat hindu-budha untuk menyembah tuhan yang bernama Hyang. Maka upacara ibadat itu dinamakan upacara sembahHyang. Solat itu bukan sembah dan tuhan kita bukannya Hyang tetapi Allah. Jadi kita sebagai orang muslim adalah haram sembahHyang kerana itu adalah ibadat penganut hindu-budha. Sesungguhnya solat itu bukan sembah tetapi solat itu ialah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila seseorang kamu sedang solat sesungguhnya dia sedang berbicara dengan tuhannya…”.

Si pemuda semakin tertunduk.

“Jadi, adakah kamu sudah faham mengapa sang ulama hakikat itu berkata bahawa Allah itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram?”

“Ya tuan guru, sekarang barulah jelas.”

“Yang kedua, orang-orang syariat mempelajari ilmu-ilmu hukum maka mereka menyelesaikan sesuatu masalah juga dengan hukum sementara orang-orang hakikat mempelajari ilmu-ilmu ma’rifatullah maka mereka menyelesaikan sesuatu masalah juga dengan Allah.”

Ketika ini lamunan si pemuda menyorot kembali peristiwa yang telah berlaku dimana kata-kata guru tasawuf itu ada benarnya juga. Memang benar sang ulama syariat telah menyelesaikan masalah yang berlaku dengan hukuman bunuh terhadap sang ulama hakikat sedang sang ulama hakikat menyelesaikan masalah antara dia dan si pemuda itu dengan kemaafan sesuai dengan sifat tuhan yang Maha Pemaaf dan Maha Pengampun.

“Adapun persoalanmu tentang kenapa ilmu hakikat tidak berkembang-luas maka akan aku jawab seperti berikut. Tidak berkembang-luasnya ilmu hakikat adalah disebabkan masih adanya orang-orang yang seperti kamu!”

Bentak sang guru tasawuf yang membuatkan darah si pemuda berderau.

“bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.

“Kerana kejahilan kamu dalam memahami hal-ehwal hakikat terus sahaja kamu tanpa usul periksa menghukum sang ulama hakikat sebagai tidak betul dan berburuk sangka terhadap beliau lalu kamu memfitnahi beliau dihadapan sang ulama syariat sehingga sang ulama hakikat tertangkap lalu diseksa dan dipancung oleh kalian. Jika semua ulama hakikat sewenang-wenangnya dibunuh tanpa usul periksa justeru kerana itulah ilmu hakikat tidak berkembang-luas.”

“Tapi tuan guru, bagaimana saya tidak terkhilaf sedang akhlak sang ulama hakikat itu tidak mencerminkan beliau sebagai orang yang beragama! Sang ulama hakikat langsung tidak menjemputku masuk ke dalam rumahnya yang besar lagi mewah itu dan langsung tidak memberiku walau setitik air bahkan dengan dirinya sahaja pun amat kedekut. Lihat sahaja pakaiannya yang lusuh itu.”

“Awas lidahmu dalam berkata-kata wahai anak muda! Telahku katakan tadi bahawa kamu memiliki sifat buruk sangka. Ketahuilah bahawa rumah besar lagi mewah yang kamu lihat itu bukanlah milik sang ulama hakikat tersebut sebaliknya adalah milik majikan beliau dan beliau hanya mengambil upah sebagai tukang kebun disitu. Adapun pakaiannya yang lusuh itu maka itu sahajalah harta benda yang beliau ada dan beliau hidup hanya untuk mengabdikan dirinya kepada Allah.”

“Bagaimana tuan guru boleh tahu segala yang terperinci tentang sang ulama hakikat itu?”

Tanya si pemuda hairan.

“Kerana orang yang kalian bunuh itu adalah guru tasawufku maka dengan itu sebutir lagi permata yang indah telah hilang. Telahku jawab semua persoalanmu maka pergilah kamu kepangkuan guru syariatmu iaitu sang ulama syariat.”

Si pemuda itu terkejut lantas berkata…

“Tapi wahai guruku, aku telah insaf dan ingin kembali berguru denganmu wahai guruku.. terimalah aku kembali wahai guruku!!”

“Ketahuilah wahai anak muda, aku enggan mengambilmu adalah semata-mata kerana keselamatanmu dan bukan kerana aku membencimu.”

“Aku tidak faham akan maksud tuan guru??”

“Pergi sahajalah kembali kepangkuan sang ulama syariat kerana kamu akan selamat disana dan jangan kamu sesekali mengaku aku adalah gurumu kelak kamu akan mengerti akan maksud tindakanku ini.”

Dengan hati yang berat dan sayu si pemuda berjalan menuju ke rumah sang ulama syariat untuk berguru dengannya dan beliau diterima sebagai murid. Selang beberapa hari, keadaan kampung tiba-tiba kecoh kembali. Dengar khabarnya seorang lagi pengamal ilmu sesat telah ditangkap dan kali ini pengamal ajaran sesat itu berasal dari kampung sebelah. Dari kejauhan kelihatan berbondong-bondong orang ramai sedang dalam perjalanan menuju ke rumah sang ulama syariat sambil menyungsung seorang lelaki yang telah dikenalpasti sebagai pengamal atau guru ajaran sesat. Dari jauh si pemuda dapat saksikan lelaki itu dipukul dan ditendang malah ada yang membalingnya dengan batu-batu kecil sehingga pakaiannya koyak-rabak. Rupa-rupanya lelaki yang pakaiannya telah koyak-rabak itu adalah sang guru tasawufnya.

Maka mengertilah si pemuda itu akan maksud tindakkan sang guru tasawuf yang tidak mahu mengambil beliau sebagai anak murid dan beliau hanya mampu mengalirkan air mata sambil menahan sebak melihat sang guru tasawuf itu diperlakukan seperti itu. Esoknya hukuman pancung terhadap sang guru tasawuf itu dilaksanakan maka sebutir lagi permata yang indah telah hilang sirna dari negeri itu……… Didalam hati si pemuda merintih..

“Ya Allah.. berapa ramaikah lagi ahli tasawuf yang mesti dikorbankan semata-mata mahu membuatkan aku mengerti mengapa ilmu hakikat tidak dapat berkembang-luas? Cukup Ya Allah cukup kerana sekarang aku sudah mengerti….”

Thursday, November 24, 2011

Post Raja Roslan 3

kata guru .. jadilah kekasih,baru boleh berbicara tentang kekasih !!!
kata guru .. nak jadi kekasih,kenalah sejati dengan kekasih !!!
tak faham guru,sejati macam mana ?? .....
buatlah macam kekasih,baru ada gementar pada hati ...
tak faham guru,gementar macam mana ?? ..
sudahkah kamu sekarang berbuat macam kekasih ?? ..
dapatkah kamu sekarang berbuat macam kekasih ?? ..kalau kamu buat,kamulah kekasih yang dikasihi ..boleh ke buat ?? ..memang tak boleh .. !! janganlah mengaku boleh !!bila tak boleh buat,takdakah ada perasaan gementar pada hati kamu ?? ..takda rasa apa pun guru ..maknanya kamu tak beriman le,tak beriman maknanya kamu tak berilmu le .. sebab iman itu ilmu !!! ilmu agar kamu mengerti sehingga kamu tidak mengerti apa-apa lagi ... "apabila disebut nama Allah,maka gementarlah hati mereka" .. yang gementar,merekalah orang beriman sebab mereka tahu yang mereka tidak boleh buat sebagai kekasih .. yang tidak gementar,merekalah yang tuhan di mata tuhan mereka sendiri ... sebab mereka rasa mereka sudah buat !!!!sekarang aku nak tanya,sekarang kita berada di mana ?di facebook guru !!macamana kamu tahu ? .. sebab kamu dah tahu ini facebook kerana kamu berilmu dan tahu dan faham ini adalah facebook .. sekarang macamana kamu nak beriman kalau kamu tak tahu dan faham apa itu yang terkandung dalam rukun iman .. kalau tak tahu macamana kamu nak bersyahadah .. di mana letak penyaksian kamu,siapa yang kamu saksikan .. sedangkan Rasul pesan,beribadahlah seolah kamu melihat ataupun kamu dilihat ... sekarang aku tanya,apa yang kamu lihat ?? .. lihat dan rasa sama tak guru ?? ..mereka kata boleh lihat dengan matahati guru ..boleh rasa dengan matahati guru ..macam ni lah,hadir dan menghadirkan .. lihat dan melihatkan .. rasa dan merasakan ..itu semua adalah dua perkara yang amat berbeza ... nasihat aku,ikutlah Rasul .. katanya,agamaku adalah agama yang menolak .. fikirkan lah ..

Saturday, November 19, 2011

solat - Tafsiran Pak Karamu

>>.. SEMBAHYANG TAQWA :1. Setiap manusia yang melakukan sembahyang wajib mengaku sebagai manusia yang sempurna, iaitu Insan kamil. Kerana itu sesiapa yang tidak sembahyang maka ia bukanlah manusia yang sempurna, yang bererti ia bertaraf makhluk sebagaimana Azazil yang telah berkhidmat dengan Tuhan selama 12,000 tahun kepada Tuhan kemudian berakhir dengan menderhaka kepadaNya.2. Derhakanya Azazil kepada Tuhan kerana tidak mengetahui rahsia perintah tunduk kepada Adam a.s oleh Allah swt, ertinya tidak mahu sembahyang dan akhirnya ia terus dilaknat oleh Allah dengan nama syaitan bertaraf iblis.3. Sembahyang itu adalah untuk mempraktikkan ikrar dan janji kita semasa di Alam Roh. Ia bukanlah membawa kepada masuk ke syurga, hanya menunaikan ikrar dan janji rahsia tunduk di Alam Roh dan rahsia masuknya peristiwa Rohani ke dalam jasad bayi ke dalam perut ibu yakni tanda Ubudiah (pengabdian seorang hamba).Firman Allah: Maksudnya:Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah kamu itu sesudah kamu meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (sebagai sumpah itu) sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu lakukan. (An-Nahl 91)4. Sembahyang seorang ahli taqwa tidak ada lafaz usalli, kerana usalli kepada orang taqwa adalah hal yang maklum, kerana usalli itu adalah kerja orang awam, dan sembahyang yang dilaksanakan itu mestilah keluar dari sifat makhluk kepada sifat Insan kamil. Selagi ada sifat makhluk, maka ia tetap masuk api neraka. Hanya Insan kamil sahaja selamat dari api neraka.3 darjat manusia didalam 3 perkara pokok.Insan kamil - Insan ketuhanan.Insan kamil wa mukammil- Insan bertaraf Muhammad (Mahmudah).Insan mukammil- Insan Abudiah (pengabdian) taraf Adam.5. Sembahyang mesti fana dalam Zat Allah, fana dalam Sifat Allah dan fana dalam Af’al Allah, maka fana itu ialah mempraktikkan kerja buat LA ILLAHA ILLALLAH atau LA HAWLAWALA QUWWATA ILLA BILLAH ertinya jasad dalam kalimah Alif ertinya HU. Bagi perempuan HA ertinya HU.6. Kita berkata di dalam hati ‘Tiada Zat aku hanya Zat Allah, tiada Sifat aku hanya Sifat Allah, tiada Af’al aku hanya Af’al Allah, tiada ujud aku hanya ujud Allah’ dan jangan ingatkan batang tubuh kita, sebaik-baiknya ingatkan dia Zat dan dia Asmak ertinya menyerahkan diri kepadaNya.Firman Allah: Maksudnya: Dan kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Qur’an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang menyerahkan dirinya. (An-Nahl 89)7. Sembahyang itu ialah untuk mempraktikkan kerja buat BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM kepada golongan ahli taqwa. Kepada orang syariat dimaksudkan ‘tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah’ tetapi kepada golongan ahli taqwa, BISMILLAH itu Zat kepada Allah tetapi kepada kita Nyawa (Insan) atau Ruhul Hayat (LA YAHLUQU).AR-RAHMAN itu Sifat kepada Allah, maksudnya hati kepada kita, yakni Ruhul Yaqazah, AR-RAHIM itu Af’al kepada Allah dan kepada kita tubuh (jasad), Jelasnya kita berasal daripada BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, kerana itu kita tidak boleh membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM kerana kerja buat perkara 13 rukun sembahyang itu semua dilakukan oleh Tuhan pada keseluruhannya. Rujuk kefahaman pada ilmu IFTIQAR kerana itu tidak boleh membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM pada Al-Fatihah dan ayat lazim kerana belajar saufisma ini kepada fekah tasauf yang tiada berkait dengan fekah dan usuluddin hanya semata-mata tasauf yang dapat mengelakkan perkara syirik khafi dan mukhafi, asrar dan jali. 8. Sembahyang hendaklah fana dalam Zat Allah, Sifat Allah dan Af’al Allah dan jangan pula kita didalam Asmak Allah kerana kita hanya menyembah Zat dan memuji AsmakNya. Apakala kita sudah fana sebagai Insan kamil, mukammil dan wa mukammil, barulah angkat takbiratul ihram (ALLAHU AKBAR)
(Syarah Pak Keramu)

Friday, November 18, 2011

7 yang berulang

AKAL SANGAT MENAWAN HATI

[Asas-Asas Ilmu Akal]
Akal adalah sebahagian daripada komponen ROHANI dan juga sebahagian daripada komponen RUHUL YAQAZAH. Akal ditempatkan oleh Allah pada tempat yang paling selamat iaitu di dalam otak, dan otak diletakkan di dalam tempurung tengkorak. Tengkorak di salut oleh kulit kepala, dan kulit kepala dilindungi oleh rambut, tempatnya diletakkan pada tempat yang paling tinggi dan selamat iaitu pada tingkat atas pada tubuh manusia.
Akal sangat menawan hati, di mana tugasnya adalah menjalankan amanah Tuhan yang berasaskan kalimah tauhid LA ILLAHA ILLALLAH dan MUHAMMADARRASULLULLAH, pada otak manusia terdapat beribu urat dan saraf. Jika salah satu daripada ribuan saraf ataupun urat itu putus maka fungsi gerakan Akal itu terencat dan keupayaan untuk berfikir menjadi lemah dan kaku.
Akal mempunyai lembaganya tersendiri bagi menilai suasana berbagai-bagai peristiwa di muka bumi ini. Lembaga Akal itu di kenali sebagai Manik, Fikir, Sukma, Budi dan Rasa. Setiap lembaga Akal, masing-masing dengan peranannya, kerana itu manusia perlu faham bahawa setiap lembaga Akal itu adalah punca memahami segala ilmu yang datang bagi membina ketamadunan manusia dalam perkara keinsanan dan ketakwaan.

[Lembaga Akal Dan Peranannya]
1. MANIK : Adalah nur lembaga akal yang tugasnya menangkap dan memahami sesuatu berita yang tersurat dan juga tersirat dengan cepat dan tepat. Ia bermula daripada panca indra yang dilihat dan didengar dan akan segera disampaikan dan disimpan pada manik saban waktu di sepanjang hayat manusia serta dapat diingat kembali apabila peti simpanan dibuka dan dikenang akan sesuatu peristiwa walaupun pada masa yang telah lama berlalu.
2. FIKIR : Fungsinya ialah untuk menilai sesuatu berita yang datang ataupun berita yang telah dirakam dan disimpan pada manik, fikir juga dapat menilai serta membuat keputusan sama ada berita itu benar atau sebaliknya mengikut panduan.
3. SUKMA : Fungsinya untuk melahirkan sesuatu perasaan belas kasihan serta menanggung suatu sikap berkesedaran dan kehibaan atas sesuatu tekanan yang dapat mengubah sesuatu alam.
4. BUDI : Fungsinya melahirkan sikap bertimbangrasa mengikut ilmu yang tersimpan pada lembaga Akal (manik dan sukma) yang melahirkan sikap bertanggungjawab atas perkara yang bukan lahir dari dipaksa-paksa dan ia terbit dari sikap dan akhlak.
5. RASA : Fungsinya adalah melahirkan sikap bertanggungjawab apabila diamanahkan sesuatu tanggungjawab ataupun perintah, dan ia membawa sikap yakin, sabar, tegas dan nekad. Ia tertakluk kepada peranan nafsu yang baik dan keimanan yang luhur.
Pada keseluruhannya lembaga Akal ini berhubung rapat di antara pengaruh nafsu dan juga Roh, ini disebabkan ia berada di dalam kumpulan Ruhul Yaqazah. Ilmu yang diperolehinya adalah datang daripada alam yang nyata dan juga dari alam yang ghaib ataupun datang dari alam keliling atau melalui mimpi-mimpi mahupun perkhabaran.

[Membicarakan Masalah Akal Manusia Dan Lembaganya]
Akal adalah makhluk Tuhan yang tersangat tinggi nilainya. Ia mampu membawa manusia ke Syurga ataupun ke Neraka. Akal dan lembaganya adalah yang membezakan di antara kemanusiaan dan kehaiwanan. Akal jika diisikan di dalamnya dengan ilmu yang hak serta mengamalkannya maka manusia akan menjadi selamat, sebaliknya jika ia diisikan dengan ilmu yang batil atas godaan Syaitan walau tidak diamalkan sekalipun maka ia akan merosakkan manusia.
Manusia hendaklah sedar bahawa lembaga akal yang ada pada setiap manusia itu di antara satu dengan yang lainnya adalah bekerjasama dengan rapat di antara satu dengan yang lainnya. Sebagai contoh jika manik menerima isyarat daripada panca indera sama ada secara melihat, merasa, penciuman (bau) , percakapan, sentuhan, atau mendengar maka ia secara langsung akan melahirkan ilmu sama ada ilmu yang batil ataupun hak, demikianlah luasnya sumber ilmu yang diperolehi oleh akal tersebut sehinggakan daripada desiran angin dari pokok dan sebagainya pun akan melahirkan ilmu.

[Pemahaman Melalui Soal Jawab]
Soalan : Adakah Akal itu makhluk ?
Jawapan : Akal adalah makhluk yang tinggi nilai kejadiannya, ia di ibaratkan sebagai makhluk yang tersangat mustahak di dalam kehidupan manusia, dia juga dikatakan sebahagian makhluk yang awal Allah jadikan.
Soalan : Bagaimanakah ia memperoleh ilmu ?
Jawapan : Ia memperolehi ilmu melalui penglihatan, pendengaran, penciuman (bau), sentuhan dan sebagainya.
Soalan : Berapa jenis ilmu yang tersimpan di dalam akal ?
Jawapan : Ada empat jenis ilmu yang terdapat di dalam akal.
1. Ilmu yang hak dari sumber yang hak.
2. Ilmu yang batil dari sumber yang batil.
3. Ilmu yang ragu kesahihannya.
4. Ilmu dari ilham dan laduni ; samada diperolehi secara laduni, taufik dan hidayah atau mimpi yang benar.
Soalan : Adakah ilmu yang hak dan yang batil itu ditempatkan pada satu tempat ?
Jawapan : Setiap ilmu disimpan mengikut penjenisan ilmu, ia tidak disimpan di satu tempat secara bercampur gaul.
Soalan : Adakah ilmu yang hak dan yang batil itu sentiasa aktif ?
Jawapan : Ilmu yang tersimpan pada lembaga akal Manik adalah mengikut kategori yang terdahulu dan terkemudian, ada kalanya ilmu yang terdahulu ada berkait dengan ilmu yang terkemudian. Apabila ini berlaku maka ilmu tersebut menjadi aktif berganda, jika tiada berkait maka ilmu yang terkini saja yang aktif, demikianlah keadaannya samada ilmu yang hak atau yang batil dan ini bergantung pada dorongan hawa nafsu samada hawa nafsu yang baik ataupun hawa nafsu yang tidak baik.
Soalan : Adakah ilmu yang hak dan batil itu akan melahirkan tindakan ?
Jawapan : Tidak semestinya ilmu yang hak dan yang batil itu akan melahirkan tindakan yang diikuti dengan perbuatan, kerana setiap ilmu ada dengan keperluan dan ilmu penangguhan serta ilmu yang tidak perlu dilaksanakan kerana tiada keutamaan. Ia bergantung kepada kebebasan atau halangan yang mungkin membawa risiko, dan ada ilmu yang telah terlalu lama tidak dilaksanakan kerana menghadapi sebab-sebab namun ia tetap mengikut jangka masa ia dilakukan atau tetap disimpan di dalam manik dan ia menjadi sentiasa diingati. Ilmu ini termasuk dalam kategori azam yang tergendala.
Soalan : Siapakah yang menggerakkan ilmu yang tersimpan di dalam manik ?
Jawapan : Segala ilmu yang tersimpan di dalam lembaga Akal yang bernama manik akan digerakkan oleh hawa nafsu. Sudah tentu hawa nafsu yang berperangai kurang baik akan menggoda ilmu yang tidak hak yang ada di dalam lembaga akal untuk dilaksanakan, dengan tujuan supaya manusia itu melakukan yang mungkar, sementara nafsu yang baik akan menggerakkan ilmu yang baik, akan tetapi jika sekiranya ilmu yang baik itu dapat dilaksanakan maka ketika mana ia dipraktikkan, maka nafsu yang kurang baik itu akan menghubungi syaitan supaya ianya diganggu-gugat. Ertinya musuh ilmu yang baik itu tersangat banyak kecuali manusia itu tahu cara yang sempurna dalam beribadat.
Soalan : Adakah Roh akan terlibat apabila berlaku tindakan dari keputusan akal untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan?
Jawapan : Apabila hawa nafsu berjaya menggoda lembaga akal maka lembaga akal yang bernama fikir akan membuat keputusan melakukan sesuatu perbuatan, maka sudah tentu Roh akan turut serta terlibat kerana setiap perbuatan itu memerlukan tenaga, sementara tenaga itu datang daripada wujudnya Roh di dalam badan manusia.
Soalan : Boleh atau tidak berlaku segala gerak yang dilakukan oleh manusia tanpa dorongan nafsu ?
Jawapan : Tidak boleh! Kerana segala punca pekerjaan adalah memerlukan dorongan dan kecenderungan, tanpanya ia tidak akan berlaku, sedangkan dorongan tersebut datang kerana adanya nafsu.
Soalan : Apakah yang dimaksudkan akal yang kotor dan akal yang bersih ?
Jawapan : Akal yang bersih itu datang daripada ilmu yang benar dan sentiasa ia memikirkan kebesaran Tuhan dan kebenarannya. Ini dinamakan akal yang bersih sementara akal yang kotor datang daripada ilmu yang kotor dan sentiasa ia memikirkan perkara maksiat.
Soalan : Berapa banyakkah cerita yang direka oleh Akal ?
Jawapan : Akal mampu menghasilkan berbagai cerita yang bercampur baur di dalam akal malah ia mampu melahirkan 7 x 24,000 perkataan dalam masa satu hari atau lebih daripada itu.
Soalan : Adakah akal mampu mengubah sesuatu objek ?
Jawapan: Akal mampu mengubah sesuatu objek sekiranya manusia itu duduk pada kedudukan INSAN KAMIL dan tahu ilmu yang di sebut sebagai TAWAKKAL, ia melibatkan ilmu sifat QAHAR dan sifat KAMAL
Soalan : Adakah akal mampu melahirkan sesuatu tindakan dengan sendirinya ?
Jawapan : Akal tidak berkemampuan bertindak dengan sendirinya tanpa dorongan daripada nafsu.
Soalan : Apakah kerja akal semasa di dalam ibadat ?
Jawapan : Kerja akal di dalam ibadat ialah merangkumi hukum qalbi qauli dan fi'li. Ia menjalankan tugasnya mengingat maksud yang dibaca serta tujuannya, di samping itu ia perlu juga memikirkan kerja nyawa dan Roh yang menggerakkan tubuh dan bacaan di dalam masa beribadat.

Raja Abdul Rashid's post 2

Aku bertanya: Bolehkah kita marah ?
Guru menjawab: Boleh,kerana ianya fitrah.Cuma,letakkan kemarahan atas tempatnya.

Aku bertanya: Bagaimana mahu meletakkan kemarahan atas tempatnya ?
Guru menjawab: Marahlah kerana Dia bukan kerana nafsu.

Aku bertanya: Bukankah marah itu sendiri adalah nafsu,bagaimana mahu marah tanpa nafsu ?
Guru menjawab: Itulah dia fitrah,nafsu itu adalah kehendak dan fitrah kita hidup bersamanya atas dasar alat,nafsu itu hanya alat bukan matlamat.

Aku bertanya: Bagaimana mahu mengetahui yang kita marah kerana Allah ?
Guru menjawab: Kenalilah nafsu ...

Aku bertanya: Bagaimana mahu mengenali nafsu ?
Guru menjawab: Tiliklah hatimu dengan ilmu...

Pesan guru: Dirimu ibarat bumi yang menerima hujan dan kemarau,ada kalanya hujan turun dengan lebat,ada kalanya renyai-renyai malahan ada kalanya hujan tidak turun langsung.Junjung tinggilah hujan rahmat yang turun kepadamu dengan sebanyak-banyak syukur dan bersabarlah dengan kekontangan yang menimpamu tanpa mengurangkan amalan dan kepercayaanmu.Sesiapa yang bersungguh-sungguh di jalanNya maka natijahnya akan diberi kemudahan dan ilmu juga pengenalan yang benar tanpa ragu ...

Pesan akhir dari Guru : Beradablah kerana adab itu cermin hatimu ..

Insya Allah ..

Raja Abdul Rashid's post

Bismillah,
inilah kalimah permulaan
penafian diri ini
mengisbatkan hanya sebenar Diri
Alhamdulillah,
inilah kalimah penyempurnaan
penafian ini mengisbatkan
hanya Yang Sejati dan diantara kalimah yang dua,
aku lah yg dipanggil hamba dihidupkan oleh Tuhan Yang Maha Kaya
bersama ke ESA an WajahNya ..

Tulisan Abang Omar BBM+T

KATA GURU SAYA berkaitan ALAM MITHAL...

ALAM MITHAL

Ertinya mithal ialah contoh = ikhtibar = petunjuk

Pemahaman :-

Petunjuk Zat ialah SifatNya
Petunjuk Malaikat ialah Ruh
Petunjuk Ruh ialah Jasad

Maknanya :-

Ghaib Zat Allah dalam SifatNya = Nur Muhammad
Ghaib Sifat ( Muhammad ) didalam Malaikat
Ghaib Malaikat didalam Ruh Manusia
Ghaib Ruh manusia didalam Jasad manusia

Juga bermakna :-

Manusia itu adalah MITHALAN sebab :-

Jasad sesifat Ruh
Ruh sesifat Mlaikat
Malaikat sesifat Nur Muhammad
Nur Muhammad ialah Sifat Zat
Sifat itulah Zat

Alam Mithal adalah Alam Nyata yaitu dikandung bapa

Friday, November 11, 2011

Hakikat hubungan manusia dengan Allah ..

Jikalau kita perhatikan hubungan hakikat manusia dan hakikat Allah, ia suatu hubungan yang sangat erat dan amat mesra, seolah-olah dua nama bagi menunjukkan satu wujud.

Hubungan yang amat erat itu,umpama hubungan yang terjalin antara ruh dan jasad, sangat erat dan tidak dapat dipisahkan.Kerana eratnya hubungan itu,kewujudan Allah tidak akan diketahui tanpa wujudnya manusia,dan manusia tidak akan ada jikalau tidak wujud Allah.Manusia adalah maujud (yang menunjukkan) kepada yang wujud.

Dengan itu kewujudan manusia adalah bagi menunjukkan kewujudan Allah,dan Allah menjadikan manusia untuk menunjukkan keadaan-Nya dan dan Kekuasaan-Nya.

Persoalannya mengapa Allah yang menjadi Tuhan dan Nur Muhammad (ruh) menjadi hamba,ini kerana ia telah termaktub di dalam perjanjian yang telah dibuat antara Allah dan Nur Muhammad, yang mewakili sekelian ruh.

Perjanjian itu yang dibuat di Alam Ruh,ia adalah bersifat kekal dan tidak boleh ditukar-tukar lagi.Semasa di Alam Ruh,ruh telah berjanji dengan Allah,atau perjanjian antara Nur Allah dan Nur Muhammad,atau perjanjian antara Dzat dengan Sifat .. dalam perjanjian itu Nur Muhammad telah memperakui Dzat sebagai Tuhan dan Nur Muhammad sendiri sebagai hamba ..

Perjanjian itu seperti di dalam firman Allah :

"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka,dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri,(sambil Ia bertanya dengan firmanNya):
"Bukankah Aku tuhan kamu ?"
Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami),kami menjadi saksi".
Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak:
"Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini." - (Al-A'raaf:172)

Apabila Nur Muhammad memperakui Dzat adalah Tuhannya,maka secara semula jadi ruh perlu mengingati (berzikir) kepada Allah.

Itulah sebabnya ruh diberi jasad supaya dapat menzahirkan diri Rahsia Dzat, diri yang sebenar-benar diri,iaitu diri batin kepada manusia.Pentingnya perjanjian itu adalah, tanpa perjanjian itu ruh tidak akan mempunyai jasad dan Dzat Allah tidak akan wujud dalam ingatan (dzikir).

Oleh itu ruh perlu mengingat Dzat,yang Zahir memuji yang ghaib (Batin).Jikalau manusia tidak berzikir atau mengingati Allah,maka kewujudan Allah tidak akan nyata, Dzat akan ‘hilang’ dalam keghaiban dengan begitu sahaja.

Allah berfirman :
"(Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu),samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad),yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu,dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat),dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan,dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu),supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan;dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)." - (Al-Baqarah:151-152)

Secara tidak langsung tujuan Allah memberikan jasad kepada ruh adalah untuk mengingatkan manusia tentang DzatNya,iaitu Tuhan semesta alam agar dapat mengingatkan bahawa setiap yang wujud di dunia ini adalah berasal daripada Dzat Allah.

Tanpa adanya Diri Rahsia Allah (…maka Ku tiupkan RuhKu) pada manusia,adalah mustahil manusia wujud seperti yang ada sekarang ini.

Kesimpulannya kita beribadah dan berzikir (mengingati Allah) adalah untuk mengingatkan diri kita sendiri (manusia) bahawa ruh kita ini sebenarnya berasal dari Dzat Allah, dan dengan itu perlu mengingati Dzat Allah,iaitu Diri yang sebenar-benar Diri.

Tetapi, walaupun telah mencapai makam Keesaan,…..hamba tetap hamba,kerana Tuhan tidak suka kepada yang menyombong diri ....

Alhamdulillah ... semoga bermanfaat .... Insya Allah ..

Friday, November 4, 2011

M Nasir

Mustika

Kau yang berselindung
Di balik sutra
Warnamu pelangi
Engkau mustika hati
Pesona cinta
Mahligai rindu
Malam dingin yang kejam
Aku tiada gentar
Kerna cintamu
Misteri alam yang terbongkar
Lena jadi sedar
Kerna kasihmu

Yang dulu ku cari
Rupa-rupanya ada di sini
Dan yang bermain di mimpi
Menjelmalah engkau dalam realiti

Dulu lalu depan mata
Tapi ku tak hirau
Ku Tak peduli
Tapi setelah ku tahu
Hanya engkau teman
Kau tak ku lepaskan

Mustika, oh... mustika
Mestikah aku menjadi penanti
Pelukan sakti cinta sucimu
Aku tak sabar menantikan esok hari
Bawalah daku bersamamu
Oh, mustika hatiku
Mustika, oh... mustika

Rahsia Makrifat

Di sini penulis persembahkan pula bicara berkenaan Rahsia Ma’rifat. Sebahagian daripada ilmu “petunjuk” daripada Allah Ta'ala kepada hambanya yang terpilih. Pegangilah dan hayatilah ianya di dalam setiap amalan. Sebagai panduan dan persediaan menghadapi-Nya. Insya-Allah….

Adapun Rahsia Ma’rifat itu adalah rahsia bagi... diri, tiada siapa pun boleh menghuraikan di atas rahsia diri masing-masing melainkan orang-orang ahli Sufi dan Wali sahaja yang boleh menghuraikan.

Seperti kata Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a. sesudah beliau menunaikan solat sunnat hajat, lalu ia berkata :

“Ya Tuhanku! Di manakah maqam yang yang lima itu di dalam diri hamba? Iaitu yang pertama Subuh, kedua Dzohor, ketiga ‘Asar, keempat Maghrib dan kelima Isya'.”

Maka tatkala itu bergerak-geraklah seluruh anggotanya maka diketahuilah beliau tentang kedudukan maqam yang lima itu. Maka berzikirlah ia tiada berhenti-henti daripada satu waktu kepada satu waktu.

1. Pada waktu Subuh maka bergerak-geraklah perumahan hatinya maka berkatalah ia, “Ya Tuhanku! Telah nyatalah hamba bahawasanya Subuh itu bermaqam di hati hamba.” Maka berzikirlah ia tiada berhenti-henti sampailah pada waktu Dzohor.

2. Apabila sampai pada waktu Dzohor, maka berdenyut lagi hatinya. Tatkala itu terasalah ia suatu benda yang pahit mengalir di batang lehernya. Maka berkatalah ia, “Ya Tuhanku! Telah nyatalah aku bahawasanya waktu Dzohor itu bermaqamnya pada hempedu ku.” Maka berzikirlah ia tiada berhenti-henti sampailah ia pada waktu ‘Asar.

3. Apabila sampai pada waktu ‘Asar maka bergeraklah berhampiran dadanya sebelah kiri. Maka katanya lagi, “Ya Allah! Ya Tuhanku! Ketahuilah hamba bahawasanya waktu ‘Asar itu bermaqamnya pada paru-paru hamba.” Maka berzikirlah lagi ia sampailah pada waktu Maghrib tiada ia berhenti-henti.

4. Setelah sampai pada waktu Maghrib berdenyut-denyutlah di dalam dadanya. Setelah diperhatikan denyutan itu, maka ia berkata lagi, “Ya Allah! Ya Tuhanku! Telah nyatalah hamba bahawasanya waktu Maghrib itu bermaqam pada jantung hamba.” Maka berzikirlah ia daripada Maghrib sampailah ia pada waktu Isya’.

5. Setelah sampai pada waktu Isya’, maka berdenyut-denyutlah dadanya di sebelah kanan. Tatkala itu maka nyatalah ia waktu Isya’ itu pada limpanya. Maka bersyukurlah ia ke Hadhrat Allah Ta’ala. Katanya, “Ya Allah! Ya Tuhanku! Dengan kerana Mu aku mengetahui akan segala-galanya.” Maka berzikirlah ia tiada berhenti-henti sehingga sampai pada waktu Subuh. Maka kedengaranlah pada telinganya, “Ya Abdul Qadir! Di dalam lima waktu itu bahawasanya terhimpun ia di dalam waktu Subuh.”

Maka telah nyata kedudukan maqam lima waktu itu pada diri kita oleh itu tiada boleh dinafikan tiap-tiap sesuatu itu. Bukannya kehendak ilmu yang luas tiada suatu pun yang boleh mengisbatkan kepada kita. Hanya pada diri kita sahaja yang boleh menandakan suatu itu di alam ini.

Maka berkata seorang ahli Sufi (Syeikh Kiryani r.a.) kepada sahabat-sahabatnya bahawasanya, “Hamba dapat mengetahui akan maqam yang lima ini adalah wujudnya pada lima haqiqat. Yang dinamai ia pada tiap-tiap waktu ini.”

1. Waktu Subuh menyatakan wujudnya Allah.

2. Waktu Dzohor menyatakan wujudnya Af'al Allah.

3. Waktu ‘Asar menyatakan wujudnya Qauli.

4. Waktu Maghrib menyatakan wujudnya Insani.

5. Waktu Isya’ menyatakan wujudnya Rasuli.

Maka berkata sahabat-sahabatnya kepada Syeikh Kiryani r.a., “Ya tuan hamba! Bolehkah tuan hamba terangkan lagi bagaimana cerita lagi di atas maqam yang lima itu? Kerana tidak sekali-kali hamba memahami dengan kata-kata tuan hamba itu!”

Maka berkatalah Syeikh Kiryani r.a. kepada sahabatnya, “Ya sahabat ku! Tiliklah keadaan diri mu senyata dahulu agar kamu dapat ketahui akan maqam yang lima itu.”

Adapun tatkala asalnya maqam yang lima waktu itu adalah diambil daripada cerita baginda Saiyidina Ali Karamallahu wajhahu. Tertulis di dalam kitabnya yang bernama “Darul ulum addeen”. Bahawasanya datang seorang hamba Allah mengadap baginda Saiyidina Ali Karamallahu wajhahu dengan berkata, “Ya Khalifah Amirul Mu’minin! Kenapakah waktu subuh itu tidak disamakan lima rakaat tiap-tiap waktu? Mengapakah waktu Subuh dua rakaat sahaja dan Maghrib tiga rakaat, sedangkan waktu lainnya empat rakaat?”

Maka jawab oleh baginda Saiyidina Ali Karamallahu wajhahu, “Ya tuan hamba Sa’idah! Sebab-sebabnya waktu itu tidak sama akan rakaatnya, kerana mengikut kejadian alam ini. Tiada ia dijadikan oleh Tuhan dengan serentak. Melainkan dengan berperingkat-peringkat.”

Seperti sabda Rasulullah s.a.w. kepada ku, mafhumnya :

“Ya Ali! Ketahuilah oleh mu bahawasanya tatkala asal waktu itu, diibaratkan tatkala embun tunggal setitik gugur ke bumi menandakan adanya satu waktu dua rakaat yakni Subuh. Maka tatkala asal manusia pun daripada satu yakni Adam. Inilah sebabnya Subuh itu dua rakaat. Menyatakan ia rakaat pertama itu kalimah Tauhid, yang kedua kalimah Rasul. Kalimah Tauhid itu asal daripada ibu sekalian amalan dan kalimah Tauhid juga asal daripada bapa, yakni bapa sekalian ilmu Laduni.”

“Inilah sabda Rasulullah s.a.w. kepada ku”! Maka bertanya lagi hamba Allah itu kepada baginda Saiyidina Ali Karamallahu wajhahu, “Ya tuan hamba Amirul Mu’minin! Apakah terkandungnya di dalam kalimah Tauhid dan kalimah Rasul?” Maka jawab baginda Saiyidina Ali Karamallahu wajhahu, “Ya Sa’idah! Adapun kalimah Tauhid itu nyata ia adanya Nur Muhammad iaitu Dzat Wajibal Wujud Kholiqul’alam.”

“Maka inilah sabda Rasulullah s.a.w. kepada ku!” Maka bertanya lagi Sa’idah, “Ya Amirul Mu’minin! Bagaimana pula dengan waktu-waktu yang lain itu?” Maka berkatalah baginda Saiyidina Ali Karamallahu wajhahu, “Ya Sa’idah! Adapun waktu-waktu yang lain itu mengikut cerita Rasulullah s.a.w. kepada ku adalah seperti berikut ini :

Waktu Dzohor 4 rakaat :

1. Rakaat pertama menandakan wujudnya Dzat Allah.

2. Rakaat kedua menandakan wujudnya Sifat Allah.

3. Rakaat ketiga menandakan wujudnya Asma’ Allah.

4. Rakaat yang keempat menandakan wujudnya Af'al Allah.


Waktu ‘Asar 4 rakaat, menyatakan kepada 4 alam :

1. Rakaat pertama menyatakan kedudukan di Alam Roh.

2. Rakaat kedua menyatakan kedudukan di Alam Mithal.

3. Rakaat ketiga menyatakan kedudukan di Alam Ajsam.

4. Rakaat keempat menyatakan kedudukan di Alam Insan.


Waktu Maghrib 3 rakaat, menyatakan kepada 3 diri :

1. Rakaat pertama menyatakan hal keadaan Diri Azali.

2. Rakaat kedua menyatakan hal keadaan Diri Terperi.

3. Rakaat ketiga menyatakan hal keadaan diri terdiri.


Waktu Isya’ 4 rakaat, menandakan 4 nama bagi diri yang batin :

1. Rakaat pertama menyatakan bersifat Wujud, mengesakan Dzat Allah.

2. Rakaat kedua menyatakan bersifat Ilmu, mengetahui akan Sifat Allah.

3. Rakaat ketiga menyatakan bersifat Nur, menyatakan ia akan Asma’ Allah.

4. Rakaat keempat menyatakan bersifat Syuhud, ma’rifat akan Af'al Allah.

Maka inilah yang dinamakan Rahsia Ma’rifat. Maka bertanya lagi hamba Allah itu kepada Baginda Saiyidina Ali Karamallahu wajhahu, “Ya Amirul Mu’minin! Sekiranya jikalau hamba beramal dengan tiada ketahui jalan ini, apa hukumnya?”

Maka jawab Saiyidina Ali Karamallahu wajhahu, “Ya Sa’idah! Siapa yang mengerjakan amalan dengan tiada mengetahui akan amalan itu adalah syirik semata-mata. Dan mereka ini dijatuhkan di dalam golongan orang yang fasiq. Walau bagaimana ‘alim sekalipun, fasiq jua hukumnya. Tiadalah ia berbau akan Syurga idaman.”

Thursday, November 3, 2011

Puisi Rumi

Pelita banyak dan berbeza,
Cahaya sama dan satu jua,
Jika anda lihat lampu saja,
Hilanglah anda dalam ‘banyak’ dan ‘berbeza’.

Pandanglah pada cahaya,
Anda akan lihat satu saja,
Berbilang-bilang hanya bentuk saja,
Boleh dibilang, satu, dua, tiga.

Begitu juga pendapat manusia,
Berlain-lainan dan berbeza-beza,
Timbullah pelbagai mazhab agama,
Keluarlah pelbagai pandangan dan fatwa.

Kalau kita ada sinaran,
Dapat memandang keseluruhan,
Tidaklah lagi ada perbezaan,
Lenyaplah segala perbalahan.

*********************************************

*Puisi di atas adalah karya Sheikh Jalaluddin Rumi, seorang Sufi Besar dan Penyair Agung Parsi. Puisi beliau diatas ditulis kira-kira 800 tahun yang silam, termasuk dalam kitab atau kumpulan karya sufinya yang tersohor iaitu
“ Mathnawi”.

Wednesday, November 2, 2011

Mati

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! BACALAH DENGAN TELITI!!!



Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.



TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.



TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.



TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.



TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.



TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang

akan mematikan pula.



Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak



.

Tuesday, November 1, 2011

Doa Rabiatul Adawiyyah

Do’a seorang wanita yang sholeh
Rabi'ah Al-Adawiyah berkata:

"Tuhanku, jika aku mengabdi kepada-Mu
karena takut kepada neraka, bakarlah aku
di dalamnya. Dan jika aku mengabdi
kepada-Mu karena mengharapkan surga,
jauhkanlah aku daripadanya. Tetapi jika
Kau kupuja karena Engkau, janganlah
Engkau sembunyikan kecantikan-Mu yang
kekal dariku."

"Ya Tuhan, bintang di langit telah
gemerlapan, orang-orang telah
bertiduran, pintu-pintu istana telah
dikunci, dan tiap kekasih telah
menyendiri dengan kekasihnya, dan inilah
aku di hadirat-Mu."

"Tuhanku, malam telah berlalu dan
siangpun segera menampakkan diri. Aku
gelisah, apakah amalanku Kau terima
hingga aku merasa bahagia, ataukah
Engkau tolak hingga aku merasa sedih.
Demi kemuliaan-Mu, inilah yang aku
lakukan selama Engkau beri hayat.
Sekiranya Engkau usir aku dari depan
pintu-Mu, aku tidak akan pergi, karena
cinta pada-Mu telah memenuhi hatiku."

"Wahai kekasih hati, hanya Engkaulah
yang aku cintai. Beri ampunlah pembuat
dosa yang datang ke hadirat-Mu. Engkau
harapanku, kebahagiaan, dan
kesenanganku. Hatiku telah enggan
mencintai selain dirimu."

"Aku mencintai-Mu dengan dua cinta,
cinta karena diriku dan cinta karena
diri-Mu. Cinta karena diriku adalah
keadaanku senantiasa mengingat-Mu. Dan
cinta karena diri-Mu adalah,
menyingkapkan tabir hingga Engkau
kulihat.. Pujian bukanlah bagiku, tapi
bagi-Mu lah pujian untuk semuanya."
1.Wau kang murweng don luhung,

...atilar wasita jati,
e manungsa sesa-sesa,
mungguh ing jamaning pati,
ing reh pêpuntoning tekad,
santa-santosaning kapti.
1.Dari yang sampai kepada Jalan Agung,
Meninggalkan Pesan Sejati,
Wahai manusia semua,
Pada saat kematian menjelang,
Tekad yang kuat (menggapai Kesempurnaan Sejati ),
Dan keteguhan kehendak (menggapai Kesempurnaan Sejati )


2.Nora saking angon ngrungu,

riringa rêngêt siningit,
labêt sasalin salaga,
salugune den-ugêmi,
yeka pangagême raga,
suminggah ing sangga runggi. 2.Tidak didapatkan karena hanya mendengar semata,
Terkecoh ajaran berbelit-belit,
Mementingkan keutamaan tubuh (Ilmu Fiqh),
Apa yang tertulis dipercayai begitu saja,
Padahal itu hanya Ilmu Etika,
Belum menyentuh apa yang sesungguhnya.



3.Marmane sarak siningkur,
kêrana angrubêdi,
manggung karya was sumêlang,
êmbuh-êmbuh den-andhêmi,
iku panganggone donya,
têkeng pati nguciwani.
3.Maka jangan terjebak syari'at,
Sangat-sangat mengganggu pencapaian Kesejatian,
Terlalu menimbulkan keragu-raguan dan ketidak pastian,
Walau tidak yakin benar tetap saja kamu jalani,
(Fiqh) itu Ilmu Duniawi,
Ketika meninggal tidak berguna.


4.Sajati-jatining ngelmu,
lungguhe cipta pribadi,
pusthinên pangesthinira,
ginêlêng dadi sawiji,
wijanging ngelmu jatmika,
neng kaanan ênêng êning.
4.Sesungguh-sungguhnya Ilmu,
Berada didalam Kesadaranmu sendiri,
Tingkatkan Kesadaranmu itu,
Satukan dengan Kesadaran Sejati,
Kesempurnaan Ilmu Sesungguhnya,
Akan kamu dapatkan dalam keadaan ENENG ( DIAM ) ENING ( HENING).
HAKIKAT SAHADAT...اشهدان لااله الاالله واشهدان محمدارسول الله
By Ahmad Muhamad Al-Hamdu in BBM + TASAUF · Edit doc.HAKIKAT SAHADAT...اشهدان لااله الاالله واشهدان محمدارسول الله

----------------------------------------------------------------------------------

Sesungguhnya sahadat adalah merupakan rukun islam yang pertama dimana seseorang itu ingin menjadikan islam sebagai cara hidupnya haruslah terlebih dahulu mengucap dua kalimah sahadat i itu:-

اشهدان لااله الاالله واشهدان محمدارسول الله

Jadi sesungguhnya selagi sesorang itu tidak melafazkan dua kalimah sahadat maka selama itulah dia tidak boleh di iktiraf sebagai seorang islam.

Dalam pengertian syariat,dua kalimah sahadat itu ialah "aku menaik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku menaik saksi bahwa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.







Sesungguhnya ramai diantara kita hanya pandai melafazkan ucapan dua kalimah sahadat itu tetapi jarang benar dikalangan kita cuba mengkaji atau sekurang2nya menyoal diri sendiri tentang hakikat pengertian hujung jatuhnya sahadat itu sendiri,kita lihat ibu bapa kita melafazkan sahadat maka kita pun turut berbuat demikian,namun begitu tak pernah bertanya kenapa kita

harus melafazkanya.??

اشهدان لااله الاالله واشهدان محمدارسول الله

Dan kenapa kita pula tidak boleh melafazkan satu bentuk penyaksian yang lain daripada dua kalimah sahadat.

Disamping itu tidak kurang pula dikalangan kita bertanya kenapa LA ILA HA IL LAALLAH itu boleh membawa pengertian "tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah" sedangkan di dalam kalimah tersebut tidak pernah terdapat perkataan tuhan (RABB) dan tidak pula terdapat perkataan sembah (PAK BUDUU HU) tetapi di dalam pentafsiran erti baik bahasa oleh para ulama syariat ada perkataan "tuhan" dan "sembah" dan kenapa pula sahadat tersebut tidak boleh dikatakan begini......

لاربي فاعبدوني الا الله

yang mungkin lebih sesuai untuk diberi erti "tiada tuhan yang disembah melainkan Allah" tetapi islam tetap mengunakan lafaz sahadat dengan..لااله الاالله

yang membawa pengertian kepada tiada yang nyata hanya Allah.



لا اله الا الله



TIADA NYATA HANYA ALLAH







Jadi boleh disimpulkan di sini bahawa pengertian yang dibuat oleh para alim ulama syariat adalah jauh,tidak menepti daripada matlamat sebenar yang hendak dinyatakan oleh sahadat itu sendiri disamping itu soalnya apakah perkataan Allah di dalam sahadat itu boleh di samakan kepada tuhan dan apakah sebenarnya begitu..??

Begitu juga apabila kita melafazkan ..محمدارسول الله

itu apakah benar membawa satu pengertian kepada "Nabi Muhammad itu persuruh Allah" jika benar begitu kenapa Nabi Adam Alaihimusallam bapa sekalian manusia juga mengucap sahadatnya dengan mengkhabarkan sahadatnya itu dengan lafaz Muhammad Rasulullah dan seterusnya Nabi Ibrahim,Nabi Ismail dan rasul2,wali2 Allah sebelum zahir Nabi Muhammad saw mengucap dengan ucapan yang sama atau dalam hal yang lain ada dikalangan kita akan berkata nabi2 sebelum zahirnya Nabi Muhammad mengucap dengan cara lain, jika benar begitu apakah mereka difahamkan bahawa islam itu hanya baru ujud pada zaman Muhammad saw dan benarkah islam tidak pernah ujud sebelumnya,dan jika benar ucapan Muhammad RasuluLlah itu fahaman kepada Nabi Muhammad,kenapa pula Nabi Muhammad juga mengucap seperti kita mengucap sekarang,dan kenapa pula RasuluLlah tidak mengucap begini...

واشهدن لاربى فاعبدوني الا الله واشهدانا رسول الله

yang lebih sesuai membawa kepada pengerian "aku naik saksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa akulah persuruh Allah"

Pendek kata banyaklah lagi persoalan2 yang harus ditanya oleh kita apabila kita melangkah dan berusaha mencari dan menggali pengertian sahadat yang benar,justeru itu marilah kita membincangkan bersama2 akan hakikat sahadat mengikut pandangan hakikat dan makrifat dan marilah kita sama2 menggali makna hujung jatuh sahadat itu sendiri agar kita sama2 dapat memahaminya dengan mendalam dan dapat pula berpegang dengan pemahaman kita itu.







Adapun kalimah sahadat itu adalah:-

اشهدان لااله الاالله واشهدان محمدارسول الله

dan sesungguhnya اشهدان لااله الاالله

adalah dinamakan sahadat tauhid dan..

واشهدان محمدارسول الله

adalah pula sahadat rasul.

Sebab kalimah..LAILAHAILLALLAH.. dinamakan sahadat tauhid adalah didalam kalimah tersebut kita bersaksi dengan penuh rasa bahawa tiada yang lain hanya Allah semata2 tiada bersekutu baginya dalam segala2 hal dan tiada sesuatu pun yang bercampur aduk denganya kecuali DIA sendiri,oleh itu kita bersaksi dengan diri kita sendiri tiada yang nyata pada kita hanya Allah semata2,kita nafi tubuh kita dan kita isbatkannya kepada Allah semata2 (diri batin kita)



Adapun kalimah واشهدان محمدارسول الله

itu dinamakan sahadat rasul,sebab pada kalimah ini kita melafazkan bersaksi bahawa yang menyampaikan dan menanggung diri rahsia Allah adalah Muhammad iaitu diri zahir kita,dan dengan melafazkan kalimah tersebut maka berikrar dan bersaksilah kita dengan diri kita sendiri bahawa diri zahir kita tetap akan menanggung rahsia Allah dan akan menjaganya buat selama2nya.

Adapun hakikat ketuhanan itu adalah diri batin kita (ruhani),

dan hakikat kerasulan itu adalah diri zahir kita (jasmani)

Diri batin adalah sebenar2 diri yang menyatakan rahsia tuhan dan untuk menyatakan diri rahsia Allah tersebut adalah diri zahir kita...jadi diri zahir kitalah yang menyatakan rahsia ketuhanan Allah Taala,oleh yang demikian diri zahir kita digelar HAKIKAT RASUL.





APABILA KITA MELAFAZKAN:-

لا اله الا الله TIADA NYATA HANYA ALLAH

MAKNAYA: tiada nyata hanya Allah....dari sini jelaslah kalimah LAILAHALILLAH itu sudah terang diri batin kita,bila saja kita melafazkan kalimah tersebut dengan jelas kita memperakui dengan sesungguhnya bahawasanya tiada nyata hanya DIAlah Allah yang dikandung oleh tubuh zahir kita.



ADAPUN KALIMAH: MUHAMMADRASUL ALLAH pula menyatakan diri kasar kita kerana hakikat bentuk manusia itu berhakikat dengan huruf M U H A M M A D ,

justeru itu menakala kita melafazkan kalimah.

اشهدان لااله الاالله واشهدان محمدارسول الله

Maka kalimah yang telah dilafazkan itu adalah meliputi pada menyatakan diri batin dan diri zahir kita (ruhani dan jasmani) iaitu kita menyaksikan bahawa yang dikandung oleh diri kasar ini adalah diri rahsia Allah Taala dan diri kasar inilah merupakan sarung, seperti firman Allah yang bermakna :MANUSIA ITU ADALAH RAHSIAKU DAN AKULAH RAHSIANYA"







Allah Taala telah mengurniakan manusia untuk memegang dan bertangungjawab terhadap rahsia yang ditanggung oleh manusia itulah Allah Taala memberi satu penghormatan besar terhadap kejadian manusia...seperti firman-Nya....

لقدخلقنا الانسان في احسن تقويم

sesungguhnya Aku kurniakan akan manusia itu satu kejadian yang sebaik2nya.

Kejadian manusia adalah satu2 kejadian yang paling rapi,elok tersusun pada zahir dan batin,duduknya kemuliaan manusia adalah kerana manusia sahajalah kejadian Allah yang sanggup memegang rahsianya,sedangkan sebelumnya Allah sendiri pernah menawarkan rahsia ini kepada langit,bulan,bukit untuk menanggungnya tetapi semuanya makhluk kejadian tersebut tidak mempunyai kesanggupan untuk menanggungnya:- seperti firman Allah yang bermaksud:" sesungguhnya rahsia aku ini pernah aku taruhkan kepada langit,bumi,gunung-ganang tetapi mereka enggan menerimanya kerana takut mengabaikannya,tetapi yang sanggup menerima adalah manusia".

Dari itu apabila kita mengucap akan kalimah

اشهدان لااله الاالله واشهدان محمدارسول الله

maka bererti kita bersaksi dengan diri kita sendiri bahawa tiada yang nyata pada diri kita hanya Allah semata2 dan tubuh zahir kita ini adalah tukang penyata rahsia Allah semata2.

Adapun solat itu adalah berdiri menyaksikan diri kita sendiri,kita menyaksikan bahawa diri kitalah yang membawa dan menanggung rahsia Allah Taala dan tiada sesuatu pada diri kita hanya rahsia Allah semata2,tiada satu jua pun yang kita punya kecuali hak Allah semata2,jika diibaratkan kita ini hanya sebagai sebuah kotak radio yang hidup dengan mengharapkan siaran dari stastion besar semata2,dan perlu di ingat bahawa berfungsinya radio tersebut kerana dapat menerima gelombang siaran dari station besar,yang demikian jika habislah siaran atau rosaknya penerimaan siaran maka sudah tentu kotak radio tersebut akan dibuang menjadi sampah,maka begitulah kita.

Kita akan berguna di sisi Allah jika kita dapat menanggung amanah rahsia itu serta dapat berfungsi dan bertindak mengenal diri kita sendiri,kerana apabila kita berjaya dapat mengenal diri kita,maka dengan itulah pula kita dapat mengenal diri Allah itu sendiri...firman Allah dalam hadis qudsi.....

من عرف نفسه فقد عرف ربه

ertinya,barangsiapa mengenal dirinya maka kenallah tuhannya.

Oleh itu jika kita tidak mengenal diri kita,maka kita adalah lebih hina daripada sampah di sisi Allah.







Adapun sembahyang/solat itu bukanlah sekali ertinya menyembah kerana apabila disebut sembah,maka sudah tentu membawa pengertian bahawa ada yang menyembah dan ada pula yang kena sembah dan tiap tiap yang disembah sudah pasti ada di hadapan yang menyembah.

Justeru itu bagaimana halnya dengan Allah yang bersifat bersalahan dengan benda-benda itu ujud,ujud dihadapan untuk di sembah,dan jikalau Allah di hadapanya maka ertinya Allah bertempat,jika ini iktikad kita maka kafirlah kita jadinya.Lagi pun bagaimana boleh dikatakan sembahyang itu boleh disifatkan menyembah sedangkan manusia itu sendiri pun adalah diri rahsia Allah seperti firman Allah dalam Hadis Qudsi; الانسان سري وانا سره "ertinya : manusia itu adalah rahsiaKu dan diri Akulah rahsianya".

Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa sembahyang itu sebenarnya adalah satu istiadat menyaksikan diri sendiri dan sesungguhnya diri kita itu adalah kepunyaan Allah semata-mata.Dan sugia di ingatkan bahawa keadaan yang dinyatakan di atas bukanlah sekali kita boleh beriktikad bahawa Allah Subhanahuwatallah itu duduk di dalam diri kita,jika kita beranggapan bergitu maka kafirlah jadinya dan keadaan yang diterangkan di atas juga bukan sekali-kali boleh beriktikad bahawa diri batin kita (ROH) itu tuhan dan bertuhankan diri,maka berbuat demikian kafir pula jadinya.

Perlu di ingatkan bahawa kita adalah sebagai kotak radio yang menerima gelombang radio dan rahsia radio,maka untuk menyatakan rahsia radio tersebut adalah station yang memancar siaranya ke kotak radio,maka berbunyilah radio seperti mana asalnya di station besar.Bergitu dengan Allah,Dia memuji diriNya dengan diri rahsiaNya yang dikandung oleh manusia.Seperti firman Allah didalam Hadis Qudsi yang bermaksud:

AKU SUKA MENGENAL DIRIKU SENDIRI,

LALU AKU JADIKAN MAKHLUK INI,

LALU AKU PERKENALKAN DIRI AKU,

KEPADA MEREKA DAN LALU MEREKA,

PUN MENGENAL AKU.

Bermula yang dimaksudkan dengan makhluk di dalam hadis qudsi di atas adalah manusia.

Adapun yang dikatakan sembahyang itu berdiri menyaksikan diri kerana semasa sembahyang kita wajib berkata :"اشهدان لااله الاالله واشهدان محمدارسول الله ". ertinya bersaksilah aku bahawa tiada yang nyata kecuali Allah (diri batin) dan bersaksilah aku bahawa Muhammad (diri zahir) itu adalah penyaksian Allah (diri batin).

Di sini terang dan jelaslah bahawa kalimah penting itu di lafazkan oleh kita bagi tujuan supaya menilik diri kita dengan matahati kita,bahawa akulah yang membawa rahsia Allah,dan kita menilik dengan mata zahir dan batin kita bahawa kita adalah Allah semata-mata tiada sesuatu pada kita hanya Allah semata-mata.

Ucapan penyaksian ini bukanlah sahaja dilafazkan oleh lidah malahan dikatakan bersama oleh semua anggota zahir dan batin kita,masing-masing serentak berdiri menyaksikan diri ini adalah Allah semata-mata,(بالحق الاالله )

Maka di saat melafazkan sahadah tersebut maka gementarlah seluruh tubuh jiwa raga orang arifin billah,maka disaat itu terasalah oleh mereka satu kelazatan yang amat sangat,tiada bahasa yang boleh diterangkan di sini kecuali diketahuilah sendiri oleh mereka yang mengalami dan sampai pula ke martabatnya.

Untuk menegaskan hal di atas Allah Subhanahuwatallah telah berfirman di dalam Al-Quran :إنماالموءمنون الذين إذاذكرالله وجلت قلوبهم وإذاتليت عليهم ابته زادتهم ايماناوعلى ربهم يتوكلون : ertinya" sesungguhnya bagi mereka yang beriman apabila sahaja disebut Allah nescaya gementarlah hati mereka dan apabila dibaca ayat-ayatNya bertambah iman mereka kepada Allah mereka bertawakal.

Adapun اشهدان لااله الاالله ertinya bersaksilah aku tiada yang nyata hanya Allah,iaitu bersaksilah aku dengan telingaku,mataku,otakku,kulitku,dagingku,kakiku, dan seluruh tubuhku yang zahir dan batin aku,tiada yang nyata kecuali Allah jua.Aku melihat dan mendengar dengan penglihatan Allah dan pendengaran Allah,tiada aku merasa ,Allah lah merasa,tiada aku berkehendak,Allah lah yang berkehendak, tidak aku berkuasa,Allah lah yang berkuasa...tidak....tidak...tidakkkk...HANYA ALLAH SEMATA-MATA.

Seperti firman Allah; فاءينما تولوا فثم وجه الله ..."Dimana sahaja kamu berhadap di situlah wajah Allah".

Cara ini adalah dengan kita menafikan diri kita yang zahir ini dan mengisbatkan diri kita yang batin (Allah).



Adapun واشهدان محمدارسول الله ertinya "dan bersaksilah aku bahawa diriku yang zahir ini adalah menanggung diri rahsia Allah semata-mata.

Di dalam kalimah ini kita bersaksi dengan diri kita sendiri bahawa diri kita jasmani inilah yang menanggung dan membawa rahsia Allah (diri batin) dan diri kita yang zahir inilah juga yang menjadi dalil awal akan ujudnya Allah Tuhan semesta alam.

Dengan yang demikian fahamlah kita bahawa kalimah sahadat itu adalah kalimah hakikat yang menyatakan penyambungan diantara badan jasmani dengan badan ruhani kita,ianya tidak boleh dipisahkan dan diceraikan diantara satu dengan lain.

Oleh kerana kita faham dengan hujung jatuhnya kalimah sahadah itu adalah hakikat penyambungan diantara ruhani dengan jasmani,maka setengah ulama' berpendapat bahawa tidak wajar bagi kita untuk melafazkan kalimah sahadah tersebut secara mewakafkan bacaan dimana-mana bahagian kalimah dua kalimah sahadah tersebut,adalah tidak kita mewakafkan di kalimah ALLAH seperti yang diamalkan oleh kebanyakan orang jahil di dalam hakikat dua kalimah sahadah,kerana pada hakikatnya kita telah mengetahui bahawa tubuh kalimah dua sahadah tersebut adalah gabungan ruhani dan jasmani kita.

Adapun ucapan dua kalimah sahadah yang hanya disebut dilafazkan dimulut tampa mengerti apakah sebenar hakikat sahadah tersebut adalah dinamakan sahadah tanda,hujung jatuh akan hakikat sahadah tanda ini adalah bertujuan supaya satu-satu masyarakat yang mengaku diri mereka islam,turut sama mengiktiraf bahawa manusia yang mengucap dua kalimah sahadah semacam tadi adalah berugama islam seperti mereka juga. tetapi sebenarnya sahadah sedemikian itu adalah kosong dan tidak memberi erti apa-apa serta tidak bermaya, ertinya jika di ibaratkan besi maka besi seperti inilah besi tawar yang tidak pernah mengerti apa makna tajam,ia hanya bergelar besi tetapi tidak berguna untuk apa-apa jua pun kerana perlu di tegaskan bergunanya besi bagi sebilah pisau adalah kerana tajamnya.Tajam itulah sebenar benar tubuh pisau itu,oleh sebab itu bagi mereka yang hanya mengerti melafazkan dua kalimah sahadah tetapi jahil daripada mengerti hakikat sahadah maka manusia begini adalah manusia islam minannas dan ianya bukan sekali kali islam minallah,oleh itu untuk menjadi islam minallah maka seseorang itu haruslah mengerti dan mengetahui dan memahami serta dapat duduk pada hakikat sahadah sebenarnya.



HURUF2 KALIMAT SAHADAT 24 HURUF MELAMBANGKAN 24 JAM SEHARI SEMALAM.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

لااله الأالله محمد رسول الله



ل ا ا ل ه ا ل ا ا ل ل ه م ح م د ر س و ل ا ل ل ه



Adapun kalimah sahadat ini hendaklah dijadikan darah daging kita pada siang malam selama 24 jam ertinya hidup kita,mati kita,bangkit kita dihari kiamat nanti adalah dengan kalimah sahadat :



لااله الأالله محمد رسول الله





لااله نحي وعليها,وعليا نموت وعليها نبعث ان شاء الله كان من الامنين



ertinya:hidupku didalam dunia ini,matiku dan bangkitku dihari akhir nanti didalam kalimah (sahadat) dan insallah aku menjadi orang yang amin.



disamping itu diingatkan bahawa didalam kalimah tauhid jiga mengandungi 24 huruf semuanya bagi menandakan kehidupan manusia 24 jam dalam sehari semalam sebagaimana yang dinyatakan dalam bab yang lalu bahawa kalimah sahadat itu adalah pada menyatakan perihal diri ruhani dan jasmani kita.Kalimah ini adalah tersangat penting didalam penghidupan kita untuk menuju kepada Allah Subhanahu wataala.



Oleh itu janganlah dipisahkan manusia samasekali dua kalimah sahadat didalam kehidupan kita,jika ingin menjadi manusia yang diredhai di dunia dan diakhirat dan jangan sekali2 kita mati tampa kalimah sahadat.











لااله الأالله محمد رسول الله



لااله الأالله محمد رسول الله



ل ا ا ل ه ا ل ا ا ل ل ه م ح م د ر س و ل ا ل ل ه



( 24 huruf)



(bagi mengisyaratkan kehidupan/penghidupan manusia 24 jam sehari semalam.)



Ahli Makrifat itu tidak mempunyai makrifat jika ia tidak mengenal Allah dari segala sudut dan dari segala arah mana saja ia menghadap. Ahli Hakikat hanya ada satu arah iaitu ke arah Yang Hakiki itu sendiri.



"Ke mana saja kamu memandang, di situ ada Wajah Allah" (Al-Qur-an)



"Ke mana saja kamu memandang", sama ada dengan deria atau akal atau khayalan, maka di situ ada Wajah Allah". Oleh itu dalam tiap-tiap ain [di mana] ada ain (Zat Ilahi) dan semuanya adalah "La ilaha illalLah" (TIADA NYATA HANYA ALLAH).



Dalam "La ilaha illalLah" semua wujud ada terkandung, iaitu Wujud Semesta Raya dan Wujud secara khusus; atau Wujud atau apa yang dianggap Wujud; atau wujud Hakiki dan Wujud makhluk.



Wujud makhluk tertakluk kepada kepada "La ilaha" yang bererti bahawa segala-galanya kecuali Allah adalah kosong(batil), iaitu dinafikan bukan diisbatkan. Wujud Hakiki termasuk dalam "illaLlah". Oleh itu semua kejahatan tertakluk di bawah "La ilaha" dan semua yang dipuji tertakluk di bawah "illaLlah".



Semua wujud terkandung dalam mengisbatkan Keesaan (La ilaha illaLlah) dan anda mesti memasukkkannya juga dalam menamakan hamba yang paling mulia (dalam mengatakan Muhammadun RasuluLlah).



"Muhammadun RasuluLlah" ini mengandungi tiga alam.

Muhammad itu menunjukkan Alam Nyata(Alam Nasut); iaitu alam yang boleh dipandang dengan deria(senses).



Rasul itu menunjukkan Alam Perintah(Alam Malakut); iaitu Alam batin berkenaan rahsia-rahsia tanggapan yang mujarad; dan ini terletak antara yang muhaddas dengan Yang Qadim.

Nama Ilahi(Allah) itu menunjukkan Alam Pertuanan(Alam Jabarut). Lautan darinya terpancar pengertian dan tanggapan.



"Rasul" itu sebenarnya pengantara yang muhaddas dengan Yang Qadim; kerana tanpa dia tidak akan ada wujud, kerana jika yang muhaddas bertemu dengan yang Qadim, maka binasalah yang muhaddas dan tinggallah Yang Qadim.

Apabila Rasul diletakkan pada tempatnya yang wajar pada kedua itu, maka barulah alam ini diperintahkan, kerana pada zhohirnya ia adalah hanyalah seketul tanah liat, tetapi batinnya ia adalah khalifah Allah.



Pendeknya, maksud mengisbatkan Tauhid itu tidaklah sempurna dan tidaklah meliputi tanpa diisbatkan Keesaan atau Tauhid Zat, Sifat dan Lakuan. Pengisbatan itu difahami dari "Muhammadun RasuluLlah".



Apabila seorang ahli Makrifat berkata "La-ilaha illaLlah" maka ia ketahui pada hakikatnya bukan hanya pada majazi sahaja, iaitu tidak ada jalan lain melainkan Allah. Oleh itu wahai saudaraku, janganlah hanya mengucapkan dengan mulut saja syahadah yang mulia ini, kerana dengan itu mulut sajalah yang akan mendapat manfaatnya. Dan ini bukanlah matlamat yang hendak dituju. Yang pentingnya ialah Mengenal Allah sebagaimana Ia sebenarnya.

"Allah itu dahulu seperti Ia sekarang jua tanpa sekutu, dan Ia sekarang seperti Ia dahulu jua".



Fahamilah ini, dan anda tidak akan dibebankan lagi dengan penafian, dan tidak ada yang tinggal bagi anda lagi melainkan pengisbatan agar apabila anda berkata anda akan berkata; "Allah, Allah, Allah". Tetapi kini hati anda dibebankan dan pandangannya lemah. Semenjak anda dijadikan anda hanya berkata; La-ilaha........ tetapi bilakah penafian itu akan berkesan?. Bahkan ia tidak berkesan kerana penafian itu hanya dengan lidah sahaja. Jika anda nafikan dengan Akal iaitu dengan Hati anda dan rahsia anda yang paling dalam, maka seluruh alam ini akan lenyap dari pandangan anda dan anda akan lihat Allah sendiri, bukannya diri anda sendiri dan juga makhluk-makhluk lain. Kaum Sufi menafikan wujud yang lain kecuali Allah. Maka mereka mencapai kedamaian dan kerehatan dan terus memasuki KalamNya. Mereka tidak akan keluar lagi. Tetapi penafian anda tidak ada langsung hujungnya............



Ghirullah(selain Allah) tidak akan lenyap dengan hanya mengatakan "tidak" dengan lidah sahaja; dan belum sempurna juga lagi dengan mata keimanan dan keyakinan, tetapi akan lenyap dengan pandangan secara langsung dan berhadapan muka.

"Sesungguhnya Allah itulah matlamat anda yang terakhir" (Al-Qur'an).

Dialah sumber segala-galanya. Maka anda tidak perlu lagi nafi dan tidak perlu isbat. Ini adalah kerana Yang Wajib itu telah memangnya isbat walaupun belum anda isbatkan, dan yang ghairullah itu sememangnya nafi walaupun sebelum anda nafikan.



Tidakkah anda ingin menemui guru yang dapat mengajar anda bagaimana menafikan ghairullah dan membawa anda kepada kedamaian di mana anda dapati tidak ada yang lain kecuali Allah?. Maka barulah anda hidup dengan Allah dan dapat menjadi penghuni "Dalam tempat tinggal orang-orang yang ikhlas di Majlis Tuhan Yang Maha Agung", dan ini adalah semuanya hasil daripada ingat anda dan makrifat anda bahawa "Tiada Tuhan selain Allah".



Anda tahu kata-kata Syahadah itu sahaja dan yang paling dalam yang anda tahu ialah berkata; "Tidak ada yang patut disembah melainkan Allah". Ini adalah pengetahuan orang-orang awam(biasa) tetapi apakah kaitannya dengan pengetahuan atau ilmu orang-orang Sufi?.

Pengetahuan anda yang sekarang itulah yang menghalang anda memahami pengetahuan orang-orang pilihan(Sufi). Masihkan anda menafikan pengetahuan yang didapati dari bimbingan guru menuju Hakikat, padahal mereka yang dipimpin itu memandang tidak yang wujud kecuali Allah? Mereka bukan sahaja mengenal Allah dengan Iman dan keyakinan saja, tetapi mereka memandang dengan cara pandangan yang terus tanpa halangan. Omong kosong tidak sama dengan melihat, bertemu muka.



Rujuklah mereka yang arif billah...



Kejauhan itu lupa hati.

Kedekatan itu ingat hati.

Kejauhan itu hijab (tertutup).

Kedekatan itu kasyaf (terbuka).

Hijab itu gelap, Kasyaf itu Nur.

Gelap itu jahil, Nur itu Ma'rifat.



Rasulullah SAW bersabda: "Firman Allah Ta'ala, aku ini sebagaimana yang disangka oleh hambaku, Aku bersama dia apabila ia ingat kepadaKu, apabila ia mengingatKu dalam dirinya, Akupun ingat padanya dalam diriKu, dan apabila ia mengingatKu dalam ruang yang luas, aku pun ingat padanya dalam ruang yang lebih baik." (Hadis Qudtsi diriwayatkan oleh Bukhari).



"Guru Sufi berkata: "Hatimu sekarang bersama Tuhanmu dan Tuhanmu bersama engkau, tidak jauh dari engkau, Ia mendekatkan engkau kepadaNya, dan mengenalkan engkau denganNya.".


LikeUnlike ·Follow postUnfollow post · Report · Yesterday at 14:54
6 people like this..
Ramlee Bador Subhanalloh...boleh dapat buku ini atau salinannya?
Yesterday at 20:02 · LikeUnlike.
Write a comment.......Facebook © 2011 · English (UK)About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Help.Loading..... Available to chatChat SoundsLimit availability...Available to chatChat Sounds Hide sidebar

00
..00.